Showing posts with label Mengomel. Show all posts
Showing posts with label Mengomel. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Cravingness (Eh ade ke word ni?)

Ketagihan terhadap sushi tak dapat di bendung lagi T_T Kalau boleh seminggu sekali nak makan sushi. Tak kisah la Sushi King ke, Sakae Sushi ke, sushi2 kat Tokio Cafe ke.. Janji dpt makan sushi, salmon dan wasabi.

Sigh.

Hormones prolly? I donch know. Heh. I nie asalnya bukan penggemar tegar pon. Semua nie makin menjadi jadi masa pregnant Sophea. Tapi dah banyak artikel cakap sushi is not good for pregnant mom, so I takde la makan selalu. Kalau makan pon tak amik yang raw. Asal dapat rasa sushi kat mulut ni pon dah puas hati. Hehe.. Err.. tapi sayangnya Sophea takde plak terkenan muke jepun ke hape LOL

Why I wrote this entry? Sbb dah beberapa hari I'm craving for SUSHI!!!!!!!!!!!!! And lunch tadi frust sbb member janji nak teman gi makan sushi.. tup tup gi makan nasi lemak. Argh! Baru je pagi tadi I makan nasi lemak dengan banyaknya.. Pastu lunch nak suh makan nasi lemak lagi? MEMANG TAK LAH diknon huhu..

Tapi nak hormatkan kawan, pi la ikut.. I makan mee goreng je.. Sebab tak kelaparan sangat. Last Sabtuday family day out, Romeo tanya nak dinner kat mana. That time shopping kat Pyramid. On the way to Pyramid, kepala I dah dok pikir nak sushi ke nak pizza hut (nak try yg baru tuuu) or nak Tony Roma's (uhh... terbayang onion loaf dia and ribs terus air liur meleleh).. or nak Bubba Gump (terbayang shrimp!! maigod!!)

Ni semua pon teringin! Last last pilih Bubba Gump. Siap beli air yg gelas dia berlampu-lampu tu konon untuk Sophea, tapi Mommy sebenarnya yang feeling-felling. Muehehe! :D Anyway, if korang order that drinks, masam gile tau.. 1 choice jer.. Strawberry Mango. But the glass tue ade 3 jenis utk korang pilih ;) Beli la beli la.. feeling sangat tau kalau minum bercahaya-cahaya ^_^

Ok, entry tak bermotif. I know. I know. Nak end la nie.. Sabar betul sape yang baca blog I nie kan :)) Harap-harap malam nie Romeo okey nak dinner sushi. Takde mood nak masak.. Huuuu! (Takde mood konoooooooonn.... walhal dah memang aimed nak dinner sushi..) Meow! ;D

Ok, bye!

Sophea lasak woo.. xmo duduk diam kat baby chair!.

Thursday, May 16, 2013

My life is no more upside down :)

Dah almost 2 weeks and a half I'm attached to my new group - Strategic Alliances (Corporate). Hari-hari dok membaca and memahamkan task yg bakal I hadapi. Reading? Buzz! Mengantuk dibuatnya zzZZzz..

Dulu masa attached with project based, I only fahamkan kerja sendiri. Database. Ok, that's it. Hal-hal lain tak amik port :P Now, I hefta fahamkan semua projek yang berkaitan dengan my Business Partner. I was assigned to handle IBM, Red Hat and Symantec. 

Nie pon masih dalam learning process lagi. My boss said I'm not ready to go out and meet the client (yet). Of course! Kang nak cakap pasal apa mana nak tahu.. Nak kena kenal dulu semua Disti-disti tue.. OMG OMG (catch a breaaaaaaaaaaaathhhh) ffuhhhh.. 

 Last week went to an event kat One World Hotel Damansara. Principal event by VMware. Konon I nak stay sampai habis kul 6 sebab last acara is lucky draw.. Well, mcm biasa lah.. I nie mane penah menang memane cabutan bertuah T_T Dapat Ipad Mini tue.. Sobs! Mencik! Takpe la.. ade rezeki nanti beli jer. Mmg nak kena beli satu lah, either Ipad Mini or Note 8.0. Takkan nak keluar jumpe client nanti nak mengangkut notebook segala kan? Not cool.. not cool. Eheh :P

Oh, actually nak cerita 1 benda. Rasa pelik sebab I'm married with 1 child. Kat my IG, ramai gile bebudak lelaki nak follow :)) Funny! Mesti ingat I belum kawen kan.. kan.. Dari mana dorang dpt my IG pon I don't know. I think sebab I rajin gak comment IG my single friends. LOL. Mesti korang menyesal kan bila I approved sekali dah kawen and ada anak. Bhahaha~! :))

Pastu kat event aritu, tengah queue for lunch, ada this one guy approached. The funny thing is dia cakap camni "Eh, I think we did met before.." Hek laa.. Haha. I just join the group hang nak kata just met? LOL. Pick up line abang tak cukup cantik la bang :)) Try harder. But I just act normal. Maklumlah, I pon kena make friends. Kalau tak macam mana orang nak kenal PAM baru HeiTech kan? Ahaks! ;)

Time balik pulak kat parking, tengah jalan ala-ala kucing suddenly ada beemers follow belakang. I tot nak bagi dia pass by dulu baru I cross. But then, I stop and he stopped his car in front of me. Eh eh ape ni.. nak samun ke? :-s Kes yg sama, they put some pick up lines blablabla.. "this is my card..." blablabla sampai kwn dia pon introduce themselves. Haha! Ok, ok, i got it. Anyway, unluckily I'm married and you guys memang handsome! Hahaha.. Nanti I passed your business card to my single friends, ok? ^_^ Both of them owned a law firm.

I guess more to come la.. Sometimes I x faham.. Is it my fault or memang lelaki ni jenis camni eh? At least why not asked "Are you single?" Hahahahaha! Well, at that moment memang la I akan jwp single kan.. sebab takde husband and Sophea with me :P Guys.. Hmm.. I believe Romeo also do this when I'm not around :P 

Yang bestnya keje baru nie, boleh balik awal! Hihihi.. Dulu kalau project based, bersengkang mata kena stayback. Dulu, jangan harap nak balik jam 5.30 ptg.. Kul 7 ptg tu kira just nice.. itu kalau tak kena stayback la.. Tapi now?? Ehem.. 5.30 ptg semua dah chow! Hihihi.. Tapi I maintain.. Paling awal I balik kul 6 ptg la.. Now dah tak rushing sebab Romeo is the one yang akan fetch Sophea dari rumah babysitter :) Happy me! 

So balik-balik je terus masuk dapur, prepare dinner. Prepare Sophea's food sekali untuk keesokkan harinya :) Itu hari kalau takde meeting with client. Kalau ada, macam last Friday, jumpa client at 12 pm. Sambil makan & discuss.. by 2.30 pm dah settle. My colleague cakap dia nak gi Subang Parade. Me? Apelagi. Me time la! Gi buat kuku.. gi beli barang dapur sikit.. Hewhewhew.. 

