Showing posts with label Sharing Info. Show all posts
Showing posts with label Sharing Info. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Bubble tea punya cerita pulak da..

Ok. Rasanya semua sedia maklum dengan berita malam tadi. Mengenaik bubble tea yang mengandungi asid maleik yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Hu. Sekarang nie dah banyak jenama minuman bubble tea nie.. Chatime (yg paling fofular and my peberet), Comebuy, Gong Cha, Each A Cup, Cool Blog.. you name it.

So? Disebabkan tak tahu yang mana satu, buat masa ni terpaksa la stop minum. Kalau nak minum kene pilih grass jelly ke.. coconut jelly ke.. Hehe.. I pon dah jarang beli Milk Tea + Bubble. Kalau gi chatime, selalu order Strawberry Aulit with Coconut Jelly. Dapnyeee!!

Ok. Ni keratan akhbar online. Bace lewwww :- mStar Online

Monday, May 27, 2013

Kita rasa kita dah bagi yang terbaik... Tapi.. [Part 1]

Kat sini I shared sikit information yang I dapat sepanjang training I last week. Kalau rasa apa yang I cakap nie tak betul, I believed people nowdays lebih percaya Mr. Google dari mencari sendiri samada ianya fakta atau auta di library atau rujuk kepada yang pakar. Betul tak? Tapi most people skrg ni cari Mr/Mrs/Miss Pakar kat FB je. Post je any soklan kat status or group. Confirm ramai PAKAR-PAKAR ilmiah ni tolong jawapkan. Ekekeke.. *Perli nih.. perli! Haha..

Ye la.. orang zaman sekarang, sikit-sikit Google untuk cari maklumat. Itu tak salah. Yang menjadikan ianya salah bila maklumat yang kita perolehi tu kita terima bulat-bulat tanpa membuat rujukan terlebih dahulu. Macam apa yang I nak share kan nie laa. I dapat dari training. So I dapat dari Coach yang I percaya. Tapi, mungkin uols yang baca blog I nie.. "eh nak percaya ke dia ni tulis ah?" It's up to you :) I tak suruh percaya, but I mintak uols gunakan akal fikiran yang Allah bagi tu.. Sekali sekala kasi otak kita exercise bekerja cari ilmu ape salahnye dok? ;)

My Coach bgtau, 3 benda yang kita patut rid off dari our life :

1) Sodium Lauryl/Laureth Sulfate (SLS)
2) Propylene Glycol
3) Paraben

I tahu, sebenarnya ramai dah young moms out there yang tahu pasal 3 dangerous chemicals ni. Yang tak tahu tue mungkin dia tak diberi pendedahan. Berada di kawasan pedalaman. Atau mungkin tiada internet connection seperti kita yang berada di kawasan urban (eceh!).

Me myself, dah tahu mengenai 3 chemicals nie sejak belajar chemistry (zaman matrikulasi). Tapi masa tu zaman muda.. mana fikir kesan & akibat jangka panjang. Belajar setakat nak lulus exam. Hehe.. Now, to tell you the truth, lepas je my Coach nie explain yadayada on there 3 chemicals, I balik rumah terus check all my personal care.

Oh-em-gee!!

Shampoo, feminine wash, face cleanser, cosmetics, baby bath, baby bottle cleanser, baby wipes etc you name it! All contains salah satu chemical yang I sebut diatas. Scary oh! Kenapa I kata scary?

Sebab, 3 dangerous chemicals inilah punca terjadinya KANSER. Yes, kanser as we know dari segi saintifiknya terjadi sebab sel-sel yang terlalu aktif pastu dia stop kat tempat yg akan terjadinya kanser (e.g. rahim, breast, otak) (kalau tak silap ar.. eh korg gugel kan please hehe). Tapi, kita jangan lupa, PUNCA-PUNCA kanser nie la yg membuatkan kita mendapat penyakit yang paling ditakuti.. eh x sedap.. yang paling digeruni. Sape tak gerun sila angkat tangan :P

Dulu-dulu, bila I dengar ada orang meninggal disebabkan kanser.. I selalu berpendapat "Oh, kanser nie penyakit orang kaya jer.." Hehe.. Kenape I cakap camtu? Sbb tengok je kos perubatan pesakit kanser. Mahal kan? Pastu plak pesakit kanser zaman dulu sikit sangat bilangannya. But now? Tak kira usia, tak kira jantina.. dah bermacam-macam jenis kanser dikenalpasti T_T 

