Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Makan jangan tak makan :)

Sejak akhir-akhir nie, cepat betul I rasa lapar. Kalau boleh, setiap 3 jam nak makan. Dah tu, nafsu makan toksah cakap lah.

Kol 3-4 pagi tetibe teringin bubur McD. Zaman preggy dulu memang rajin la Romeo belikan. Ye la, I bagi alasan baby dalam perut yang lapar. Mana boleh tunggu sampai matahari terbit. Tak boleh woo! Hehehe..

Sekarang ni, nak makan yang sedap-sedap je. Sebelom waktu makan, I dah ade dalam kepala otak senarai tempat nak makan. Orang kata tepuk dada, tanya selera. Hmmpphh.. Makin ku tepuk, makin mengada selera nih.. aish!! :P

Last week boss buat farewell utk my colleagues. Makan kat Marche, The Curve. Ni memang feveret restoren I ols laaaa.. So mase dengar dorg kata "ok, jumpa kat Marche" terus perut bergendang-gendang kau!! *bukan gendang gendut tauu...

Tiket tu, kalau boleh semua nak berchop! Last-last, x habis mana pon makannya. Tapi sumbat jugak paksa kasi habes. Kat sini, semua food dia sedap! Yang belom try, boleh try. Tapi kalau tak kena ngan selera korang, jangan marah aaa.. hehehe.. so sebelum masuk restaurant tu.. korang kenalah "tepuk dada, tanya selera" OK TAK LAWAK. Pfftt..

Anyway, tomorrow ade event launching kat One World Hotel (again!). Ni dah kali ke 5 kot asyik ke hotel yang sama. Naseb baik makan sedap! Hewhewhew.. so dalam kepala dah tak sabar ni nak pi event esok! Nak makan!! Miahahahha.. eh, benda freee.. makan la puas-puas kan. Bukan kena bayar pon :) Dress semua dah beli (semata-mata event ni) Cheh! Dorg kata tema tekois. Lantak la I pon konfius tekois tu sebab kekadang terbeli lebih hijau.. kekadang terbeli lebih biru.. Haih! (Hek'ele.. event AwanHeiTech je kot.. kemain beli dress baru) Hihihi!

Malam ni lak Romeo ajak pi shopping groceries. And dia dah whatsapp siap-siap kata malam ni makan Sushi King. Wokey laling. You can read my mind that's why I loveeee you! Miahahaha. I nie seminggu sekali makan sushi. So Romeo cam dah tau la :D

Friday plak ade lunch date ngan member dr disti. Dah set appointment nak pi Pyramid. Agak2 lusa dia tanya nak makan mana? I nak ckp "Tony Romas!" Hewhewhew.. See.. dah pikir nak makan katne. I even dah pikir nak order menu apa! LOL~

Today, belanje miza & fara makan Pizza Hut. Haritu tengok Hamis Jalikha post kat IG dia gambo pizza heavy cheese.. dah terliur! Malam tadi call Dominos sebab terpengaruh iklan Buy 2 pizza with extra cheese at RM30! Dah la lambat pick up call.. pehtu dia ckp "Pizza akan dihantar dalam masa sejam. Boleh ke? Sebab memang ramai delivery malam ni" Terus terbantut nafsu I T___T Sejam? Manusia mana sanggup tunggu sampai sejam untuk 2 pizza??

Me can't! Sobs.. Dah semangat nak makan Classified Chicken tau! Eh, kat Dominos nie classified chicken paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling sedap! Tak setuju? Hehehe.. Sukati laaa.. Korang tepuk dada korang.. kalau tepuk dada I, mmg classified chicken is the BEST! ^_^

Eh apsal byk makan luar je ni? Kan musim jerebu! Tak.. tak.. masa jerebu tu masak. Sampai tumit ni dah keras lama sangat berdiri. So dah akhir bulan, bila musim jerebu dah start teruk, nak keluar beli groceries pon takot! So I opt for delivery lah. Tapi kalau dah pi opis, memang makan luar la gamaknye. Hihi!

Hamik. Satu entry up pasal makan. Tak senonoh kan. Badan cikeding. Makan macam membela hantu. Hehehe.. Makan kan bessttttt.... kan? kan? kan?

Tata titi tutu... Jangan lupa visit MyBabyLane tau!! :D 

Thursday, June 2, 2011

Baju baru, rambut baru. Whaaaaaatt?! *grin*

Leganya hari nie dah Khamis

Tapi kerja tetap sama, masih bertimbun. Malah bertambah. Sigh. Ah, ketepikan hal kerja! Bikin stress saja.

Hari ni I pakai baju baru. Huehuehue. Itu pun nak bagitau kan? Saje! Wa punya suka la! :P Romeo and I wear green today! No, no, hari nie bukan Hari Hijau Sedunia. Hehe..

Semalam balik kerja, I terus pergi saloon Jantzen, Alamanda. Nasib baik tak full. Tapi sebab semalam balik lambat, so tak sempat nak buat Hair Relaxing. Takpe, I dah buat appointment. Buat hari cuti je :) Semalam I just wash and cut. Rasa dah serabai sesangat dah rambut nie. Color pun dah faded. Hujung rambut obvious kering and rosak =(

Bile dah dapat buat rambut, hati pun gembira la! (^_^) Kalau tak, sehari sebelum tu Jantzen full, I frust gile. Balik rumah muke muncccccunnnnnng! Masuk dapur, masak pun muke masam jer. Bad mood wey! Tapi nasib baik lauk pauk yang dimasak habis dimakan (^_^) Kire tak effect la emotion time masak tu. Ngeh ngeh ngeh..

