Showing posts with label Baby Fair. Show all posts
Showing posts with label Baby Fair. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Parenthood Expo 2012 Review

Last Friday I amik cuti sebab pagi tue mak nak gi tadarus, so Sophea takde orang jaga. Kebetulan dah memang plan nak gi Parenthood Expo kan (alasan semata ye...) Hehe.. Sah-sah la cuti! :D 

As my previous entry, I stuck in jammed masa nak masuk Mid Valley tue. Tapi parking senang je dapat, alhamdulillah~

Expo kali nie memang I dah siap buat list. Sebab takut nanti masuk expo, lain barang yang diperlukan, lain yang I beli. Haha! Sudahnya yang diperlukan terlupa beli. Dah selalu sangat macam tu. Hihi!

Berjaya fulfill my list. Oh cuma 1 barang je tak jumpa dalam expo, plus terlupa singgah cari kat Jusco which is First Year Deluxe Bottle brush. Nak yang macam bawah nie :-


Sebab my Avent bottle brush tu depan dia dah bengkok-bengkok I tonyoh basuh teat. Heh! Nanti lah singgah Parkson cari.

Sadly MamyPoko didn't join this event. Sebab I plan nak borong diapers size M pulak. Kat rumah ade lagi sekotak size S. Insya'allah lebih dari cukup tue. Itu pon kalau Sophea tak gain weight tahap melampau la :)) Mak suruh beli Whoopee sebab murah, tapi tengok cutting Whoopee tue macam kecik sangat pulak. Sampai berbekas peha si debot tue. (Alasan la kau Ell, amik la size M kalau cutting kecik) Whoops! :P

Booth pertama yang I terjah Fabulous Mom. Sebabnya memang aimed nak beli storage bottle Jingle Jungle kat sini. Beli 2 box terus. Harap-harap cukup la (untuk sementara nie). Then grab 2 nursing bra Lydia (NP: RM69) kat expo dapat la RM48. Pastu salesgirl pon cakap "Barang akak nie dah cecah RM100. Akak boleh beli Sarah (sleep bra) or Kelly (padded bra) for RM10. Haa.. sape nak kasi harga semurah tu kheeenn? (^_^) Memandangkan kat FabulousMom nie I spend RM200, dapat la grab 1 Sarah, 1 Kelly.

Perjalanan diteruskan ke booth seterusnya, Pureen. Sebab nak beli refill untuk Liquid Bottle Cleanser. Grab 4 packs, wet tissue 2 packs, maternity toothpaste (nk kasi SIL tengah pregnant cuba), mittens and bootes 3 packs (oh nie takde dalam list tapi sebab murah + Sophea selalu hilang mittens & bootees). Ok itu sahaja.

Next booth, Medela. Sebab nak beli Easy Expression Bustier. Brand Medela takde, diorang jual brand Simple Wishes. Ok la dapat 20% diskaun :) 

Macam nie la ghoper hands free tue :)

Lepas tu singgah booth Avent, beli thermabag. Memula nak beli ngan Nuriz Shar tu tapi warna fevret merah takde laks. Huhu. Kat expo dapat la RM70. Boleh lah.. OK, itu je barang yang dibeli masa expo. Tak banyak pun :) Kat sana banyak booth baju & aksesori. Tapi sebab dah siap ade list and budget dah allocate, takmo la spend yang bukan-bukan.

Anyway, untung sangat kalau mommy-to-be pergi expo. All in one place you can get. Baju basahan baby below RM10 leh dapat :) Siapkan list, then terjah expo. But depends la.. Kalau organiser dia Today's Publishing, insya'allah tak menghampakan. Dah siap-siap caption dia "Malaysia's Largest Branded Mother & Baby Expo" Hehe.. 

Sempat capture gambar nie masa nak keluar :)

Mark the date yo! :)

Friday, May 11, 2012

Mom & Baby Expo, Mid Valley 2012 Review

Hello beautiful!