Better late THAN NEVER. So uols balik and check. Is all your personal care contains these 3 chemicals? If yes, start get rid off it. Cari personal care yang takde 3 chemicals ni. Tak kisah la ada methyl paraben ke, propyl paraben je janji ade perkataan PARABEN tu, tolong la jangan gunakan. Kalau dah tak sayang nyawa.. Fine. Maybe some of you lps baca ni akan cakap "Alah, hidup mati ditangan Allah" Ye betol. Tapi kita sendiri yang tentukan. Kita pulak yang mempercepatkan proses kematian kita. Dah bersediakah kita? Huhu.

Take action. If not now, when? Jangan sampai dah jatuh sakit, baru nak bertindak, ok! :) Yang paling penting, ini untuk anak-anak kita. Do you all know SLS tu digunakan untuk apa? SLS nie senang je nak tahu. Bila you all guna, dia berbuih-buih! Meriah uols! Hahaha.. Sape suke mandi berbuih-buih, syampu rambut sampai jadi sarang tebuan.. ha.. ni la bahan yang terkandung ;)

Tak silap I, my Coach tell me yang SLS nie digunakan sebagai bahan pencuci lantai and mesin KILANG. Huuuu.. tragisnyee.. Korang imagine, kita dok mandi buih la.. syiok2 mandikan anak berbuih-buih.. kita nie bukan lantai/mesin KILANG. Sobs.. Mcm la berdaki sangat kan..

Ape kesan SLS nie? Kerengsaan pada kulit. Especially kat baby or yang menghidap ekzema. See.. jangan ambil mudah. Sian baby kita. Penat tuh 9 bulan kita mengandung, dari awal kehamilan kita jaga pemakanan sebab nak pastikan baby kita dapat yang THORBAIK, at last dia keluar kita mandikan dia dengan produk yang mengandungi SLS. Hah... slowly by slowly kitalah sebenarnya pembunuh.. Uwaa.. 

Janganlah kita menzalimi diri and keluarga kita. Cari produk-produk lain yang bebas dari 3 chemicals ni. Pada yang dah terbaca entry I nie, kalau masih takde kesedaran, I tak tahu lah nak cakap apa. May Allah bless you. Well, good luck with that :)

Let's make a better future.. for our family! (^_^) *tetibe terhumming lagu Heal the world... make it a better place... for you and for me and the entire human race* walaupun tak berapa nak kena LOL

PS : Apa yang buruk datang dari I, apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T

PS 2 : Next entry I will share with you part 2 ;) Stay tuned. Hohoho!

Tuesday, May 21, 2013

Misi menaikkan berat badan

Macam mana majoriti yang mempunyai misi menurunkan berat badan, begitu juga kami golongan minoriti yang mempunyai misi untuk menaikkan berat badan.

Sama je.

I always get compliments on my body figure. Err.. Well, I don't take it as a compliment actually. Haha! Rasa terhina noks! It's like orang cakap depan muke mcm ni "Kau ni kurus la macam orang Somalia" Get it? 

Sigh.

Orang Somalia. Dorang tak makan, sebab tu kurus melidi. Yang I nie, dok Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan, apsal tak gemok? Make sense right?

Double sigh.

Sebenarnya I malas nak cerita pasal isu nak naikkan berat badan ni. Sebab kami golongan minoriti nie bila cakap "Oh, aku nak gemok lah.." Confirm member-member cakap "Hah? Buat pe nak gemok, eh kurus la cantik pakai baju apa pon lawa jer size pon senang cari yadayadayada....." Tak supportive tauuuu T_T

Sebab tu golongan minoriti nie kalau isu isu nak naikkan berat badan, tak bunyi sebising golongan majoriti yang "Eh, aku nak diet lah..".. "Aku target nak turunkan 20kg tahun ni" Seeee! Siap boleh jadikan azam tuuuu.. Huhuk!

So, what I do basically untuk gain weight? Eleh, basically do konon.. haha! Tapi tak berjaya-jaya jugak!! Pftt! :P

I eat a lot. A lot. Ya, I mean it. In the morning amik heavy breakfast. Dah kate breakfast like a king kan.. Hihi! Lunch pon heavy jugak.. Pastu hi tea.. ngap ngap kat meja.. dinner kalau masak of kos makan nasi. Else depends la ikut selera tekak ni ha..

