Showing posts with label Klinik Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Klinik Kerajaan. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

37 weeks antenatal check up with KK

Hello  Ell,

Only two weeks or so to go! This week, your baby is busy shedding his downy coating of fine hair (called lanugo) and his coat of vernix caseosa - the cheesy substance that protects his developing skin. Your baby swallows both of these secretions, which stay in the bowels until birth. Then your baby will excrete a blackish waste called meconium that becomes his first bowel movement. Meanwhile, you may be feeling huge - and increasingly impatient. But try to get as much rest as possible - even if sleep is difficult, you'll appreciate it after the birth. - Baby Center

Email yang I dapat Isnin lepas :D Alhamdulillah.. Perasaan nak jumpe my bunch of joy nie dah tak dapat dibendung lagi!! Hihi..~

Petang Isnin I ada antenatal check up with KK Presint 3. KK Presint 3 sekarang dah buat ikut zon kediaman. Kalau ikutkan I memang tak layak pun gi KK Presint 3, I sepatutnya check up kat KK Presint 9. Tapi macam I cakap dulu, Romeo yang insist nak I buat kat Presint 3. Heh. And he was the one who insist nak buat check up with KK. Sebab termakan hasutan orang-orang office dia lettew :P Sebagai seorang isteri yang solehah, kita ikutkan je la. Malas nak bokbekbokbek :P Kira fair & square la; check up kat KK & private hospital ;)

As usual, I sampai je KK hanya ade few patient jer. Nurse kasi I nombor giliran Zon B. Duduk 10 minit, nurse panggil mintak ambil darah & urine. This time, nurse siap kasi form & 1 tube. Then kat kertas no giliran tu ade tulis "HBC". Apa itu HBC? "Hemoglobin C (abbreviated as Hb C or HbC) is an abnormal hemoglobin with substitution of a lysine residue for a glutamic acid residue at the 6th position of the β-globin chain." en.wikipedia.org/wiki/HbC

Masa ambil darah tu, I tanya nurse "Apa HBC nie? Kena amik darah banyak ke?" Sebab I tengok tube tu boleh tahan la size dia.. compare dgn setakat cucuk hujung jari jer sebelum ni :P Nurse cakap, since I dah masuk 36 weeks so dah kena buat ujian HBC. Katanya nak tahu lebih precise darah tu okey ke tak. Ohh.. Alhamdulillah~ HB I cuma turun 0.2 dr last month which is now 13.6 :) Urine pun ok.

Nurse pesan, nanti bila dah deliver jangan lupa maklumkan. Since I'm planning to deliver in Shah Alam, she said boleh je inform Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam :) Naiss.. Then nurse hand over me a pamphlet "Keluargaku yang sihat dan ceria" Katanya, selepas bersalin, kena buat family planning. Kerajaan menyarankan supaya merancang keluarga sekurang-kurangnya 2 tahun gap. Dalam Islam pun suruh 2 tahun kan? ;) Insya'allah~

Nurse rujuk I ke doktor lepas siap dia check tinggi rahim, degupan jantung baby and kedudukan kepala baby. Almost 4 times jugak la nurse dok mengukurnya sebab dia cakap tinggi rahim I statik bila dia tengok rekod 4x check up. Heh, nak wat camne nurse.. keturunan perut kecik..

Then again, doktor check kedudukan kepala baby. Katanya baby dah engaged. Bila-bila masa I boleh bersalin =D Nyummy! Last Sunday, ada blood stain kat panty liner. Tapi bila I riki kawan-kawan and family, semua advice gi hospital. But I waited. Sebabnya, I takde sakit pape. Lepas cerita kat doktor, then doktor pun cakap "You tunggu sakit.. Dah sakit baru segera ke hospital ya..." 

Betul cakap my sister. Kalau dengan doktor kerajaan, diorang akan suruh tunggu sakit. Tapi kalau doktor swasta, diorang akan terus check ada bukaan atau tak. Eheh. Papepun, tunggu je la kan.. Tunggu sakit contraction tu datang ;) Orang cakap macam senggugut. The problem is, I never experienced period pain before. So I assumed sakit perut yang macam cirit-birit or macam pinggang nak patah. Just wait je lah ;)

Mood : Counting days to see my bundle of joy.. and Moms & Baby Expo! \(^_^)/  Yang penting, MamyPoko join the event! Borong jangan tak borong ;) Anyone plan to go on Friday? Kalau terserempak, hello hello la k? (^^,) *Amboi... glamour sangat ke?? Kelasss kau Maria!! LOL~




Come join us at the Mom & Baby Expo, Mid Valley Exhibition Centre!
We're conveniently located at Hall 3, just opposite the registration counter.

