Wednesday, March 21, 2012

Set Bersalin Pilihan. Keperluan atau Kehendak? :)

Ok. Honestly, my mom langsung tak advise I beli set bersalin (jenama apa sekalipun). Katanya, badan I kecik.. Bukan nak buang lemak ke hape. Hmm, mungkin dia ingat I nak beli set bersalin yang macam set-set jamu kot. I pon explain la kat dia, set bersalin zaman sekarang nie macam-macam. Tak semestinya jamu atau pil, ada juga set bersalin yang tidak perlu jamu atau pil untuk dimakan :-)

Pada mulanya, I pon tak amik port sangat dengan set bersalin ni. I fikir "Ala, badan aku kurus je.. watpe nak beli set bersalin bagai. Bukan ade lemak pon" Ternyata pemikiran I silap! Lepas je baca entri-entri mommy-to-be yang lain, ada je yang kurus-kurus macam I. And diorang beli set bersalin :-)

Dari situ, minda I dah start terbuka. Chewah! Drama la kau ni Ell :P But seriously, baru sekarang I amik kisah pasal set bersalin. Melalui pembacaan & saling bertanya sesama kawan-kawan yang experienced, mostly advice supaya beli set bersalin.

Bukan apa, sebab lepas bersalin, kita sebagai wanita mesti la nak jaga rupa paras,kan? ;) Masa awal-awal tu my mom suggest I beli Set Bersalin Salindah. My mom cakap my sister dulu makan pil Salindah ni. I dengar pil-pil nie terus macam eerrr..... 

Then I terjumpa Set Bersalin NR (Nona Roguy). Sangat famous dalam iklan di radio sekarang ni. Hihi! Bile I google, baca review memang ramai yang suggest untuk beli set bersalin NR. Especially minyak herbanika NR. yang dikatakan banyak kegunaannya. Tengah I buat survey kat twitter pasal set bersalin, then my friend tweet I cakap why not I try Set Bersalin Tanamera

I pon macam blur.. Tanamera? Hmm, tak pernah dengar. See.. see nampak sangat I kolot kan when it comes to produk-produk nie. Haish! Then I pun google and baca review. Selebriti yang menggunakan set bersalin Tanamera nie Serina Redzwan, Dynas Mokhtar and blogger fofular, sape lagi kalau bukan RedMummy :)

Set bersalin Tanamera nie takde pun kena makan jamu atau pil. Semua bahan dia semulajadi. Ok, the excitement has begin. Hehe. Last month I gi Dynas Nursing Wear kat The Curve, I nampak dia display set bersalin ni. Harga RM360. Sama je either beli online, or beli kat Dynas Nursing Wear. Tapi masa tu tak beli lagi la.. rasa terlalu awal la pulak kan ;)

But I keep compare set bersalin Tanamera with set bersalin NR. Dua-dua pon ada keunikan dan kehebatan tersendiri. Yang penting, both are made from natural ingredients. Rasa macam nak beli jer dua-dua set ni :P But lepas I menghitung mencongak segala, I go for set bersalin Tanamera. Sebab? They also provide Prenatal and Postnatal Care & Massage Service (^_^)

Dah tak payah susah-susah cari orang untuk mengurut. Wink! Korang beli tak set bersalin? Family, kakak, adik, ipar ada tak pakai set bersalin? :)

PS : Sabtu ni nak gi The Curve beli set bersalin Tanamera lah!


vs



3 comments:

Nadya Zahid said...

hehheehe....i pon beli set tanamera ni...n blom deliver i dah pakai mcm sabun n massage oil n also virgin coconut oil..mmg bau die sdap sgt..mcm ade spa kat umah!

Anonymous said...

hi. terima kasih menggunakan Produk Tanamera. boleh saya link kan page ke blog

www.postnatalcareset.blogspot.com

terima kasih kerana berkongsi cerita

mekchu said...

hari ni mmg survey psl tanamera ni aje.. thanks sbb 'tolong' buat pilihan :)