Supplement? Eh, amik.. amik.. 2nd time I beli Herbalife. Pestaim dulu beli.. tapi salah cara makan kot. Bijak betol kan.. Hehe.. That was few years ago lah.

Ape lagi? Susu? Minom.. Especially Dutch Lady Full Cream.

Tapi tu la.. talking about food intake and everythings nie.. I takot kang makan.. makan.. badan camtu jugak ghopernye.. Last-last kolestrol yang naik. Aaaa... takot!!! *_*

So today, a good friend of mine ada share 1 blog nie. It's a good source untuk sesiapa yang nak naikkan berat badan ATAU turunkan berat badan. Lai..lai.. boleh baca sama-sama share ape salahnye kann :D


Jangan lupa kira keperluan kalori korang kat box sebelah kanan tu tau ;)

Jom, amalkan hidup sihat!!

Monday, October 22, 2012

10 Langkah Anak Ceria (0-12 bulan)


Sesibuk manapun anda dengan tugasan mencari rezeki, luangkan lebih banyak masa bersama bayi anda terutama ketika usianya empat hingga tujuh bulan. Menurut kajian, ketika peringkat usia itu, bayi sudah mengetahui namanya dan memahami kamu sedang bercakap dengannya. Interaksi secara lembut bagi membina hubungan dengan si kecil anda.

Di sini, saya sertakan sekali panduan mudah bagi meningkatkan kemesraan antara anda dan bayi.

1. Cakap dan ketawa bersama - Bercakaplah dengan bayi disulami dengan ketawa. Bayi merasa seronok bila melihat wajah ceria ibu bapanya.

2. Bergurau - Geletek badannya. Sentuhan ibu membuatkan si kecil gembira.

3. Panggilan manja - Panggil si kecil anda dengan panggilan manja seperti “sayang anak mama”. Lakukan sambil memegang tangan dan menatap wajahnya. Ulangi beberapa kali supaya si kecil tahu anda menyayanginya.

4. Pujian - Senyum dan puji bayi sambil dekatkan wajah kepadanya sehingga tangan anda menyentuh wajahnya.

5. Mimik muka lucu - Lakukan mimik lucu seperti bulatkan mata, mulut. Ini akan menarik perhatiannya.

6. Ciuman manja - Cium pada seluruh anggota badan sambil mengangkat badannya ke atas. Cium di bahagian perutnya. Pasti dia akan merasa teruja.

7. Goyangkan kepala - Goyang kepala ke kiri dan kanan dengan perlahan sambil menyentuh tangan dan kakinya. Pasti dia akan merasa tenang dengan sentuhan anda.

8. Ba ba cak! - Si kecil memang sukakan permainan sebegini. Tambahan pula apabila dilakukan oleh orang yang dikenalinya.

9. Berikan barang permainan - Pilih warna yang terang dan menarik. Ini akan menceriakan si kecil.

10. Menari bersama bayi - Pasangkan muzik yang agak rancak. Dukung bayi dan pegang tangannya dan mula menari. Pergerakan yang anda lakukan bersamanya pasti membuat si bayi gembira.

Selamat mencuba!

Hello! Miss Bunny (^_^)
**Paling suka buat kat Sophea no 10 !! Hahaha.. dah macam-macam tarian mommy dia nie buat.. naseb baik tak shuffle :P 

Wednesday, October 17, 2012

Nak tambah ilmu ? Jom

Korang follow blog nie :-


Banyak maklumat yang korang boleh dapat :)

Kalau ada pertanyaan, korang email je akak tu. Serious.

Sharing is caring~ (^_^)

Friday, September 21, 2012

Milestone chart: One to six months

Lepas bace entry Cheyan on her worries, suddenly I remember that I've read an article in Baby Center regarding Baby Development. Hihi! Anyway, here's to share with all of you (in case you all hardly find back the article; for those who might have read it before). Afterall, sharing is caring! Muah!