We'll be offering these products for sale:
1) MamyPoko NB52 & S48: RM28 each
2) MamyPoko M44, L38, XL34 & XXL28: RM39.90 each / buy 2 packs for RM66
3) MamyPoko Pants Extra Soft Fit M17, L14, XL12 & XXL10: RM18 each
4) MamyPoko Gentle Cleansing Wipes (Fragrance Free & With Fragrance): 80pcs x2 packs for RM10 / 20pcs x4 packs for RM10!

To our dearest customers, do arrive early for these promotions while stocks last. Thank you!

Monday, April 9, 2012

Antenatal Check Up with KK on 33 weeks

Boleh taaaaaak... Tengah shiok-shiok lunch dengan officemate kat Where Else Cafe, Cyberjaya.. borak-borak, bergelak ketawa.. tup-tup I lupa... I ada appointment dengan KK! Agagaga.. Itu pun lepas I tergerak nak amik handphone.. baru nampak reminder. Huhu.

Apalagi, cargas la terus drive ke KK P3. Lewat setengah jam jer. Phew. Sejak last check up with KK, I prefer appointment sesi petang. Tak ramai and sangat relaxing :D

As usual la prosedur KK. Amik nombor, amik urine, amik HB. Tunggu nurse panggil. Alhamdulillah.. I sangat happy bila nurse yang amik HB cakap "Waa.. HB bagus yaa.. 13.8" Syukur =D Nurse suruh maintain sampai saat kelahiran. Insya'allah.

Memula mase nak amik HB tu ade sorang preggers dalam tu. Slightly bigger than me. Then my nurse nie cakap kat I "Kurusnyeee mama kita sorang nie.." Sambil senyum-senyum. Me? As usual la, senyum je laa.. Dah biasa dengar dialog tu :P

Then, preggers sebelah I, HB dia rendah sangat. Dalam 9.1. Nurse yang check dia pun gabra. Nurse tu check balik records dia, memang preggers tu HB rendah dari awal pregnancy. Tapi preggers tu cakap "Boleh amik skali lagi tak? HB saya kekadang tak betul" Hihi. Comel jer :)

Nurse I pulak, lepas amik HB I, bila dia nampak je 13.8, dia cakap "Aik.. macam mana yang kurus boleh lagi tinggi dari awak?" I pun balas balik.. "Haa.. nurse jgn ingat saya kurus saya tak makan banyak :D" Nurse pun cakap.. "Itu la.. tapi, mana pergi semua semua tu?" Hehehe.. "Metabolisme tinggi nurse"

So kat sini I nak maklumkan, tak semestinya preggers yang kurus tu tak sihat, dan tak semestinya preggers yang badan sedap mata memandang tu sihat belaka. Ni semua sebab pemakanan tau. Jaga pemakanan, amik supplement, Insya'Allah dipermudahkan. Banyak-banyak la kita berdoa kepadaNya sepanjang kehamilan nie, okie? (^_^)

I pun pelik gak la.. Rasa dah kuat makan.. berat naik elok elok jer setiap bulan 1.5kg -2.0kg. Kalau orang tengok I sekarang, macam takde perubahan pun, except my tummy lah. Kat buku pink I, ada sticker hijau. It stated "Ibu <45kg". Nie berat masa conceived. Nurse cakap, sticker putih normal dan ok. Sticker merah paling bahaya "Pengidap diabetis" Agagaga! :-s

Just want to share info yang I baca mengenai Memakan Vitamin Semasa Mengandung.


Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang . Kurangkan memakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera. 


Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.


Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. 

Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.

Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan zat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil.


Tahniah NadHoney atas kelahiran baby girl on Sunday, 8 April 2012 at 10.06 am. Baby weight 3.2kg! \(^_^)/

Wednesday, March 28, 2012

My last week of 7 months pregnancy

Hi All! Sorry for being on hiatus. Busy sikit. Kat office busy dengan kerja, xde masa nak tulis blog. Balik rumah, dah penat pulak sebab seharian kat office bekerja. Tapi mood memasak, alhamdulillah masih ada :D Dah tau memang sakit pinggang masa drive balik, tetap gagah tu masak makan malam. Cobaan..

