Kat sini I nak story sikit about my trial and error dalam mencari 'milk booster' yang sesuai untuk badan I :) Alhamdulillah, walaupun Sophea taknak direct feed tapi I usaha jugak la mengepam (walaupun sometimes tak ikut jadual atas sebab kemengantukan yang teramat!) Hewhewhew.. Sangat tak berdisiplin ini olang :P
Milk booster pertama yang I consume adalah Set Breastfeeding Shaklee. Yang nie la yang paling famous kan? Rasanya mostly mommies dah try. I beli trial set Shaklee and berjaya habiskan. Alhamdulillah pengeluaran susu walaupun tak semeriah mommies yang direct feed (sampai berbotol-botol sekali pump) tapi masih mampu menghasilkan susu untuk Sophea. Hihi! Kena positif ok! Lepas pump dapat 3 oz pun kena bersyukur :D
![]() |
| Nie I beli dengan LanaBusyBee. Boleh refer entry I yg ini. |
Lepas habis trial set, my SIL offer pulak dia punya set breastfeeding Shaklee sebab dia cakap susu dia dah kering and malas nak makan supplement tu. Kecil tapak tangan, nyiru I tadahkan. Hehe. Dah habis pun set breastfeeding yang dia kasi tu. Now tinggal ESP (Energizing Soy Protein) jer.
Then, I pun pernah try susu + badam + kurma + kismis. I blend semua nie. Rasa dia memang 'Ada Ummphh!' Hehe.. try lah! Lepas minum je, beberapa jam kemudian memang breast pun rasa penuh je. I kalau nak tau breast tu full mesti akan rasa cam gatal-gatal sikit breast tu :P Lepas minum susu nie, every 2 hours kena pump. Kalau tak, rasa beraaaaat semacam je.. Haritu I buat pakai susu kotak Dutch Lady Full Cream 1Liter (kotak besar). Then simpan dalam botol Tupperware masuk peti ais. 1 Liter tu boleh minum dalam 3 kali (kalau gelas besar). Kalau rajin I buat la susu blend nie. Kalau tak rajin, I minum je susu kotak Dutch Lady tu. Hihi.
![]() |
| Serius sedap :) |
Before that, I ada tweet and WhatsApp kawan-kawan bertanyakan sama ada caffeinated drink boleh menyebabkan susu drop or not. Some said yes, some said no. Ok, dari situ I dah boleh tahu that lain badan lain effect dia. So I pun try la. Mana tahu, kot-kot caffeinated drinks is one of my milk booster. Eheh. Alhamdulillah.. lepas I minum, pengeluaran susu pun meriah. Kira, takde effect yang negative pun kat I. Passed! Yahoo.. boleh minum caffein. Hihi.
Next, habbatus sauda (Jintan Hitam). Yang nie kebetulan my dad memang makan so senang la I try. My dad beli dalam bentuk kapsul. Jenama Baraka from PharmaNiaga.
![]() |
| Kat pasar seksyen 6 Shah Alam sekotak RM10. Tempat lain RM15. |
Last but not least, my latest trial is Fenugreek (in Malay we call it Halba). My friend ada yang masak halba nie dengan nasi panas. Bila I tanya mak I, dia pun tak tahu camne nak masak. Haha! Memandangkan I nie suka benda yang simple, I beli je kapsul Fenugreek from GNC Live Well. Oh ya, now got promotion tau. Member dapat 20%. Non member kalau beli 2 bottles, the 2nd bottle will get 50% discount. Berbaloi-baloi.
Kawan I ade cakap, kalau makan Fenugreek nie nanti badan ada bau. I baru makan 2 hari. Hmm, nak kena tanya kawan nie badan I berbau ke tak LOL!
![]() |
| Kapsul dia besar gile! |
I ada juga terbaca dari artikel mana tah tak ingat, milk booster nie tak boleh try semua sekaligus. Kerana ditakuti akan menyebabkan susu drop. Ye lah, too much of everythings always leads to nothing kan? So let's try one by one (^_^) Apa pun, minum air masak sebanyak yang boleh.
How about you? What is your milk booster?
Sharing is caring! :)
Love.




4 comments:
sejak dulu i memang jenis minum milo...harap2 dapatlah membantu.nasib baik kat office ada sorang mummy yang selalu bgi kata2 semangat...
Even tho anak dah setaun menyusu still rasa cm xde pun lps few hours b bengkak lps mkn minum ape yg org kata milk booster...hehe ntah xtau...tp sume blasah je..
selagi ada susu selagi tu lah kasi baby minum biarlah berapa oz sekali pon ;) mine pon tak semeriah org lain tp alhamdulillah ada susu nak kasi anak. btw, baru me tahu coffee boleh jadi milk booster. me pelik ingat me alien dah. lepas minum kopi rasa miss B penuh ;p
owh halba ek dalam bahasa melayunya, selau halba tu di gunakan dalam masak bubur lambuk resepi mak i, sedapnya, terliur lak posa2 ni eeeeh hahaha
Post a Comment