Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

#1 Celoteh di malam hari...

Bila bace blog mommies-to-be, mostly semua dah ready basuh pakaian baby. Alamak, cane nih? I tak start lagi. Janji nak buat minggu lepas, tapi tertangguh sebab cuaca tak mengizinkan. Plus, last weekend Romeo outstation ke KB, so I pun balik Shah Alam.

Insya'allah, this weekend nak basuh semua pakaian baby tu. Takmo tangguh-tangguh dah. Sebab pastu nak angkut dah barang-barang nie bawak balik Shah Alam untuk sesi confinement ;-) Bilik kat Shah Alam pun ayah dah siap siap kemas :D

Tadi, lepas Romeo bbm cakap dia balik lambat, I pon balik singgah Alamanda. Sambil cari dinner, sambil tu la cuci mata. Hihi! Bought another bodysuit from Mothercare. Then, ada Parkson sale. Whoot whoot! Most item yang I beli semua dapat 10% discount. Okey la tu kan? ;) Pasni nak buat kad Bonuslink lah. Dulu ada, tapi dah kena rembat dengan cleaner kat hotel Labuan. Cis! ;(

Taaaddaaaaa.. Happiness in every bag plastic :P
Satu hari tu, I kemas pakaian baby. Buang semua price tag and kumpul ikut warna supaya senang nanti nak basuh. Tetibe terasa macam banyaknye baju baby yang I beli. Sempat ke tak baby nak pakai semua tu :P Bukan ape, kekadang tu confuse tau. Ade kawan cakap "Baby always tuka baju.. nanti dia poo-poo.. muntah.. So nak kena standby banyak baju". Then ade jugak kawan cakap "Jangan beli baju baby banyak sangat, takot dia tak sempat nak pakai". Adoyai! #_#

Tak kisah la. Sempat pakai ke tak ke, I akan make sure baby sempat merasa semua baju-baju tu. Muahaha! :P Nie pon dah terbeli lagi 2-3 pasang. Sabo je lah..

Selain dari baby stuff, I beli new panties. Dah kate sale kan, haruslah membeli belah tanpa rasa bersalah (^_^) Disebabkan I tak biasa pakai disposable panties, I beli jer panties cotton. Hari tu beli brand Triumph. Kali ni I beli brand AMO and Lilian. Yang AMO tu promotion 3 set discount 25%. Lilian normal price. Kalau boleh I nak cukupkan 30 helai cotton panties :)) Senang. Takde rushing-rushing nak kena basuh.

Panties lama kebanyakkannya dah kecik and bukan material cotton. Chop. Bukan panties tu yang kecik, rasanya sebab I pregnant, so I mengembang sikit :P Dulu pakai XS, S. Now M. Thihihi ;p Lepas nie nak beli bra pulak. Hehe. Bra pon size sudah lain maa :P

Alhamdulillah, I diberi kesihatan yang baik sehingga kini. Cuma sekali dua je I kena braxton hicks. Tiada kaki bengkak, kaki cramp dan kebas-kebas. Cuma once in a while jer I akan sakit pinggang belakang. Tapi lepas sapu minyak herbanika NR, terus OK! :D 

Lepas nie I nak try pakai Hebal Massage Oil from Tanamera postnatal set yang I beli. Bace blog Nadya Zahid kata best pakai minyak tu. Wah, cepat betul dia dah start pakai kan ;) I pun nak start pakai la lepas ni. Macam kawan I yang recommend set bersalin Tanamera nie, dia pun dah start pakai VCO (Virgin Coconut Oil). Dia cakap dia sapu kat perut sebab perut dia dah start nampak stretch marks (walaupun before nie dia sapu bio oil). Then sapu pada nipples, areola and perineum area untuk menggalakkan pembukaan bagi memudahkan proses bersalin. Untuk VCO, I dah start pakai jugak =D 


Beli yang organics sebab takmo ada sebarang chemical yang membahayakan ;)
Pagi gi ofis untuk elak stretch marks I still continue pakai Palmer's Organics Cocoa Butter Massage Cream for Stretch Marks. Alhamdulillah, belum kelihatan tanda-tanda regangan kulit. Malam pulak lepas mandi I akan sapu VCO Tanamera ;) Walaupun kita tak nampak stretch marks masa kita pregnant ni, amalkan je la sapu krim atau minyak. Dipetik dari entry Erina"...tapi jangan disangka perut yang licin tanpa stretch mark masa mengandung akan kekal licin mulus lepas bersalin ok. Macam saya, sebelum ni memang happy tengok perut bebas stretch mark tapi lepas bersalin,bila perut dah meleper terus nampak stretch marknya."

Haa.. Takot gak camtu. Kot happy-happy mase preggy takde, skali lepas bersalin amik kaauu! Terkujat. Hihi. 

