Showing posts with label Surbex Zinc. Show all posts
Showing posts with label Surbex Zinc. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Postpartum Hair Loss (T_T)

I tengah mengalami fasa keguguran rambut yang sangat kritikal selepas bersalin. Huwaarghhh! Ni yg nak bertukar jadi Hulk nie ~_~

Kritikal ok, kritikal. Cuci rambut, sisir rambut, bangun tidur even membetulkan rambut.. jangan kata segenggam.. bergenggam-genggam rambut gugur (T_T) Dah macam pesakit leukimia tau I rasa.. Sobs!

My mom cakap "Memang la macam tue.. Baby dah start main air liur.. Dah pandai menyembur.. Mak dulu pon macam tu jugak.. Sampai nipis rambut. Potong la rambut tu, pendekkan" Errk! Mase pregnancy dah pendek, kalau boleh nak biar panjang balik..

My hair dah la mmg thin. Silap aribulan, botak kepala @_@ OMG! 

Adik I dulu pon pernah mengalami keguguran rambut yang kronik. Entah kenapa dia kena I pon tak tau. Masa tu I gelakkan jer dia. Sekarang, amik kau... rasakan! Huhuhu~

Now rambut dia dah ok. Dia suggest I pakai hair tonic dia. As usual, I nie mane percaya tonik-tonik nie :P Lagi-lagi bile dia cakap beli kat salun rambut kat Muar lah, beli kat farmasi lah. Bila I tengok, takde pun branded mana. I mean bukan la from Loreal ke, Kerastase ke, Schwarzkopf ke, Redken ke, Wella ke.. hehe. So macam tak berani la nak try.

Dalam bilik air, memacam syampu dia beli. Semuanya utk masalah keguguran ramnbut dia masa tu. Itu pun I tak try. Tapi tah macam mana malam tadi, bila I fikir-fikirkan semula.. Maybe berkesan la kot sebab masalah keguguran rambut dia dah takde! Hmm.. Jadinya before I masuk tidur, I pon spray la hair tonic tu kat kepala. Urut sikit-sikit.

Baru sekali cuba, takde la nampak kesannya. Hihi!

Di samping pemakaian hair tonic, I ade jugak google and bace pasal postpartum hair loss nie. Lepas google sana sini I click and baca, I jumpa satu produk from Abbott. Nama Surbex Zinc. Ape lagi, dan-dan lunch time tadi terus ke The Summit untuk beli. Eheh! Click here for more info!

Then, masuk 1 kedai kat The Summit nie untuk beli shampoo etc. Kedai nie jual secara wholesale, so dapat la murah berbanding beli kat Saloon itself.

Lepas I cerita my hair loss problem, aunty nie pon suggest kat I brand Schwarzkopf. Setelah mendengar hujah-hujah dia (yg I dapati make sense) So I pun purchase the whole set (^_^) Plus, it's on promotion. Kena bijak membeli ye kawan-kawan :)

Loreal Hair Spa Creambath tu pun terbeli sebab on promotion. Buy 3 free 1. Haa! Untung ape.. Kalau buat kat kedai, sekali treatment dah RM80 (^_^) *Eh, aku nie ade lg 2 treatment tak redeem!

Creambath tu share dengan Iera. Sharing is caring! =D

Loreal Hair Spa Creambath, Surbex Zinc, Schwarzkopf Set


Hopefully, kadar kekronikan keguguran rambut I nie cepat selesai. Some said, "Nanti baby dah stop main air liur, dah stop menyembur.. rambut gugur pon dah kurang"

Harapnya begitu lah :) 

Kalau semua nie berkesan, I'll write up an entry okey!

PS : "Sophea, dah dah jangan main air liur. Amboi, biasa dia :P"