Isnin lepas I ade antenatal check up dekat DEMC. Alhamdulillah semuanya OK! ;) Doktor setkan appointment lepas nie every 3 weeks kena datang. Selasa (semalam), antenatal check up dengan Klinik Kerajaan pulak. Pun semuanya OK! ;) Alhamdulillah~ KK pulak dah start set kan appointment every 2 weeks sejak masuk 28 weeks. Nanti masuk 36 weeks, katanya every week nak kene buat check up. Oh, nurse semalam dah ajar cara-cara kira pergerakan baby. Rajin la sgt kan I nak catit dari 9pagi-9malam. Hihi!

Next week I dah masuk 32 weeks. Means I'm entering 8 months of pregnancy. Ok, seram sejuk sikit. Hihi! Sebab I non-stop every week pergi berjalan-jalan.. pergi shopping. Malam tadi siap mimpi dah nak deliver baby, hokey! ;)

Talk about shopping, sampai bila nak stop ni? Hm, kalau dah memang kaki shopping kan.. Susah betul nak stop. Kalau tak keluar gi shopping mall, mesti I purchase thru online. Huhu. Romeo cakap "Ling, you beli baju baby macam dia nak pakai sampai umur 10 tahun" Agagaga! Sebok je tau.. Hihi! Mesti la beli baju baby banyak-banyak, takkan dia nak pakai baju yang sama je nanti.. Kan? Kan? :P

Semalam petang, lepas lunch kat Sushi King Alamanda, Romeo cakap "You tunggu sini. I nak bayar tiket parking". I pulak diam diam jalan masuk ke Mothercare. Sempat rembat selai rompers. Tengah kat cashier tetibe rasa macam kenal bunyi tapak kasut. Toleh-toleh rupa-rupanya Romeo tercegat kat belakang I sambil angkat kening. Cis! Kantoi pulak :P

Romper lagi :P Nanti baby dah 3-6 month baru pakai skirt/dress okie!

Semalam jugak, officemate bagi hadiah untuk baby. Happyy! Dia purchase online kat One Baby World. Rajin betol. Walhal One Baby World baru je bukak kat Section 13, Shah Alam. Dekat je ngan umah I :D I pon tak pernah jejak kaki lagi. Tapi hooded blanket yang dia kasi best sgt! *Ok, mommy yang over. Sebab sangat sangat fluffy! :) Then dapat receiving blanket yang comel & Anais and Aden swadle. Love!

Thanks Aunty Shaq! (^_^)
Love! :)

Hari ni, sebab nak submit advanced maternity claim from HeiTech so I decided to have lunch at The Summit. Senang. Lepas makan boleh terus pergi HQ. Kat Summit kan ada Babyland.... Ha.... hangus jugak la duit kat situ. Kih kih kih! Gosh, sampai bila nak stop beli barang baby? I also don't know. Hehe. Yang pasti, everytime I spend my money buying her stuff, I feel so happy. Balik rumah sengih sengih. Susun elok elok semua barang tu :-)

Lamaze Gardenbug Foot Finder & Wrist Rattle Set, Fabulous Mom Nursing Poncho , MAM bottle,  First Year Nail Clipper (Suka sebab ade kanta pembesar hehe), short pants and a set of mittens and bootees. 

Since I dah final week of 7 months pregnancy.. Alhamdulillah I masih belum rasa sakit kaki (bengkak), pastu nurse cakap usually when entering 28 weeks, breast dah mula menghasilkan colostrum. Semalam I cakap kat nurse KK, I tak nampak pun ade colostrum terhasil. And she said it depends on the individu. Ada orang colostrum keluar selepas melahirkan anak, ada orang selepas 3 hari melahirkan anak.. dan kebiasaannya pada minggu ke 28 dah menghasilkan colostrum, cuma ibu yang tak menyedarinya. Ohh.. macam tu. So xyah risau la ;) Nurse pesan jangan picit picit, nanti keluar rugi sebab katanya colostrum adalah susu pertama yang paling baik untuk bayi :D *Ok, note for Romeo. Hahaha!