Sampai je rumah, rehat sejam terus blogging. Haa.. bukan apa. Untuk readers yang nak gi expo Sabtu & Ahad ni at least boleh dapat gambaran apa ada kat sana. Tul tak? Sharing is caring~

First thing first, I nak bagitahu.. expo this time memang betul seperti tagline dia "MALAYSIA LARGEST'S BRANDED PARENTING EXPO" - Event by Today Publishing

If I'm not mistaken, sama best macam expo on last november 2011. Ada 3 hall. Ade lebih dari 300 booth. Haa, jalan la sampai patah pinggang, sakit kaki =D

I arrived at Mid Valley around 10.30 am. Balik rumah around 5.00 pm. Nasib baik hiway Sg.Besi tak jammed teruk. Well, I takde la beli banyak pun (walaupun buat 2 kali pusingan :P) Pusingan pertama waktu pagi, pastu gi lunch. Then dalam jam 2.30 pm buat pusingan kedua. Tak beli banyak barang pun duit habis jugak (T_T) Camno nie?

Sampai je pintu expo, ada 1 line panjang ya amat. Ingatkan line orang beli MamyPoko (sebab last time panjang nak mampus), bila I tanya-tanya rupa-rupanya orang ramai queue untuk registration. Subhanallah.. sumpah panjang! So apa yang I buat, I postpone dulu proses registration. Ala, untuk dapatkan goodie bag je kan? Tak penting sangat :P So move on!

First booth, I terjah MamyPoko - opposite registration area (Hall 3). Surprisingly, ade few people je queue. Haha! I believe because expo this time ada banyak diapers lain join. There are PetPet & BabyLove, Diapex, Whoopee and some other brands I haven't heard of. MamyPoko price sama like March expo. Cool. But this time, MamyPoko Pants Extra Soft Fit is available for S19. But pagi tu stock belum sampai, so I terpaksa datang balik beli masa 2nd trip :) I bought 2 packs of S size (tape type) and 1 pack of S size (pants). Belikan my SIL M44 2 packs for RM66.

For Whoopee, they increase the price. First time nampak brand nie kat Motherhood Expo, KLCC. They only sell RM20 for all size. Masa tu beli 1 pack je la mengenangkan it's only RM20. Tapi tadi, dah jadi RM25 for all size. Eee, tak aci kan? But still cheap la. If I'm not mistaken I pernah check price dia kat supermarket dalam RM27-RM28. Ramai jugak borong Whoopee.

PetPet and BabyLove pun not bad harganya. Sorry tak hafal harga promotion sebab tak beli :) Apa yang I ingat, kalau beli 2 packs of PetPet, dapat 1 bodysuit free size (orange color). The SA said, PetPet is for economy and BabyLove is premium. Since I do target BabyLove (based on recommendation from mommies), unfortunately baru tahu that BabyLove only available in M size. No size for NB or S. But at least dapat redeem free trial packs BabyLove lepas isi form ;D Hehehe~ Later on baby dah boleh pakai M baru boleh test.

Diapex & other unknown brands I can't give much review sebab I langsung tak usya. Sowie! *Nampak sangat memang aimed MamyPoko kan.. Orang cakap, beli diapers sikit dulu sebab nak tengok baby sesuai ke tak. Well, for me.. better stick to one brand dari mula. Kalau asyik tuka-tuka (try and error) susah jugak sebab kulit baby sensitif :) Cian kat dia..