Lagi satu item yang I dah start guna is Lavendar Floral Water. I spray kat muka, kat kulit badan sikit-sikit and tiru Nad, spray kat bantal =D shioooookkk whoahh! Tak terfikir pun before nie nak spray kat bantal. Lena tidurrrrrr zzZZZzzz~ Sampai nak bangun gi office pon malas :P Set alarm kul 6pg.. bangun kul 8-830 pagi lately nie (^_^)

Ok, that's all for now. Nak tidur awal. Esok pagi nak settle kan kerja-kerja kat office so that I don't have to work on weekend.

PS : Sejak Pengarah JPJ buat announcement nak live sistem on June, cuti staff pon dibekukan. Tapi.... dalam email dia mention staff contract je.. meaning staff permanent boleh la cuti kan? Kan? (^_^)

Till then...~

Thursday, March 29, 2012

#1 Khas untuk Mommy (^_^)


Cer teka.. Apa dalam paper bag tu? :-) 

* Drum roll * 
















Taaaadddaaaaaaaaaaaa!! ;)

Tanamera Postnatal Care Set
Finally I bought Tanamera Postnatal Care Set. Mommy super duper happy \(^_^)/  Last weekend went to Dynas Nursing Attire, The Curve to buy this set. Mujur masih ada lagi 1 set tinggal :-) They are re-stocking more on Sunday. Rezeki namanya ;-)

Tanamera Postnatal Care Set nie mengandungi 11 produk. Antaranya :-

Produk 1 : Herba Pembersih Wanita (10gm x 14 uncang)
Dirumus dari campuran herba kaya dengan pati minyak untuk memberi kelegaan pada sekitar vagina dari jahitan dan radang. Ciri-ciri anti radang mengurangkan bengkak dan mempercepatkan penyembuhan. Gunakan produk serta merta selepas bersalin, walaupun selepas pembedahan ceasarean. --  Good! Untuk both boleh guna ;-)

Produk 2 : Herba Mandian (10gm x 14 uncang)
Rumusan tradisional dari campuran herba yang beraroma untuk menyegarkan, memberi tenaga, menghilangkan bau badan dan melegakan otot-otot yang sakit dan letih. -- Harap-harap badan kembali cergas selepas bersalin ;-)

Produk 3 : Minyak Urut Herba (100ml)
Minyak herba tropika dari bahan semulajadi membantu merangsang peredaran darah dan metabolisme. Membantu membuang toksin dari badan, menggalakkan pembebasan pengekalan air dan angin (water retention and flatulence). -- Dah terbayang staff Tanamera datang rumah mengurut menggunakan minyak nie :)

Produk 4 : Tapel (5gm x 14 uncang)
Pes tradisional dari campuran herba untuk menguatkan dan menegangkan otot-otot sekitar abdomen. Merangsang pengaliran darah. Mengurangkan tompok hitam pada kulit abdomen yang mengecut. Seeloknya diguna dengan bengkung. -- Sounds goood! *wink!

Produk 5 : Bengkung
Untuk mengetatkan otot abdomen dan kulit yang menggeleber, mengurangkan sembab. Memastikan postur badan yang betul kerana ibu yang menyusu badan berkecenderungan untuk membongkok. Untuk ibu-ibu yang melahirkan melalui ceasarean, gunakan bengkung selepas jahitan telah pulih. -- Suka bengkung dia sebab tak terlalu besar untuk I yang kecil ini (^^,) Memang just nice!

Produk 6 : Teh Herba (2gm x 14 uncang)
Teh herba yang berciri memanaskan membantu ibu-ibu pulih dengan merangsang peredaran darah, mengeluarkan ketulan darah kotor, mengurangkan radang rahim dan vagina, dan membantu dari sembelit (constipation). -- Satu-satunya produk Tanamera yang perlu diminum untuk kesihatan dalaman. Takde jamu jamu, ok! ;)

Produk 7 : Pilis (3gm x 4 uncang)
Rumusan tradisional yang menyegarkan mata dan minda kerana kurang tidur atau tekanan. -- I loikkee! Kawan-kawan semua cakap "Nanti dah bersalin, confirm kurang tidur.." Hopefully this will help to sooth me ;)

Produk 8 : Lulur Badan Herba (20gm x 4 uncang)
Rumusan herba yang berciri memanaskan. Menyegarkan tubuh yang keletihan. Mengurangkan sembab dan tompok hitam sekitar abdomen, ketiak dan kelengkang, Merangsang peredaran darah. -- I love mandi lulur :)

Produk 9 : Minyak Kelapa Dara (100ml)
Terbukti untuk mencegah dan mengurangkan regangan kulit. Sebaik sahaja rasa sakit dan pengucupan (contractions) minum beberapa sudu besar dan semburkan pada sekitar vagina untuk melembabkan sekitar perineum dan mengurangkan pengoyakkan dan jahitan. Boleh juga disapu sekitar payudara untuk mengelakkan nipple crack -- Reason utama I beli Tanamera is bcoz of this! :) My dad pun semangat tengah buat minyak kelapa dara as my air selusuh. Love u ayah *hugs*