Ok lah. Ini je nak update current life. Nanti update pasal benda lain pulak ye ;)

Me time

Dinner

Marilah mari.. pergi mengundi LOL

I love her Stitch smile :D

Monday, October 8, 2012

Setelah 5 bulan..

Kini Sophea & I kembali ke Putrajaya (^_^) Chewah kau... cite macam selama nie duduk kat Manchester City. Eh apesal Manchester plak nie? :P

Anyway, episod berpindah berlaku semalam. Banyak gile barang yang diangkut. Baru ku sedar, selama 5 bln menetap di Shah Alam, barang Sophea & I dah beranak pinak. Tapi barang Sophea la paling banyaaaaaaaaak! (-___-")

Masa mak & ayah nak balik, siap ciyom2 Fea, I plak yang sebak :'( Ye la, selama nie tahap kebergantungan I pada parents I sangat tinggi ok! Hehe. Bila Sophea terjaga malam, siapa yang layan? Mak. Bila Sophea bangun seawal jam 6 pagi siapa yang jaga? Ayah. Me? Layan tidur la konon alasan nanti kat office ngantuk tak cukup tidur, penat kerja blablabla (byk gile alasan kauuu!)

Sekarang? Semua sendirian berhad. Nak harap siapa lagi? Romeo? Dia dari last week outstation. Hari ni baru balik. Khamis till Sabtu fly gi KK plak. Toink! (*_*) Cite macam I sorang je ada anak kan? Hahaha! Ok ok.. korang korang korang semua memang supermommy. Tabik spring. Haip! \;-)

Pagi tadi start hantar Sophea ke babysitter. Dia bangun kol 6. Tukar pampers, bagi susu, main-main kejap. Kul 7 terus anta. Sebak gile masa nak balik tue. Tapi tahan jugak la airmata nie dari mengalir (T_T) Apsal entah.. kalau mak jaga, xde lak I nak sebak sebak bagai. Lagi balik lambat amik kesempatan ade lah. Huahua! :))

Tadi tengahari I text Kak Wan. Tanya khabar Sophea. Alhamdulillah Kak Wan kata Fea ok je (wat mase tu). Hihi! Bagus la. Boleh Sophea belajar berkawan. Kalau tak dia asyik kawan ngan nenek, atok, cunoi and mommy. Oh, dia pon dah popular kat Seksyen 11 tu. Eh eh takde la satu seksyen 11. Area rumah mak I je la :P Mane tak popular, morning walk everyday! Amboi.. tau-tau je balik dapat duit. Murah rezeki anak :)

Cepat betol masa berlalu. Pejam celik dah 5 bulan. November nie wedding Diana, Sophea dah 6 bulan. Best best. Dah boleh makan! (Tang nie paling tak sabaaaaar) Nanti kita main masak-masak ok! :) Biar suami isteri bekerja, kalau boleh I nak kasi Sophea homemade food. Fresh from home! :)

Tinggal lagi 2 bulan je dah nak abis 2012. 

May 2011 married. May 2012 give birth to Sophea. May 2013 ? Ehehe.. Tak.. tak.. Sophea tak expecting adik ye u ols ;) Thihiihi!

Chow chin chow!

Fea, pandang camera lah! :-/
PS : Sebenanrnya busy wat internal testing.. tapi curik-curik masa jap. Boring banyak error. Apa pun tak boleh! :P


Friday, October 5, 2012

✔ Pencarian Pengasuh Tamat

Alhamdulillah. Tamat sudah misi pencarian pengasuh (babysitter). Fuh! 

Tak sangka, begitu susah nak mencari pengasuh atau taska yang ada kekosongan untuk bayi. Kalau untuk toddler (1 tahun dan ke atas) haa yang tu banyak tempat boleh terima (-__-") Ye la, JKM pon dah tetapkan, 1 orang pengasuh/penjaga di taska hanya boleh menjaga 4 orang bayi sahaja dalam satu masa.

Tapi I tak puas hati, kat Putrajaya nie dah tahu demand tinggi, sepatutnya perbanyakkanlah lagi taska. Especially kat kementerian-kementerian tue ha. Ini tak, ada kementerian tertentu sahaja yang ada taska. Huhu.

Punya la selama nie I dok call taska sana sini kat Putrajaya tue, nak menanyakan ada kekosongan atau tak, finally Ahad lepas I jumpa seorang pengasuh berdekatan rumah I. Lega! :) Itu pon lepas I google. Macam-macam words I masukkan. Haha! Click sana sini, jumpa 1 link. Iklan bertarikh 8 October 2011. Tapi I cuba jugak contact. Alhamdullilah, Kak Wan terima! \(^_^)/ Happy sangat masa dapat tahu. Petang tu jugak I shoot ke Putrajaya untuk jumpa Kak Wan.

Harap sangat Kak Wan jaga Sophea sama macam dia jaga anak dia sendiri :) Btw, dia ada 3 orang anak perempuan. So rasanya I tak perlu risau sangat kot? (Errr, sebenarnya risau jugaaaaaaak) Takpelah, doa banyak-banyak agar Sophea behave and Kak Wan jaga dengan baik :) *Mesti bersangka baik, barulah hati tenang, hidup senang kan :)

Semangat dah jumpa pengasuh, banyak la baju-baju baru I beli untuk Sophea. Kenapa I beli baju baru? Sebab rumah Kak Wan takde aircond. Rasa panas sikit la. Nak bagi Sophea selesa, I pon beli baju lubang-lubang, romper, pastu banyakkan baju short sleeve as baju tido dia :) *Parkson Alamanda adalah tempat THORbaik untuk memborong! :D

At least balik rumah nanti malam tu boleh tukar pakai long sleeves je. Sophea tue kuat peluh tau. Sama mcm daddy dia jugak :P Imagine, kekadang tido dah pasang ekon, bantal dia boleh basah kena peluh (*_*) Konpius mak! Tapi I pikir positif je la.. selalu fikir camni "Maybe gangliosida dia nak bercantum" Haha! Pengaruh iklan ;p

Sekarang asal kuar nampak baju baby yang selesa especially yang lubang-lubang tue, mesti beli. Tak kisah la brand apa. Janji design berlainan. Baru-baru nie jumpe baju lubang-lubang tue kat Giant Seksyen 13. Design ala-ala dress with spentot. Hihi! Comel laks! :) Pon I tapaaaaau.

Pampers lak terpaksa beli yang pants punya. Sophea dah kuat menendang. Nak pakaikan yang tape punye la susah (-_-") Sticker name tue plan nak gi buat kat The Summit. Nak tampal kat barang-barang Sophea utk bawak ke rumah Kak Wan.

Pasni, dah tak leh balik lambat. Dah takleh melilau keluar lagi. Kalau nak keluar pon, kena amik Sophea pastu baru keluar. Agagaga! Saya mesti boleh! Hewhewhew..

PS : Tak sangka rupanya style taska kat Putrajaya nie jenis kena booking since pregnant lagi (*_*) Kalau la I tahu.. Start 6 month of pregnancy I dah booking! ;)

Tuesday, August 7, 2012

Apa aktiviti minggu lepas?

