Wednesday, August 1, 2012

Hello Augustus!

Pejam celik pejam celik, dah bulan Ogos :)

Tinggal lagi 4 bulan sebelum 2012 menutup tirai. Alhamdulillah, perjalanan kehidupan I setelah berkeluarga sepanjang 7 bulan dalam tahun 2012 nie dilalui dengan pelbagai cabaran, dugaan dan kebahagiaan (^_^)

Semua yang dirancang, berjalan dengan baik sekali.

Memandangkan hari ni dah 12 Ramadhan, aci tak kalau nak cerita pasal persiapan hari raya? ;) Ke awal sangat? Hihi. Sebenarnya, persiapan hari raya baru 30% complete. 30% tue, semua persiapan raya Sophea jer. Huhu.

Mommy & daddy takde lagi baju raya tahun nie. Nak tempah dulu tapi sebab tengah pregnant, mana lah tahu ukuran kan? Terpaksa la beli ready made je tahun nie. Sejak Jovian keluarkan #jovianrtw, memang I ada aimed 2 design dia. Dah semangat nak beli. Tup-tup bila tengok post-post kat FB, berasak-asak orang nak dapatkan koleksi #jovianrtw nie kat butik First Lady. Mak aii, sampai macam tu sekali..

Semua orang tahu kan, #jovianrtw nie keluarkan design dia by batch. Jangan kata orang menunggu seawal pagi depan butik First Lady, yang tunggu depan pc, laptop untuk purchase through online (zalora.com.my) lagi la ramai kan. Sampai service Zalora pun jadi slow. Heh. 

Maka, niat hati pun tertimbus bila tengok ramai kawan-kawan kat FB post status tak sabar nak pakai koleksi #jovianrtw. Huhu. Kang kalau I pon beli, confirm pagi raya tue semua orang post gambar raya kan.. hehe.. dah jadi macam 1 family lak sama je semua. (Zaman kanak-kanak dulu trend tau 1 family pakai warna & corak yg sama). Hihi. Sekarang nie, trend pakai warna tema je. Tak semestinya mak & anak semua sedondon corak ;)

Itu baru dalam FB. Kalau tetibe I pergi open house, beraya rumah saudara mara, sahabat handai.. mau tak terserempak dengan design or warna yang sama? Hihi. Larikkkkkkk!

Last year merasa la I pakai design Salikin Sidek. So ingat tahun nie nak try designer lain. Tapi nampaknya, tak ramai designer yang keluarkan ready-to-wear collection nie. Satu hari tu I pergi SACC Mall nak beli few stuff untuk Sophea. Lalu la depan butik Salikin Sidek. Mata berpinar-pinar nampak baju kurung yang dipakaikan pada patung. Warna turqoise if I'm not mistaken. Minatnyeeee! Nak beli, masa tu awal sangat. Memandangkan minggu nie dah almost pertengahan Ramadhan, kira aci la beli baju raya kan.. Hehe..

Bukan apa, kalau beli lambat kang size pulak sold out. Kalau beli awal kang, orang cakap "Semangatnya nak raya, Ramadhan baru je mula" (-_-) Nak bagi fair, pertengahan Ramadhan la kita shopping ye ;) Kasik chance la mommy nak pakai baju designer this year.. sepasang pun jadi lah! (Tak sedar diri anak kecik nak melawo.. hewhewhew..) Tapi baju-baju kat Kompleks PKNS & Plaza Alam Sentral pon not bad tau! Selalu I beli situ je pun ;)

Untuk Sophea toksah cakap la. Mostly our friends hadiahkan dia baju size 3-6 months & 6 months. Sesuai sangat lah tu! Hehe.. Dia pon dah masuk 3 bulan setengah masa raya nanti (^_^) Cuma ada beberapa helai la yang I beli untuk dia. *well, baju baby comel-comel, takleh tahan ooo..Tambah lak Mothercare is on SALE.

Last week I place an order with my friend yang biasa purchase Gymboree online. Alhamdulillah.. semalam dah dapat pun parcelnya :D Kemain Sophea.. beraya sakan (Nak kutip duit raya) Hewhew~ Tahun nie Sophea tak balik raya Kelantan. Sebab raya nie I nak buat open house + majlis cukur rambut (ada org panggil cukur jambul.. tapi Sophea takde jambul yg nak dicukur.. hihi) kat Shah Alam. So family in law insya'allah turun Shah Alam :) Nanti majlis akikah (Raya Haji) baru balik Kelantan. Masa tu Sophea pon dah almost 6 months. Ok sikit, now kecik sangat.

Gymboree is having sale :)

10th August nie, we all akan balik Kelantan sempena family in law balik dari Umrah. Ada kenduri doa selamat & majlis berbuka :) Harap-harap Sophea ok la sepanjang perjalanan balik. Plan asal nak naik flight, tapi bila fikirkan semula ada few things, last-last Romeo decide balik by car je lah. I'm ok with it sebab boleh la I mengangkut banyak barang-barang Sophea nie :D Buaian beli je kat Kelantan, I cuma bawak electric motor cradle tue je ;)


Nie masa otw ke KLIA hantar family in laws (a week b4 puasa)
Nampaknya, takde la entry Wordless Wednesday. Dah jadi Words of Wednesday nie. LOL~

Have a great day, peeps!

PS : Tahniah Dr.Halina & Husband! (^_^)

1 comment:

Unknown said...

Hehehe..geram kan tgk baju baby girl..comei2..

I pun dah start beli brg2 raya..tanak bersesak nanti..