Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

Monday, October 22, 2012

10 Langkah Anak Ceria (0-12 bulan)


Sesibuk manapun anda dengan tugasan mencari rezeki, luangkan lebih banyak masa bersama bayi anda terutama ketika usianya empat hingga tujuh bulan. Menurut kajian, ketika peringkat usia itu, bayi sudah mengetahui namanya dan memahami kamu sedang bercakap dengannya. Interaksi secara lembut bagi membina hubungan dengan si kecil anda.

Di sini, saya sertakan sekali panduan mudah bagi meningkatkan kemesraan antara anda dan bayi.

1. Cakap dan ketawa bersama - Bercakaplah dengan bayi disulami dengan ketawa. Bayi merasa seronok bila melihat wajah ceria ibu bapanya.

2. Bergurau - Geletek badannya. Sentuhan ibu membuatkan si kecil gembira.

3. Panggilan manja - Panggil si kecil anda dengan panggilan manja seperti “sayang anak mama”. Lakukan sambil memegang tangan dan menatap wajahnya. Ulangi beberapa kali supaya si kecil tahu anda menyayanginya.

4. Pujian - Senyum dan puji bayi sambil dekatkan wajah kepadanya sehingga tangan anda menyentuh wajahnya.

5. Mimik muka lucu - Lakukan mimik lucu seperti bulatkan mata, mulut. Ini akan menarik perhatiannya.

6. Ciuman manja - Cium pada seluruh anggota badan sambil mengangkat badannya ke atas. Cium di bahagian perutnya. Pasti dia akan merasa teruja.

7. Goyangkan kepala - Goyang kepala ke kiri dan kanan dengan perlahan sambil menyentuh tangan dan kakinya. Pasti dia akan merasa tenang dengan sentuhan anda.

8. Ba ba cak! - Si kecil memang sukakan permainan sebegini. Tambahan pula apabila dilakukan oleh orang yang dikenalinya.

9. Berikan barang permainan - Pilih warna yang terang dan menarik. Ini akan menceriakan si kecil.

10. Menari bersama bayi - Pasangkan muzik yang agak rancak. Dukung bayi dan pegang tangannya dan mula menari. Pergerakan yang anda lakukan bersamanya pasti membuat si bayi gembira.

Selamat mencuba!

Hello! Miss Bunny (^_^)
**Paling suka buat kat Sophea no 10 !! Hahaha.. dah macam-macam tarian mommy dia nie buat.. naseb baik tak shuffle :P 

Wednesday, October 17, 2012

Nak tambah ilmu ? Jom

Korang follow blog nie :-


Banyak maklumat yang korang boleh dapat :)

Kalau ada pertanyaan, korang email je akak tu. Serious.

Sharing is caring~ (^_^)

Monday, October 8, 2012

Setelah 5 bulan..

Kini Sophea & I kembali ke Putrajaya (^_^) Chewah kau... cite macam selama nie duduk kat Manchester City. Eh apesal Manchester plak nie? :P

Anyway, episod berpindah berlaku semalam. Banyak gile barang yang diangkut. Baru ku sedar, selama 5 bln menetap di Shah Alam, barang Sophea & I dah beranak pinak. Tapi barang Sophea la paling banyaaaaaaaaak! (-___-")

Masa mak & ayah nak balik, siap ciyom2 Fea, I plak yang sebak :'( Ye la, selama nie tahap kebergantungan I pada parents I sangat tinggi ok! Hehe. Bila Sophea terjaga malam, siapa yang layan? Mak. Bila Sophea bangun seawal jam 6 pagi siapa yang jaga? Ayah. Me? Layan tidur la konon alasan nanti kat office ngantuk tak cukup tidur, penat kerja blablabla (byk gile alasan kauuu!)

Sekarang? Semua sendirian berhad. Nak harap siapa lagi? Romeo? Dia dari last week outstation. Hari ni baru balik. Khamis till Sabtu fly gi KK plak. Toink! (*_*) Cite macam I sorang je ada anak kan? Hahaha! Ok ok.. korang korang korang semua memang supermommy. Tabik spring. Haip! \;-)

Pagi tadi start hantar Sophea ke babysitter. Dia bangun kol 6. Tukar pampers, bagi susu, main-main kejap. Kul 7 terus anta. Sebak gile masa nak balik tue. Tapi tahan jugak la airmata nie dari mengalir (T_T) Apsal entah.. kalau mak jaga, xde lak I nak sebak sebak bagai. Lagi balik lambat amik kesempatan ade lah. Huahua! :))

Tadi tengahari I text Kak Wan. Tanya khabar Sophea. Alhamdulillah Kak Wan kata Fea ok je (wat mase tu). Hihi! Bagus la. Boleh Sophea belajar berkawan. Kalau tak dia asyik kawan ngan nenek, atok, cunoi and mommy. Oh, dia pon dah popular kat Seksyen 11 tu. Eh eh takde la satu seksyen 11. Area rumah mak I je la :P Mane tak popular, morning walk everyday! Amboi.. tau-tau je balik dapat duit. Murah rezeki anak :)

Cepat betol masa berlalu. Pejam celik dah 5 bulan. November nie wedding Diana, Sophea dah 6 bulan. Best best. Dah boleh makan! (Tang nie paling tak sabaaaaar) Nanti kita main masak-masak ok! :) Biar suami isteri bekerja, kalau boleh I nak kasi Sophea homemade food. Fresh from home! :)

Tinggal lagi 2 bulan je dah nak abis 2012. 

May 2011 married. May 2012 give birth to Sophea. May 2013 ? Ehehe.. Tak.. tak.. Sophea tak expecting adik ye u ols ;) Thihiihi!

Chow chin chow!

Fea, pandang camera lah! :-/
PS : Sebenanrnya busy wat internal testing.. tapi curik-curik masa jap. Boring banyak error. Apa pun tak boleh! :P


Friday, October 5, 2012

✔ Pencarian Pengasuh Tamat

Alhamdulillah. Tamat sudah misi pencarian pengasuh (babysitter). Fuh! 

Tak sangka, begitu susah nak mencari pengasuh atau taska yang ada kekosongan untuk bayi. Kalau untuk toddler (1 tahun dan ke atas) haa yang tu banyak tempat boleh terima (-__-") Ye la, JKM pon dah tetapkan, 1 orang pengasuh/penjaga di taska hanya boleh menjaga 4 orang bayi sahaja dalam satu masa.

Tapi I tak puas hati, kat Putrajaya nie dah tahu demand tinggi, sepatutnya perbanyakkanlah lagi taska. Especially kat kementerian-kementerian tue ha. Ini tak, ada kementerian tertentu sahaja yang ada taska. Huhu.

