Alhamdulillah, persiapan untuk menyambut kelahiran my bundle of joy almost done! ;) Rasanya dah almost 95%. Lagi 5% tu nak tunggu parcel yang di order online. Hiks! Yang lelain macam set bersalin Tanamera boleh beli dapat gaji nanti (kot!). Sebab aritu dah pow Romeo mintak belikan FitFlop. Dah nak bersalin baru nak beli FitFlop kan... Gatal betol. Hihi. Selama nie kemain pakai wedges bagai :P
![]() |
| Set bersalin Tanamera |
Seronok baca entri bloggers mommy-to-be yang bagi review pasal Maternity & Children Expo kat Mid Valley 9-11 Mac lepas. I have to agree, expo kali ni agak mengecewakan. Sebabnya, I thought macam expo November lepas, kedua-dua hall exhibition digunakan. Rupa-rupanya, Hall 1 sahaja untuk expo. Hall 2 pula dibuka untuk sale Hush Puppies.
So bila hanya Hall 1 sahaja untuk expo, you guys tahu tahu je la betapa sempit and sesaknya kat dalam tu. Booth kali nie banyak yang tak menarik (for me). Mungkin untuk orang lain, menarik. Personally kalau compare dengan expo kat KLCC, rasanya KLCC lebih menarik kot (walaupun I only spend few hundreds sebab tak banyak barang yang I nak jumpa kat sana). Huhu. Tapi kalau compare dengan expo November lepas, fuh.. jauh bezanya =D
On Friday, kol 1045 pagi I reached Mid Valley. Alhamdulillah, rezeki baby agaknya I dapat parking yang memang cunnnnn.. Betul-betul exit shopping mall kat kedai Nike tu. Masa tu asyik bertembung dengan orang yang balik angkut berkotak-kotak MamyPoko. Huii~ Takleh jadi nie. I pon jalan dengan kadar kelajuan 30km/h (tipu lettew).
![]() |
| Lepas shopping, rehat depan stage tengok game yang dianjurkan :-) |
As I said in previous entry, I terus menuju ke booth MamyPoko. Satu kesilapan yang I nampak, sepatutnya booth MamyPoko selaku main sponsor letak la kat depan pintu ke kan.. Nie letak kat tengah and di belakang hall. Pergh. I ingatkan baru kul 1045 pagi line queue takde la panjang mana. Boleh tahan la dalam 30 meter (berpusing and terpaksa queue depan booth orang lain). Punya la dasyhat orang nak membeli MamyPoko :P
I queue dalam 30 minit baru sampai turn I. Dah alang-alang queue panjang, I pon beli 2 carton MamyPoko. 1 carton contains 4 packs of diapers. So I beli 2 packs newborn, 6 packs size S. Akak depan I ramah sangat. Dia yang suggest I amik sikit je new born size sebab katanya baby nanti dalam 2-3 weeks jer dah boleh pakai size S. Lepas beli diapers, hantar box masuk kereta. Baru continue cari barang yang I dah siap-siap list down atas kertas ;)
![]() |
| Buat stock. Next expo kene borong lagi sebab murah dari harga supermarket :) Harga supermarket RM39.90. Kat expo RM28. Last year punya expo RM25. Naik RM3 nampaknya :( |
Beli itu, beli ini sampai kekadang lupa diri (hewhewhew!) Dalam 7 item yang I list down kan, dapat la dalam 4 item. Cari booth Avent takde, yang ada booth lain tapi jual barang Avent & Medela. Booth kecik, orang sesak. I usya price, mahal gak la kalau beli Newborn Starter Set tu RM150. Kalau beli online, boleh dapat RM116. So I dah order online pun :) Medela FS jual dalam RM1880. Banyak jugak dapat free gift. Tapi still I consider mahal sebab I dapat price RM1400 (online).
Thanks to my colleagues; Is, Kak Jiha, Iera sebab banyak membantu! (^_^) Kak Jiha cakap dapat baby girl memang sangat excited. Lagi-lagi first child. To me, actually for first child nie sebenarnya tak kisah la baby girl or boy. Semua tu kuasa Allah kan? ;) Cumanya, bila dapat baby girl excited lebih sebab banyak betul barang yang nak di shopping! Kak Jiha cerita dia siap order online lagi baju untuk baby girl. Hihi!
