Thursday, June 23, 2011

Mimpi.

Semua orang bermimpi. Oh, bukan mimpi yang bermaksud impian tu tau. Nie mimpi bila tidoq tak kire siang atau malam. Hehehe.

Nie I nak cite sikit pasal mimpi-mimpi I. Tak selalu yang indah-indah (walaupun orang cakap lepas kawin akan mimpi yang indah). Baru-baru nie, I mimpi I kat dalam labour room and about to deliver a baby. Gosh. Seram gile kot! Doctor cakap "push...push..." but I didn't. Kau gileeerrrr nak suruh push waktu tue cemas gile jantung dup dap dup dap kepala otak dok pikiaq "bila masa aku preggy nie?" 

Suddenly the doctor said "Okey, we need to do ceasar" Hah?!?!?! But I rase lebih secure bila ceasar. Pastu mimpi tue dah abisssss..... Haih, potong betol.. Tak sempat nak tengok muka baby comel ke tak (*_*)

Pastukan, lately nie I asik mimpi yang seram & cemas je tau. Bukan mimpi hantu. Tapi mimpi macam nak kena bunuh la.. Romeo tetibe jadi bahan uji kaji alien la.. Ade perempuan gila nak rampas Romeo lah.. Eh, ape nie mengarut betul mimpi-mimpi nie. Oh! Oh! Lagi satu, mimpi seram & cemas nie cuma datang kalau I tido sorang. Betul tak tipu. 

Kan best kalau hari-hari mimpi jadi orang kaya, sekurang-kurangnya walaupun tak menjadi kebenaran dapat jugak merasa hidup sebagai orang kaya (^_^) Mimpi gi world tour ke.. ah, syioknyer! ;)

Okey. I know this entry boring. Saje je update sebab I pun tengah boring lunch hour panjang sangat since today is my last day meeting with JPJ, Cyberjaya. Lunch is provided, makan laju-laju siap pastu sengal tak tahu nak wat ape. 

Ok babai.

Wednesday, June 22, 2011

Jom update laju-laju :)

Dari hari ke hari nak update blog nie. Tapi mcm tu jugak la...terbiar. Semangat tu memang ada, cuma masa je tak mengizinkan.

Ntah kenapa, lately nie schedule sangat tight. Weekend tak melekat kat rumah. Ada je aktiviti yang dibuat. Honeymoon mood la katekan.. Oleh sebab itu, Romeo terus jatuh sakit. Now tengah demam. Haih, kurang antibodi betol :P

Nie pun I curi-curi update blog. Minggu nie full meeting kat JPJ, Cyberjaya. Hari nie postpone lak ke jam 10. So boleh la update sikit...

Semenjak Zai resign, hidup I bertambah stress. Stress ngan boss. Haha! Sumpah, selama bekerja tak pernah stress dengan boss kat company lain. Kira, I takde masalah la dengan staff-staff. Selalu stress pasal kerja. Tapi sekarang nie, rasa nak meletuuuuuuupp je dengan boss. Sampai menangis call Zai mengadu nasib (T__T)

Ape la malang nasibku ini. Hmmph.. Romeo suh try apply government sekali lagi. Ah, jenuh la. Bukan apa, peluang nak dapat tu tipiiiiiiiss sangat. Nak pulak I nie susah sikit kerja ngan kerajaan. Hahahahaha! Niat sebenar nak sambung study, buat Master. Insya'allah kalau ade rezeki lebih, tahun depan ke. Kena plan nie :)

Macam nie la rupa I lately nie.. huhuhu~
Bila dah stress, balik rumah memang tak on lappy dah. Normally balik kalau penat I akan rest dulu, masak malam-malam sikit. Kalau kurang penat, balik je terus masak makan malam pastu tengok tv pastu tido. Ha itu je la aktiviti orang baru kawin nie kan :P Kene banyakkan berehat, sebabnya it's gonna be such a loooooong day tomorrow.

Last week, I follow officemate Romeo (JPK) bercuti di Janda Baik. Tak pernah pegi tapi tahu la tempat tue sesuai kalau orang nak wat team building ke seminar ke. Yup, kat sini nyamaaaan sangat. Hutan sekeliling mana tak nyaman. Orang lain semua lepak2 tepi sungai, kitaorang berdua bantai tido :)) Pastu bangun makan tengahari, sambung tido. Fuh, memang shiok wa cakap sama lu! Dengan bunyi air sungainyee... dengan suasana dinginnyeee... best best!

Officemate Romeo lak semua happening and friendly ;) Tapi rasa awkward pulak bila diorang dok panggil I "Kak Ell". Bile tengok muka, rasa sebaya. Hahaha! Tambah lak yang dah ade baby, panggil I "Kak Ell". Confuse jap. Bila tanya Romeo, dorang memang muda lagi... dalam 23, 24 macam tu. Pergh!! Terus buat I rasa tua kot! (*__*) Dang!

Cane dorang tahu I "kakak"? Ke dorang tahu umur I? Ehehehe.. Haishh.. Takpe, umur tak penting. Yang penting jiwa muda. Betul tak? (^__^) Ngeh ngeh ngeh~

Gambar ade tapi malas upload. Boleh gitu? Hehehe. Bukan ape.. sekarang nie kena kurangkan sikit upload gambar berdua. Dulu zaman bercinta boleh la nak tayang-tayang.. Dah kawen nie, I prefer to keep it low :) Biar simpan untuk kenangan sendiri je.. Kang upload sana sini, orang tengok pun orang meluat. Hihihi..