Tapi yang best tu, bile kite tengah bad mood (tak dapat ape yang kite nak) automatik Romeo jadi sangaaaaaaaaaat baik hati :D Tetibe je I tengok baju-baju dah siap dilipat, simpan dalam almari. Meja makan pun kemaaaaaaaaas je siap simpan semua barang-barang yang baru dibeli. Uuhh, I laaaikkk!! ;D Romeo sejak layan Nora Elena nie, tetibe nak jadi Aaron Aziz plak dah :P Puuiii... Hekhekhek~

Malam tadi lepas balik saloon, tak masak! Ponat. Lagipun dah lewat. Romeo pun baru balik gym. We ols makan kat luar je. Makan kat Bangi ke ape ntah nama belakang area Diplomatik nie. Area kampung-kampung sikit. Nak kate sedap, okey la. Sebab I makan mihun sup habis licin! Air fresh orange dia sedaaaap gile babs! :)

Tempat dia macam R&R

Licin kan? 

Lepas makan, tetibe rasa nak terkucil. Romeo kate toilet dia bersih. Okey la I pun pergi la siap bawak tisu bagai. Dari luar memang bersih. Tengok pintu "Eh, kenapa ade pengunci pintu dari luar? Bahaya nie kalau ade budak-budak pedajal aku kalau kat dalam" Bisik hati. "Ah, belasah je la" Sambil tangan I terus tarik pintu tu. "Ktaaakk!" Tetibe pengunci pintu dari dalam macam terkeluar. Pelik pelik.

Okey fine. I intai sikit je nampak banyak semut hitam atas lantai. Ee, geli! tetibe I toleh je kiri, ade orang tengah bangun and tarik seluar! Wadefak!! (*_*) Euw! Apsal la minah tu tak jerit masa I kat luar tengah tarik pintu. Haiyaaaa~

Pastu I terus tolak pintu, tutup! Ade sorang pelayan wanita kat luar tergelak-gelak and tanya I "Ade orang ke?" I pun dengan muke cam confuse gile cakap "A'ah". Terus I gi duduk balik kat meja and ajak Romeo balik. Romeo pun muke tercengang siap cakap "Kenape? Ade lipas ke?" Heh! Biarlah rahsia.... *Tapi kalau Romeo bace blog nie, kire dia dah tahu lah* Muahahahahahhahahaha~

Moral of the story : Next time nak selamat, mase duduk dalam toilet tu cube la menyanyi ke, bersuara ke so that orang tahu la kite ade kat dalam. Hi hi hi hi hi hi hi hi hi~

Friday, May 20, 2011

Happy Flyday!

I know. Semua orang hepie sebab hari ni hari Jumaat (^_^) Termasuklah I. So apa plan weekend nie? :)

Malam semalam Romeo belikan tiket Pirates of The Carribean. Layan kat IOI Mall, Puchong sebab dia cakap GSC Alamanda dah full. Sejak usia dah beranjak nak ke 30th nie kan, badan nie cepat je rasa penat. Selalu movie kul 12 malam pun segar lagi mata ni. Tapi ntah kenapa semalam, menguap-nguap! 

Akhirnya aku tewas dengan syaiton yang bergayut di bulu mataku~ Huuu.. terlena kejap dalam 20 minit =D Elok jugak sebab masa tu scene yang sangat membosankan. Masa Jack Sparrow nak rampas Blackbead. Hmm.. Lepas tu dah ok especially scene ade ikan duyung (^_^)


Overall my rating for this movie is 4/5. Just nice la :) Cuma ade certain part tak berapa nak faham *Bila Syrena (ikan duyung) tue cakap kat Philip "Ask..." and Philip cakap "Forgive me?" Terus ikan duyung tu tarik dia masuk dalam kolam tue. Aik? Pehtu? Pehtu? Philip jadi duyung gak ke ape? Ke kene "Lu Pikir Lah Sendiri" LOL

Entah kenapa semalam Romeo cakap nak buat surprise kat I so dia purchase movie ticket for Pirates of The Carribean dengan Nur Kasih. Katanya sebab semalam mood I tak ok. Aikk? Bila masa ntah. Tapi dah alang-alang dia cakap centu, I pun buat-buat la merajok (mengade!) (^_^)

Movie Nur Kasih hari ni jam 7 malam kat Alamanda. Ape kejadahnya la dia beli ticket movie ni I pun tak tahu. I'm not fancy the movie nor him. Ah, layan je la kan? ;)

Tadi gi lunch with Mashe & Zai. Mashe just came back from Abu Dhabi. Bestnyee! Merasa gi oversea buat project HeiTech (^_^) Anyway to be shorten, THANK YOU, MUCHO GRACIAS, MERCI to Mashe for the lunch treat (Sahara Tent) and also for the souvenir! *hearts* Plus, congrats on your promotion! You deserve it, okey ;)

Sedap jugak ! Lagi sedap dari Saba' (^_^)

From left : Zai & Mashe


Till then. Bye.