Punya la selama nie I dok call taska sana sini kat Putrajaya tue, nak menanyakan ada kekosongan atau tak, finally Ahad lepas I jumpa seorang pengasuh berdekatan rumah I. Lega! :) Itu pon lepas I google. Macam-macam words I masukkan. Haha! Click sana sini, jumpa 1 link. Iklan bertarikh 8 October 2011. Tapi I cuba jugak contact. Alhamdullilah, Kak Wan terima! \(^_^)/ Happy sangat masa dapat tahu. Petang tu jugak I shoot ke Putrajaya untuk jumpa Kak Wan.

Harap sangat Kak Wan jaga Sophea sama macam dia jaga anak dia sendiri :) Btw, dia ada 3 orang anak perempuan. So rasanya I tak perlu risau sangat kot? (Errr, sebenarnya risau jugaaaaaaak) Takpelah, doa banyak-banyak agar Sophea behave and Kak Wan jaga dengan baik :) *Mesti bersangka baik, barulah hati tenang, hidup senang kan :)

Semangat dah jumpa pengasuh, banyak la baju-baju baru I beli untuk Sophea. Kenapa I beli baju baru? Sebab rumah Kak Wan takde aircond. Rasa panas sikit la. Nak bagi Sophea selesa, I pon beli baju lubang-lubang, romper, pastu banyakkan baju short sleeve as baju tido dia :) *Parkson Alamanda adalah tempat THORbaik untuk memborong! :D

At least balik rumah nanti malam tu boleh tukar pakai long sleeves je. Sophea tue kuat peluh tau. Sama mcm daddy dia jugak :P Imagine, kekadang tido dah pasang ekon, bantal dia boleh basah kena peluh (*_*) Konpius mak! Tapi I pikir positif je la.. selalu fikir camni "Maybe gangliosida dia nak bercantum" Haha! Pengaruh iklan ;p

Sekarang asal kuar nampak baju baby yang selesa especially yang lubang-lubang tue, mesti beli. Tak kisah la brand apa. Janji design berlainan. Baru-baru nie jumpe baju lubang-lubang tue kat Giant Seksyen 13. Design ala-ala dress with spentot. Hihi! Comel laks! :) Pon I tapaaaaau.

Pampers lak terpaksa beli yang pants punya. Sophea dah kuat menendang. Nak pakaikan yang tape punye la susah (-_-") Sticker name tue plan nak gi buat kat The Summit. Nak tampal kat barang-barang Sophea utk bawak ke rumah Kak Wan.

Pasni, dah tak leh balik lambat. Dah takleh melilau keluar lagi. Kalau nak keluar pon, kena amik Sophea pastu baru keluar. Agagaga! Saya mesti boleh! Hewhewhew..

PS : Tak sangka rupanya style taska kat Putrajaya nie jenis kena booking since pregnant lagi (*_*) Kalau la I tahu.. Start 6 month of pregnancy I dah booking! ;)

Thursday, October 4, 2012

PJJ : Perkahwinan Jarak Jauh

Aaa.. nie bukan kisah I. Kisah opismet I selaku team member kat MAMPU :) (Didn't I tell you that I am a friendly person?) Haaaa... tak sampai seminggu I dah boleh kenal rapat :))

Mendengarkan kisah opismet I nie yang berstatus PJJ, rasa kesian & sedih sangat tau. Dah 3 tahun. Whaaaaat?!?! (*_*) Bukan dekat, tapi jauh. Suami kat Mersing, wife kat Subang and anak kat Perak. Oh before that, in case she reads my blog (well, who knows one day), I cuma nak jadikan cerita nie sebagai penguat semangat untuk mommies yang sama-sama atau yang bakal memasuki alam PJJ :) Please be prepared mental & physical :)

Pada mulanya, I pon rasa kesian, rasa sedih dengar. Semua duduk berasingan. Sampai I hampir cakap "Baik xyah kawin kalau mcm tu....." Tapi ini lah dugaan & cabaran yang harus ditempuhi. Allah merencanakan sesuatu untuk HambaNya.. pasti ada hikmah disebaliknya, kan? ;)

Opismet I nie, setiap minggu akan berulang alik ke Perak untuk jumpa anak and hantar EBM. Kuat semangat dia kan? Everyweek without failed! Knowing her who works as a developer, stayback etc, bukan senang tau. Cuma ok la fine she has time to rest sebab balik rumah boleh terus tido :) Ye la, cuma uruskan diri sendiri je kan.. Husband takde, anak takde. Tapi, dalam hati siapa yang tahu? :(

Husband dia work as a teacher. Dia cakap dah masuk kali ke lima, permohonan untuk tukar sekolah gagal. Pelbagai alasan dah diberi, tapi tetap tak diluluskan :( Nie la risiko bila suami kerja kerajaan, isteri kerja swasta. Memang susah kalau orang gomen nak tukar, kecuali ada kekosongan. 

So apa yang I boleh advice dia (ceh kau nak advice orang, kau tak pernah experience pon kann! hihi) I cakap, if kali ke 6 ni failed jugak permohonan tue, why not dia yang berhenti kerja. Yes. Memang sukar untuk buat pilihan. Afterall, no choice given kan? Salah seorang mesti berkorban. Haa.. ini la dinamakan pengorbanan :)

At least if she resigned, boleh la duduk sama dengan anak & suami kat Mersing :) Tapi tak salah, jadi housewife and buat business online atau freelance disamping membesarkan dan mendidik anak. Nanti ada rezeki husband dapat transfer, boleh apply kerja balik :) Memang susah nak cari kerja kat sana, tambahan pulak kawasan felda kan. Nak keluar pekan beli barang dapur pon dekat 2 jam perjalanan pergi. Balik pon 2 jam. Haa, tue belom kira minyak lagi. Kira kalau nak keluar, kena borong semua barang siap2 lah :) 

Bab nie I ade experienced sebab dulu kakak I pernah ditransferkan ke felda tenggaroh. Hujung dunia I tell you! Huhu. Memang sakit sikit la.. tapi well, life doesn't always sucks right? :) As I said, ada hikmah semua ketentuan Ilahi ni. Kita just redha dan berdoa kepadaNya, agar dipermudahkan segala urusan.

Baby dia pon baru 3 months old. See? Kecik lagi. Sedih tau tinggalkan baby dengan mak eventho kita tahu mak kita boleh jaga. Tapi kita pon mak jugak, sayu je hati tak dapat tengok perkembangan anak depan mata kita. Dia cakap, dulu dia selalu call mak dia tanya pasal anak. Menangis-nangis. Tapi mak dia cakap, cuba kurangkan call. So that takde la dia asyik bersedih & teringat anak.