Nurse pesan setiap kali mandi, cuci bahagian nipple and areola hanya menggunakan air. Tak perlu di sabun. Sebab takot nanti nipple and areola kering, nanti bila nak BF jadi sakit and luka. Huhu! Ok, noted nurse ;) (Tak sabar nak pegang Medela FS sendiri...cepat laaaaah!) Ngee! :D

Minggu nie I'm gonna be alone. Romeo sepanjang minggu busy outstation. Hari ni ke Ipoh. Khamis ke Kuantan. Jumaat - Ahad ke Kelantan. Fuh... Workaholic betol daddy nie! ;) Mommy and baby tak kisah, janji Daddy jaga kesihatan~ Masyuk tu masyuk gak.. kesihatan paling penting, ok! :D We love you Daddy!

Daddy takde this week. So apa plan Mommy? Eh, baby I yang bisik ke ni? Hahaha! Ok, this week mommy nak gi Bangsar Shopping Centre cari FitFlop idaman hati. Lepas tu... kite jenjalan makan-makan and cuci mata. Erm, cuci mata kew? Kuang kuang kuang~

PS : Nanti baby dah besar boleh pakai flat Tiamo matching-matching ngan Mommy. Amboi, advanced kau pikir kan, nok! Hihihi!!

Tuesday, March 20, 2012

♡ ♡ ♡ ♡ ♡ 10 months journey ♡ ♡ ♡ ♡ ♡

Syukur ke hadrat Ilahi, pejam celik pejam celik dah 10 bulan usia perkahwinan kami :-) Long way to go! Semoga Allah S.W.T mengekalkan hubungan kami, memberi keharmonian dalam rumahtangga kami dan menjauhkan kami dari mereka-mereka yang berhasad dengki. Amin~

*Sebenarnya entri nie I nak post on 13 Mac 2012. Tapi sebab last week too busy, so I post it today. Aci tak? Hihi*

13 Mac 2012 adalah hari yang sangat indah. Macam-macam berlaku pada hari tersebut. Hari I pergi check up kat KK, hari I received parcel kat office & hari kelahiran my SIL yang ke 25. (SIL muda 3 tahun dari I..gulp)

Memandangkan Romeo outstation ke Kuantan that day, so I sendirian pergi KK untuk buat check up. Selalu kalau Romeo hantar mesti awal pagi. Jam 8 pagi. But that day I decided untuk pegi KK at 930 am. Sebab I notice, KK nie kalau awal pagi ramainya Masya'Allah. Pegi lewat-lewat sikit orang dah kurang :)

Alhamdulillah, check up kali nie semua positif! ;) Nurse pesan suh maintain HB, maintain urine, maintain blood pressure. Oh, check up kali ni doktor KK scan. Hihi. Walaupun mesin dia takde la canggih mana, I tengok gelap jer.. tapi boleh la nampak sikit-sikit image baby :)

Check up kali ni jugak I dapat second injection for kancing gigi. Yang pelik tu, for the second time, tangan I takde pulak rasa lenguh and sakit macam first time haritu. Hm, musykil nih. Nurse dulu agaknya salah suntik kot :P Tu rasa lenguh lenguh jer.. Hehe. Kali ni ambil darah pon dah tak lebam lebam macam dulu.

I suka jugak sebenarnya gi KK ni. Even though sangat pack, tapi I suka cara dia check preggers. Sangat detail tau. Haritu doktor explain result MGTT I. Alhamdulillah, semuanya ok. Kandungan gula di paras normal. Padahal beberapa hari sebelum ujian MGTT I dah terrr-makan macam-macam makanan manis. Cannot help it lah. Huhu~

Siap check up with KK, I masuk office. Tup-tup ma'am panggil I. Katanya ada barang sampai. Yeay! Benda yang I nanti-nantikan dah tiba. Eheh. Cer teka.. cer teka ape dia? (^_^)

Wheee...
Hmm, dapat teka ke tak? Ok la.. I bagitahu jawapan (ceh poyo jer kan...)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

+++++++++++++++++++++++++++++++

++++++++++++++++++++++++++++

+++++++++++++++++++++++++

+++++++++++++++++++++

+++++++++++++++++

+++++++++++++

+++++++++

+++++++

+++

+

TAAAADAAA!!