Weekend yang sangat panjang. 

Seronok dapat spend time dengan debot (walaupun sebenarnya agak penat & tak cukup tido) huhu. At least dapat la tengok perkembangan dia (perkembangan refers to pipi dia.. makin kembung!) Hihi.

Sophea sekarang minum susu banyaaaaak. Bangun tido habis sebotol. Main sejam sebelum tido lagi sebotol. Kekadang tu sebelum mandi sebotol. Selepas mandi sebotol. Phew! Semoga Allah memurahkan rezekiku untuk terus bagi susu ibu kat debot. Amin~ (^_^)

Sejak berpuasa nie, pengeluaran susu pon mula merudum. Ee takotnya :-s Dalam takot takot tue, I takde pon amik inisiatif untuk minum banyak air masa sahur, makan kurma atau minum susu. Huhu. Sumpah tak larat nak bangun sahur. Bila sahur je I cuma akan bancuh air milo then kalau ada selera sikit, baru la makan apa yang di hidangkan. Tidur lagi best kot! Hehehe..

Weekend lepas, antara aktiviti yang I buat ialah mengemaskini baju-baju Sophea. Ingat tak box pink and yellow I beli mase pregnant dulu? Dah tak muat nak simpan baju-baju Sophea (T_T) I dah pesan kat Romeo belikan drawer or almari kat Ikea untuk Sophea. Banyak giler kot baju dia (Dah mak dia tu asal keluar je beli baju anak....) Ok, fine :-|

Semua baju-baju pemberian dari kawan-kawan & saudara mara I cuci. Barang dalam hamper semua I bukak and kemas. Amik kaaaau. Satu bag penuh baju Sophea pelbagai saiz. Tapi I notice, banyak size 0-3 months and 3-6 months. Yang 0-3 months tu dah memang tak boleh simpan-simpan lagi, dah memang kena pakai! Huhu~ Nasib baik la anak mommy tak besar dari usia dia.. kalau tak memang simpan je la baju-baju tue untuk adik nanti... Eh, adik??? :P

Talking about adik (klaka bunyinya...), yesterday I went to Hospital Umra to see gynae. Last month I ada buat paps smear. Kenapa I buat? Entah lah.. Mungkin sebab dah berkahwin, pastu bersalin.. tu yang nak buat paps smear. Nak check la okey ke tak cervix I nie kan (^_^) So semalam dapatkan result paps smear tu.

Alhamdulillah~ Gynae cakap semuanya okey :) Takde cancer, takde pendarahan, takde lebam etc. Then gynae tanya "So, have you decided what kind of family planning you are into?"

Tough question, I guess.

"I'm thinking of IUCD, but I'm not ready yet. As an altenative, I go for pills lah doctor. Is it safe?"

Gynae "Yes, of course it is safe. Have you talk to your husband?"

"Yes I did. But he declined when I told him that I want to take pills. He said just let it be natural way. Nvm, you just gimme the pills. Later I persuade him"

Gynae "Oh if that's the case, I can't give u the pills."

"Why?!?!?! (*_*)"

Gynae "Because u hefta to get permission from your husband first. This is not about yourself." Blablabla..

Sigh.

Ingatkan semudah itu leh dapat pil. Cis. Tapi balik hospital tu I talk to Romeo. I cakap semua yang Gynae bagitau. Gynae said what happen if I conceived early since I am ceaserian, what about our budget etc. Hm, finally I successfully persuade Romeo :) Lega.. Ye la, laki nie cakap senang la. Natural way. 'Outside' etc. Yang susahnye perempuan. Badan nie badan kita. Hehe. Nak kena rest, bagi pulih dulu, then baru plan for the 2nd pregnancy (Penat yang first nie pon tak habis lagi) Errk..

Romeo tak kasi I amik pil sebab officemate dia dah 2 kali gugur bila nak try conceived 2nd baby. Hmm, tapi gynae cakap it depends on our body. Kalau badan naik mok-mok, of course susah sikit nak conceived katenyer... It's ok! Let's be positive! Never try, never know ;)

Setahu I ade 2 jenis pil perancang nie. Kalau untuk breastfeed nama Norriday. Satu lagi Yasmine. 

Makcik and BFF I amik Yasmine. Katanya kulit jadi gebu. Wow! Sape taknak! Hihi. Dah tak yah cucuk vitamin C lah pasni :P Yasmine a bit pricey compared to Norriday. Breastfeed mom is not advisable amik pil nie. Hmm..

Ok lah. Tu je nak cerita. Tak menarik pon. Hehe.

Bye!

Wednesday, August 1, 2012

Hello Augustus!

Pejam celik pejam celik, dah bulan Ogos :)

Tinggal lagi 4 bulan sebelum 2012 menutup tirai. Alhamdulillah, perjalanan kehidupan I setelah berkeluarga sepanjang 7 bulan dalam tahun 2012 nie dilalui dengan pelbagai cabaran, dugaan dan kebahagiaan (^_^)

Semua yang dirancang, berjalan dengan baik sekali.

Memandangkan hari ni dah 12 Ramadhan, aci tak kalau nak cerita pasal persiapan hari raya? ;) Ke awal sangat? Hihi. Sebenarnya, persiapan hari raya baru 30% complete. 30% tue, semua persiapan raya Sophea jer. Huhu.

Mommy & daddy takde lagi baju raya tahun nie. Nak tempah dulu tapi sebab tengah pregnant, mana lah tahu ukuran kan? Terpaksa la beli ready made je tahun nie. Sejak Jovian keluarkan #jovianrtw, memang I ada aimed 2 design dia. Dah semangat nak beli. Tup-tup bila tengok post-post kat FB, berasak-asak orang nak dapatkan koleksi #jovianrtw nie kat butik First Lady. Mak aii, sampai macam tu sekali..

Semua orang tahu kan, #jovianrtw nie keluarkan design dia by batch. Jangan kata orang menunggu seawal pagi depan butik First Lady, yang tunggu depan pc, laptop untuk purchase through online (zalora.com.my) lagi la ramai kan. Sampai service Zalora pun jadi slow. Heh. 

Maka, niat hati pun tertimbus bila tengok ramai kawan-kawan kat FB post status tak sabar nak pakai koleksi #jovianrtw. Huhu. Kang kalau I pon beli, confirm pagi raya tue semua orang post gambar raya kan.. hehe.. dah jadi macam 1 family lak sama je semua. (Zaman kanak-kanak dulu trend tau 1 family pakai warna & corak yg sama). Hihi. Sekarang nie, trend pakai warna tema je. Tak semestinya mak & anak semua sedondon corak ;)

Itu baru dalam FB. Kalau tetibe I pergi open house, beraya rumah saudara mara, sahabat handai.. mau tak terserempak dengan design or warna yang sama? Hihi. Larikkkkkkk!