Since I did mention on previous entry that I didn't make any list for this expo.. akhirnya Imanku dikalahkan juga oleh nafsu (T_T) Ok, fine.. Ada 3 benda nie je sebenarnya yang I cari kat expo : MamyPoko (restock), Nursing Bra & Jingle Jungle Storage Bottles. Semua nie alhamdulillah I berjaya beli. Tapinya cari booth Bebe takde, ingat nak beli disposable breastpad. Memang tak rajin la I pakai yang washable kan ;p Disposable senang, basah je tak selesa tukar. Macam pad/panty liner. Cuma ada la sampingan yang terrrbeli yang konon "Ah, setakat baju tak yah beli sebab dah banyak"

Yes. I terbeli baju. Expo kali nie sangat banyak baju. There was more than 10 booths selling baby clothes. Boleh ternoda kiaahh! :-S Pusing kiri baju. Pusing kanan baju. Depan belakang baju. Uishh! Yang paling untung, baby yang 6 months old and above la. Sebab dorang dah boleh melaram :) Eh eh, korang jangan ingat baju-baju unbranded je dorang jual tau. Hihi! Ada banyak brand Carter's (especially), Fiffy, Pigeon, Pureen.. Aha.. branded gak la kan.. :P

Yang penting, murah. Boleh buat baju basahan. Since I already have lots of pyjamas, romper & bodysuit so tadi cuma beli baju yang konon nak buat raya. Boleh gitu? Muahaha! :D Irresistible la tengok baju baby yang tomel-tomel tu. Serious! Korang yang tak plan nak beli baju, better spare some money when entering this expo :P Unless iman you alls sangat la kuat.. or.. you alls jenis beli baju highly branded macam Pumpkin Patch or Baby Guess la kan? :)

As usual, korang akan di datangi oleh SA from CellSafe, StemLife and CryoCord. So pandai-pandai la korang tepis. Hihi! Tetibe rasa macam SA dorg nie everywhere. Penat nak menepis (-_-") Bukan apa, siapa lah I nie nak simpan stem cell baby (T_T) Tunggu betul-betul kaya, Insya'allah.. Amin.

Then ada booth makanan baby macam Heinz, booth susu macam Enfamama Enfagrow, FabulousMom, MyBabyStore, Basilic, V-MUMS, ModernMum, AVENT, MAM, Dr.Browns, US Baby and paling banyak booth stroller/travel system. Banyak gile brand ; dari yang very well known (MacLaren, Quinny, BebeConfort, Peg Perego, Combi) sampai la ke not so well known brand. Hihi~ Pilih je mana korang suka & berkenan. Price? Entah. Mungkin murah, mungkin mahal kalau compare kedai lain or purchase online.

Settle 1st round, I gi lunch with my sister. Onnomnom time! Lepak lama jugak~ Around 2.30 pm, baru kitorang continue shopping untuk 2nd time ;)

Masa nie, line kat registration area dah tak panjang. I pun queue la. Laju jugak registration process nie sebab dorang buat online and ada banyak counter. Dalam 5 minit queue, settle submit semua dapat la redeem goodie bag. FYI, redemption di Hall 1 yea ;) So takde la bersesak-sesak, kat situ la register & kat situ la redeem. Eh, macam mengata TCE event jer. Haha! :P

Oh ya. Anyone looking for soft toys, ada 1 booth nie promotion 40% for all. Gile kentang babe. Tapi tadi I berjaya la tahan nafsu beli soft toys. Sebab rasa tak berapa penting. Awal lagi kot. Newborn kan suka titon~ Belum masa untuk dia main ;) Anyhoo, toys memang banyak. Then I notice, some brands better beli online sebab lagi murah. Contohnya First Years Close and Secure Sleeper. They sell RM169. Cheaper one can get online around RM110.

As a conclusion, I sangat berpuas hati dengan Mom & Baby Expo kali ni. Serious. Kalau boleh, esok nak datang lagi :)) Tapi rasanya esok mesti sesak & susah parking kan? Ok la ok la.. bagi chance kat orang yang belum datang. Hihi~ Tadi takde la ramai sangat orang pada pandangan I. But my sister cakap ramai jer. Huhu. At least takde la pack gile macam expo march lepas. Mungkin sebab kali nie open sampai 3 hall.. So nak jalan pun xde la asyik terlanggar stroller or selisih bahu :) Oh ya, not that suffocate & hot la. *Ke aku yang semangat sangat jalan sampai tak rasa panas ke sesak ke.. entah!! :))