AVENT Bottle & Food Warmer
Kecoh tak? Kecoh tak? Hahaha! Sukati den lor.. :P Nie my mom and my dad hadiahkan. Thank you mak & ayah! Me lovvveeeeee youuuuu sho much! :) Bila I tengok video nie, lagi la tak sabar-sabar nak guna :P


Balik office tak menyempat suh Romeo tengok. I siap ajar and bgtau dia kegunaan warmer ni. Ye la, kalau suh panaskan susu dalam periuk dengan air panas kang, entah dia faham ke tak :P (Bukan nak under-estimate dia, but I know Romeo VERY WELL) Haha! Dia pon happy bila dapat warmer ni. Takde la leceh sangat in future nak itu nak ini kan? ;)

Malam tu kitorang balik Shah Alam sebab nak celebrate birthday my SIL :) Semua orang ada, kecuali wife my second brother. Ada kat Muar lagi. Huhu. Family I mostly guru, best la diorang bila cuti sekolah jer berkumpul. Haih! Jealous jealous <_<

Cuti sekolah pun dah tamat. Masing-masing dah pulang ke sarang masing-masing. Hehe. Seronok rasanya dapat berkumpul ramai-ramai. Dah macam hari raya pulak ;) Lagi-lagi melayan kerenah my niece & nephew. Macam-macam.. you know, kids nowadays cepat membesar & cepat belajar. Irfan tu kat rumah asyik la menyanyi lagu cina, lagu nasyid. Mentang-mentang masuk taska cina ;)) Ala.. rindu dah kat diorang!

Ok la. Tak tau ape lagi nak mengomel. Take care peeps! ;-)

Tuesday, March 6, 2012

:: Ujian MGTT ::

Apa itu MGTT? Modified Glukose Tolerance Test.

Kenapa I kena buat ujian MGTT? Sebab ia adalah salah satu prosedur Klinik Kerajaan bila usia kandungan memasuki minggu ke 28 :-) Nak tahu bila I start bukak buku pink nie? Mase usia kandungan dah 5 bulan setengah =D Korang rasa, nurse atau doktor marah tak bila dengar I jawap "Dah 5 bulan..."

Tak marah, okey (^_^) Cuma dia tanya "Kenapa lambat buat buku? Sepatutnya seawal kandungan berusia 12 minggu dah boleh datang klinik" Hihihi.. Mase tu I sengih je and jawap "Entah.. Sebab husband lambat decide" Nurse pun gelak "Eh.. Husband dia pulak decide.. yang mengandung tu puan" Opsss.. Heh! Ye la, takkan I nak jawap sarcastic "Saya sebenarnya memang tak plan pun nak pergi KK, sebab saya memang buat antenatal check up with private hospital" Tapi... nurse kat sini baik-baik belaka! Sebab itu la I jawap sebaik mungkin. Thihihi..

Ok, back to the topic.

I went to KK Precint 9 (untuk minum air gula) seawal jam 740 am. Bare in mind, KK buka pada jam 730 am dan OMG... orang kat situ dah ramai giler... macam KK tu bukak jam 6 pagi u ols!! Pening kepala. Masa register tu tak ramai pon tengok.. sebab campur dengan fabuyong-fabuyong lain yang nak buat antenatal check up. (FYI, antenatal check up I with KK Precint 3, but utk minum air gula, memang dorang suruh ke KK Precint 9)

Lepas register, nurse suruh pergi ke Makmal. Jeng jeng jeng! Kat Makmal nie la yang raaammmaiii. Seperti lautan manusia :P I yang first time datang agak terkulat-kulat la jugak sebabnya dah la ramai, takde pun nurse kat kaunter. Rupa-rupanya, kena scan sendiri kad yang diberi. Hehe. Kire macam ambil nombor giliran la. Canggih dah klinik kerajaan rupa-rupanya :P Kat Makmal tu ada 2 bilik. Bilik 1 (Kahak & Urine). Bilik 2 (Ala luper....) Tapi I masuk Bilik 2 la :)

Masa menunggu untuk nama dipanggil tu ada lah dalam 45 minit. Romeo teman kejap jer, pastu dia masuk office. Lagipun, kat situ crowded. Memang elok la para bapa-bapa nie takyah teman unless teman wifey yang bawak baby or anak kecil. Setakat teman fabuyong, buat sempit and semak jer :P Sebab bukannya dia boleh masuk teman ke ape. Heh! Baiklah bagi fabuyong-fabuyong yang duduk..

