Friday, October 5, 2012

✔ Pencarian Pengasuh Tamat

Alhamdulillah. Tamat sudah misi pencarian pengasuh (babysitter). Fuh! 

Tak sangka, begitu susah nak mencari pengasuh atau taska yang ada kekosongan untuk bayi. Kalau untuk toddler (1 tahun dan ke atas) haa yang tu banyak tempat boleh terima (-__-") Ye la, JKM pon dah tetapkan, 1 orang pengasuh/penjaga di taska hanya boleh menjaga 4 orang bayi sahaja dalam satu masa.

Tapi I tak puas hati, kat Putrajaya nie dah tahu demand tinggi, sepatutnya perbanyakkanlah lagi taska. Especially kat kementerian-kementerian tue ha. Ini tak, ada kementerian tertentu sahaja yang ada taska. Huhu.

Punya la selama nie I dok call taska sana sini kat Putrajaya tue, nak menanyakan ada kekosongan atau tak, finally Ahad lepas I jumpa seorang pengasuh berdekatan rumah I. Lega! :) Itu pon lepas I google. Macam-macam words I masukkan. Haha! Click sana sini, jumpa 1 link. Iklan bertarikh 8 October 2011. Tapi I cuba jugak contact. Alhamdullilah, Kak Wan terima! \(^_^)/ Happy sangat masa dapat tahu. Petang tu jugak I shoot ke Putrajaya untuk jumpa Kak Wan.

Harap sangat Kak Wan jaga Sophea sama macam dia jaga anak dia sendiri :) Btw, dia ada 3 orang anak perempuan. So rasanya I tak perlu risau sangat kot? (Errr, sebenarnya risau jugaaaaaaak) Takpelah, doa banyak-banyak agar Sophea behave and Kak Wan jaga dengan baik :) *Mesti bersangka baik, barulah hati tenang, hidup senang kan :)

Semangat dah jumpa pengasuh, banyak la baju-baju baru I beli untuk Sophea. Kenapa I beli baju baru? Sebab rumah Kak Wan takde aircond. Rasa panas sikit la. Nak bagi Sophea selesa, I pon beli baju lubang-lubang, romper, pastu banyakkan baju short sleeve as baju tido dia :) *Parkson Alamanda adalah tempat THORbaik untuk memborong! :D

At least balik rumah nanti malam tu boleh tukar pakai long sleeves je. Sophea tue kuat peluh tau. Sama mcm daddy dia jugak :P Imagine, kekadang tido dah pasang ekon, bantal dia boleh basah kena peluh (*_*) Konpius mak! Tapi I pikir positif je la.. selalu fikir camni "Maybe gangliosida dia nak bercantum" Haha! Pengaruh iklan ;p

Sekarang asal kuar nampak baju baby yang selesa especially yang lubang-lubang tue, mesti beli. Tak kisah la brand apa. Janji design berlainan. Baru-baru nie jumpe baju lubang-lubang tue kat Giant Seksyen 13. Design ala-ala dress with spentot. Hihi! Comel laks! :) Pon I tapaaaaau.

Pampers lak terpaksa beli yang pants punya. Sophea dah kuat menendang. Nak pakaikan yang tape punye la susah (-_-") Sticker name tue plan nak gi buat kat The Summit. Nak tampal kat barang-barang Sophea utk bawak ke rumah Kak Wan.

Pasni, dah tak leh balik lambat. Dah takleh melilau keluar lagi. Kalau nak keluar pon, kena amik Sophea pastu baru keluar. Agagaga! Saya mesti boleh! Hewhewhew..

PS : Tak sangka rupanya style taska kat Putrajaya nie jenis kena booking since pregnant lagi (*_*) Kalau la I tahu.. Start 6 month of pregnancy I dah booking! ;)

3 comments:

Riana said...

salam..tu la,nak cari pengasuh ni mmg mcm main puzzle..yana pun tak finalize lg ni nak hantar mana..ouhhh..dah nak due ni..uhu

Erina Asmawani said...

Alhamdulillah. Dah settle babysitter Sophea. InsyaAllah semuanya ok kat sana.

Oh, Aqil pun sama..berpeluh bukan main. Samalah macam Sophea, dalam sejuk2 ekon pun bantal dia basah sebab dia berpeluh. Takpe, tu tandanya dia sihat & bak kata u, Gangliosida sedang berhubung. Heheheehe

Juliet said...

Riana :
Haaa.. baik cari skrg. Kang menggagau nak mencari :-s Kalau family ade leh tolong jaga, xpe lah =D

Erina :
Insya'allah. Takot mommy dia yg risau lelebih :)) Yes, gangliosida sedang berhubung :))