Tambahan : Pada m2b yang baru and belum beli banyak, mai ler ke expo nie. Bawak sekali checklist you all. I'm sure boleh complete pencarian kat sini :) Serious, tak tipu. Macam-macam ada. Especially yang 'out of list' Hewhewhew~ :P

PS : Sebelum membeli, korang kena pandai check/compare harga. Sebab lain booth lain harga yang diorang tawarkan :) Contohnya baby soft shoes Carter's, ada kedai jual RM20 (after less). Ada kedai jual RM19.45 (after less). Hehe.. Beza RM0.55 walaupun booth bersebelahan :P Hangus jugak la duit walaupun beli sikit..  

Review nie berdasarkan my 2 cents ok. Lain orang lain pandangan :) Harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda! Moh ler layan gambo~

Unicharm!

From Cerelec

See.. tak panjang pun queue

Registration Area (Ee, muke kembang semangkuk + berkilat!)

Redemption Area. Lengang jer~

Hasil tuaian 6 jam di expo :P
Free gift. Kalau rajin stop booth, lagi banyak korg leh dpt

Restock diapers. Terhasut beli wipes (free from Paraben)

Boleh jadi patung, boleh jadi bantal :)

Lembut sgt! Nnt nk beli big size. Duck paling murah :P

Autumnz Nursing Bra. Sehelai RM28.

Tertewas akhirnya, (*_*)

NP RM24.90. Discount 20% = RM19.90

Just for restock :)
So, happy shopping lovelies!

Tuesday, May 8, 2012

37 weeks antenatal check up with KK

Hello  Ell,

Only two weeks or so to go! This week, your baby is busy shedding his downy coating of fine hair (called lanugo) and his coat of vernix caseosa - the cheesy substance that protects his developing skin. Your baby swallows both of these secretions, which stay in the bowels until birth. Then your baby will excrete a blackish waste called meconium that becomes his first bowel movement. Meanwhile, you may be feeling huge - and increasingly impatient. But try to get as much rest as possible - even if sleep is difficult, you'll appreciate it after the birth. - Baby Center

Email yang I dapat Isnin lepas :D Alhamdulillah.. Perasaan nak jumpe my bunch of joy nie dah tak dapat dibendung lagi!! Hihi..~

Petang Isnin I ada antenatal check up with KK Presint 3. KK Presint 3 sekarang dah buat ikut zon kediaman. Kalau ikutkan I memang tak layak pun gi KK Presint 3, I sepatutnya check up kat KK Presint 9. Tapi macam I cakap dulu, Romeo yang insist nak I buat kat Presint 3. Heh. And he was the one who insist nak buat check up with KK. Sebab termakan hasutan orang-orang office dia lettew :P Sebagai seorang isteri yang solehah, kita ikutkan je la. Malas nak bokbekbokbek :P Kira fair & square la; check up kat KK & private hospital ;)

As usual, I sampai je KK hanya ade few patient jer. Nurse kasi I nombor giliran Zon B. Duduk 10 minit, nurse panggil mintak ambil darah & urine. This time, nurse siap kasi form & 1 tube. Then kat kertas no giliran tu ade tulis "HBC". Apa itu HBC? "Hemoglobin C (abbreviated as Hb C or HbC) is an abnormal hemoglobin with substitution of a lysine residue for a glutamic acid residue at the 6th position of the β-globin chain." en.wikipedia.org/wiki/HbC

Masa ambil darah tu, I tanya nurse "Apa HBC nie? Kena amik darah banyak ke?" Sebab I tengok tube tu boleh tahan la size dia.. compare dgn setakat cucuk hujung jari jer sebelum ni :P Nurse cakap, since I dah masuk 36 weeks so dah kena buat ujian HBC. Katanya nak tahu lebih precise darah tu okey ke tak. Ohh.. Alhamdulillah~ HB I cuma turun 0.2 dr last month which is now 13.6 :) Urine pun ok.