Ish, mana boleh macam tu. Anak kita kandung 9 bulan, dah bonding dalam perut lagi. Hehe. Mesti la kita akan sentiasa ingat kat dia. Keluar jalan tengok orang lain dukung anak, hati mak mana yang tak sedih, ye tak?

I memang tabik spring pada mommies yang PJJ nie. Memang hati diorang nie cekal & tabah! :) Kalau I? Hmm, on the spot I resign kot ikut husband. Tak pikir ape dah :)) *Haa.. nampak sangat mengikut perasaan kannn! :P

Apapun, I doakan buat mommies yang berstatus PJJ nie semoga Allah permudahkan segala urusan u ols, dan memberkati segala apa yang u ols buat. Kita kerja pun kerana Allah kan. Hati kena ikhlas :)

Biar jauh dimata, dekat dihati. Hiks! ;)

Best jd baby. Tak perlu fikir byk perkara :)

Thursday, September 27, 2012

Mothercare Sale

Tujuan asal nak menemankan Ann ke Mothercare. Tapi korang tau je la kan, masuk je Mothercare, nampak signboard 30% terus mata jadi cerah. Bulat mata masing-masing kan! :)

I yang memang tak plan nak belikan Fea baju pon turut terjebak. Shopping is virus you know :-s Dah pomis to myself "Jgn beli baju fea..jgn beli baju fea" Hmm.. janji tinggal janji. Memang baju fea tu banyak yang belum pakai, tapi tangan nie gatal jugak nak membeli. (Balik ni nak mintak claim dari Romeo ah) Hewhewhew..

Tak pasti lak tadi tue sale sempena apa. Anyway, thanks to Iera sebab dia split bills so I layak untuk dapat Parenting Privileges. Yey! \(^_^)/

Spend only RM300 from 1-30 September 2012
Haa... kire promotion lah ni. Normally kena spend RM800 kan? Kan? I pon ape lagi, memula ingat nak simpan resit hari ni, weekend nie spend another half then bley la apply card. Lucky me, Iera spend more so dia split bills :)

Tambah koleksi kad (^_^)
That's Ann & Iera. We all are happy mommies :))
Oh, mase berlegar-legar dalam store tu, I pon decide nak belikan Sophea teethers. Kekadang tengok dia macam gatal je gusi tue. Eh, anak aku nie nak tumbuh gigi ke ape? Cepat betol kot ya pon kheennn :))

Terlalu banyak pilihan. Last-last beli Tommee Tippee. Tak mahal, tak murah. Harap-harap berguna la bendalah nie hendaknya. Else, jadi semak je la aku nie dok menambah koleksi si anak :))

Pink lagi? (^_~)
PS : Semalam punye bag plastik Toys'R'Us masih dalam kereta, tak bawak keluar. Hari ni menambah lagi. Weekend nie baru bawak keluar kete, at least kalau Romeo tanya, I ade excuse "Oh, dah lama beli.. baru nak bawak keluar" Kih kih kih!

Saturday, September 22, 2012

Baby Sophea Beautiful Day

Alhamdulillah~

Majlis berjalan dengan lancar sekali. Sophea behave sangat that day. Terima kasih kepada para tetamu yang hadir :) I'm so happy. Penat tu hilang bila dapat jumpa kawan-kawan and kaum kerabat yang datang.

Majlis bermula jam 10.15 pagi. Acara marhaban, berzanji & berendoi. Dalam sejam setengah setel. Hihi. My mom dah pesan kat gang berzanji dia, jangan berendoi lama sangat sebab jam 12 tengahari tetamu lain dah start datang untuk jamuan rumah terbuka ;)

Kerisauan I akhirnya hilang bila Sophea tak nangis langsung bila letak dalam buai tu. Phew~ Elok la pulak time tue dia dah start mamai-mamai nak tido :) Good girl!

Tapi 1 je spoil. Heh. I belikan Sophea baby tight (warna putih). Sebab I memang plan nak pakaikan dia romper (yg ada skirting). Tapi pagi tu masa kakak I siapkan dia, stokin/tight tue still longgar :( Macam selekeh plak. Last-last I pakaikan stokin biasa je. Seksi la pulak nampak kaki :P Bahagian atas kemain, siap pakai crop cardigan. Hahaha~ Lantaklah..

Btw, I memang adore gile dari dulu baju-baju gown baby yang macam kat Lovely Lace tu. Cantik! Tapi I tolak tepi pasal cantik. I utamakan keselesaan Sophea. Kalau boleh taknak bagi dia panas. Baby kalau panas sikit mula lah nak meragam kan? Jangan kata baby, aku nie kalau panas pon boleh jadi emo. Hahaha! :P

Baju Sophea tu pon beli last minute. 2 hari sebelum majlis. Tapi baju mommy & daddy dia, bulan puasa haritu dah beli! LOL. Mommy & daddy la paling semangat, kan? Kan? ;P 

Buai berhias tu pon, plan asal memang nak. Tapi bila riki-riki harga dengan Baby n Me, even dah dapat diskaun, I still ralat lagi.. nak ke tak nak ke tak. Berkenan habis kat Enchanted Wonderland Cradle tu. Hari-hari I tengok gambar. Aduhai.. teringin gile tau! Tapi... I takot, kang dah sewa bagai, tetibe Sophea xmo duduk dalam tu. Ha.. sape nak jawap! Hahaha.. Duit dah melayang. Harga pon dah sama macam mini pelamin I mase bertunang. Naya jer ;p

Ha..cantik tak? :) Siapa berminat leh contact diorang ni k. Like je page tue ;)
Sambil dok memikirkan pasal buai berhias nie, I pon tweet. Tanya la kot ada kawan-kawan twitter I tahu mana tempat lagi murah kan? Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi pada kawan Universiti I. Urm, actually classmate I Zafir yang kenalkan lepas dia baca tweet I tue.

I pon terus cari Hidayah nie kat Facebook. Terus add as friend and send message. Hihi! Hasil dia pon not bad, sesuai la dengan harga yang ditawarkan. Lepas nego here and there, that's it. I made up my mind, sewa jer dengan Hidayah. Plus, bunga telur sebelum nie I tak terfikir pon, I order sekali dengan dia. Bunga telur teddy bear. Cute! :)

Tema? Opkos la pink. Dah kate favourite color kan? Lagi plak baby girl. Hahaha~ Takleh nak lari. Majlis I adakan kat surau area rumah I. Situ la tempat kitorang menikah :)

Ok la tak tau nak merapu apa lagi. Apa pun lega sangat bila majlis selesai. Now I dah start planning untuk 1st year birthday bash dia. Over kan? Hahaha! Planning awal la bagus, boleh tau budget berapa. Hehe. Kalau tak plan, kang duit habis entah kemana. Lagipun 1st birthday nie semangat sikit sebab nak combine sekali dengan birthday my mom and our anniversary. My mom 12th May, my anniversary & Sophea birthday is 13th May. Yippee!

