Monday, October 8, 2012

Setelah 5 bulan..

Kini Sophea & I kembali ke Putrajaya (^_^) Chewah kau... cite macam selama nie duduk kat Manchester City. Eh apesal Manchester plak nie? :P

Anyway, episod berpindah berlaku semalam. Banyak gile barang yang diangkut. Baru ku sedar, selama 5 bln menetap di Shah Alam, barang Sophea & I dah beranak pinak. Tapi barang Sophea la paling banyaaaaaaaaak! (-___-")

Masa mak & ayah nak balik, siap ciyom2 Fea, I plak yang sebak :'( Ye la, selama nie tahap kebergantungan I pada parents I sangat tinggi ok! Hehe. Bila Sophea terjaga malam, siapa yang layan? Mak. Bila Sophea bangun seawal jam 6 pagi siapa yang jaga? Ayah. Me? Layan tidur la konon alasan nanti kat office ngantuk tak cukup tidur, penat kerja blablabla (byk gile alasan kauuu!)

Sekarang? Semua sendirian berhad. Nak harap siapa lagi? Romeo? Dia dari last week outstation. Hari ni baru balik. Khamis till Sabtu fly gi KK plak. Toink! (*_*) Cite macam I sorang je ada anak kan? Hahaha! Ok ok.. korang korang korang semua memang supermommy. Tabik spring. Haip! \;-)

Pagi tadi start hantar Sophea ke babysitter. Dia bangun kol 6. Tukar pampers, bagi susu, main-main kejap. Kul 7 terus anta. Sebak gile masa nak balik tue. Tapi tahan jugak la airmata nie dari mengalir (T_T) Apsal entah.. kalau mak jaga, xde lak I nak sebak sebak bagai. Lagi balik lambat amik kesempatan ade lah. Huahua! :))

Tadi tengahari I text Kak Wan. Tanya khabar Sophea. Alhamdulillah Kak Wan kata Fea ok je (wat mase tu). Hihi! Bagus la. Boleh Sophea belajar berkawan. Kalau tak dia asyik kawan ngan nenek, atok, cunoi and mommy. Oh, dia pon dah popular kat Seksyen 11 tu. Eh eh takde la satu seksyen 11. Area rumah mak I je la :P Mane tak popular, morning walk everyday! Amboi.. tau-tau je balik dapat duit. Murah rezeki anak :)

Cepat betol masa berlalu. Pejam celik dah 5 bulan. November nie wedding Diana, Sophea dah 6 bulan. Best best. Dah boleh makan! (Tang nie paling tak sabaaaaar) Nanti kita main masak-masak ok! :) Biar suami isteri bekerja, kalau boleh I nak kasi Sophea homemade food. Fresh from home! :)

Tinggal lagi 2 bulan je dah nak abis 2012. 

May 2011 married. May 2012 give birth to Sophea. May 2013 ? Ehehe.. Tak.. tak.. Sophea tak expecting adik ye u ols ;) Thihiihi!

Chow chin chow!

Fea, pandang camera lah! :-/
PS : Sebenanrnya busy wat internal testing.. tapi curik-curik masa jap. Boring banyak error. Apa pun tak boleh! :P


6 comments:

Syima Syaz said...

i masih pikir2 nk anta kt mak keeee nursery?

eh eh napa u makin kurus ni? aritu dah cantik dh..

Juliet said...

Syima : Tidaaaaaaaak! =( I pon tatau nape makin kurus. Dukung fea berat kot :P

Eh eh.. kalau mak u sudi jagaaaa YOU JANGAN GATAL-GATAL HANTAR NURSERY!

Eh, tercaps lock plak :P Serious! Tahap kepercayaan kita lebih tinggi bila darah daging sendiri jaga. Lagi-lagi MAK kita =D

I sebab mak dok shah alam, I dok putrajaya. I based kat Cyberjaya, husband Putrajaya. Takde choiiicee! ;(

Unknown said...

hehehehe...mommy yg cantik anak yang comel...

sedihkan bila anta anak kt umah BS, tp nak buat camne..huhuhu..I nasib baik ayah nya yg anta umah BS, I amik Alya balik ja.

Nadya Zahid said...

apsal u makin kurusssssssssss???
i yg xcukup tido..rehat i...brat makin mencanak2....why owh whyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

m@m@yAyA said...

huish nape mmummy fea selim melim..
mehla bg tips,tp pm tau..malu~hihi

cam kte sib baikla mak yg sudi nak jagakn..
so xdalah isau sgt lau pegi keje tue,sb mak sdri jgkan lain tmbh plak 1st cucu so mmg manja sesangatla ngn tokma dia..

xpelah da tuntutan keje kan,nak xnk kenala anta ank ke nursery..
asalkan dorang jg bebaik da syukur..~

Juliet said...

Cheyan :
Ok la cmtu gilir2. I kalau husband free boleh la tolong. Skrg nie dia busy travel, busy interview org2 yg nk msk keje gomen :))

Nad :
I pon tatau. Nak kate takde selera makan, tak jugak. Dah amek supplement bagai. Sobs. Betol la org ckp, I lepas pregnant pon akan kembali ke bentuk asal =( Cube la dorg doa ckp "KONFEM LPS BERSALIN KAU GEMOK" Haaa.. 100 org cakap cmtu kan ke doa =D

m@m@yAyA:
Halamak! Thihi.. Takde tips la syg. Tahap metabolisma I mmg tinggi. Asal makan je terus digunakan :))

Yup, lebih elok family sendiri yg jaga (lebih2 lagi kalau dorg yg insist) hihi! Tu la, kita kerja pon utk masa depan dia.. nak mengeluh pasal kerja pon xbaik.. sbb kerja tu ibadat :) Kerja tu la yg bg rezeki kat family. Syukur! :)