PS : I selalu tengok column Advanced Skills. Pastu cepat-cepat encourage Sophea supaya she will be in the group of "few children can do". Hahaha! Me psycho mom :P


Last reviewed: October 2008

What to expect from your baby at this stage.
Mastered Skills (most children can do)
Emerging Skills (half of children can do)
Advanced Skills (a few children can do)
Child's Age : One month
• Responds to sound
• Follows objects
• Ooohs and ahhs
• Smiles
• Laughs
• Holds head at 45-degree angle
Child's Age : Two months
• Vocalises sounds - gurgling and cooing
• Follows objects
• Holds head up for short periods
• Holds head at 45-degree angle
• Movements become smoother
• Holds head steady
• Bears weight on legs
Child's Age : Three months
• Laughs
• Holds head steady
• Recognises your face and scent
• Squeals, gurgles, coos
• Recognises your voice
• Does mini-pushups
• Turns towards loud sounds
• Can bring hands together and may bat at toys
• Can roll over
Child's Age : Four months
• Holds head up steadily
• Can bear weight on legs
• Coos when you talk to him
• Can grasp a toy
• Reaches out for objects
• Can roll over
• Imitates speech sounds - baba, dada
• May cut first tooth
Child's Age : Five months
• Can roll over
• Amuses himself by playing with hands and feet
• Turns towards new sounds
• Recognises own name
• May sit momentarily without support
• Mouths objects
• Stranger anxiety may begin
• May be ready for solids
Child's Age : Six months
• Turns towards sounds and voices
• Imitates sounds, blows bubbles
• Rolls in both directions
• Reaches for objects and mouths them
• Sits without support
• May lunge forward or start crawling
• May jabber or combine syllables
• May drag object towards himself

Perihal Sirat Mustaqim




Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat 

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146

Thursday, September 6, 2012

Postpartum Hair Loss (T_T)

I tengah mengalami fasa keguguran rambut yang sangat kritikal selepas bersalin. Huwaarghhh! Ni yg nak bertukar jadi Hulk nie ~_~

Kritikal ok, kritikal. Cuci rambut, sisir rambut, bangun tidur even membetulkan rambut.. jangan kata segenggam.. bergenggam-genggam rambut gugur (T_T) Dah macam pesakit leukimia tau I rasa.. Sobs!

My mom cakap "Memang la macam tue.. Baby dah start main air liur.. Dah pandai menyembur.. Mak dulu pon macam tu jugak.. Sampai nipis rambut. Potong la rambut tu, pendekkan" Errk! Mase pregnancy dah pendek, kalau boleh nak biar panjang balik..

My hair dah la mmg thin. Silap aribulan, botak kepala @_@ OMG! 

Adik I dulu pon pernah mengalami keguguran rambut yang kronik. Entah kenapa dia kena I pon tak tau. Masa tu I gelakkan jer dia. Sekarang, amik kau... rasakan! Huhuhu~

Now rambut dia dah ok. Dia suggest I pakai hair tonic dia. As usual, I nie mane percaya tonik-tonik nie :P Lagi-lagi bile dia cakap beli kat salun rambut kat Muar lah, beli kat farmasi lah. Bila I tengok, takde pun branded mana. I mean bukan la from Loreal ke, Kerastase ke, Schwarzkopf ke, Redken ke, Wella ke.. hehe. So macam tak berani la nak try.

Dalam bilik air, memacam syampu dia beli. Semuanya utk masalah keguguran ramnbut dia masa tu. Itu pun I tak try. Tapi tah macam mana malam tadi, bila I fikir-fikirkan semula.. Maybe berkesan la kot sebab masalah keguguran rambut dia dah takde! Hmm.. Jadinya before I masuk tidur, I pon spray la hair tonic tu kat kepala. Urut sikit-sikit.

Baru sekali cuba, takde la nampak kesannya. Hihi!

Di samping pemakaian hair tonic, I ade jugak google and bace pasal postpartum hair loss nie. Lepas google sana sini I click and baca, I jumpa satu produk from Abbott. Nama Surbex Zinc. Ape lagi, dan-dan lunch time tadi terus ke The Summit untuk beli. Eheh! Click here for more info!

Then, masuk 1 kedai kat The Summit nie untuk beli shampoo etc. Kedai nie jual secara wholesale, so dapat la murah berbanding beli kat Saloon itself.

Lepas I cerita my hair loss problem, aunty nie pon suggest kat I brand Schwarzkopf. Setelah mendengar hujah-hujah dia (yg I dapati make sense) So I pun purchase the whole set (^_^) Plus, it's on promotion. Kena bijak membeli ye kawan-kawan :)

Loreal Hair Spa Creambath tu pun terbeli sebab on promotion. Buy 3 free 1. Haa! Untung ape.. Kalau buat kat kedai, sekali treatment dah RM80 (^_^) *Eh, aku nie ade lg 2 treatment tak redeem!

