Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Mari Memasak.

Hari Sabtu. Bermulalah kehidupanku sebagai seorang isteri. 

Eh eh maksud I, dah start memasak, mengemas dan membebel. Hi hi hi. Bangun pagi pun dah lewat. Sedar-sedar je dah jam 9 pagi. Dengan segera, I kejutkan Romeo. "B, bangun! Janji nak bawak I pergi pasar!"

Berdesup kitorang bersiap. Basuh muka, gosok gigi, salin pakaian =D Ala, orang kat pasar pun bukan mandi. Busuk jugak. Thihihi.. Kitorang gi pasar basah kat Precint 8, Putrajaya. Mak pernah pesan, katanya kalau nak pergi pasar seminggu sekali atau 2 minggu sekali, boleh balik Shah Alam pergi sama-sama. Kat Shah Alam senang, mak dah kenal orang pasar and barang pun fresh =D Tapi tengok pasar Precint 8 pun not bad la. Banyak jugak pilihan.

Makanya, kitorang borong macam-macam kat pasar. Habis seratus lebih jugak la. Ayah cakap "Biasa la, orang baru nak mulakan kehidupan" He he he.. Malam sebelum tu, dok beli barang kat Cold Storage habis RM200. Beli barang sikit je pun, setakat Ribena, hotdog, toilettries. OMG! Dah hidup berdua nie, nak kena manage balik la kewangan. Dulu hidup single, beli barang sendiri-sendiri punya. From now on, kena belajar berjimat. Pakai barang yang sama. Contohnya showel foam, shampoo, detergent etc =)

Balik dari pasar dah jam 11 pagi. Terus gi breakfast kat kedai mamak. Then balik rumah, kemas dapur semua. My family nak datang. Nak merasa masakan :D Heee..malu :') Start masak jam 2 petang. Nak tau abis masak kul bape? Hahaha. Just nice diorang sampai, 4.30 petang. Masak 4 jenis lauk je.

Sotong masak kicap, ikan merah sambal, kangkung tumis & ayam masak merah

Biasa je masakan. Alhamdulillah dapat feedback yang baik dari family :) Cuma yang lawak, kitorang tak biasa masak nasi untuk ramai orang. Tetibe time hidang nasi, cukup-cukup untuk 4 pinggan je. Hahaha! Nasib baik my family semua makan sikit-sikit je. Last-last cukup untuk semua :D


Nak sangat masak ikut buku menu, tu yang berjam-jam tu. Hahaha~ Padahal basic bawang merah, bawang putih je :P Thanks Romeo belikan buku nie. Nanti nak yang lagi satu - Gulai.

Beli kat Alamanda je =D