Layan je la gambar sikit2 ni k! Nak gambar banyak, dalam facebook :)

Ini la buai berhias Sophea. Simple yet I love it! 
Ni pulak bunga telur teddy bear + little star. Saje combine 2 jenis yang berbeza :)
I'm wearing kaftan Gina, by Sugarscarf in Dusty Pink. Romeo wears baju melayu cotton & sampin by Salikin Sidek

Pengantin is wearing romper with crop cardigan + headband from Baby Guess
Sophea yang dah mamai

Baca doa :P
With Ziadora
With mommy to be Linda

Friends :)

My ex + officemates (JPJ Revamp)
Safiq Rahim tetamu last :P

Kumpulan marhaban
Ready nak masukkan Sophea :)

Thursday, August 16, 2012

Perjalanan Jauh Tak Ku Rasa..

Hehe.

Last week, first time bawak Sophea balik Kelantan. In laws ada buat kenduri + majlis berbuka puasa. Lagipun raya tahun nie, Romeo setuju untuk sekali lagi beraya di Shah Alam (orang takde kampung memang camni!) Huhu..

Alasan tak balik Kelantan tahun ni : Ada anak kecik, perjalanan yang sangat lama tambah lagi bila jammed (*_*) Mak memang tak sanggup nak tempuh tu semua.

So nak bagi fair and square, minggu lepas kitorg balik la :) Alhamdulillah... Sepanjang perjalanan Sophea baik sangat! Tak meragam. Tak menangis. I duduk belakang dengan dia. Kitorang gerak lepas Subuh, elok la time tu Sophea tido. Hehe.


Mostly all way long dia tido. Bila bangun, main jap, susu, tengok luar.. agaknya dia tengok tak sampai-sampai lagi nie.. dia tido balik. Heh. First time balik Kelantan sampai cecah 8 JAM ok! Haaa.. itu bukan sebab jammed :P Tapi sebab kitorg banyak berhenti rehat :)

Bawak anak kecik biasalah.. I pon kebas bontot jadinya. Seat belakang tu, 2/3 je dah tilam si Sophea. Penuh ngan bantal dia. Kat bahagian kaki lak dengan bag dia, bag susu la, seat depan dia car seat la. Pergh! Balik dari Kelantan lagi la barang bertambah2! Memang I pon terus cakap kat Romeo "We need to restructure our financial.. We need a BIGGER car!"

Right now memang aimed SUV je senang. Harap-harap dimurahkan rezeki :)

Mesti ada yang tertanya-tanya "Dah tau anak kecik, jalan jauh kenapa tak naik flight jer?"

Memang itu plan asalnya. Tapi I rasa tak yakin nak bawak Sophea naik flight. Sebab I belum tau sangat perangai dia camne. Buatnya sepanjang penerbangan dia teriak.. kecut perut mak! ~_~ Sebab I selalu je berdepan dengan budak yang naik flight, bila nak take off tue melalak-lalak. Nie puncanya sebab telinga diorg berdesing/vacum. Dorang tak reti nak telan air liur lagi kan..

Tipsnya ialah bagi baby/budak susu masa nak take off :) Tapi I tetap tak confident! Hahaha.. Plus, barang Sophea punye la banyak. Kalau boleh semua I nak bawak! LULZ

Sepanjang berada di Kelantan, Sophea sangat behave! Betul la kata Iera, bila kat rumah Shah Alam, I terlalu bergantung dengan mak I. Tapi kat Kelantan, I handle Sophea sendiri :) Lega rasa. *Haa, boleh la balik Putrajaya lepas cuti raya nie.. Hihi! Tapi.... nursery pulak belum confirmkan lagi. Aiyok!

Kat Kelantan, I bawak Sophea keluar jalan-jalan siang. Pun lega sebab dia tak cranky. Jauh gak la berjalan, gi PCB beli keropok lekor, singgah KB Mall, pastu otw balik singgah Telipot jumpe member Romeo. Cuma slacknya, dah otw balik tu susu dia dah nak habis. Haa.. korang imagine la camne I struggle supaya taknak Sophea nangis sampai la ke rumah! Mana budget banyak benar dia minum susu. Hu! Masa tu I ada jugak try DF dia (mana la tau kot dia dah besar dah nak..) Sekali dia taknak langsung. Hish dak nie!

Masa jalan-jalan kat KB Mall tue, sampai je dia terus celik mata. Masa tu kitorang dah suspend jugak la takot dia xmo tido sebab bising kan. Tapi kitorang tolak je stroller tu, last-last dia lelap balik :)) Ada salesgirl main dengan dia pon dia wat bodo jer :P Mamai la tue..

Memandangkan I & Romeo amik cuti on Friday, so we plan to go back on Sunday, lepas berbuka. Tapi cancel bila masing-masing pon tak larat nak balik malam tu jugak. Sudahnya, MC la on Monday tu. *Iera if u read this, abaikan ok! :))

"Maju doh Klate lo nie.." Hahahaha! Amacam lulus tak kawe kecek Klate? :P Tulis boleh la.. suruh cakap memang tak lah.. Lidah keras :P Kitorang berbuka kat Restaurant Syam. Orang kelantan kate restaurant nie femes. Ha, Dr. Hannan & Dr. Shieda yang wat reservation. Kitorang datang as guest jer :) Pas makan, singgah Tutti Fruitti (TF). Yang kelakarnya, ade fews budak remaja masuk. Lama jugak la dorng baca steps etc..




Then I nampak masing-masing amik froyo tu banyak gile kot. Bila ltk add on, lagi la melimpah ruah. Dipicitnya chocolate Hershey's tue banyak2 :)) Diknon, kalau dah semua benda awak campur, confirm tak sedap la jadinya.. silap haribulan lepas makan pening! Hihihi.. Dr. Hannan ckp "TF paling dpt byk keuntungan, TF kat Kelantan lah. Sebab 1st day bukak jer, semua orang Kelantan gi beli." So bila I tengok insiden remaja2 tue, baru lah I faham LULZ. Mana tak untung, selagi cup tu tak penuh, selagi tu dia isi! Letak kat mesin penimbang.. hamek kau! :))

On the way balik, singgah butik member Dr.Hannan & Dr.Shieda. Sempat la I rembat 2 pasang baju (untuk buat raya). Yeay! Hihi. Beli 1 batik chiffon, 1 lagi cotton beadings.





