Showing posts with label Diapers. Show all posts
Showing posts with label Diapers. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Diapers pilihan Supermom (chewah!)

Supermom lah sgt! (tgn ke bahu, mata ke atas) Hiks! Entry nie just my 2 cents tau. Ini based on my experienced. Kalau nak bangkang or tak bersetuju dengan entry I nie.. boleh la tulis entry sendiri. Hewhewhew.

Ok camni ceritanya. Based on my previous entry, I akan excited setiap kali Baby Expo, brand Mamy Poko join. And truthfully, I memang borong habis-habisan la diapers MP nie. MP price kalau kat supermarket pon quite expensive gak la kan.. Tu kena beli time expo jer. Borong beli berkotak-kotak.

Orang kata beli sikit dulu, test tengok anak serasi ke tak. So far Sophea memang takde masalah rashes bila guna MP. And diapers MP pon antara yang paling lembut material dia berbanding jenama yang lain. Getah tepi dia pon lembut jer. Tahap serapan pon memang da BOMB lah! Takyah nak risau bocor. Kencing banyak or poo poo banyak pon xde la sampai bocor.

Tapi... Ha, ada tapinya disitu :)

Satu je kelemahan yang I dapat detact diapers MP ni. DIA TAK SERAP BAU.

Entah kenapa, kalau Sophea dah kencing (maybe 3-4 kali kot) mesti bau diapers nie naik. Eish, tak sukalah! I tuka diapers baby every 3-4 hours. Tak kisah la diapers tu still kering (which Sophea baru kencing sikit). Tapi sebab I nak kasi baby selesa kan.. Tak pernah la pulak biarkan diapers tu penuh sampai berat baru nak tukar. Eh, bau poo poo memang lagi la dia tak serap kan! Bhahaha~

So everytime Sophea bangun tidur (around 8 am), before mandi time.. ayah or mak I akan dukung bawak keluar rumah.. amik udara pagi.. naik buai jap. Tapi selalunya, kalau ayah I yang dukung, mesti ayah I akan cakap "Sophea berak nie.."

Bila check, xde pon beraknya. Haih! Serious I annoyed gile dengan tahap serapan bau MP nie. Nak taknak kena lah habiskan jugak kan stok yang berkotak-kotak tue. Hihi! Now dah tinggal lagi 1 pack size S. YES!

I dah pernah try diapers Whoopee. First time beli masa promotion kat KLCC. Harga promosi masa tu cuma RM20 jer. Masa tu beli pon 1 pack je sebab nak try. Kadar serapan memang OK. Cuma satu je, cutting diapers kecik. Salah I jugak, sebabnya patut I pakaikan Whoopee nie masa Sophea newborn (Andai ku tahu...) Huhu! Tapi takpe, habis dah pon 1 pack size S Whoopee tue. Heh!

Then I pernah try brand Pureen Dry 5 Premium. Ini pack kecik je. Dapat dalam hamper orang hadiahkan :D Ok jugak tahap serapan, cuma material dia agak keras (sikit laa).

Pastu pernah jugak try Pet Pet. Haa.. nie jenama orang kata paling ekonomi. Hehe. So far Pet Pet ok.. Tapi cutting pon kecik macam Whoopee.

Oh chop. Mesti korang cakap "Dah tau cutting S kecik, beli la size M" Hmm, I beli diapers masa tu dok bace dia tulis size S untuk Xkg-Xkg, size M Ykg-Ykg. So tak tau la cutting dia tu kecik sebab I beli based on kilograms baby :( Memandangkan Sophea kan kecik je masa lahir... Mana nak tau lepas tu peha dia jadi bam-bam macam peha ayam kepsi. Eh, peha ayam kepsi pon sekarang dah kecik =(

Ok, back to the topic. 

Baru-baru nie I gi Giant Sec 13. Lain barang nak dicari, lain yang I beli. Eh kau, macam tak biasa pulak. Hihi! I pergi kat area diapers. Susah jugak nak buat pilihan ek. Masa tu I contemplating nak beli Drypers ke, Diapex Premium ke atau Whoopee. Kali ni I amik size M.

Bila dah calculate harga, I surrender and decide amik Drypers je. Sebab yang nie belum cuba. Diapex Premium tu member yang recommend :) Next time lah kite try, ok Sophea!

Balik rumah, malam tu jugak I test Drypers. Jakun gile kan Hahahahaha! My mom cakap "La, habiskan la dulu mamypoko tu...." Takpe, pakai je memane tak kisah :)

Alhamdulillah size M memang fits her well. Serapan sangat okey, material lembut :) Sayangnya Drypers nie tak colorful and takde cartoon. Heh. Ade katun baru comel peeee... ;)

Huggies pon I belum try. Next time, maybe. 

Nanti lepas dah try semua brand, baru leh update mana satu pilihan I. Memandangkan Sophea takde masalah pakai diapers jenama apa pun, haruslah mommy dia cari yang cantik di mata, cantik di poket. Hihi! 

Ok, bye!