![]() |
| At hospital putrajaya ICU |
I was admitted to Hospital Putrajaya on Saturday night. Tepat jam 12 malam. Sobs. Puncanya?
Urine Infection.
That's what the doctor said. On Saturday 21st January 2012, me as usual sangat bersemangat mengemas rumah. Sapu lantai, cuci lantai luar, basuh baju sampai 3 round sebab Romeo baru balik outstation, kemas dapur.. macam-macam. Boleh kata, I nie tak senang duduk. Ada je kerja nak buat.
Tiba-tiba, petang tu I sakit pinggang belakang. Rasa sengal. So bajet dah "Ni mesti sebab buat kerja berat". So malam tu balik Shah Alam, jumpe my niece and nephew (CNY). Mase drive pinggang tak rasa sakit sangat, sampai je Shah Alam dah berdenyut-denyut. Aduhhh..
Mak, kakak, Noi semua gi Mydin petang tu. Aku yang dah sakit nie, cuma berehat baring je kat rumah. Ingatkan lepas bangun nanti, hilang la sakitnya sebab dah sapu balm. Yes, it was gone while I'm sleeping.
Maghrib tu bangun je.. sakit datang balik. Kali ni, sakit yang teramat sangat. Duduk tak boleh, baring tak boleh. Tangan asyik pegang pinggang kiri belakang je. Kat situ paling sakit. Then sakit kat bahagian depan kiri, area buah pinggang (lebih kurang la).
Bila dah tak tahan sangat, pegi DEMC. Doktor check blablabla.. doktor kasi pain killer and Menzza cream. He said "Ouh, muscle cramp". So I was like "Oh, okie!" Balik Putrajaya bertemankan pain killer and Menzza cream only.
Esoknya, the pain comes back. This time.. sakitnya Allah sahaja yang tahu. Sampai menangis-nangis la I dibuatnya. Romeo dah sapu cream sapu minyak panas semua tak jalan =( Huhu.. Then Romeo brings me to Hospital Putrajaya. Malam pun ramai orang kat area kecemasan tu. Sigh. While I wait for my turn, sakit tu datang makin kuat. I dah tak boleh duduk diam dah. Triage area tu pulak kasik I green card G01 (Tidak kritikal, fast lane). Ok fine. Tak kritikal kau kata? Aku sakit macam nak beranak dah! (agaknya la..)
Bile doktor panggil.. buat urine test blablabla.. doktor cakap "Ade sedikit infection on your urine. I will give u ubat semua so u makan ikut jadual" Me and Romeo dah macam tercengang. "Urine Infection?" Hmm.. whatever. Romeo cakap "Takpe, you habiskan dulu ubat tu. Kalau sakit tak hilang jugak, kita dtg lagi."
The pain keeps coming!! Dah la CNY, baru plan nak jenjalan =( Memandangkan Hospital Kerajaan tak bagi MC in advanced, so on Wednesday I took MC. Pergi la Klinik Mediveron jumpe doktor and explain. Doktor Ezra cakap "Uhh.. its normal.. Urine Infection la tuuu.. U are pregnant.. But its okey, I give u cream utk u sapu-sapu.. I will not give u more ubat.. since u baru je pergi hospital kerajaan kan? So u stick habiskan dulu ubat tu ok.. I give u MC" And I was like.. "Urm.. okies!"
Unfortunately, after 5 days pergi Hospital Kerajaan, the pain still there. OMG! Kali nie, sakit yang teramat sangat. Dipendekkan cerita, kali nie memang masuk ICU terus. Dah tak payah tunggu-tunggu lagi. Doktor bagi drip with the antibiotik. Lepas sejam, the pain is still there. Masa tu air mata dah bergenang. Romeo takleh masuk teman T__T So he wait for me outside. Nurse pun datang, suntik lagi antibiotik. Kali nie dos lebih kuat katanya. Yes, I can see that. Sampai 2 tiub dia bawak (-____-")
Dalam 15 minit, the pain slowly fade away. Mata pun dah mula mengantuk. Takot tertidur je. Romeo pun dah hampir terlena dalam kereta. After an hour, the doctor came to me and said "Sakit lagi?" Me "Tak." Doktor "Okey, awak dah boleh balik. Nanti kita kasik ubat, antibiotik yang lebih strong and make sure makan sampai habis, okey?"
Jam 2 pagi, I pun balik. Scary sangat. Tak sangka urine infection sebegini sakitnya. Baru I tahu, rupa-rupanya simptom Urine Infection nie lain orang lain. Ade yang cakap sakit masa kencing, me not. Ade yang cakap sakit kat bahagian air-ari, me not. Ade yang cakap sakit pinggang macam nak patah, yes THAT'S ME! =(
Alhamdulillah, ubat yang doktor bagi masih I makan till now. Hopefully sakit nie tak datang lagi.
Moral of the story : Lepas nie minum air mineral sahaja.