Last year merasa la I pakai design Salikin Sidek. So ingat tahun nie nak try designer lain. Tapi nampaknya, tak ramai designer yang keluarkan ready-to-wear collection nie. Satu hari tu I pergi SACC Mall nak beli few stuff untuk Sophea. Lalu la depan butik Salikin Sidek. Mata berpinar-pinar nampak baju kurung yang dipakaikan pada patung. Warna turqoise if I'm not mistaken. Minatnyeeee! Nak beli, masa tu awal sangat. Memandangkan minggu nie dah almost pertengahan Ramadhan, kira aci la beli baju raya kan.. Hehe..

Bukan apa, kalau beli lambat kang size pulak sold out. Kalau beli awal kang, orang cakap "Semangatnya nak raya, Ramadhan baru je mula" (-_-) Nak bagi fair, pertengahan Ramadhan la kita shopping ye ;) Kasik chance la mommy nak pakai baju designer this year.. sepasang pun jadi lah! (Tak sedar diri anak kecik nak melawo.. hewhewhew..) Tapi baju-baju kat Kompleks PKNS & Plaza Alam Sentral pon not bad tau! Selalu I beli situ je pun ;)

Untuk Sophea toksah cakap la. Mostly our friends hadiahkan dia baju size 3-6 months & 6 months. Sesuai sangat lah tu! Hehe.. Dia pon dah masuk 3 bulan setengah masa raya nanti (^_^) Cuma ada beberapa helai la yang I beli untuk dia. *well, baju baby comel-comel, takleh tahan ooo..Tambah lak Mothercare is on SALE.

Last week I place an order with my friend yang biasa purchase Gymboree online. Alhamdulillah.. semalam dah dapat pun parcelnya :D Kemain Sophea.. beraya sakan (Nak kutip duit raya) Hewhew~ Tahun nie Sophea tak balik raya Kelantan. Sebab raya nie I nak buat open house + majlis cukur rambut (ada org panggil cukur jambul.. tapi Sophea takde jambul yg nak dicukur.. hihi) kat Shah Alam. So family in law insya'allah turun Shah Alam :) Nanti majlis akikah (Raya Haji) baru balik Kelantan. Masa tu Sophea pon dah almost 6 months. Ok sikit, now kecik sangat.

Gymboree is having sale :)

10th August nie, we all akan balik Kelantan sempena family in law balik dari Umrah. Ada kenduri doa selamat & majlis berbuka :) Harap-harap Sophea ok la sepanjang perjalanan balik. Plan asal nak naik flight, tapi bila fikirkan semula ada few things, last-last Romeo decide balik by car je lah. I'm ok with it sebab boleh la I mengangkut banyak barang-barang Sophea nie :D Buaian beli je kat Kelantan, I cuma bawak electric motor cradle tue je ;)


Nie masa otw ke KLIA hantar family in laws (a week b4 puasa)
Nampaknya, takde la entry Wordless Wednesday. Dah jadi Words of Wednesday nie. LOL~

Have a great day, peeps!

PS : Tahniah Dr.Halina & Husband! (^_^)

Monday, June 11, 2012

Rindunye!

Rindu nak blogging. Entah kenape, malas betul nak on laptop. Huhu! Selalu BW thru galaxy tab jer. Nak blogging guna tab lagi la malas sebab takde keypad :P

Anyway, pejam celik pejam celik.. Baby Fea dah nak sebulan :) Happy! Nanti nak kena bawak pi klinik untuk suntikan Hepatitis B (Dos 2). Memula plan nak bawak gi DEMC jer, tapi haritu ada anak kawan my mom datang rumah, suggest I buat suntikan kat Pusat Bersalin UMRA Seksyen 13. She said tak ramai orang and price pon tak mahal. Okey, akan dipertimbangkan :D Sebab my SIL amik suntikan untuk anak dia kat DEMC, memang la lama. Berjam-jam dah macam gi klinik kesihatan pulak (-__-) My brother dpt panel DEMC shiok la.. Bayaran mahal pun ape de hal kan~ Huhu..

I nak cerita sikit semenjak I ada baby nie. Haritu, suhu badan Fea agak panas, I check dalam 37 darjah Celsius. Risau? Harus la. I'm a paranoid mother. Huhu! Terus I bawak Fea gi jumpe Paeds kat UMRA tu. Check here and there, the Paeds said baby is okey! Suhu badan tinggi sikit sebab cuaca and Paeds advice jangan bedung sangat. Some more, Paeds kate sebab suntikan BCG yang Fea dapat masa lahir dah start effective. Fuh lega! Cuaca kat Shah Alam nie, memang la panas terik ya amat! Macam kemarau. Alhamdulillah baru-baru nie hujan turun. Sejuk sikit rasa. Even fully air conditioned, haba terik kat luar tu tetap terasa. 

And then, few days later I'm getting paranoid (again!) Sebab apa? Sebab bila Fea tido (especially at night) I akan dengar macam ade hingus/bendalir/mukus kat dalam hidung dia. OMG! Mase tu I terfikir, Fea kena flu ke? Risau gilee. Hari-hari I BBM Romeo nak ajak dia gi jumpe Paeds sekali lagi. And we did bring Fea to UMRA again.

Paeds check semua (termasuk jaundice if any), lega bila Paeds kate it's normal for a baby macam ada bunyi hingus sebab hidung berair. And baby kan hidung kecik, saluran pernafasan pun sempit, so bila bernafas ada la bunyi macam tu. Paeds cakap dalam sebulan dua nanti hilang bila saluran hidung dia makin membesar. Heh, jangan hidung besar sudah la. Mommy & daddy hidung kecik je tau.. takmo hidung setongkol bawang :))

Sejak ada Fea, I still tak dapat bahagikan masa sangat. I know Fea akan menyusu every 2-3 hours, tapi Fea nie kan... time dia tidur siang, bila I nak rest or baring-baring, time tu la dia macam terjaga. Aiseh! Tak kasi Mommy rest ke sayang? Sobs.. 

2 minggu pertama kelahiran dia, I jaga siang dan malam. Masuk je 3rd weeks, bila malam start kul 10-11, I akan hantar Fea masuk nursery. Ehehe.. Nursery mana? Dengan my mom :D So mommy and daddy can have a sweet dreams (hahaha!) Takde la sweet sangat.. sekarang nie, jam 2 pagi and 4 pagi je mata I automatic terbuka and tersedar. Sebab itu waktu Fea menyusu. So nak kena prepare susu and hantar ke bilik my mom.

