Weekend yang sangat panjang.
Seronok dapat spend time dengan debot (walaupun sebenarnya agak penat & tak cukup tido) huhu. At least dapat la tengok perkembangan dia (perkembangan refers to pipi dia.. makin kembung!) Hihi.
Sophea sekarang minum susu banyaaaaak. Bangun tido habis sebotol. Main sejam sebelum tido lagi sebotol. Kekadang tu sebelum mandi sebotol. Selepas mandi sebotol. Phew! Semoga Allah memurahkan rezekiku untuk terus bagi susu ibu kat debot. Amin~ (^_^)
Sejak berpuasa nie, pengeluaran susu pon mula merudum. Ee takotnya :-s Dalam takot takot tue, I takde pon amik inisiatif untuk minum banyak air masa sahur, makan kurma atau minum susu. Huhu. Sumpah tak larat nak bangun sahur. Bila sahur je I cuma akan bancuh air milo then kalau ada selera sikit, baru la makan apa yang di hidangkan. Tidur lagi best kot! Hehehe..
Weekend lepas, antara aktiviti yang I buat ialah mengemaskini baju-baju Sophea. Ingat tak box pink and yellow I beli mase pregnant dulu? Dah tak muat nak simpan baju-baju Sophea (T_T) I dah pesan kat Romeo belikan drawer or almari kat Ikea untuk Sophea. Banyak giler kot baju dia (Dah mak dia tu asal keluar je beli baju anak....) Ok, fine :-|
Semua baju-baju pemberian dari kawan-kawan & saudara mara I cuci. Barang dalam hamper semua I bukak and kemas. Amik kaaaau. Satu bag penuh baju Sophea pelbagai saiz. Tapi I notice, banyak size 0-3 months and 3-6 months. Yang 0-3 months tu dah memang tak boleh simpan-simpan lagi, dah memang kena pakai! Huhu~ Nasib baik la anak mommy tak besar dari usia dia.. kalau tak memang simpan je la baju-baju tue untuk adik nanti... Eh, adik??? :P
Talking about adik (klaka bunyinya...), yesterday I went to Hospital Umra to see gynae. Last month I ada buat paps smear. Kenapa I buat? Entah lah.. Mungkin sebab dah berkahwin, pastu bersalin.. tu yang nak buat paps smear. Nak check la okey ke tak cervix I nie kan (^_^) So semalam dapatkan result paps smear tu.
Alhamdulillah~ Gynae cakap semuanya okey :) Takde cancer, takde pendarahan, takde lebam etc. Then gynae tanya "So, have you decided what kind of family planning you are into?"
Tough question, I guess.
"I'm thinking of IUCD, but I'm not ready yet. As an altenative, I go for pills lah doctor. Is it safe?"
Gynae "Yes, of course it is safe. Have you talk to your husband?"
"Yes I did. But he declined when I told him that I want to take pills. He said just let it be natural way. Nvm, you just gimme the pills. Later I persuade him"
Gynae "Oh if that's the case, I can't give u the pills."
"Why?!?!?! (*_*)"
Gynae "Because u hefta to get permission from your husband first. This is not about yourself." Blablabla..
Sigh.
Ingatkan semudah itu leh dapat pil. Cis. Tapi balik hospital tu I talk to Romeo. I cakap semua yang Gynae bagitau. Gynae said what happen if I conceived early since I am ceaserian, what about our budget etc. Hm, finally I successfully persuade Romeo :) Lega.. Ye la, laki nie cakap senang la. Natural way. 'Outside' etc. Yang susahnye perempuan. Badan nie badan kita. Hehe. Nak kena rest, bagi pulih dulu, then baru plan for the 2nd pregnancy (Penat yang first nie pon tak habis lagi) Errk..
Romeo tak kasi I amik pil sebab officemate dia dah 2 kali gugur bila nak try conceived 2nd baby. Hmm, tapi gynae cakap it depends on our body. Kalau badan naik mok-mok, of course susah sikit nak conceived katenyer... It's ok! Let's be positive! Never try, never know ;)
Setahu I ade 2 jenis pil perancang nie. Kalau untuk breastfeed nama Norriday. Satu lagi Yasmine.
Makcik and BFF I amik Yasmine. Katanya kulit jadi gebu. Wow! Sape taknak! Hihi. Dah tak yah cucuk vitamin C lah pasni :P Yasmine a bit pricey compared to Norriday. Breastfeed mom is not advisable amik pil nie. Hmm..
Ok lah. Tu je nak cerita. Tak menarik pon. Hehe.
Bye!





