Creambath tu share dengan Iera. Sharing is caring! =D

Loreal Hair Spa Creambath, Surbex Zinc, Schwarzkopf Set


Hopefully, kadar kekronikan keguguran rambut I nie cepat selesai. Some said, "Nanti baby dah stop main air liur, dah stop menyembur.. rambut gugur pon dah kurang"

Harapnya begitu lah :) 

Kalau semua nie berkesan, I'll write up an entry okey!

PS : "Sophea, dah dah jangan main air liur. Amboi, biasa dia :P"

Wednesday, August 29, 2012

Bersalin, Doktor & Hukum

Klik sini lah yer ;)

Sharing is caring.

Ha.. so ape lagi? Faham faham sendiri lah. Hiks!

Tuesday, July 17, 2012

Kenali Milk Booster Anda

Kat sini I nak story sikit about my trial and error dalam mencari 'milk booster' yang sesuai untuk badan I :) Alhamdulillah, walaupun Sophea taknak direct feed tapi I usaha jugak la mengepam (walaupun sometimes tak ikut jadual atas sebab kemengantukan yang teramat!) Hewhewhew.. Sangat tak berdisiplin ini olang :P

Milk booster pertama yang I consume adalah Set Breastfeeding Shaklee. Yang nie la yang paling famous kan? Rasanya mostly mommies dah try. I beli trial set Shaklee and berjaya habiskan. Alhamdulillah pengeluaran susu walaupun tak semeriah mommies yang direct feed (sampai berbotol-botol sekali pump) tapi masih mampu menghasilkan susu untuk Sophea. Hihi! Kena positif ok! Lepas pump dapat 3 oz pun kena bersyukur :D


Nie I beli dengan LanaBusyBee. Boleh refer entry I yg ini.
Lepas habis trial set, my SIL offer pulak dia punya set breastfeeding Shaklee sebab dia cakap susu dia dah kering and malas nak makan supplement tu. Kecil tapak tangan, nyiru I tadahkan. Hehe. Dah habis pun set breastfeeding yang dia kasi tu. Now tinggal ESP (Energizing Soy Protein) jer.

Then, I pun pernah try susu + badam + kurma + kismis. I blend semua nie. Rasa dia memang 'Ada Ummphh!' Hehe.. try lah! Lepas minum je, beberapa jam kemudian memang breast pun rasa penuh je. I kalau nak tau breast tu full mesti akan rasa cam gatal-gatal sikit breast tu :P Lepas minum susu nie, every 2 hours kena pump. Kalau tak, rasa beraaaaat semacam je.. Haritu I buat pakai susu kotak Dutch Lady Full Cream 1Liter (kotak besar). Then simpan dalam botol Tupperware masuk peti ais. 1 Liter tu boleh minum dalam 3 kali (kalau gelas besar). Kalau rajin I buat la susu blend nie. Kalau tak rajin, I minum je susu kotak Dutch Lady tu. Hihi.


Serius sedap :)
Ada satu pagi tue, time breakfast I teringin sangat minum nescafe/kopi O. Selama nie tiap kali breakfast je I akan minum Horlicks or Milo (nie pun antara milk booster). Masa confinement, 2 kali I try sipping je coffee. Sipping je ok! Sikiiiiit. Few minutes later, I sakit kepala (-___-) Masa tu I dah frust sangat sebab I kan penagih kafein. Bila sipping sikit tu terus sakit kepala I terfikir "Ala, dah xleh minum nescafe ke T.T" Selang seminggu kemudian, I minum lagi. Kali nie I bancuh Nescafe White Coffee paket 3 in 1 tue. 

Before that, I ada tweet and WhatsApp kawan-kawan bertanyakan sama ada caffeinated drink boleh menyebabkan susu drop or not. Some said yes, some said no. Ok, dari situ I dah boleh tahu that lain badan lain effect dia. So I pun try la. Mana tahu, kot-kot caffeinated drinks is one of my milk booster. Eheh. Alhamdulillah.. lepas I minum, pengeluaran susu pun meriah. Kira, takde effect yang negative pun kat I. Passed! Yahoo.. boleh minum caffein. Hihi.

Next, habbatus sauda (Jintan Hitam). Yang nie kebetulan my dad memang makan so senang la I try. My dad beli dalam bentuk kapsul. Jenama Baraka from PharmaNiaga.