Oh ya! Diorang ada suggest I yang diapers I patut cuba is brand Baby Love. Katanya material bagus. Haritu I jalan-jalan nampak brand nie kat Giant, I ingatkan tak bagus. Sebab tak pernah tengok iklan. But pas ni boleh cuba ;)
Kat expo haritu baju-baju tak banyak yang menarik pun. Booth yang meriah MamyPoko, Pureen, Bebe, MumsDreams, Basilic. Pureen as usual la memang jual murah. I tengok ada sorang akak ni borong beli baby wipes satu bakul beb. Hihi. I beli 2 set jer. Stroller, baby carrier macam tak banyak pilihan jer.
Tak lama pun I duduk dalam expo tu. Dalam kol 1230 tengahari, pergi lunch pulak. Then cari barang-barang lain kat Mid Valley tu. My grandma mintak survey kan topper kat Getha. Last-last, beli kat Sunway Pyramid jer. Ceh :P Oh ya, kat dalam expo tu ade jugak mencari-cari drying rack First Year macam Nad Honey cerita dalam entri dia. Murah tu dia beli kat KLCC. Tapi takde pun jual kat expo Mid Valley. Frust betol.
Check kat Jusco, price RM79. Dapat less cuma 10%. Ee, tak bestnya. So skip dulu yang nie dalam list. Tapi now bila balik rumah, tengok barang-barang baby I akan buat double check. In case ada yang tertinggal :P Bukan apa, Romeo tu bukan tahu sangat pergi beli baby stuff. Kang lain I minta, lain yang dibeli. Hehe. Aritu I BBM mintak belikan susu. As usual by default, susu yang I maksudkan is susu kotak Dutch Lady (Chocolate). Tetibe dia boleh beli Dutch Lady (Low fat). Kan lain tu arahannya :P Selama nie dia tak pernah salah, kali nie ape mimpi dia ntah beli Low Fat. Tapi husband dah beli, minum je la kan ;) Kang majuk lak :P
Sekarang nie I cuma nak kumpul baju-baju baby jer. Eh, dah masuk 30 weeks nie dah boleh basuh baju baby or too early ek? Malu la semangat sangat nanti mesti Romeo gelakkan :P Jahat gila dia tuh. Jom intai apa yang I beli ;)
![]() |
| Jangan terpedaya. Plastik je banyak, barang sikit :) |
![]() |
| Since ramai suggest minyak herbanika NR, I pon beli. Harga kat expo RM54. NP: RM68. But sape jd member NR dpt la 20% discount ;) Kat expo dorang dah siap2 kasi discount. |
![]() |
| Beli barang Pureen cam biasa la dorang kasi free gift. Baby wipes orange ni paling ramai orang borong. I pon terpengaruh sama borong. 1 set (2x packs RM9). Beli 2 set (buat stok) |
![]() |
| Singgah MumsDreams beli bengkung baby MyPermataHati 5 helai RM25 (promotion). Nursing bra 2 helai. |
![]() |
| Beli maternity pad kat Jusco. Is cakap beli brand ni sbb material lembut (mentang2 Is ada anak 4, 2 kembar I pon percaya semua recommendation dari dia) Hihi. |
![]() |
| Last skali beli disposable nursing pad. NP: RM59. Offer RM29.90 for (50+20). Dapat la free baby wipes (lagi!) |









4 comments:
waaah meriahnya u ^^...u kalau beli baby wipes, make sure xde alcohol and paraben, tak kisah la dia tulis methyparaben ke, buthylparaben ke, janji takde perkataan paraben, sbb pareben boleh sebabkan kanser....just info...klu u nk tau lebih lanjut google yer hihihihi
p/s : pureen baby wipes tu i dah check, my sis beli yg kaler pink, free alcohol n paraben ^^
beli online kat mana boleh dpt FS rm1400?? nak jugak... :)
LanaBusyBee
Hihi! Noted! ;) Pasni I akan make sure check dulu. I beli Pureen tu sebab I tengok ramai betul borong. I amik yang non-fragrance. Memule amik pink, tapi takot lah sebab ade fragrance. Kalau kakak you pakai ok, next time I boleh cuba :)
Farah
You boleh beli thru Faheem's Wardrobe.
Website : http://www.faheemwardrobe.com/2012/02/medela-freestylenew-price-revised-rm.html#axzz1pGd6uYsF
Facebook :
https://www.facebook.com/FaheemWardrobe
Happy shopping! ;)
eh tapi hari tu i ternampak konline FS medela tu lam 1200 je..ke tak sampai..but mmg murah la..tp x ingat kat mana..maklumlah tak pregnant, so just tgk2 gitu je
Post a Comment