Korang nak tau tak, masa otw pergi Kelantan, I mabuk gile. Sampai je Petronas Bentong, I muntah-muntah. Orang cakap muntah yang tidak disengajakan tak batal puasa. Tapi sebab I dah tak larat & tak tahan, I buka jer. Tu pasal la kalau korang nak tau kenapa kitorang banyak berhenti rehat. Sebab I mabuk :)) Romeo cakap sebab I dah lama tak jalan jauh. Maybe la..

Sampai je kat Kelantan, I nampak ade KFC and Pizza Hut. Mintak la Romeo gi drive thru. Lapar kot! Sekali TUTUP daa.. (T_T) I masuk 7E beli bubur segera jer. Tanya cashier tu, memang fast food kat Kelantan nie tutup ke (kot la renovation kan...) Adik tu pon jawap "Bulan puasa memang tutup kak. Nanti kul 3ptg, baru bukak" Gulp. Dorang nak elakkan orang ramai ngelat puasa. Tapi, kahsian lah pada mereka-mereka yang tak boleh berpuasa (-_-)

Itu je la kisah 'balik kampung' Sophea buat masa ni :) 

Sebelum terlambat, I nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pembaca blog ni. Bukan apa, I cuti raya lama.. So blog pon cuti jugee. Hihi! 

Semoga selamat pergi & pulang ke kampung.

*Tak sabar nak beraya bersama Sophea. First time la katanya. Hiks!

Thursday, August 9, 2012

Bersedia atau tidak ?

Hari-hari I dok cerita kat Iera tentang dilemma yang I hadapi.

FYI, I masih lagi tinggal di rumah parents I kat Shah Alam. Reason? Terlalu banyak alasan (termasuk alasan yang di ada-adakan) menyebabkan I belum berpindah semula ke rumah I di Putrajaya selepas tamat tempoh berpantang. Sigh.

Antara dilema yang I hadapi :-

1) Siapa nak jaga Sophea waktu siang?
Dari pregnant lagi, my mom dah pesan - Cari pengasuh.. cari pengasuh.. Tapi waktu tu I tak endahkan sangat. Ye la. Terlalu awal kot. Nak hantar nursery kat Putrajaya nie, masa tu I ralat sikit. Dulu I stay kat Apartment P15, ade Taska Vonad sebelah. Tapi bila ramai kawan-kawan yang hantar anak ke taska tu asyik kena amik leave (due to closing nursery sebab penyakit merebak) So buat I rasa tak selamat. Apatah lagi baby yang baru berusia 2 months old (HeiTech's maternity leave only 2 months)

So sejak pregnancy I decide nak mintak my mom tolong jagakan Sophea. Maybe dia dah besar sikit baru I consider nursery :) Mak sendiri jaga lain kan.. Dia bagi sepenuh perhatian kat anak kita tu. (Eh, memang la, cucu sendiri kot!) Heee.. 

2) Siapa nak jaga Sophea waktu malam?
Ha.. korang imagine lah.. malam-malam my mom tido with me and Sophea. Romeo selang seli je kalau dia datang. Kalau malam Sophea akan berjaga untuk susu. I akan bangun sediakan susu, then pas kat my mom. My mom yang akan pegangkan botol, sampai Sophea habis minum susu :-s Then kalau Sophea terjaga malam, my mom yang akan main dengan dia sampai la dia penat and nak tido balik. 

Me? Tido sepanjang masa. LOL. Itu pon I boleh cakap TAK CUKUP TIDUR. Ape punye mak lah huhu.. Tapi sumpah tak larat nak berjaga malam. Lagi-lagi dalam bulan puasa nie. Kalau nak bangun tidur tengah malam tu Masya'allah punya la liat! (*_*) 

3) Boleh ke I & Romeo survive berdua jaga Sophea bila kat rumah sendiri?
Ini I'm not sure :-/ Tapi I tengok orang lain tue boleh jer! Why can't us! Hmm... Maybe because I'm too much depending on my mom. Take things for granted. Sebab tu I tak rasa susah. Sebab tu kalau tidur pun tak rasa bersalah. Huhu.. Acaner tu?

Nanti kalau Romeo kena outstation berhari-hari, camne? My mom ada cakap if Romeo outstation, dia akan datang rumah I la. Hmm, what if Romeo kerja balik lambat? Boleh ke  handle Sophea sorang-sorang? Larat ke? Sekarang nie pon badan rasa penat.. Nanti lagi la penat sebab kena travel from Putrajaya - Subang - Putrajaya. Lemau tak lemau la.. Lalu LDP confirm jammed teruk (especially bila lalu Puchong). Lalu ELITE, kena la bayar tol lebih :-s

Ok ada 3 je dilema I rupanya. Hihi. Tapi bila terlalu memikirkannya, buat I rasa takot untuk pindah balik ke rumah sendiri. But I missed to be back at my own place. Sigh!

Last-last, I decide.. Lepas raya I nak balik rumah sendiri. I have to challenge myself. Takleh asyik nak bergantung je dengan my mom. Uwaa.. Kalau tak sampai bila I nak bersedia kan? Kan? Let us try dulu 1 week and see how :D Kalau Sophea ok, tak meragam boleh la terus je pindah. Else, I have to stay at Shah Alam until Sophea besar sikit ;)

Disebabkan itu, semalam seharian I google cari taska/pengasuh area Putrajaya. Tetibe dapat banyak pulak list kan?! Sebelum nie I google cuma dapat fews je (keywords salah la tu makcik!) Opss.. maybe :D

Tapi yang tak bestnya, bila I try call kementerian2 yang sediakan taska, they only give priority to staff yang kerja kat kementerian tu. Gaaarrgghhh! Kementerian Romeo nie bila nak ada taska? I think every ministry should have their own nursery, u know. Kementerian kesihatan malaysia tue ade 3 taska every level! See.. see! Boleh jer :(

I called almost 10 nursery, non pick up my phone. Busy sangat lettew jaga budak :P Ade tu siap contact number tak update.. sampai dah takde dalam talian. Haih. A friend of mine recommend, suruh I apply leave so that I boleh visit each taska yang I nak. Kat Putrajaya nie so many nursery, don't know mana yang ok.