Produk 10 : Sabun Mandi Herba (125gm)
Sabun yang dirumus khas dari campuran herba dan bijiran untuk membuang sel-sel kulit yang lama dan merangsang peredaran darah pada kulit badan. -- Works like a scrub, innit? ;-)

Produk 11 : Air Bunga Lavendar (70ml)
Lavendar adalah herba yang telah lama digunakan dalam mengubati migrain, kemurungan, keletihan dan susah tidur. -- It smells good. Tak sabar nak guna :D

Lepas je I baca semua description untuk produk 1-11, buat I bertambah excited nak menggunakan set bersalin nie :) Yang best lagi tu, lepas je I purchase set nie, staff Tanamera call. Tanya I if I have any doubt or question on their products.

Sangat mengambil berat kan.. sampai call customer ;) I pun sempat la tanya macam mana nak purchase Postnatal Care and Massage Service. They explain from A to Z! Untuk purchase servis mengurut, customer perlulah membeli set bersalin Tanamera dengan harga RM360. Diorang siap tanya kat mana I akan berpantang coz they will visit us..

Selesai sudah salah satu item dalam checklist Mommy & Baby (^_~)

PS : Gambar di ambil dari website Tanamera.
PS 2 : Description setiap item diperolehi dari brochure yang diberikan dalam set bersalin.

Wednesday, March 21, 2012

Set Bersalin Pilihan. Keperluan atau Kehendak? :)

Ok. Honestly, my mom langsung tak advise I beli set bersalin (jenama apa sekalipun). Katanya, badan I kecik.. Bukan nak buang lemak ke hape. Hmm, mungkin dia ingat I nak beli set bersalin yang macam set-set jamu kot. I pon explain la kat dia, set bersalin zaman sekarang nie macam-macam. Tak semestinya jamu atau pil, ada juga set bersalin yang tidak perlu jamu atau pil untuk dimakan :-)

Pada mulanya, I pon tak amik port sangat dengan set bersalin ni. I fikir "Ala, badan aku kurus je.. watpe nak beli set bersalin bagai. Bukan ade lemak pon" Ternyata pemikiran I silap! Lepas je baca entri-entri mommy-to-be yang lain, ada je yang kurus-kurus macam I. And diorang beli set bersalin :-)

Dari situ, minda I dah start terbuka. Chewah! Drama la kau ni Ell :P But seriously, baru sekarang I amik kisah pasal set bersalin. Melalui pembacaan & saling bertanya sesama kawan-kawan yang experienced, mostly advice supaya beli set bersalin.

Bukan apa, sebab lepas bersalin, kita sebagai wanita mesti la nak jaga rupa paras,kan? ;) Masa awal-awal tu my mom suggest I beli Set Bersalin Salindah. My mom cakap my sister dulu makan pil Salindah ni. I dengar pil-pil nie terus macam eerrr..... 

Then I terjumpa Set Bersalin NR (Nona Roguy). Sangat famous dalam iklan di radio sekarang ni. Hihi! Bile I google, baca review memang ramai yang suggest untuk beli set bersalin NR. Especially minyak herbanika NR. yang dikatakan banyak kegunaannya. Tengah I buat survey kat twitter pasal set bersalin, then my friend tweet I cakap why not I try Set Bersalin Tanamera

I pon macam blur.. Tanamera? Hmm, tak pernah dengar. See.. see nampak sangat I kolot kan when it comes to produk-produk nie. Haish! Then I pun google and baca review. Selebriti yang menggunakan set bersalin Tanamera nie Serina Redzwan, Dynas Mokhtar and blogger fofular, sape lagi kalau bukan RedMummy :)

Set bersalin Tanamera nie takde pun kena makan jamu atau pil. Semua bahan dia semulajadi. Ok, the excitement has begin. Hehe. Last month I gi Dynas Nursing Wear kat The Curve, I nampak dia display set bersalin ni. Harga RM360. Sama je either beli online, or beli kat Dynas Nursing Wear. Tapi masa tu tak beli lagi la.. rasa terlalu awal la pulak kan ;)

But I keep compare set bersalin Tanamera with set bersalin NR. Dua-dua pon ada keunikan dan kehebatan tersendiri. Yang penting, both are made from natural ingredients. Rasa macam nak beli jer dua-dua set ni :P But lepas I menghitung mencongak segala, I go for set bersalin Tanamera. Sebab? They also provide Prenatal and Postnatal Care & Massage Service (^_^)

Dah tak payah susah-susah cari orang untuk mengurut. Wink! Korang beli tak set bersalin? Family, kakak, adik, ipar ada tak pakai set bersalin? :)

PS : Sabtu ni nak gi The Curve beli set bersalin Tanamera lah!


vs