Papehal nanti I update lagi ye..

Take care!

Thursday, June 16, 2011

Demam Nora Elena...

Okey nak update laju-laju sebab lepas update entry nie nak balik sebab hari nie Nora Elena last episode. Hari nie dengar lagu Berubah - Erry Putra & Reen Rahim berulang kali sebab nak amik feeeeeeeeeeeel.

Ok. Harap pengajaran dari drama nie, Romeo pun jadi macam Seth Tan (^__^) Ohh, I likeeee!

PS : Memula anti drama nie sebab Nora Elena nie semua orang berebut nak dia. *Jealous* Pastu Aaron Aziz muka punya la handsome pun jual mahal. Haish! Nie first time drama nama nak lebih kurang nama I. Hehehe.. Nama Seth Tan pulak rhymes dengan Syaz-Wan. Innit? Oh, okey. Perasan sekali sekala :') Bye!

Tuesday, June 14, 2011

How Boobs Got Their Name


No need to thank me....just trying to keep friends informed and educated (^_^)

Thursday, June 2, 2011

Baju baru, rambut baru. Whaaaaaatt?! *grin*

Leganya hari nie dah Khamis

Tapi kerja tetap sama, masih bertimbun. Malah bertambah. Sigh. Ah, ketepikan hal kerja! Bikin stress saja.

Hari ni I pakai baju baru. Huehuehue. Itu pun nak bagitau kan? Saje! Wa punya suka la! :P Romeo and I wear green today! No, no, hari nie bukan Hari Hijau Sedunia. Hehe..

Semalam balik kerja, I terus pergi saloon Jantzen, Alamanda. Nasib baik tak full. Tapi sebab semalam balik lambat, so tak sempat nak buat Hair Relaxing. Takpe, I dah buat appointment. Buat hari cuti je :) Semalam I just wash and cut. Rasa dah serabai sesangat dah rambut nie. Color pun dah faded. Hujung rambut obvious kering and rosak =(

Bile dah dapat buat rambut, hati pun gembira la! (^_^) Kalau tak, sehari sebelum tu Jantzen full, I frust gile. Balik rumah muke muncccccunnnnnng! Masuk dapur, masak pun muke masam jer. Bad mood wey! Tapi nasib baik lauk pauk yang dimasak habis dimakan (^_^) Kire tak effect la emotion time masak tu. Ngeh ngeh ngeh..

Tapi yang best tu, bile kite tengah bad mood (tak dapat ape yang kite nak) automatik Romeo jadi sangaaaaaaaaaat baik hati :D Tetibe je I tengok baju-baju dah siap dilipat, simpan dalam almari. Meja makan pun kemaaaaaaaaas je siap simpan semua barang-barang yang baru dibeli. Uuhh, I laaaikkk!! ;D Romeo sejak layan Nora Elena nie, tetibe nak jadi Aaron Aziz plak dah :P Puuiii... Hekhekhek~

Malam tadi lepas balik saloon, tak masak! Ponat. Lagipun dah lewat. Romeo pun baru balik gym. We ols makan kat luar je. Makan kat Bangi ke ape ntah nama belakang area Diplomatik nie. Area kampung-kampung sikit. Nak kate sedap, okey la. Sebab I makan mihun sup habis licin! Air fresh orange dia sedaaaap gile babs! :)

Tempat dia macam R&R

Licin kan? 

Lepas makan, tetibe rasa nak terkucil. Romeo kate toilet dia bersih. Okey la I pun pergi la siap bawak tisu bagai. Dari luar memang bersih. Tengok pintu "Eh, kenapa ade pengunci pintu dari luar? Bahaya nie kalau ade budak-budak pedajal aku kalau kat dalam" Bisik hati. "Ah, belasah je la" Sambil tangan I terus tarik pintu tu. "Ktaaakk!" Tetibe pengunci pintu dari dalam macam terkeluar. Pelik pelik.

Okey fine. I intai sikit je nampak banyak semut hitam atas lantai. Ee, geli! tetibe I toleh je kiri, ade orang tengah bangun and tarik seluar! Wadefak!! (*_*) Euw! Apsal la minah tu tak jerit masa I kat luar tengah tarik pintu. Haiyaaaa~

Pastu I terus tolak pintu, tutup! Ade sorang pelayan wanita kat luar tergelak-gelak and tanya I "Ade orang ke?" I pun dengan muke cam confuse gile cakap "A'ah". Terus I gi duduk balik kat meja and ajak Romeo balik. Romeo pun muke tercengang siap cakap "Kenape? Ade lipas ke?" Heh! Biarlah rahsia.... *Tapi kalau Romeo bace blog nie, kire dia dah tahu lah* Muahahahahahhahahaha~

Moral of the story : Next time nak selamat, mase duduk dalam toilet tu cube la menyanyi ke, bersuara ke so that orang tahu la kite ade kat dalam. Hi hi hi hi hi hi hi hi hi~