Ada 1 taska nie dekat je dengan rumah I kat 14. Unluckily, dah full for babies (T_T) They only take 5 babies at a time. Stressnya! Dia cakap ramai pregnancy woman yang dah booked siap-siap. Ala, mana nak tau boleh booked cenggitu. Ha, tu la dulu mak suh cari lengah-lengahkan :P Serve me right!

Lepas frust tu, cari lagi area Cyber lak. Jumpe satu taska nie. Kat bangunan MAMPU. But dia suruh I datang dulu tengok tempat etc, kalau berminat boleh terus register. Done. At least dapat gak 1 taska :) Then google lagi, jumpa lagi but dia tak amik baby. Dia suh call cawangan kat P8 plak. I did call. She also said ada kekosongan :) So I ade 2 taska at the moment.

Ikutkan hati, taknak hantar nursery sebab Sophea kecik lagi. Ingat nak suruh je my mom jaga. Tapi, I nie larat ke nak bangun pagi-pagi bersiap.. travel dari Putrajaya - Shah Alam - Subang - Shah Alam - Putrajaya. Pastu balik dah malam.. nak jaga Sophea lagi. Hmm.. leceh jugak tue.

I cari taska berdekatan Putrajaya & Cyberjaya sebab senang Romeo boleh hantar & ambil :D Lagipun he did promise me, and dia yang volunteer nak buat semua tue. Yeay! :-*

Malam nie kami tiga beranak nak balik Kelantan. Harap-harap sepanjang perjalanan Sophea ok tak meragam :) Jauh tu nak berjalan. Plan asal nak naik flight, tapi I rasa leceh & susah pulak. Sebab takut kang Sophea nangis-nangis kuat ke ape ke arghh.. Takpe la naik kereta je laa.. Lagipun barang dia banyak. Hehe.

Insya'Allah lepas balik dari Kelantan, baru ada masa nak gi visit taska-taska tue :) If okey, lepas cuti raya dah boleh pack semua barang balik Putrajaya :D Doakan semuanya selamat, ok!

Orang lain tepek gambar anak, nak jugak la tempek. Sekali sekala kan? ;) Takleh selalu, takot terkena penyakit Ain (-__-")


Suka tengok dia tido.. tenang je rasa :)

Friday, August 3, 2012

Baby Bjorn : Baby Carrier Original Spirit

Stylo Mylo

Tudiaaaa...

Janji melayu betoi! :P Dulu kata taknak beli carrier. Alasan "Gile tak cool pakai carrier. Nanti dah dress up cantik-cantik, tetibe dukung baby. Letak je dalam kan stroller senang."

Heh. Dulu lain, sekarang lain. Ok la, nak cakap sebenarnya I dah terrr-beli baby carrier. Haha. Motif beli pun I tak tau. Sebab I tak rasa I yang akan guna mende alah tu. Romeo? Lagi la.. Masa pregnant I pernah tunjuk dia, I cakap "B, nanti u nak tak dukung anak pakai carrier tue?" Romeo jawap "I taknak." Pergh.. sedas kena.

So, punca utama terr-belinya baby carrier nie sebab tengah wat kerja sambil tu bukak website-website baby yang I dah favouritekan kat Google Chrome nie (gatal tangan) :D Ha, alamatnya, bila terrr-bukak website LittleWhiz, terrr-nampaklah ada sale! *put ur hands up.. put ur hands up \(^_^)/

Bila mata nampak sale, hati rasa ingin membeli. Memang dasar! Hehe.. Bulan puasa nie sepatutnya kena kawal nafsu.. hmm apo nak dikato.. bila nafsu mengawal diri, ini lah jadinya :P

Check dalam website, only black and orange available. Murah ok! I siap call kedai tanya warna apa yang available/in-stock. Chinese girl tu cakap "Only left 1 green and 1 red" What laaah... (dalam hati nak pink! nak pink!) Bila check delivery zone & charges "Ish, 2-4 working days baru dapat. Lambat ngat~. Nie weekend panjang lak tue" Last-last I pon gtalk Iera..

"Wei, lunch time nie jom gi LittleWhiz"

Hahaha.. Iera plak dengar je I nak gi kedai baby, terus ON! Kebetulan dia nak cari cooler bag baru. Jam 1230pm kitorang turun gi pump dulu. Tepat kul 1pm, kitorang pun memulakan perjalanan ke LittleWhiz. Asalnya I dah siap-siap print map sebab takut la sesat ke ape. Bila dah kat Moms Room, baru teringat lupa nak bawak turun. So malas plak nak naik atas amik map. Apa-apa nanti, call je la kedai tu tanya direction :)

Chinese girl tu sangat friendly hokey! Bagi direction pon senang difahami :) Oh, sesiapa nak gi LittleWhiz tu senang jer. Pegi ikut NKVE arah Klang :) Exit tol Setia Alam, terus je sampai nampak Tesco on your left. Then cari signboard besar KFC and go to that area. Ada Starbucks board jugak. Sampai traffic light, on your right ada Hong Leong Bank. Masuk kanan dan terus lagi. Jumpe padang kecil, lepas padang ada restoren cina. Stop. LittleWhiz kat atas tu je :)

Dah alang-alang sampai kedai, banyak pulak la yang kitorang dok belek-belek. Hihi! Tapi I control gak nafsu. Nak raya nie dey! Asyik beli barang baby kang, budget lari~ Huhu. Lepas chinese girl nie ajar cara-cara nak pakai carrier, terus letak kat cashier. Masuk bilik lagi satu lak (cuci mata). Kebetulan berus botol Avent I dah bengkok, kan entry previously I plan nak beli First Year Deluxe Bottle Brush, tapi kat LittleWhiz tak jumpe. So I decide beli MAM punya. Extra soft and completely non-scratch. Me like it! Iera pon berkenan. So i bought apple green, Iera bought in blue color :) We are a happy mother. Haha!

MAM Silicone Soft Brush

My friend from Aussie recommend that better I buy Baby Bjorn: Baby Carrier Air. Sebab katanya yang Original nie material dia tebal sikit. Cuaca Malaysia kan panas.. Unless used in a shopping mall (ok la ade aircond). Tapinya, budget I plak tak mengizinkan. Huhu. Yang Air nie mahai sikit~ Takpe lah. Try dulu sebabnya belom tentu si debot tu nak duduk dalam lama-lama :P

Semalam I try letak debot, seems she's comfortable in it! Yupss.. Tapi my dad plak yang bok bek kate baby tak selesa la tak leh breathing la :P Ish. Sophea ok je tue.. Hihi! Iera cakap dia ade beli Moby Wrap and MacLaren Baby Carrier. Anak dia pakai 2 bulan je sebab lepas tue dia dah tak larat, baby makin berat. Haha! Ok la at least 2 months pon.. Let's see how long Sophea will use that! (^_^)

Baby Bjorn : Baby Carrier Original Spirit

Bought in red color!

