Last Friday I amik cuti sebab pagi tue mak nak gi tadarus, so Sophea takde orang jaga. Kebetulan dah memang plan nak gi Parenthood Expo kan (alasan semata ye...) Hehe.. Sah-sah la cuti! :D
As my previous entry, I stuck in jammed masa nak masuk Mid Valley tue. Tapi parking senang je dapat, alhamdulillah~
Expo kali nie memang I dah siap buat list. Sebab takut nanti masuk expo, lain barang yang diperlukan, lain yang I beli. Haha! Sudahnya yang diperlukan terlupa beli. Dah selalu sangat macam tu. Hihi!
Berjaya fulfill my list. Oh cuma 1 barang je tak jumpa dalam expo, plus terlupa singgah cari kat Jusco which is First Year Deluxe Bottle brush. Nak yang macam bawah nie :-
Sebab my Avent bottle brush tu depan dia dah bengkok-bengkok I tonyoh basuh teat. Heh! Nanti lah singgah Parkson cari.
Sadly MamyPoko didn't join this event. Sebab I plan nak borong diapers size M pulak. Kat rumah ade lagi sekotak size S. Insya'allah lebih dari cukup tue. Itu pon kalau Sophea tak gain weight tahap melampau la :)) Mak suruh beli Whoopee sebab murah, tapi tengok cutting Whoopee tue macam kecik sangat pulak. Sampai berbekas peha si debot tue. (Alasan la kau Ell, amik la size M kalau cutting kecik) Whoops! :P
Booth pertama yang I terjah Fabulous Mom. Sebabnya memang aimed nak beli storage bottle Jingle Jungle kat sini. Beli 2 box terus. Harap-harap cukup la (untuk sementara nie). Then grab 2 nursing bra Lydia (NP: RM69) kat expo dapat la RM48. Pastu salesgirl pon cakap "Barang akak nie dah cecah RM100. Akak boleh beli Sarah (sleep bra) or Kelly (padded bra) for RM10. Haa.. sape nak kasi harga semurah tu kheeenn? (^_^) Memandangkan kat FabulousMom nie I spend RM200, dapat la grab 1 Sarah, 1 Kelly.
Perjalanan diteruskan ke booth seterusnya, Pureen. Sebab nak beli refill untuk Liquid Bottle Cleanser. Grab 4 packs, wet tissue 2 packs, maternity toothpaste (nk kasi SIL tengah pregnant cuba), mittens and bootes 3 packs (oh nie takde dalam list tapi sebab murah + Sophea selalu hilang mittens & bootees). Ok itu sahaja.
Next booth, Medela. Sebab nak beli Easy Expression Bustier. Brand Medela takde, diorang jual brand Simple Wishes. Ok la dapat 20% diskaun :)
![]() |
| Macam nie la ghoper hands free tue :) |
Lepas tu singgah booth Avent, beli thermabag. Memula nak beli ngan Nuriz Shar tu tapi warna fevret merah takde laks. Huhu. Kat expo dapat la RM70. Boleh lah.. OK, itu je barang yang dibeli masa expo. Tak banyak pun :) Kat sana banyak booth baju & aksesori. Tapi sebab dah siap ade list and budget dah allocate, takmo la spend yang bukan-bukan.
Anyway, untung sangat kalau mommy-to-be pergi expo. All in one place you can get. Baju basahan baby below RM10 leh dapat :) Siapkan list, then terjah expo. But depends la.. Kalau organiser dia Today's Publishing, insya'allah tak menghampakan. Dah siap-siap caption dia "Malaysia's Largest Branded Mother & Baby Expo" Hehe..
Sempat capture gambar nie masa nak keluar :)
![]() |
| Mark the date yo! :) |



2 comments:
Memang puas hati kan.Nak tunggu July next year tu macam lammmmaaa je lagi. Huhu.
Haah Ell, Whoopee saiz S mmg kecik dari MP.Aqil pun dulu pakai smpai bekas2 peha dia, pakai M baru ok.Tapi masa awal2 pakai M tu gabak jugakla..now dah 5 bulan baru fit ngan dia :D
huhu sib baik xpegi tau sebab ingat mamypoko ada..'
kali nie nak pegi sebab target nak borong pampers jer tp sebab ada mslh xdpt pegi..ingat xda rzki nak borong mamypoko rupanya mmg xda lgsg erk..
Post a Comment