Nurse pesan, nanti bila dah deliver jangan lupa maklumkan. Since I'm planning to deliver in Shah Alam, she said boleh je inform Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam :) Naiss.. Then nurse hand over me a pamphlet "Keluargaku yang sihat dan ceria" Katanya, selepas bersalin, kena buat family planning. Kerajaan menyarankan supaya merancang keluarga sekurang-kurangnya 2 tahun gap. Dalam Islam pun suruh 2 tahun kan? ;) Insya'allah~

Nurse rujuk I ke doktor lepas siap dia check tinggi rahim, degupan jantung baby and kedudukan kepala baby. Almost 4 times jugak la nurse dok mengukurnya sebab dia cakap tinggi rahim I statik bila dia tengok rekod 4x check up. Heh, nak wat camne nurse.. keturunan perut kecik..

Then again, doktor check kedudukan kepala baby. Katanya baby dah engaged. Bila-bila masa I boleh bersalin =D Nyummy! Last Sunday, ada blood stain kat panty liner. Tapi bila I riki kawan-kawan and family, semua advice gi hospital. But I waited. Sebabnya, I takde sakit pape. Lepas cerita kat doktor, then doktor pun cakap "You tunggu sakit.. Dah sakit baru segera ke hospital ya..." 

Betul cakap my sister. Kalau dengan doktor kerajaan, diorang akan suruh tunggu sakit. Tapi kalau doktor swasta, diorang akan terus check ada bukaan atau tak. Eheh. Papepun, tunggu je la kan.. Tunggu sakit contraction tu datang ;) Orang cakap macam senggugut. The problem is, I never experienced period pain before. So I assumed sakit perut yang macam cirit-birit or macam pinggang nak patah. Just wait je lah ;)

Mood : Counting days to see my bundle of joy.. and Moms & Baby Expo! \(^_^)/  Yang penting, MamyPoko join the event! Borong jangan tak borong ;) Anyone plan to go on Friday? Kalau terserempak, hello hello la k? (^^,) *Amboi... glamour sangat ke?? Kelasss kau Maria!! LOL~




Come join us at the Mom & Baby Expo, Mid Valley Exhibition Centre!
We're conveniently located at Hall 3, just opposite the registration counter.

We'll be offering these products for sale:
1) MamyPoko NB52 & S48: RM28 each
2) MamyPoko M44, L38, XL34 & XXL28: RM39.90 each / buy 2 packs for RM66
3) MamyPoko Pants Extra Soft Fit M17, L14, XL12 & XXL10: RM18 each
4) MamyPoko Gentle Cleansing Wipes (Fragrance Free & With Fragrance): 80pcs x2 packs for RM10 / 20pcs x4 packs for RM10!

To our dearest customers, do arrive early for these promotions while stocks last. Thank you!

Monday, April 16, 2012

Mom & Baby Expo Special Gift


Special gift ? Alaaa.. Sempat ke I nak pergi nie ? (*_*) Kalau ikutkan, sempat jer ! Hew hew hew~ 

Parenthood Magazine Malaysia We open special counter only for pregnant mama to redeem this item. So all pregnant moms here don't miss it. (Note: no one can help you to redeem it on behalf.)

Monday, March 19, 2012

It's almost 100%

Alhamdulillah, persiapan untuk menyambut kelahiran my bundle of joy almost done! ;) Rasanya dah almost 95%. Lagi 5% tu nak tunggu parcel yang di order online. Hiks! Yang lelain macam set bersalin Tanamera boleh beli dapat gaji nanti (kot!). Sebab aritu dah pow Romeo mintak belikan FitFlop. Dah nak bersalin baru nak beli FitFlop kan... Gatal betol. Hihi. Selama nie kemain pakai wedges bagai :P

Set bersalin Tanamera

Seronok baca entri bloggers mommy-to-be yang bagi review pasal Maternity & Children Expo kat Mid Valley 9-11 Mac lepas. I have to agree, expo kali ni agak mengecewakan. Sebabnya, I thought macam expo November lepas, kedua-dua hall exhibition digunakan. Rupa-rupanya, Hall 1 sahaja untuk expo. Hall 2 pula dibuka untuk sale Hush Puppies.

