Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Ku Petik Dosa - Hati hati memilih pengasuh



Sejak berpindah ke projek baru di MAMPU, Cyberjaya dah agak lama I tak post apa-apa entry kan. Hehe. Well, proses menyesuaikan diri :)

Anyway, I start transfer here on Monday. I nie kan friendly. Easy to make friends :) Dalam masa 2 jam je, I dah kenal the whole project members. Haha! Topik pembuka bicara? Ofkos bila masing-masing cerita pasal anak & breastfeeding journey. Hihi! Kat sini semua muda-muda. Yang tua sikit cuma PM, kak Ani and SME, Sister a.k.a Kak Noormah. 

Ok I nak cite benda lain sebenarnya.

So bila dah ngam dengan diorang nie, mula la memasing bercerita pok pek pok pek. Sampai la si Finaz nie cakap "Korang ade tengok drama Ku Petik Dosa tak?" Masa tu I macam dengar tak dengar je perbualan tu sebab 'kusyuk' baca SRS and ISTQB Foundation Level Syllabus 2011 (Plan nak dapatkan certificate) Eceh! :P

Dengar je bebudak nie review pasal drama nie, terus meremang bulu roma I. Dah la tu dalam masa yang sama, I baru je dapat pengasuh untuk Sophea. Alhamdulillah, pengasuh tue duduk Presint 15 je :D Kira duduk area rumah lama I. Tak jauh la, P14 nak ke P15. Lalu roundabout cacat tue jer ;p

Memandangkan I da terlepas untuk menonton drama tu, maka I pon download. Semata-mata ok! Dorang cakap lakonan budak kecik nie menjadi sangat! But to me, sebagai kanak-kanak kecil, rasanya tak sesuai dia mainkan watak yang macam tu :( Kesian pulak rasa. Ye la, watak dirogol & didera oleh pengasuh yang diberi kepercayaan oleh ibubapa untuk menjaganya. 

Now status still downloading. Kalau korang nak tengok jugak, boleh download kat sini ok! :)

PS : Semalam baca post seorang mommy dalam KIM, sedih sangat bila dia post gambar bayi lelaki dia yang meninggal. Doktor kata mati mengejut sebab tersedak susu (T_T) Masa dok scroll2 comment orang bagi, mata I dah bergenang-genang tau. 

Memang tak sabar nak balik nak peluk Sophea. Umur pon sama je ngan Sophea =( Boleh tak, masa drive tu pon mata still bergenang :)) Mujur sampai je rumah, I nampak ayah I tengah dukung Sophea kat luar amik angin (^_^) Terus I amik dia gomol. Haish. 

Al-fatihah. 

SINOPSIS KU PETIK DOSA (TV3)
Aina dan Haris berkahwin pada usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh. Aina mengambil keputusan untuk kembali bekerja apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta.

Qaseh telah dihantar ke rumah jirannya, Kak Sal. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk bekerja siang dan malam. Suami Kak Sal, Khalid yang terlalu mengikut nafsunya telah menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa kemarahannya terhadap Khalid dan merahsiakan hal tersebut daripada Aina dan Haris.

Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam. Kebetulan Aina sedang mengandung anak kedua maka perubahan Qaseh dianggap merajuk dan merasakan dirinya tidak disayangi. Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga dia selalu demam dan akhirnya muntah darah dan pengsan. Aina mengejarkannya ke hospital dan terkejut apabila pihak hospital mengesahkan Qaseh didera dan dirogol.

"Manusia sanggup melakukan apa sahaja jika 'Ilmu' mula dipandang remeh dan jangan sekali-kali lupa tentang tujuan asal kita yang di amanahkan sesuatu oleh Yang Maha Esa.. Ingat wahai ibu dan ayah.."


UPDATE : Urm, actually korang jangan salah sangka tau. Yg mommy dlm KIM tu kalau tak silap, anak dia tersedak susu tu doktor cakap. Dia kata, last baby menyusu jam 12mlm (kot). Kemudian dia burp kan. Then baby tido. Sampai la dia dapat tau, baby dia dah tak bernyawa =( Semua nie dugaan Allah s.w.t. Tak semestinya bila baby kita dihantar ke nursery atau pengasuh, even kita dah jaga dengan baik tapi kalau dah ajal.. Allah lebih sayangkan kita kena redha. Harap akak tu tabah! :)