Showing posts with label YouTube. Show all posts
Showing posts with label YouTube. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Sophea Favourite Song



Satu malam I tukar2 channel while waiting for Adam Dan Hawa start. Rasanya Hitz Channel kot. Masa tu semua video clip lagu-lagu David Guetta. Promo dia nak datang Malaysia lettew ;)

Masa video clip nie ditayangkan, pergh.. Sophea duduk statik tak bergerak-gerak ok! Mata dia pon tengok je tv tu. Kalau boleh tembus, dah lama tembus :))

Then adik I cakap "Pergh.. layan david guetta tue" LOLZ.

Mesti sebab masa I pregnant dulu dok layan lagu nie memanjangkan! :P I dengan adik I siap wat dialog Sophea bermonolog "Hmm.. macam pernah dengar lagu nie dulu......" 

Tuesday, April 3, 2012

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia

Setiap kali I dengar lagu nie kat radio, setiap kali tu air mata I akan mengalir. Lagu apa? Doa Untuk Ibu by Ungu. Betul orang cakap, bila kita bakal/mempunyai anak, hubungan kita dengan ibubapa tak sama macam masa kita belum mempunyai anak ;)

Hubungan jadi lebih erat, kita jadi lebih memahami ibubapa kita, setiap hari kita akan teringat kat diorang and setiap kali solat kita akan berdoa semoga Allah panjangkan usia & memberi kesihatan yang baik kepada keduanya :)

Bila pregnant nie, rasa sayang terhadap mak lebih mendalam. Terasa besarnya pengorbanan mak untuk I selama ni :') Bayangkan kita tengah pregnant nie pun dia layan sehabis baik! Apa saja yang I minta, teringin makan itu ini mesti mak and ayah tak pernah menghampakan. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia :')

Doa setiap ibu, sentiasa Allah makbulkan. Sebab tu la pentingnya kita mendapat restu ibubapa dalam setiap perkara yang kita nak lakukan. Pergi sekolah, masuk dewan exam, attend interview, berkahwin.. semua tu kalau direstui oleh mereka Insya'allah Allah akan melancarkan/memudahkan perjalanan kita :)

I sendiri sebenarnya takut andai kata I tak dapat mendidik anak I dengan baik. Nanti jadi "Anak Bapak" camne? "Ini semua salah bapak!!" Hahahaa~ Insya'allah.. I cuba jadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak I. Anak nie, sama ada dia akan jadi 2x ganda lebih baik dari kita, atau jadi 2x ganda lebih buruk dari kita. Apa apa pun, kita hanya mampu berdoa, semoga anak yang bakal lahir nie menjadi seorang anak yang soleh/solehah dan taat akan perintah Allah s.w.t O:-)

Pada yang masih mempunyai ibu bapa tu, hargai lah mereka. Baik buruk, mereka lah yang melahirkan anda ke dunia ni. Ok, takmo emo emo.

Jom kita layan lagu Doa Untuk Ibu - Ungu.


Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku kasih sayang
Tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
Takkan pernah terbalaskan
Hangat dalam dekapanmu
Memberikan aku kedamaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernah terlupakan
reff:
Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan
Oh ibu semoga tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku
Ooohh putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku

Sunday, April 1, 2012

Are You Ready ?

Rasa boring. Tetibe I bukak YouTube and tengok Cara Memandikan Bayi + Perawatan Tali Pusat. Tengok nurse buat cekap sungguh. Tak semena-mena air mata I mengalir. Tetibe sedih lak tengok baby tue nangis masa mandi. Sampai dah tak keluar suara (T_T)

Camne I nak mandikan baby nanti? Takotnye. Sian pulak tengok baby nangis bila kena mandikan. Bila tengok anak buah Arian mandi, dia macam suka jer. Happy. Siap menendang-nendang dalam bath tub tu. Ee, kalau la maknye terlepas (*_*) Tapi Arian dah 2-3 bulan. Mase dia newborn, I tak pernah tengok la dia mandi. Ke semua baby newborn menangis masa dimandikan ek?

I nie cepat gelabah lagi lagi kalau baby nangis.

Kagum gak tengok YouTube nurse nie buat kerja cekap. Hihi. Now dah tahu camne cara-cara nak bersihkan  bahagian tali pusat baby. Melalui pembacaan I, actually jaundis nie bermula dari pusat. Nak kena bersihkan bahagian tu elok elok. Nanti doktor/nurse akan bagi air putih tue untuk bersihkan bahagian tali pusat baby. Hm, ok noted.

Now I know, apa fungsi Top & Tail yang Mothercare jual. Hihi! Sebelum ni dok fikir la.. ape kebenda la Top & Tail nie. Rupanya untuk asingkan air bersih untuk bilas baby selepas kita sabunkan dia. Ok, fine.. I'm naive (-_-") Sebab my family takde sorang pun yang pakai Top & Tail nie. I tengok semua belasah je bilas baby dengan air yang sama dalam bath tub.

Tapi I rasa kalau mandikan baby macam nurse dalam YouTube nie buat pon cara jugak ek. Heh. Sabun baby siap2 pastu baru bawak masuk dalam bath tub. *Mane pulak la nak mencari sarung tangan yang macam nurse tu guna :P

I harap baby I suka mandi ;)) Sebab nanti nak ajar dia swimming macam Bella. Pastu boleh la beli pool yang macam Kak Hanun beli tu (Wah, future plan tak hengat nyah!) (^_^)

Ok la. You all layan la YouTube ni:-