Kenapa bila malam I start bagi Fea kat my mom? Sebab Fea dah start berjaga malam. Pening kepala I. Waktu favourite dia akan berjaga is from 4 am - 8 am. Kalau tido pon, tido-tido ayam jer. Dan waktu itu lah waktu paling kritikal mata I nie macam ade gam UHU. Huk huk~ 

Betul kata kawan-kawan I sebelum nie "Hargailah waktu tidur sebelum ada anak. Tidur lah selena-lenanya" Huwaa.. no longer for me and Romeo nak tidur lena yee! :-s I pon takde la nak harap sangat Romeo jaga Fea. Sebab I tahu Romeo penat kerja. Balik malam. Travel Shah Alam - Putrajaya - Shah Alam. Outstation lagi. Memang hectic lah. Biarlah Romeo bekerja cari duit untuk mommy and Fea.. And I will take care of Fea :D

I don't know about your baby, but what I know, Fea kan KUAT KENTUT. Hahaha.. Bunyi kentut pulak stok macam orang dewasa. Poooooot! Huhu.. Awal-awal dulu pulak kuat poo-poo. Sehari 6-7 kali poo-poo. I ade bace, and my mom pon cakap, baby yang breastfeed memang kuat berak. Hahaha.. It's a normal things :)

Ok la. Nanti I update lagi entry. Nie Fea dah start bunyi-bunyi. Nak susu lettew :P

Bye! ;)

Thursday, May 10, 2012

Entri rojak.. Bukan pasal rojak buah atau rojak mamak :P

Malam semalam konon nak buat surprise farewell party untuk one of my team - Yaya. Kebetulan masa tu we both ada meeting kat JPJ, Cyber. Punya la pening kepala dok pikir camne nak kelentong dak nie.. Suh boyfriend dia berlakon ajak dating.. skali hampeh.. Boyfriend tak reti nak berlakon (-_-") Anyway, we celebrate her kat mana lagi kalau bukan RedBox IOI Mall, Puchong.

Ey, RB IOI Mall dah naik harga. Tension je. Normally per person (include dinner) diorg charge RM19++. Tapi diorang cakap dah start new price which they offer us tidbits. Alahai~ Dah nak dinner kul 7 sape lak nak tidbits tu. Tidbits np Rm12++ per bowl.. tapi ada discount half price. Still...!!! We don't want the tidbits laa! ;( Siap ada mininum bowl for tidbits ok! We all semalam 8 pax, so mininum tidbits dia kasi 6 bowls. Bayangkan 6 bowls x RM6++ so total untuk tidbits je dah RM36++. Hampehhh...

Tapi nak wat camne, masuk jugak la. Sebab kalau gi makan kat Seoul Gardens pun dah RM36+ per head kan :) But last night we went back early. Memandangkan fabuyong nie dah takleh la balik lewat malam. Takut kang tetibe datang contraction. Dah la I tak tahu camne contraction @ period pain tu rasa *sweating*

Sementara tunggu yang lain tiba, I sempat la singgah Elle Girls. Pusing-pusing, nak cari cotton long pants. There are 2 types of cotton long pants ye kawan-kawan :) Satu yang totally cotton, satu lagi cotton stretchable. I prefer yang stretchable sebab lebih lembut ;) Long pants kat Elle Girls cheaper than FOS. Kat Elle Girls, sehelai RM39. If you buy 2, RM59. Kalau FOS, sehelai RM39. If you buy 2, dapat less RM5 for second item.

Tapi semalam kebetulan nampak yang cotton stretchable ada offer, np RM49. After less, RM29! Huahuahua~ Mesti la tak mahu melepaskannya kan! There are 4 colors to choose from. Pink, Grey, Navy Blue and Turqoise. Unluckily, only pink have M size. The rest tinggal S and XS. Esok lusa nak pi cari kat Pyramid lah. Oh, for your record, ELLE Girls nie kire untuk remaja la :)) Kalau rasa badan tu kecik (macam I yang kuruih ni) boleh je beli seluar or baju kat situ. Waaaay, cheaper than ELLE. Hihi. 

Balik rumah, Romeo cakap "You beli seluar panjang banyak-banyak buat apa? You bukan pakai seluar panjang" Hurm..... Macam tau-tau je Romeo nih! But I cakap, lepas nie nak kena banyakkan long pants la sebabnya nanti nak confinement la.. pastu nanti orang datang melawat la.. kira sopan la sikit kan? ;) I memang takde long pants pon actually. Banyak pakai hot pants, sleep dress.. short.. Haa, imagine kalau ade guest datang (especially saudara mara Romeo).. Dah la alim ulama :P

I ade sepasang je pyjamas. Itu pun beli sebab balik Kelantan masa hari raya. Haha! Nak suruh I pakai kain batik memang tak lah.. Mau terlondeh plak kang.. Kat rumah sana, semua SIL I pakai kain batik. Kekadang je dorang pakai track bottom (-_-) Bak kata pepatah, "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum" So kita kena la ikut keadaan.. lagi-lagi kat tempat orang kan..

Lepas beli long pants, singgah Daiso. Haa.. dah jadi Daisoholic pulak I nie. Tapi semalam berjaya menahan nafsu. Memang aim beli socks je. My friend yang suggest beli socks kat Daiso. She said colorful, tebal, panjang and of course, cheaper RM5. Kan I ada cerita kat post ni, yang I beli stokin kat Giant RM0.99 sebab takot masa pantang tak pakai sangat.. Lepas my officemate balik dari berpantang, macam-macam dia pesan.. especially suruh pakai stokin tebal *_*

Thinking of my mom house will be fully air-conditioned, better la I beli yang tebal sikit. Stokin Giant tu memang nipis. Kalau pakai kat rumah kampung or berkipas 24H memang sesuai la :) Nak selamat, I beli 2 pairs. Betul la.. comel socks kat Daiso ni. Kalau you all berminat, cari kat area Winter. Haha! Jangan ada yang semangat beli sarung tangan & penutup telinga pulak ;p *Just kidding

I dah test, memang sangat selesa yet soooo fluffy! :)

Romeo dah sebok tanya nak duit banyak esok nak beli apa. Heh! Boleh tak I bagitau dia nak beli MamyPoko blablabla.. Size sekian sekian buat stock.. blablabla.. Dia boleh buat-buat tidur sambil bunyi "krroohh...krohhhh..." Eey, geram jerk! :P Baru cerita pasal diapers, belum cakap nak beli nursing bra & barang-barang baby yang lain.. (Tak list down sebab biar esok "mata" yang mencari, hati hanya mengikut) Muahaha!

Pagi ni kul 4++ terjaga. Lapar. Romeo belikan bubur McDonalds :) Sayang dia kat wife kan? Hihi. Yang paling tak boleh blah, siap update status BBM "Everything for you~ Blalaba " Ape dia merepek lagi tah.. Poyo je taw! :P Kang I mintak Ferrari baru taw ;)) Anyhoo, I memang sayang you lah!! *Apa la hadiah dia nak kasi I sempena 1st anniversary Ahad ni kan :P

PS : Today MC. Esok pulak AL. Gile kentang dah tak sabar nak cuti panjang + nak jumpe my bundle of joy nie. Mood bekerja dah ke laut oiii!!

Saturday, May 5, 2012

#3 Celoteh di malam hari...