Thursday, August 2, 2012

Are You COOL Enuff ? :)

Sejak dah bergelar mommy nie, bila gi ofis bertambah lagi 1 bag yang I nak kena angkut. Dulu cuma bawak laptop & handbag. Now..... COOLER BAG :)

Well, kate EP Mom kan. Hihi. Ke hulu ke hilir la I membawanya. Pagi petang siang malam, EP Mom kena pump susu *sweat

First day masuk office, gelabah packing bag. Masa tu dok fikir "Eh, camne nak bawak pump semua nie? Cooler bag lagi, handbag lagi, bag laptop lagi..." Last-last I decide, tak bawak handbag. I sumbat semua sekali dalam Medela City Style Breastpump Bag. Dalam tu la wallet, bag make up, pump & cooler bag. Then bawak bag laptop. Pergh.. Serabut seh! :-s

Korang tau je la City Style BP Bag tu besar mana kan.. dah macam bawak bag Longchamp plak. Tapi nie cuma terjadi first & second day I mula bekerja. Hehe. Lepas tu, nampak Iera bawak cooler bag yang sangat cool, beybeh! (^_^) I pon tanya beli mana. Jam-jam tu jugak I purchase! Hewhewhew..

Iera cakap last year dia beli sama dengan Is. Color je lain-lain. Haha! Nampak sangat officemate kitorang nie mudah dipengaruhi. Dulu Is la yang pengaruh I untuk beli Medela Freestyle. Before that Iera yang terpengaruh. Now cooler bag pun I terpengaruh :P

I purchase cooler bag nie kat EnjoyBreastfeed. Banyak choice! Haruslah I beli color hot pink kan (^_^) Budget hawt gittew. LOL! 

Cooler bag nie double layer. Bahagian atas I letak corong pump (masukkan dlm protection pouch). Bahagian bawah I letak breastpump, botol, hands free and nursing poncho. Untung la motor freestyle nie kecik je. I tak bawak ice packs pon sebab perjalanan balik ke rumah paling lama pon dalam half an hour :) So kalau I balik kol 5pm, I pergi Moms Room tue keluarkan susu kat bahagian chill and bawak balik terus masuk dalam peti ais :)

Last expo I beli ice packs Jingle Jungle (promo 3 packs) just in case nanti nak keluar berjalan senang :) Buat tambahan to my existing medela ice pack tu. 

Dah ada cooler bag nie, dah tak serabut :D Sebab semua barang untuk mengepam boleh sumbat dalam 1 bag. Maka, bermula lah hari-hariku membawa bag laptop (sandang), handbag & cooler bag. Cooler bag nie boleh pegang macam tote or boleh buat sling. Ikut keselesaan :)

I love the pop color of this cooler bag. Plus, it's trendy. Hihi! Saw 1 double layer cooler bag Jingle Jungle at the expo, but bila I compare, it slightly smaller than mine. Pilihan color pun terhad. (sebenarnya nak cakap color pink takde.. hehe!)

Lepas 2 weeks bawak 3 bag, tetibe I terasa beban lak. (Beban tu sebenarnya sekadar alasan untuk membeli). I pon cakap kat Romeo "B, leceh la bawak handbag gi office. Nanti nak gi lunch takkan nak bawak handbag. Makan kat Summit sebelah tu jer. Takkan nak pegang wallet. Tak cukup tangan. Wallet la, handphone sampai 2.. haa.. cane?"

Ahaks! So last week Romeo brings me to Pavilion beli wrislet baru. Yippee! What's more yippee, it's on him. Ngeh ngeh ngeh~ Kan senang :D Dalam wrislet leh letak 2 handphone and cash/cards. Selesai 1 lagi issue (^_~) 

PS : Lepas nie entah apa lagi alasan I guna untuk membeli kan.. Ladies & shopping is BFF! Muah.

Moms Room at Level 1, Menara HeiTech Village

Parcel sampai dalam masa 1 hari ! :D

Hot pink beybee~! Bought protection pouch too.

View dari atas
View dr depan

View dr belakang

Double layer boleh took off :)
Bag yang perlu dibawa ke pejabat..
No more handbag. Only wristlet! Double joy! ;)

Tuesday, July 31, 2012

Gambar semata :)

Layan la jap gambar yang tak seberapa nie :)

Empire Hotel, Subang

Kelantan Delights, Wisma Consplant Subang

KGPA
Cyberview Lodge Resort & Spa


Sophea Khalisa Imaani

Ey, mencebik! :P

Gambar terkini Mommy?

Jeng









Jeng









Jeng!









I'm lovin it! (^_^)

Monday, July 30, 2012

Apa perkembangan terkini?

Dah lama I tak update blog kan? Nak kata busy kat office, busy jugak la. Lepas cuti bersalin, I di transfer balik ke HQ, subang. Heaven sikit dah tak mengadap muka boss yang asyik nak naik angin tak tentu masa tu. Hewhew~

Kat HQ, dapat masuk projek baru. Try to adapt. Sebab apa? Sebab dalam team nie, ada 3 sahaja orang Melayu. The rest are coming from India. Gargh.. memang tercicir la I nak faham bila diorang speaking. Mula-mula dulu I asyik cakap "Aaa?", "What?", "Come again..?" Fuh.. Itu belum dengar CEO company tu cakap dengan slang Australia dia .. "How are you today?" Then pronouce TODAY (todai/to-die) Haa.. tergelak jugak la I masa tue sebab terkejut ingatkan tanya I pasal mati LOL.

Kat HQ nie dah ada kemudahan untuk ibu-ibu mengepam susu. Hehe. Dah disediakan 1 bilik "Moms Room" kat tingkat 1. Dulu zaman I anak dara (chewah!) selalu dengar mommy-mommy muda nie kalau mengepam mesti kat Surau. Now dah ada kemudahan macam nie, kan bagus ;) I akan turun mengepam dengan Iera 2x sehari. Tengahari around 1130-1200pm and 4-5pm. Skrg bulan puasa, lagi awal la turun mengepam sebab nak balik tepat kul 5 (depan The Summit nie jammed dia masya'allah!)

