Showing posts with label Cukur Jambul. Show all posts
Showing posts with label Cukur Jambul. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

Sophea New Look!


Dua hari selepas majlis diadakan, me & Romeo has made up our mind - cukur rambut Sophea. Pada awalnya I agak contemplating. Ye la, baby girl = botak ? Oh, no! :-s Walaupun rambut Sophea tak lebat, cuma ala-ala bulu jagung.. better la dr botak, kan ? :')

Lepas difikir-fikirkan semula, takpe lah botak. Afterall she's only a baby. Plus, rambut boleh tumbuh semula (dengan harapan lebat) Hihi!

Abang ipar I yang cukurkan. Nak harap Romeo? Hehehe.. Sejak Sophea lahir, kawan dia suruh cukur dia takut. Eh, I pon takut. Kang tersalah cukur, terluka kepala tak ke nahas? Huhu. Memandangkan rambut Sophea nie halus and sikit, so sekejap je la proses mencukurnya pun. 

Memula dia tido. Pastu dah kitorang dok pusing kan kepala dia kejap ke kiri, kejap ke kanan so dia pun terbangun. Hehe. Lagi senang la nak cukur bahagian belakang kepala. Berdirikan dia je :) Siap dalam 15 minit (plus minus)

Harap-harap rambut Sophea cepat tumbuh. Bulan 10 raya haji nak balik Kelantan. Ada majlis akikah kat sana pulak :)

Nie artikel I baca hasil I google lepas abang ipar I cakap salah satu kebaikan mencukur nie ialah dapat menajamkan minda dan ia adalah perkara sunat dalam Islam :) 

***************************************************
Membotakkan kepala bayi galak rambut sihat
***************************************************
"SUDAH buat majlis bercukur rambut ke belum?" Lontaran pertanyaan itu biasa ditanya apabila melihatkan bayi yang lebat rambutnya kepada ibu atau bapa muda yang mungkin pada perkiraan mereka belum matang atau mengambil mudah soal majlis kenduri cukur jambul.

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan Islam. Rasulullah SAW bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan supaya rambut yang baru dan lebih sihat tumbuh

Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan serta sunat dilakukan. Begitupun ramai ibu bapa zaman ini terlalu sayangkan rambut daripada kesihatan anak mereka.

Sudut sains melihat, membuang membotakkan kepala bayi terbukti baik. Mencukur rambut bayi tidak terhad kepada orang Islam, sebaliknya turut dilakukan tanpa mengira kaum.

Akar rambut terbentuk sejak janin berusia sekitar lapan minggu dan terus berkembang hingga lahir.

Rambut pertama ini diistilahkan dengan velus, terlalu halus hingga sukar dilihat dan disentuh, ia boleh gugur dengan sendirinya tetapi selalunya keguguran itu tidak cantik sebab tidak rata. Orang Melayu menggelarnya ‘cukur bantal’.

Bagi yang pertama kali mencuba untuk mencukur rambut bayi. Ada baiknya ia dilakukan ketika ia sedang tidur mengurangkan bayi bergerak, selain mengelakkan luka bahagian berkenaan.

Caranya dilakukan agak mudah seperti sebelah tangan memegang gunting, sementara sebelah lagi memegang rambut lalu dipotong. Lebih baik rambut bayi itu dibasahkan sedikit kerana lebih mudah untuk digunting. Kalau tidak yakin, minta bantuan orang lain melakukannya.

Gunting rambut hingga bahagian hujung. Untuk membersihkan lagi sisa rambut itu, gunakan alat cukur rambut yang masih baru. Regangkan lipatan kulit kepala dengan jari telunjuk dan jari tengah, kemudian cukur.

Teknik mencukur perlu dilakukan dengan perlahan dan teliti bagi memastikan cukuran itu tidak melukai kepalanya.

Sekiranya sepanjang proses berkenaan kepalanya terluka, beri ubat antiseptik, bagaimana sekiranya membabitkan luka yang besar, segera rujuk kepada doktor.

Kepala bayi harus terus dipelihara kebersihannya. Kekotoran atas kepala bayi digelar ‘cradle cap’ perlu dihindari dengan melumurkan sedikit minyak zaitun. Biarkan kira-kira lima minit sebelum dibuang menggunakan sikat.

‘Cradle cap’ terjadi akibat meningkatnya aktiviti kelenjar di samping pengaruh hormon androgen ibu ketika hamil.

Sekiranya dibiarkan saja, tumpukan lemak ini akan menghambat edaran peluh, mengakibatkan munculnya gangguan kulit seperti gatal atau bisul. Dalam jangka panjang pertumbuhan rambutnya mungkin terganggu.


INFO: Kebaikan bercukur rambut bayi 

Membuang kekotoran 
Pada mata kasar, rambut bayi yang sudah dibersihkan dengan syampu bersih. Bagaimanapun ‘kekotoran’ itu masih terlekat di akar rambut yang mungkin tidak kita perasan dengan pandangan mata kasar. Apatah lagi ia berada lama di dalam rahim ibu. Proses kelahiran itu juga dengan sendirinya menjadikan rambut berkenaan kurang bersih.

Biar tak mudah terkena radang 
Botak memudahkan ibu untuk mengamati, kalau-kalau ada sesuatu yang tak diharapkan, seperti gatal, bisul, luka dan sebagainya. Cukur rambut menjadi sesuatu yang digalakkan. Bila sudah terjadi jangkitan, misalnya bisul di kepalanya. Untuk mencegah terjadinya jangkitan lebih lanjut dan mempermudah perubatan, sebaiknya kepala anak dalam keadaan ‘bersih’.

'Menyejukkan' kepala 
Orang tua-tua selalunya mengingatkan cukur rambut menyejukkan kepalanya, dari segi logik ia nampak jelas. Tetapi menurut sains, bayi-bayi kebetulan tinggal di daerah panas atau suhu udara pada bahagian itu, pasti akan merasa lebih nyaman dengan kepala botak. Kasihan juga bagi bayi yang mempunyai rambut lebat, bila berpeluh, keadaan menjadi bagaikan basah kuyup.


Rambut baru akan tumbuh 
Ramai yang ‘sayang’ kepada rambut bayi yang lembut dan halus. Malah ramai yang percaya rambut cantik itu akan hilang begitu saja sekiranya di cukur. Sekiranya diamati, memang tiada perkara di dunia ini yang kekal. Bagaimanapun rambut baru itu tidak mungkin sama rupa dengan asal, kerana ia mempengaruhi genetik ibu bapa. Mungkin kerinting, perang dan sebagainya.

PS : Alamak, point last nie paling takot! Harap-harap rambut Sophea lurus. Mak mertua rambut kerinting. Ayah I pulak wavy. Aaaaaa, takotnya. Biar lurus tapi blonde takpe! Muahahahaha! >:)