Heyya! :)
Fuh... baru la ada masa nak bernafas. Nie pun curik-curik blogging. Since semalam lagi I busy like a bee! Phew.. Ade saje kerja. Baru sampai opis, kusi pun belom panas dah berderet-deret orang datang request itu ini, email pulak tak pernah la sehari langsung takde *sweat*
Apa-apa pun, I tetap bersyukur sebab masih mempunyai pekerjaan tetap. Hehe. Tak baik mengeluh kan? Dari kerja nie la I nak cari rezeki untuk sara family (chewah!) :P Tapi I plan, lepas deliver nanti macam nak cari kerja lain. I mean, tukar company. Still bidang Science Computer. Saja, nak tukar angin :-)
Semalam baby & I murah rezeki. Hihi! We had a lunch team. One of my senior treat us lunch at TGIF, Alamanda. Sempena ape? Entah... Saje lettew. Pape pun bersyukur la kan ade orang nak belanje =D Malam tu pulak, we went to Hokkaido Restaurant for dinner. Ketam gemok, ketam gemok.. sedapnye! :) I invite my sis and her boyfie follow. Takbest la makan berdua je kan.. Hihi.
Tapi, kalau compare Fatty Crab dengan Hokkaido, ketam kat Fatty Crab laaaagi gemok! Cuma kat Hokkaido tu banyak menu la.. and the pau.. is soo nyummey! *drooling*
Semenjak pregnant, I rasa banyak betul I makan ketam. Selain ketam, any seafood la. Ayam jer kurang. Eh tapi kalau tak pregnant pun memang I kurang makan ayam. Hehe.. Romeo yang paaaling suka ayam. Dia tu kalau boleh, hari-hari nak suruh I masak ayam. Especially ayam goreng. Nak jadi isteri mithali, kena la masak makanan kegemaran suami, ye dok? ;-) Mudah-mudahan...
Ni artikel yang LanaBusyBee tag kat I dalam Facebook. Sharing is caring, no? ;-)
"Untuk isteri tersayang ......
1) Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
2) Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah
3) Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
4) Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
5) Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
6) Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
7) Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"
Semoga kita semua yang bergelar isteri diredhai Allah S.W.T. Kalau suami tak redha pada isteri, bererti Allah pun tak redha pada si isteri. Takotnya kalau tak mendapat keredhaan Allah S.W.T. Huhu~ So setiap pagi & sebelum tidur, elok lah kita mohon maaf kepada suami kita :-) Mana la tahu, malaikat Izrail datang nak cabut nyawa.. bila, di mana kita pun tak tahu kan? :-)
Ewah! Dari bab busy-makan-now cakap pasal isteri solehah. Kelasss kau Maria! :))
PS : Cepat la hari Sabtu.. Mahu ke The Curve, BSC, Mid Valley, OU. Eh, melampau! Larat ke kau nie? :P
No comments:
Post a Comment