Sepanjang 10 hari berpuasa, dah 10 hari jugaklah I tak berpuasa. Sobs. Insya'allah esok nak start puasa. Red flag datang seminggu sebelum puasa haritu. Ku ingatkan bila breastfeed, lambat la sikit periodnya. Haih. Elok habis nifas, terus period datang. Kata orang, subur kalau lepas nifas terus period. Ehehe. Kena berjaga-jaga la.. Eh, family planning pon I tak decide lagi nak IUCD ke pil hormon ke suntikan ke argh!! Byk sangat yang bagi feedback negatif. Ramai cerita lepas bukak implanon, IUCD, lepas makan pil, suntikan nanti susah nak lekat lagi (*_*)

Ramai plak bagi suggestion untuk natural jer. What? N-A-T-U-R-A-L?! Oh no... no.. no..! Dah la I nie ceaser, bak kata kakak, bila ceaser, nak make love pon takde rasa takot-takot (sebab bawah tak berjahit) Cess! Hahaha.. And some more, family I nie boleh dikatakan tahap kesuburan agak tinggi. Sian Sophea nanti dapat 'adik' lagi (-__-") Kasi la mommy rest dulu.. Baru nak feeling2 hot sebab body dah back to normal LOL.. Cuma...

I hate to see my tummy! Aaaaaaarr... Dulu bangga gile kot dengan my sis, sebab I takde perut. Flat gile. Pakai baju tuck in pun still cun lagi (Ecece!) Now, gi kerja pakai baju tuck in, still mcm nampak ade bumper kecik. Stress! Nak pakai bengkung, tapi belum berani sebab baru 2 months kan.. takut luka dalam belum pulih sepenuhnya. Last time jumpe gynae (untuk bertanyakan tentang family planning), and gynae dah scan perut.. katanya luka dah pulih, takde bengkak. Still, I tak berani lah. Even makan seafood pon I makan sikiiiiit jer.. Sebab mak I suka menakot-nakotkan I cakap "Ha.. makan la byk2.. nanti kalau luka kat dalam tu jadi apa-apa.. bernanah, kena bukak balik jahitan.. baru tau" Ok, itu sgt scary tau! *_*

Bila dah bersalin nie, saiz badan pun sedikit sebanyak mesti lah ade perubahan kan. Budget nak macam anak dara kah? Hehe (eh I takmo size duluu....) Now I'm happy with my body! (^_^) From XS to S. Eh, la.. takde la beza mana rupanya LOL.. Ok la at least I naik tang pinggul tu haa.. kalau tak sekeping jer. Pakai jeans Levi's pon size 24-25 *Nangis taaau.. 

Ok la update sikit perkembangan anak since I tengok ramai yang blogging tentang perkembangan anak. Hihi. Anak I Sophea alhamdulillah.. sihat walafiat. Makin debot. Tak larat la mommy kalau nak kena dukung dia :-s Setiap kali check up, naik dalam sekilo. Alhamdulillah~

Dah 5 kali I bawak Sophea Iftar kat luar. First sekali kat KGPA. Masa nie memang tragis jugak la. I tak sempat makan sangat. Masa nie makan dengan kawan-kawan Romeo. Dapat bilik ber-aircond. Tapi takde plak rasa sejuk. Awal-awal tu Sophea ok lagi. Tiba masa dia nak tido, memang haru la. I dengan Romeo terpaksa gilir-gilir dukung dia bawah ekon (T_T) Anak zaman sekarang, dah pandai nak ekon-ekon nie :P

Mengenangkan si Romeo tu berpuasa, so I told him to join his friends semua makan, while me and Sophea will wait for him in the car. Elok masuk je kereta, pasang aircond, terus Sophea sleep soundly. Amboi.. gedik tau! ;p Perut I mase tu dah kreuk kreuk fuh lapar gile.. (orang tak puasa lagi lapar dr orang berpuasa sebab orang berpuasa pasang niat..hehe)

Lepas je insiden tu, I fikir macam malas la nak bawak Sophea lagi. Tapi, takkan nak suruh mak I jaga.. Mak I pun nak gi terawih. Haih. Terpaksa la I berkorban lagi. Second time bawak Sophea gi Empire Shopping Mall. Nak beli stroller kat Mamours. Murah seringgit je pun dengan harga kat Shah Alam Mall untuk travel set Quinny Zapp Extra 2012 + Maxi Cosi Cabriofix. Nak beli stroller kena bawak anak, test letak dia dalam tu.

Bukan apa, takut beli mahal-mahal, sekali anak taknak duduk dalam tu. Baby nie macam-macam ragam tau. Hehe. Diorang lebih suka didukung dari kite letak jer.. Dah nama pun baby kan? 9 bulan dalam perut selesa dikendong ;) Alhamdulillah.. bila letak Sophea dalam travel set, dia diam je :) Good girl! Terus cakap kat Romeo "Ok, b.. boleh beli.." Hihi. Lepas beli terus guna masa berbuka kat Empire Hotel. Sampai tertido Sophea dalam stroller tu. Kira 2nd time berbuka nie lulus lah sebab dia tak meragam :D

Third time pergi berbuka kat KGPA (again) with my family + Romeo's friends. Bila dengan family, of course la I tak takot. Hihi. Sebab ada mak I :D Time nie pun Sophea tak meragam.. Tapi this time we all request table bawah kipas & lapang =)

Forth time, bawak Sophea berbuka kat Kelantan Delights, Wisma Consplant Subang. Haa.. masa nie paling best lah! Sophea tidur dr sampai je restaurant tue sampailah kitorang nak balik. Hihi. Memula tu I pangku, sebab takut bila letak kang dia bangun. Dia nie takleh bising sikit atau bila kita letak je dia mula la mata dia bulat besaaaaaaarr O_O So I letak dia slow-slow dalam stroller, dia memula bukak mata. Tapi mamai agaknya, dalam 10 minit kemudian dia tido balik. Hehe.. Tido tak bangun-bangun sampai ke Shah Alam :D

Fifth time, Sophea berbuka kat Cyberview Lodge Resort & Spa. Disebabkan gerak awal sangat dr Shah Alam, so Romeo singgah dulu kat uma kitorg Putrajaya. Home sweet home, sayang! (^_^) Tak sabar nak balik rumah Putrajaya, maybe lepas raya.. Masa nie Sophea tidur. Around kul 7pm kitorang gerak gi Cyberjaya. Keluar je kereta, Sophea pun celik. Alahai~ Tapi alhamdulillah.. dia tak meragam. Bagi susu, of course tak meragam kan? Hihi!

Kesimpulannya, 1st time bawak keluar memanglah dugaan. Yang penting, nak bawak Sophea keluar kena tempat aircond. Hehe. Like father like daughter (coverline..) Hiks!

Oklah. Dah panjang merapu nie. Nak post gambar ke ek? Hmm.. Esok I post. Now nak balik!!

Bye bye! ;-)