Apa itu MGTT? Modified Glukose Tolerance Test.
Kenapa I kena buat ujian MGTT? Sebab ia adalah salah satu prosedur Klinik Kerajaan bila usia kandungan memasuki minggu ke 28 :-) Nak tahu bila I start bukak buku pink nie? Mase usia kandungan dah 5 bulan setengah =D Korang rasa, nurse atau doktor marah tak bila dengar I jawap "Dah 5 bulan..."
Tak marah, okey (^_^) Cuma dia tanya "Kenapa lambat buat buku? Sepatutnya seawal kandungan berusia 12 minggu dah boleh datang klinik" Hihihi.. Mase tu I sengih je and jawap "Entah.. Sebab husband lambat decide" Nurse pun gelak "Eh.. Husband dia pulak decide.. yang mengandung tu puan" Opsss.. Heh! Ye la, takkan I nak jawap sarcastic "Saya sebenarnya memang tak plan pun nak pergi KK, sebab saya memang buat antenatal check up with private hospital" Tapi... nurse kat sini baik-baik belaka! Sebab itu la I jawap sebaik mungkin. Thihihi..
Ok, back to the topic.
I went to KK Precint 9 (untuk minum air gula) seawal jam 740 am. Bare in mind, KK buka pada jam 730 am dan OMG... orang kat situ dah ramai giler... macam KK tu bukak jam 6 pagi u ols!! Pening kepala. Masa register tu tak ramai pon tengok.. sebab campur dengan fabuyong-fabuyong lain yang nak buat antenatal check up. (FYI, antenatal check up I with KK Precint 3, but utk minum air gula, memang dorang suruh ke KK Precint 9).
Lepas register, nurse suruh pergi ke Makmal. Jeng jeng jeng! Kat Makmal nie la yang raaammmaiii. Seperti lautan manusia :P I yang first time datang agak terkulat-kulat la jugak sebabnya dah la ramai, takde pun nurse kat kaunter. Rupa-rupanya, kena scan sendiri kad yang diberi. Hehe. Kire macam ambil nombor giliran la. Canggih dah klinik kerajaan rupa-rupanya :P Kat Makmal tu ada 2 bilik. Bilik 1 (Kahak & Urine). Bilik 2 (Ala luper....) Tapi I masuk Bilik 2 la :)
Masa menunggu untuk nama dipanggil tu ada lah dalam 45 minit. Romeo teman kejap jer, pastu dia masuk office. Lagipun, kat situ crowded. Memang elok la para bapa-bapa nie takyah teman unless teman wifey yang bawak baby or anak kecil. Setakat teman fabuyong, buat sempit and semak jer :P Sebab bukannya dia boleh masuk teman ke ape. Heh! Baiklah bagi fabuyong-fabuyong yang duduk..
45 minutes later, nurse called my name. Speaker dia tu kekadang dengar, kekadang tak dengar. So kesian la pada yang kena duduk jauh. Alhamdulillah I dapat seat kosong depan-depan tu je ;-)
Masuk je bilik, nurse sangat ramah. Dia explain steps. First skali, dia amik darah. Sebenarnya tak sakit mana pun bila jarum masuk.. tapi sebab psiko kan.. I tak pandang pun! Seriau tengok jarum tajam-tajam nih! =P Lepas amik darah, nurse suruh pergi minum air glukos.
Sebakul kau dorang dah prepare air glukos. Hehe. Pilih je nak yang mana. I pick one and drink it slowly. Hmm, not bad pon the taste! Sebijik rasa air ribena yang terlebih gula! (^_^) Since I'm so damn hungry (sebab start berpuasa jam 10 mlm) so I drank it macam orang haus. Naseb baik takde ais. Kalau tak, 2 gelas pon I sanggup minum. Hihi!
Well, honestly speaking.. the taste wasn't bad at all. Not like what others said about "air gula" nie teruk la.. tak sedap la.. nak muntah la.. Siap ada yang meleleh air mata la.. Nangis la.. Ok, serious I don't get it! Bila I tweet, baru la I tahu.. some of my friends cakap tak semua tempat air glukos dia macam yang I dapat.. ada perisa. Ada KK yang bagi plain glucose. Huk huk.. sian la pulak kan.. Takde rasa. Bersyukur I dapat yang sedap.
Selama nie I dok imagine, yang orang cakap "air gula" tu is air kosong yang dibancuh dengan gula kasar/gula halus :)) Sebab I can't imagine, how to drink that?! Huhu.. Rupa-rupanya air glukos jer.. Dulu I minum air glukos sebab nak gemok. Tak gemok la pulak.. malah jadi energetic. Ye la, glukos kan ;-) Buat jadi hyper jer.
Settle minum air glukos, I waited for Romeo to pick me up. Nurse kata lagi 2 jam, standby depan Makmal. Dorang nak amik darah for the 2nd time. Hmm.. since lepas minum air glukos tu takleh makan apa except minum air kosong, so I tell Romeo to send me back home. Balik rumah apa lagi... zzZZZzzz lah! Nasib baik I set alarm. Hihi. Kol 1020 am, I wake up and get ready. Then drive myself back to KK Precint 9.
Elok sampai depan Makmal, baru je labuhkan punggung (tak sempat panas pon kusi tuh) nurse panggil nama. Masa tu dah takde orang pun. Ada dalam 5-6 orang je. Masuk Bilik 2, amik darah lagi. Toink! Then nurse cakap "Ok, siap. U buat check up dari KK mane?" Me "Precint 3" Then nurse tu senyum and I pon say "Thanks :)"
How about the result? Aah, I lupa tanya nurse tu. Maybe dia pass kat KK Precint 3 kot. Sebab next antenatal check up with KK is on 12 March 2012 (Monday). Hopefully the result is okey/normal. Actually KK punye prosedur nak tengok sama ada fabuyong-fabuyong nie ada diabetis ke tak.. Walaupun berat badan I naik setakat 1.5 - 2 kg setiap bulan, but since my mom ade diabetis so diorang nak tengok la kot-kot I inherit the symptom.
The best thing I love about government's clinic for antenatal is diorang sangat sangat detail. Especially about the mother. Kekurangan dia, every month takde la scan bagai macam private kan :P Even gender pon KK takde nye nak tanya "You nak tahu apa gender baby?" Hehehe.. celah mana dia nak scan pon. Scan pon ada dia punya time.. week sekian, sekian. Hari tu masa I first time register, dorang dah scan. After that takde, but I think next week ada kot sebab dalam buku tue tulis scan at 28 weeks to see whether the placenta dah naik balik or not.
But last month I scan with private hospital, dia cakap my placenta is now at the right place. Alhamdulillah :-) Lega sikit. But the doctor said, it is normal masa kandungan 5-6 bulan tu placenta akan turun sikit. Kalau doktor cakap normal, there's nothing I can comment on it ;-)
PS : Berdoa agar dapat melahirkan baby dengan selamat~ Amin.
![]() |
| Baru 2 kali visit KK, buku dah lunyai~ |
![]() |
| Kaunter Ibu Mengandung & Kanak-Kanak Presint 9 |


No comments:
Post a Comment