So bila hanya Hall 1 sahaja untuk expo, you guys tahu tahu je la betapa sempit and sesaknya kat dalam tu. Booth kali nie banyak yang tak menarik (for me). Mungkin untuk orang lain, menarik. Personally kalau compare dengan expo kat KLCC, rasanya KLCC lebih menarik kot (walaupun I only spend few hundreds sebab tak banyak barang yang I nak jumpa kat sana). Huhu. Tapi kalau compare dengan expo November lepas, fuh.. jauh bezanya =D

On Friday, kol 1045 pagi I reached Mid Valley. Alhamdulillah, rezeki baby agaknya I dapat parking yang memang cunnnnn.. Betul-betul exit shopping mall kat kedai Nike tu. Masa tu asyik bertembung dengan orang yang balik angkut berkotak-kotak MamyPoko. Huii~ Takleh jadi nie. I pon jalan dengan kadar kelajuan 30km/h (tipu lettew).

Lepas shopping, rehat depan stage tengok game yang dianjurkan :-)

As I said in previous entry, I terus menuju ke booth MamyPoko. Satu kesilapan yang I nampak, sepatutnya booth MamyPoko selaku main sponsor letak la kat depan pintu ke kan.. Nie letak kat tengah and di belakang hall. Pergh. I ingatkan baru kul 1045 pagi line queue takde la panjang mana. Boleh tahan la dalam 30 meter (berpusing and terpaksa queue depan booth orang lain). Punya la dasyhat orang nak membeli MamyPoko :P

I queue dalam 30 minit baru sampai turn I. Dah alang-alang queue panjang, I pon beli 2 carton MamyPoko. 1 carton contains 4 packs of diapers. So I beli 2 packs newborn, 6 packs size S. Akak depan I ramah sangat. Dia yang suggest I amik sikit je new born size sebab katanya baby nanti dalam 2-3 weeks jer dah boleh pakai size S. Lepas beli diapers, hantar box masuk kereta. Baru continue cari barang yang I dah siap-siap list down atas kertas ;)

Buat stock. Next expo kene borong lagi sebab murah dari harga supermarket :) Harga supermarket RM39.90. Kat expo RM28. Last year punya expo RM25. Naik RM3 nampaknya :(

Beli itu, beli ini sampai kekadang lupa diri (hewhewhew!) Dalam 7 item yang I list down kan, dapat la dalam 4 item. Cari booth Avent takde, yang ada booth lain tapi jual barang Avent & Medela. Booth kecik, orang sesak. I usya price, mahal gak la kalau beli Newborn Starter Set tu RM150. Kalau beli online, boleh dapat RM116. So I dah order online pun :) Medela FS jual dalam RM1880. Banyak jugak dapat free gift. Tapi still I consider mahal sebab I dapat price RM1400 (online).

Thanks to my colleagues; Is, Kak Jiha, Iera sebab banyak membantu! (^_^) Kak Jiha cakap dapat baby girl memang sangat excited. Lagi-lagi first child. To me, actually for first child nie sebenarnya tak kisah la baby girl or boy. Semua tu kuasa Allah kan? ;) Cumanya, bila dapat baby girl excited lebih sebab banyak betul barang yang nak di shopping! Kak Jiha cerita dia siap order online lagi baju untuk baby girl. Hihi!