Kat pasar seksyen 6 Shah Alam sekotak RM10. Tempat lain RM15.
Dalam pemakanan seharian I, mesti makan sayur! Tak kisah la apa jenis sayur. Dalam pembacaan I and apa yang orang bgtau, sayur sawi, bayam, bendi, lobak putih dan kobis boleh membanyakkan susu. I love vege so I eat any types of vege. Keh keh keh..

Last but not least, my latest trial is Fenugreek (in Malay we call it Halba). My friend ada yang masak halba nie dengan nasi panas. Bila I tanya mak I, dia pun tak tahu camne nak masak. Haha! Memandangkan I nie suka benda yang simple, I beli je kapsul Fenugreek from GNC Live Well. Oh ya, now got promotion tau. Member dapat 20%. Non member kalau beli 2 bottles, the 2nd bottle will get 50% discount. Berbaloi-baloi.
Kawan I ade cakap, kalau makan Fenugreek nie nanti badan ada bau. I baru makan 2 hari. Hmm, nak kena tanya kawan nie badan I berbau ke tak LOL!


Kapsul dia besar gile!
I ada juga terbaca dari artikel mana tah tak ingat, milk booster nie tak boleh try semua sekaligus. Kerana ditakuti akan menyebabkan susu drop. Ye lah, too much of everythings always leads to nothing kan? So let's try one by one (^_^) Apa pun, minum air masak sebanyak yang boleh.

How about you? What is your milk booster?

Sharing is caring! :)

Love.

Wednesday, June 20, 2012

Baby's Tummy Size

Did You Know..


  • Your milk supply is made to match the size of your baby's stomach.


  • Right after birth, your baby's stomach is small- about the size of a cherry. You will make the right amount of colostrum to meet his/ her early growth needs.


  •  As your baby grows bigger and gains weight, your breast make more milk to keep up with his/her needs.


Baby's Tummy Size


1-2 Days : Size of a cherry

3 Days : Size of a walnut

4-6 Days : Size of an apricot

2nd-3rd week : Size of an egg
PS : So new mom, don't bother if your milk supply sikit, coz nanti akan banyak ikut demand baby ;) Jangan stress-stress, okey? (^_^) Chill!

Saturday, May 26, 2012

Breast Milk Should Be Stored in Refrigerator No Longer Than 2 Days


Oct. 21, 2004 . Human breast milk should be stored at refrigerator temperatures for no longer than two days, according to the results of a small trial published in the October issue of the Archives of Diseases in Childhood, Fetal and Neonatal Edition. Storage for longer periods or at colder temperatures causes the milk to lose antioxidant activity. 

"Human milk, which contains compounds beneficial to infants, is often expressed and stored before use. Changes in its antioxidant activity with storage have not [previously] been studied," write N. Hanna, from the UMDNJ Robert Wood Johnson Medical School in New Brunswick, New Jersey, and colleagues. 

"Preterm infants are born relatively deficient in antioxidant defences, and ingesting human milk rapidly increases antioxidant concentrations," according to Dr. Hanna and colleagues. "This may partly explain the protection afforded by human milk in the development of necrotising enterocolitis and retinopathy of prematurity."

Within 24 hours of delivery, 16 breast milk samples from mothers of term and preterm infants were divided into aliquots. Fresh samples were immediately tested for antioxidant activity based on their ability to inhibit the oxidation of 2,29-azino-di-3-(ethylbenzthiazolinesulphonate) to its radical cation compared with Trolox, a strong antioxidant that is a derivative of vitamin E. The remaining aliquots were stored at 20'C (freezer temperature) or 4'C (refrigerator temperature) for analysis at 48 hours and at seven days. 

Both refrigeration and freezing significantly decreased antioxidant activity, but freezing resulted in a greater decrease than refrigeration. Storage for seven days decreased antioxidant activity in breast milk more than did storage for 48 hours. Although there was no difference in antioxidant activity in milk from mothers who delivered prematurely or at term, formula milk had significantly lower antioxidant activity than did fresh human milk.

Study limitations include small sample size and inability to ascertain which components of milk are affected by storage.

"Fresh human milk has the highest antioxidant capacity, which decreases with storage over time. To preserve antioxidant capacity, milk should only be stored for a short time at refrigerator temperature and not frozen," the authors write. "The antioxidant capacity of infant formula did not change with storage, which is consistent with previous studies suggesting stability of fat soluble vitamins with storage. Thus it is likely that antioxidant enzyme activity of human milk degraded with storage."