45 minutes later, nurse called my name. Speaker dia tu kekadang dengar, kekadang tak dengar. So kesian la pada yang kena duduk jauh. Alhamdulillah I dapat seat kosong depan-depan tu je ;-)

Masuk je bilik, nurse sangat ramah. Dia explain steps. First skali, dia amik darah. Sebenarnya tak sakit mana pun bila jarum masuk.. tapi sebab psiko kan.. I tak pandang pun! Seriau tengok jarum tajam-tajam nih! =P Lepas amik darah, nurse suruh pergi minum air glukos

Sebakul kau dorang dah prepare air glukos. Hehe. Pilih je nak yang mana. I pick one and drink it slowly. Hmm, not bad pon the taste! Sebijik rasa air ribena yang terlebih gula! (^_^) Since I'm so damn hungry (sebab start berpuasa jam 10 mlm) so I drank it macam orang haus. Naseb baik takde ais. Kalau tak, 2 gelas pon I sanggup minum. Hihi!

Well, honestly speaking.. the taste wasn't bad at all. Not like what others said about "air gula" nie teruk la.. tak sedap la.. nak muntah la.. Siap ada yang meleleh air mata la.. Nangis la.. Ok, serious I don't get it! Bila I tweet, baru la I tahu.. some of my friends cakap tak semua tempat air glukos dia macam yang I dapat.. ada perisa. Ada KK yang bagi plain glucose. Huk huk.. sian la pulak kan.. Takde rasa. Bersyukur I dapat yang sedap.

Selama nie I dok imagine, yang orang cakap "air gula" tu is air kosong yang dibancuh dengan gula kasar/gula halus :)) Sebab I can't imagine, how to drink that?! Huhu.. Rupa-rupanya air glukos jer.. Dulu I minum air glukos sebab nak gemok. Tak gemok la pulak.. malah jadi energetic. Ye la, glukos kan ;-) Buat jadi hyper jer.

Settle minum air glukos, I waited for Romeo to pick me up. Nurse kata lagi 2 jam, standby depan Makmal. Dorang nak amik darah for the 2nd time. Hmm.. since lepas minum air glukos tu takleh makan apa except minum air kosong, so I tell Romeo to send me back home. Balik rumah apa lagi... zzZZZzzz lah! Nasib baik I set alarm. Hihi. Kol 1020 am, I wake up and get ready. Then drive myself back to KK Precint 9. 

Elok sampai depan Makmal, baru je labuhkan punggung (tak sempat panas pon kusi tuh) nurse panggil nama. Masa tu dah takde orang pun. Ada dalam 5-6 orang je. Masuk Bilik 2, amik darah lagi. Toink! Then nurse cakap "Ok, siap. U buat check up dari KK mane?" Me "Precint 3" Then nurse tu senyum and I pon say "Thanks :)"

How about the result? Aah, I lupa tanya nurse tu. Maybe dia pass kat KK Precint 3 kot. Sebab next antenatal check up with KK is on 12 March 2012 (Monday). Hopefully the result is okey/normal. Actually KK punye prosedur nak tengok sama ada fabuyong-fabuyong nie ada diabetis ke tak.. Walaupun berat badan I naik setakat 1.5 - 2 kg setiap bulan, but since my mom ade diabetis so diorang nak tengok la kot-kot I inherit the symptom. 

The best thing I love about government's clinic for antenatal is diorang sangat sangat detail. Especially about the mother. Kekurangan dia, every month takde la scan bagai macam private kan :P Even gender pon KK takde nye nak tanya "You nak tahu apa gender baby?" Hehehe.. celah mana dia nak scan pon. Scan pon ada dia punya time.. week sekian, sekian. Hari tu masa I first time register, dorang dah scan. After that takde, but I think next week ada kot sebab dalam buku tue tulis scan at 28 weeks to see whether the placenta dah naik balik or not. 

But last month I scan with private hospital, dia cakap my placenta is now at the right place. Alhamdulillah :-) Lega sikit. But the doctor said, it is normal masa kandungan 5-6 bulan tu placenta akan turun sikit. Kalau doktor cakap normal, there's nothing I can comment on it ;-) 

PS : Berdoa agar dapat melahirkan baby dengan selamat~ Amin.

Baru 2 kali visit KK, buku dah lunyai~

Kaunter Ibu Mengandung & Kanak-Kanak Presint 9