Oh ya! Diorang ada suggest I yang diapers I patut cuba is brand Baby Love. Katanya material bagus. Haritu I jalan-jalan nampak brand nie kat Giant, I ingatkan tak bagus. Sebab tak pernah tengok iklan. But pas ni boleh cuba ;)

Kat expo haritu baju-baju tak banyak yang menarik pun. Booth yang meriah MamyPoko, Pureen, Bebe, MumsDreams, Basilic. Pureen as usual la memang jual murah. I tengok ada sorang akak ni borong beli baby wipes satu bakul beb. Hihi. I beli 2 set jer. Stroller, baby carrier macam tak banyak pilihan jer.

Tak lama pun I duduk dalam expo tu. Dalam kol 1230 tengahari, pergi lunch pulak. Then cari barang-barang lain kat Mid Valley tu. My grandma mintak survey kan topper kat Getha. Last-last, beli kat Sunway Pyramid jer. Ceh :P Oh ya, kat dalam expo tu ade jugak mencari-cari drying rack First Year macam Nad Honey cerita dalam entri dia. Murah tu dia beli kat KLCC. Tapi takde pun jual kat expo Mid Valley. Frust betol.

Check kat Jusco, price RM79. Dapat less cuma 10%. Ee, tak bestnya. So skip dulu yang nie dalam list. Tapi now bila balik rumah, tengok barang-barang baby I akan buat double check. In case ada yang tertinggal :P Bukan apa, Romeo tu bukan tahu sangat pergi beli baby stuff. Kang lain I minta, lain yang dibeli. Hehe. Aritu I BBM mintak belikan susu. As usual by default, susu yang I maksudkan is susu kotak Dutch Lady (Chocolate). Tetibe dia boleh beli Dutch Lady (Low fat). Kan lain tu arahannya :P Selama nie dia tak pernah salah, kali nie ape mimpi dia ntah beli Low Fat. Tapi husband dah beli, minum je la kan ;) Kang majuk lak :P

Sekarang nie I cuma nak kumpul baju-baju baby jer. Eh, dah masuk 30 weeks nie dah boleh basuh baju baby or too early ek? Malu la semangat sangat nanti mesti Romeo gelakkan :P Jahat gila dia tuh. Jom intai apa yang I beli ;)

Jangan terpedaya. Plastik je banyak, barang sikit :)


Since ramai suggest minyak herbanika NR, I pon beli. Harga kat expo RM54. NP: RM68. But sape jd member NR dpt la 20% discount ;) Kat expo dorang dah siap2 kasi discount.

Beli barang Pureen cam biasa la dorang kasi free gift. Baby wipes orange ni paling ramai orang borong. I pon terpengaruh sama borong. 1 set (2x packs RM9). Beli 2 set (buat stok)


Singgah MumsDreams beli bengkung baby MyPermataHati 5 helai RM25 (promotion). Nursing bra 2 helai.


Beli maternity pad kat Jusco. Is cakap beli brand ni sbb material lembut (mentang2 Is ada anak 4, 2 kembar I pon percaya semua recommendation dari dia) Hihi.


Last skali beli disposable nursing pad. NP: RM59. Offer RM29.90 for (50+20). Dapat la free baby wipes (lagi!)

Thursday, March 1, 2012

Children's World Baby Fair


Ape tunggu lagi mommies and mommy-to-be! Jom let's! Hihi.. \(^_^)/

Sunday, February 26, 2012

Motherhood Expo KL Convention Centre 2012

Disebabkan takde plan apa-apa for today, so I made up my mind ajak my sis pergi ke Motherhood Expo at KL Convention Centre :)

Even people said it was packed, jammed, hard to find parking lot.. well, lucky me! I reach KL Convention Centre at 4pm. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan from Shah Alam - Federal Highway - Jalan Tun Razak - Jalan Ampang, no jammed at all :-) Cuaca pun cerah jer.. Cuma dari Shah Alam - Federal Highway dah macam hujan rintik-rintik.