Hasrat ingin makan nasi minyak dirumah pengantin tercapai harini :) My mom's cousin punya anak, means dua pupu I kawin kat Seksyen 7, Shah Alam. Elok pulak masa kitorang on the way tu, ade escort polis untuk YDP Melaka ke rumah yang sama :D Romeo cakap, YDP Melaka tu our Chancellor kat Utem. Ok, nampak sangat I tak kenal gerangan orang yang bagi I degree scroll tu :P Thehehe~

Sorry takde gambar sebab cuaca panas, I pon berpeluh-peluh. The wedding is awesome. Garden wedding. Memang gardeeeennn sangat dengan cuaca panas (-_-") Huhu~ Paling tak boleh blah, my aunties nampak je I sampai dorang cakap "Ei, kenapa pakai baju kurung ni? Buruk.. Tak glamour" Chait!! Nasib baik la I tak glamour2.. Panas kot! Berpeluh-peluh :P Lagipun I mana la ada maternity wear. 9 bulan hamil, pakai baju biasa je kecuali maternity pants. People keep asking me "Still muat pakai baju kurung?" Ini je yang paling selesa buat masa nie ;) Malas nak beli dress lain.. Dah nak bersalin pun. Huhu~

Then ramai my aunty and uncle singgah rumah my mom.. lepak-lepak and borak pasal trip diorang nak ke Jakarta lagi 2 weeks. Jealous ok! My sister, my cousin semua pergi.. I sorang tak ikot! Uwaaaa (T_T) Gi Jakarta coz my mom's punya relative's wedding. My mom asyik cakap "Dekna kalau nak bersalin tunggu mak balik tau..." Hewhewhew.. Tau pon dia takot! :D Kot la cucu ke 6 dia nie wat surprise kan.. Apa boleh buat :P But my mom pesan, IF and ONLY IF I memang deliver awal or masa diorang kat Jakarta, my mom ask my MIL untuk turun Putrajaya jaga me. Hihi! 

Before balik Putrajaya, sempat la tapau roti jala and kuah durian yang my mom buat. Nyummeyh! Memang dari aritu teringin makan durian, dapat makan kuah durian pun dah puas kot =D Alhamdulillah~ (Makan je kerja kau kan Ell... Hihi!) Makan itu indah! Nanti time confinement, banyak pulak pantang larangnya. Biar gemuk sekarang, takut kurus dikemudian hari. Eh, apakah? :P

Walaupun harini I tak ke shopping complex, tapi I ada buat online shopping. Hihi! Katanya Isnin nie dia post. Okey jugak sebab I bagi address office. Apa bendanya? Haa.. Isnin nanti I reveal. Eceh! Macam bagus je ayat :)) LOL~ Chillexxxxx..

Sekarang nie I kalau gi shopping complex, I try avoid masuk kedai-kedai baby. Why? Sebab I takut terrbeli baju baby. It's so irresistible you know.. Haish! Baju size new born, 0-3 and 3-6 dah ada. Kalau boleh nak shopping lagi lepas berpantang which masa tu dah nak raya :D Lagipun, design kan akan berubah sentiasa. Beli sekarang, later on ade design lain plak (Elakkan pembaziran). Hihi! Romeo pernah cakap "You beli baju baby sampai umur berapa tahun? Nanti nanti boleh beli lagi" Yes, I know. I beli pon untuk pakai setakat 3 bulan pertama.

Tak kuasa la I nak beli sampai size 12-18 months tu. Itu lambat lagi.. Banyak lagi sale coming soon with more new design ;) Kan? Kan? I notice baju baby lawa-lawa yang untuk umur 6 months above. Maybe sebab tulang baby pon dah keras and baby dah boleh duduk/merangkak, so comel la pakaikan dia macam-macam. Awal-awal nie baby lembut lagi, pakai skirt ke leggings ke cam kesian plak dia takot tak selesa.. (Pandai je aku cakap.. mana aku tau dia selesa ke tak.. Haha!) Pakai romper/bodysuit je la. Tapi kalau ada orang hadiahkan baju size besar, ofkos la terima kan.. Kihkihkih!

Kelmarin I contact Kak Rosnah from Tanamera, I ask her bila I boleh start consume VCO. Since my friend cakap, masuk 9 months dah boleh start. And yes, Kak Rosnah cakap masuk je 36 weeks dah boleh makan 1 sudu teh, pagi & malam :) How does it taste? Hmm.. Entah! I telan bersulam air :D 

Pastukan, sejak Cheyan tulis entry Gatal Perut Sewaktu Mengandung, now I start to feel it. Omaaaii... Gatal benor! I selalu mandi pakai J&J Baby Milk Bath.. takde la rasa kering sangat but still ada masa perut akan gatal gilerss.. Ke sebab rumah fully aircond, kat office pun aircond? So kulit cepat terasa kering. Terpaksa letak bebanyak sikit VCO kat perut.. Baru lega~. Tapi, lagi lega kalau dapat garu *grin* Garu punya garu pastu "Eh eh.. nanti stretch marks!" (-__-) Amboi.. dah sedap garu baru pikir kan? :P Garu pun lapik kain atau baju jer.. Huhu! 

PS : Esok nak iron pyjamas lah.. Pastu nak deco storage box yang beli haritu. Sticker 3D dah beli kat Sunway Pyramid. Wheeeee....

Friday, May 4, 2012

36 weeks antenatal check up with DEMC

Semalam my 36 weeks antenatal check up. Alhamdulillah.. everything is in good progress :) My baby weight is 2.4kg now. Tak besar sebab mak bapak dia kecik :D Doctor estimate dalam tempoh nak sampai ke 40 weeks maybe baby weight around 2.6-2.8kg.

Doktor pesan, kalau ada rasa contraction yang kerap, diikuti blood stain or water broke, dia suruh cepat-cepat gi hospital :) Else, menanti penuh sabar je la..

Doktor pun dah kasi MC a week before due date. Yeay. Boleh berjalan-jalan, berehat and get ready kat Shah Alam :) Itu pun kalau tak bersalin awal 2 minggu lah. Hiks! Apa pun, doakan semuanya berjalan dengan lancar & selamat ok ;-)

DEMC kasi sample susu formula. Dapat dalam 3 boxes. Boleh la simpan (in case terpaksa guna). Else, boleh kasi kat my nephew, Arian. Then dapat car sign dari Prudential and few sample from Pureen.

Free gift from DEMC

Inside the bag ;)
What do I feel now? Nervous? Happy? Excited? All in one. Yang pasti, I sangat excited nak bersalin. Tak tau nape. Haha~ :P

Doktor cakap, next check up dia akan buat ukuran tulang serviks untuk tengok baby boleh lahir secara normal atau czer. Ini sebenarnya I yang request. Hihi. Dr. Mazita tu baik betul orangnya. Banyak yang dia explain and information yang I dapat semua best-best :D (Eh, ke sebab aku nie banyak sangat bertanya?) Hahahaha!