Arch Dis Child Fetal Neonatal Ed. 2004;89:F518-F520 

Reviewed by Gary D. Vogin, MD

Articles from SusuIbu.Com

+++++++++++++++++++++++++++

Alamak, cane nie? Nak buat stock xleh ke? Hmm.. Confuse jap! (-___-")

Tuesday, May 8, 2012

Is Coconut Oil Safe To Use During Pregnancy?


We all want to have a happy and healthy pregnancy. And we all want to know that we are giving our body and our babies the best possible nourishment during and after our pregnancy. Coconut oil has some remarkable benefits when it comes to pregnancy for both health and beauty, which is why it is known as the ‘Breast Milk of Mother Nature’.

Outside of mother's milk, pure coconut oil is nature's most plentiful source of lauric acid. That’s right. Nature still has a few miracles up her sleeve.

You've probably heard that breast milk is jam-packed with nutrients and disease-fighting ingredients that help keep babies healthy.

Well, incredibly, coconut oil contains one of the same compounds -- lauric acid -- found in mother's milk. And lauric acid is the predominant type of MCFA found in coconut oil.

Fortunately for our health, lauric acid in both breast milk and coconut oil transforms when consumed into a substance called monolaurin, the actual compound responsible for helping to strengthen the immune system.

Many skeptical scientists proceeded to test this like crazy. In fact, a great volume of research has now been done establishing the ability of lauric acid to enhance immunity.
What researchers found was that this medium-chain fatty acid derivative actually disrupts the lipid (or fatty) membranes of the offending organisms.

The lauric acid in coconut oil is a natural and effortless way to help strengthen your and your baby’s immune system. Benefits of coconut oil during and after pregnancy include;

Lactation
Coconut oil stimulates metabolism promoting both healthy thyroid and lactation. Intake of coconut oil while pregnant may help ensure that a mother will have lots of milk. Studies have proven that milk in breastfeeding mothers who takes coconut oil and other coconut products has higher amount of lauric acid. - Insya'allah. I pun dah start consumed Virgin Coconut Oil from Tanamera start masuk 36 weeks :) Then sapu kat nipple, areola and perineum area..

Stretch Marks
Because of the high amount of vitamin E in coconut oil, pregnant women in South India apply the coconut extract on their bellies to prevent stretch marks. Even existing stretch marks have a chance to fade with regular use of coconut oil. It will also moisturize the skin and keep skin irritation and infection at bay. - Entering 32 weeks I start apply VCO Tanamera kat area tummy. Dah stop guna Palmer's Organic Cocoa Butter. Lagi-lagi sekarang dah start rasa gatal.. fuh.. memang lega bila sapu VCO ;)

Infant Health
Coconut oil helps develop the immune system of the newborn as well as aid in the brain and bone development. It is known to relieve diaper rash, Keratosis Pilaris and is so gentle and beneficial for baby’s digestive health it is actually used by hospitals in infant formula. - Ha, pasni boleh try lah kat baby (^_^) 

Infant Massage
Coconut oil is popular for infant massage, and has been known to calm babies and help them sleep. 

Pregnancy can be a stressful time, and pregnant women have an increased demand for good nutrition. The unborn child also demands ample nutrients for proper development and growth and will steal them from the mother’s body if they are not supplied in her diet.

Pure virgin coconut oil is more than safe to use during pregnancy. It offers the nutritional benefits of MCFAs and the immune strengthening properties of Lauric acid.

For generations people living in the coconut growing regions of the world have relied on coconut for nature’s nourishment and health. So is coconut oil safe to use during pregnancy? The answer is a loud YES.

Jenni Madison
Coconut Magic

Wednesday, April 25, 2012

50 Fakta Menarik, Kisah dan Perinsip Hidup Tan Sri Syed Mokhtar AL-Bukhary

I got this from my sister's Facebook. Ohsem! I want to share this with you, readers (if only you haven't read this before) (^_^) Feel free to read ya! Semoga ianya menjadi satu pemangkin untuk kita maju di masa hadapan! ;)

Quote point 10 "Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?"

**********************************


ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah.. 


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan u know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS, ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK, DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan. 

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF, BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK. JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH, TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39. TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI, KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH. SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA .Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.


Sumber : Internet