Parking pon tak susah. Maybe dah petang, orang dah mula berkurangan. Dapat parking luar Convention Centre.  Even ramai orang, but I still manage to stop from one booth to another booth (just to check out if there is tempting promotions). Aircond pun kuat. So takde la rasa panas ke suffocated ke. 

As far as I remember, last year when I stepped into Mid Valley Exhibition Hall untuk Maternity & Children Expo on November, sangat sangat PACK and SUFFOCATE ok?! Huhu.. Dah la sempit, ramai bawak stroller yang big tyres tu. Stroller pun dah cukup besar.. dengan mak-mak buyung yang berperut besar.. dengan aircond yang tak rasa apa.. Huhu. Unlucky me ;(

Tapi kat KLCC nie, okey la pulak :) Nak jalan pun enjoy je. Except ONE things, tetibe dalam 20 minit berjalan, pinggang I sakit sangat. I dah try tahan.. until booth Autumz, sakit tu dah takleh tahan lagi. Mujur ada kerusi kosong sebelah booth so I sit down for 10-15 minutes. Takot pengsan pulak nanti, takkan adik I nak angkat kan? Hihi.

Pelik. Tetibe je pinggang sakit. Nurse cakap aritu, sakit akan start when I enter 28 weeks. Sebab tulang pinggul mengembang and baby membesar. Tapi I baru masuk 27 weeks (tomorrow). Mungkin sebab berjalan non-stop kot from semalam :P My friend said, preggers dengan sakit pinggang adalah kawan baik. Haha.

Lepas rest tu, sakit beransur pulih. I continue shopping lagi. Oh ya. Tak banyak pun I shopping tadi. Sebab nak tunggu 9 march nie kan.. masa tu Insya'allah Romeo join. Kalau tak join, terpaksa la I drag my sister (again!) thihi.. Janji Romeo bagi fulussss $$$$

I only managed to buy diapers, baby blanket, baby detergent, minyak telon (botol besar) and 4 pieces nursing bra (Autumz). Tamak kan? Sampai 4 beli :P 2 nursing bra (underwired), 2 lagi sleeping bra. Sales girl tu promote nursing bra yang xde wired tu.. tapi I tak selesa la bile tengok nipis sangat. Nanti dah deliver, boleh la kot sebab time tu dah boleh pakai dengan breast pad ;-)

Then singgah booth Bright Starts, tertarik dengan dua benda ni :-

Bright Starts Portable Swing in PINK expo price RM320
Bright Starts Cradling Bouncer in PINK expo price RM230


Eee, comelnyeee! Nak beli laa.. Yang bouncer tu macam buaian la.. dia mengenjut. Tapi my mom said, takot baby yang taknak duduk dalam tu =( So my mom suggest me beli je enjin buaian yang pakai elektrik tu since my sister dah ade cradles so I pinjam je nanti. Enjin tu pun mahal taaau.. RM200-RM300+. So macam sama je kalau beli bouncer ni. (Still nak melawan cakap orang berpengalaman.. hihi)


My ex-boyfie semalam beli MacLaren Rocker tu pun cantik jugak! Also available in PINK. But he bought in purple since he said kat expo semalam pink SOLD OUT. Normal price at SOGO RM399. Tapi kat expo, it's only RM300. Cheap, no? ;-)

MacLaren Rocker


For baby carrier/car seat I've made up my mind, I will go for Maxi Cosi. Nanti kat expo nak usya. Then stroller nak beli Quinny. Sebab rekabentuk yang sangat aerodinamik and Maxi Cosi boleh digunapakai :-) Kat expo tadi I saw MacLaren and Elle stroller in PINK. OMG! Comelnyeeee.. Eh, everything's in pink comel lah kat mata I nie.. Hahaha~

Okey la. Till now. Nak rest. Tomorrow morning at 9 am ade antenatal check up. Kang tak terbangun pulak :D Keletihan la katakan :P Kih kih kih... Balik Shah Alam 2 hari, this is what I bought!

I am a happy mommy (^_^)