Haritu request kat Romeo, teringin sangat buah jambu merah. Tup-tup, I balik je office buah jambu merah ada kat dapur :D Onnomnomnom~ Malam tadi, tengah sedap tidur, tetibe ade orang berdiri kat seblah katil pegang dulang. Dalam tu ade nasi goreng udang & fatty crab! I'm sure this is from Hokkaido! Woohoo! Dari ngantuk-ngantuk mata terus terbeliak. Makan ketam kul 3 pagi? Wah wah.. Rejeki jangan ditolak dong! :D

Jambu merah

Fried rice with Fatty Crabby! Nyumm..
Romeo kuar meeting malam tu, dia cakap teringat yang I teringin nak makan fatty crab. Err.. dapat sikit pun jadi lah :D Still ada balance.. I panaskan dalam microwave, bawak gi office :D Seronok la pregnant nie. Husband layan macam Queen. Ish.. pregnant setahun satu pun best nih! :))

Satu lagi my cravings (eh.. cravings ke? hewhewhew~) This chocolate cake my officemate jual. Kalau boleh, hari-hari nak makan ni! Pelik betul nafsu :P Haritu dah penuhkan peti ais dengan Magnum Almond. Pastu pergi lunch kat Nasi Ayam Pak Mal, makan sampai 2 pinggan (*_*) Sebelum pregnant, makan nasi satu pinggan pon tak pernah habis. Ayoyoyo~

Kat Petronas pun ade jual kan? :)

Malam tadi singgah umah Cujen The Lejen, sebab nak amik cheese tart yang I order. Terliur asik tengok dia update status FB and timeline Twitter dok cakap tengah baking. Phew! Dapat je kat tangan, terus makan dan makan dan makan. Kat office pun sama, apa-apa yang ada atas meja, mesti I makan. Sampai member cakap "Ell, you nie takde button merah ke?" I reply "Kenape?" She said "Sebab nak tekan... Dari tadi tengok you asyik kunyah jer" Huaaaaa.. Biase la.. Pembawakan budak! :P Thihihi!

Blueberry, Kiwi, Strawberry & Orange Cheese Tart


Have a lovely weekend ahead lovelies!

Take care!

Monday, April 30, 2012

#2 Celoteh di malam hari...

Congratulations! By the end of this week, your pregnancy will have come full term - meaning your baby can be born any day now. (Babies born before 37 weeks are premature or pre-term, and those born after 42 weeks are post-mature or post-term.) - Babycenter.

Alhamdulillah~ Dah masuk 9 bulan kehamilan. Syukur :) Harap selamat hingga saat melahirkan nanti. Hati nie kejap rasa tak sabar, kejap rasa nervous. Dup dap dup dap~ Tapi I lebih fikir tak sabar and excited la.. Kalau fikirkan nervous tu, mau tak fokus kerja pulak nanti. Last-last stress :P

Dah masuk 36 weeks nie, I think better I slow down my night activities (kalau ada). Pasni dah takleh follow bebudak ofis gi karaoke :( Dah takleh berdating ngan Romeo tengok midnight movie :(

Kire last week (35 weeks) tu dah boleh jadi week terakhir la untuk I buat semua tu. Hihi. Last Thursday, Raja Amirul (husband to Dell - MarryMe2U) celebrate birthday at RedBox. Dalam kul 12am, Romeo datang and we watch The Avengers 3D. Romeo tak sabar, cerita tu baru je keluar malam tu jugak nak tengok :P Ish ish..

The next day, Friday night celebrating my BFF birthday - Zai (the owner of Lukisan Kaligrafi - FB Page / Blog). We had our dinner at Rumours Indonesian Bistro, Cyberview Garden. Actually dah nak close pon restaurant tu. Entah camne Mashe & Amey berjaya pujuk, so restaurant tue pon bagi la we all masuk :P

Semua nak pegang baby bump :')

Ice cream cake kecairan huhu~
That's my last night activities. Sebenarnya my mom dah tak bagi balik lewat malam start 27 weeks. Tapi I nie degil kan.. Haa balik lewat jugak memalam tu kalau ada event :P Tak baik betul. Tak dengar cakap orang tua. Heh..

As for today, hari nak membebel sebab bosan. Romeo kerja. I pulak cuti. Baru nak take a nap, sana call. Sini call. SMS la.. Email la.. Adududuh.. Pening kepala. Dah la cuaca kat Putrajaya nie terik je.. Nanti confinement, I rasa nak tukar number kejap. Tak pun, taknak jawap panggilan dari orang office. Tak tenteram dibuatnya. Boss pun satu, cuba lah respect orang kalau MC ke on leave ke. 

Nak tanya benda simple, bukan takde orang lain. Pelik betul la. Kekadang I malu tau, boss sendiri tak tahu apa-apa status. Tak tahu connection to DB, tak tahu IP address, tak tahu SQL Statement.. Eh come on la.. Basic kot benda tu.. Kalau dah rasa bengap sangat, google jer. Nie benda simple pon nak tanya. Sikit-sikit nak tanya. Rimas. 

Kata terror buat DB2, takkan la alter table takleh buat sendiri. Nak suruh I jugak buat (kalau I takde). Faham-faham la kalau orang MC. Nie I ada lagi sebulan je kat office tu. Rasanya takde benda pending pon. Tapi biasala.. Dapat boss kalut :P Kena la banyak bersabar kan.. Ok la cukup. Malas nak bercerita pasal orang tua tu.

Bag hospital for Mommy & Baby alhamdulillah dah settle :) Tak banyak pun barang yang I pack (dengan harapan tak stay lama kat hospital) Hihihi.. Lagipun, rumah mak I dengan DEMC tu sekangkang kera jer. Kira-kira 300 meter. Heh! :P Agak-agak tak cukup pape, boleh je ambil kat rumah tu nanti.

Sekarang ni I tengah kumpulkan seluar panjang. Be it track bottom or seluar cotton (yang macam seluar tido La Senza tu). Nie semua gara-gara mak I, bila dia tau I beli sleep dress, dia cakap nanti masuk angin :( Aiyoo.. Memang nak kena pakai kain batik & seluar panjang je ke sepanjang tempoh berpantang? Pastu ofismet pulak pesan, pakai stokin tebal. Ala... malasnyee! Tapi nak taknak, buat jugak la sebab takot nanti kena angin meroyan. Huhu~

Kat rumah sana pulak fully air-conditioned. Kalau kipas, confirm kepanasan kan. Confirm-confirm la I pakai stokin nipis @ langsung tak berstokin. Hehehe..

Now tengah nak kumpul t-shirt and long pants untuk pakai siang hari. Kot la orang datang melawat nanti, takkan la pakai kain batik ngan t-shirt je. I tak suka sangat kain batik. Kalau tengok orang pakai kain batik, selalu terasa macam comot busuk tak mandi. Hahaha! The point is, selekeh kot. Kalau pakai malam, takpe la.. untuk tido zzZZzz~


Kalau korang nak seluar panjang bercorak yang comel-comel, boleh pergi FOS. The price pon not bad la RM37 - RM39. Brand Pinko ;) Nak beli pyjamas kat La Senza, sepasang dua ok lagi. Try beli 5 pasang - BANKRUPT :)) Tunggu sale lah...

That's all.

Okbye!

Sunday, April 29, 2012

Mark your calendar ! Me done.. How about you ? :)

12 days from now, Moms and Baby Expo will be held at Mid Valley. Wooot woot! :) I have apply annual leave (cam bese la kan..) on Friday! At first I'm not giving high hope for this expo too much (takot kecewa macam Maternity Fair last month).. BUT..





When I bought Mami Baby April Issue, terus terfikir "Will this expo be like last November?" 




I HOPE SO! See what is written there? 'PUSAT PAMERAN MID VALLEY DEWAN 1,2 & 3, KL' Omaii.. Sampai 3 dewan? Maternity Fair haritu... 1 dewan je hokei.. Huhu~ 

Harap-harap kali nie pempamer pon yang best-best ;) Eh, larat lagi ke I nak redah expo nie? Kihkihkih~ I hope so! My BFF last November tengah sarat-sarat tue selamber je redah :) Expo mid may, my EDD end of may. Hopefully larat & bertenaga. Kikiki~ Bak kata Romeo "You kalau bab jalan, bab shopping memang sihat walafiat je kan.. Cuba duduk rumah, panas bontot" Hehe.. Meme laaa! :P

Ala, I pon bukan nak beli apa sangat. Barang semua pun dah almost complete :) Cuma nak restocking diapers je la. Time expo la diapers dorang jual murah. Haritu dah borong Mami Poko. Tapi based on gambar-gambar dalam magazine Mami Baby nie, macam takde Mami Poko. But ada Pet Pet and Baby Love. Both pon I bace review mostly mommies suggest. Baby Love nie new brand. Macam Whoopee. Masa expo kat KLCC tu I beli 1 pack je Whoopee. Sebab tak pernah dengar lagi brand ni. 

As usual, my sister will accompany me =D Driver cum personal assistant. Thihihi~ Nanti kat expo nak usya Bright Starts Harmony Swing, Electric Motor Cradle and Quinny+Maxi Cosy je kot. Nak usya price. Kekadang takde la murah mana pon kan kat expo nie.

Disebabkan barang dah almost complete, so malas nak list down kan apa yang nak dicari nanti. Hehe. Redah je la. Apa yang terlintas, grab je. Oh ya, yang di aimed mesti lah nursing bra kan.. Harap-harap harga murah banding beli online. Cam I cakap haritu I beli kat expo KLCC Auntumnz Sleep Bra RM20, Autumnz Comfort Bra RM28. 

Enjoy this pic pada sesiapa yang tak beli magazine Mami Baby ;) By the way, I found out that this magazine is more informative compared to Pa&Ma. Serious. Magazine nie Is yang perkenalkan. Lagi banyak nak dibaca banding Pa&Ma which I found out lebih banyak iklan :) My 2 cents..

Banyak betul booth :)

JB 75,451. KL ? Mau cecah 100k (-__-")

Gambar atas : Ada banyak baju-baju (nice!!) Gambar bawah : Booth diapers tak crowded pn kat JB :P

Ada booth Pigeon, MAM & Avent (hopefully!)

Cryocord & Cellsafe ni mmg selalu ada. Pureen pon selalu ada :)


Amacam? TERUJA tak? (^_^)

Thursday, April 26, 2012

Thursday Mumbling ❤

Khamis dah.

Lega rasa~. Esok Jumaat. Weekend is coming! Semalam budget nak EL. Terasa sangat kemalasan tu untuk menjejakkan kaki ke office. Konon plan nak ajak my sis teman gi jenjalan. Almaklumlah, gaji dah masuk kan :P At last I decide "Ah, masuk je la office" Itu pon dah kul 9am baru take shower :D

Bila fikir balik, baik I cuti on Friday or next Monday je. Dah alang-alang nak cuti panjang kan =D Nak beristirehat. Cey, konon jer. Walhal tak melekat kat rumah pon. Huhu~

Last Monday, I ada antenatal check up with KK. Alhamdulillah, semuanya ok :-) Nurse refer I kat doctor. Sebab I cerita few weeks back I ade brownish. Doctor scan, baby ok.. Jantung 136, kepala baby dah engage, uri pulak terletak ditempat yang sepatutnya. Lega. Shiok dapat jumpe baby walaupun dalam skrin je yang samar-samar tuh :)

Sekarang nie, appointment dengan KK I akan request petang (lepas lunch) sebab nak elakkan swarming of people in the morning. Kalau check up kat DEMC pulak, I akan request early in the morning :-)

On Tuesday, lepas waktu kerja I rasa booooring sangat. So I singgah Alamanda. Sebab masa I lipat baju baby, baru notice yang sleepsuit/long sleeves for new born ade 2-3 pasang jer! Masuk Parkson, gi area Pigeon (you-know-this-brand-I-aimed) rembat lagi 4 pasang :D Nasib baik this time ada lagi new design. Hewhewhew!

Pigeon, sepasang RM15.95. Murah kan? :D
Cukup la 7 pasang long sleeves/sleepsuit newborn. Since doctor estimate my baby weight is around 2.5-2.8kg, so I kena la beli banyak sikit size newborn. Kang baby tecit, pakai baju size 3-6 month dah macam buah mangga dibalut newspaper :)) 

Singgah Mothercare, beli MAM pacifier and Duck Thermometer :) Thank god, MAM pacifier tu tinggal 1 je color pink. Hihihi! Itu pun I terpaksa punggah semua untuk cari pink color =D I read articles and experienced from mommies cakap MAM pacifier nie okey. Puting dia leper jer.. and it's orthodontic. Agak-agak baby cranky, sumbat je puting (salah satu strategi I..hahaha!) Duck Thermometer tu selain dia cute, salah satu sebabnya I bace baby list from hospital or website mostly advice sediakan thermometer. Beli je la.. Bukan mahal pun :P 

On Wednesday, ingat nak cabut awal petang tu. Sebab dah terlalu bosan! Hewhew.. Tapi awal tak awal la.. Jam 5petang baru I chow chin chow :) Singgah Kanda Beauty kat Street Mall nak trim eyebrow. Dah tak terurus I tengok ~_~ Half an hour later, singgah salun baru dibuka kat Neo Cyber - The Salon. 

Ada promotion untuk full head color, wash+cut+blow and hair spa! (^_^) Haruslah I pilih hair spa kan.. RM70 je. Salun nie pakai brand Loreal Professional.. Sebab tu I berani cuba :) Hair dresser ala2 Shah Jaszle ok! *wink* But he's a tall chinese guy. Ramah sgt! (Bukan lembut pondan tu). I add Hair Thinning treatment, only RM10. Ok, have to mark this salon :) 

Then singgah Alamanda, beli dinner. Masuk Carrefour jap sebab nampak advertisement "Plastic Fair". Bought this 2 colorful storage box! Ingatkan price range RM39.90. Skali sampai kaunter, RM69.90 each. Heh! Sabo je la.. Baik I amik large size je.. Sama harga upenye :P Nasib baik comel :P Nanti nak deco, nak tampal sticker comel-comel. Err, nak beli sticker kat ne pon taktau.. Piramid ade kot! ;)

Macam nak beli lagi 2 color pulak; Baby blue and Green Apple ;)

Ok lah. Esok nak cuti. Nak bawak adik I gi salon, pastu nak gi OU beli popcorn, pastu nak gi cari hadiah untuk BFF - Lukisan Kaligrafi :)

Daa!