Thursday, October 4, 2012

PJJ : Perkahwinan Jarak Jauh

Aaa.. nie bukan kisah I. Kisah opismet I selaku team member kat MAMPU :) (Didn't I tell you that I am a friendly person?) Haaaa... tak sampai seminggu I dah boleh kenal rapat :))

Mendengarkan kisah opismet I nie yang berstatus PJJ, rasa kesian & sedih sangat tau. Dah 3 tahun. Whaaaaat?!?! (*_*) Bukan dekat, tapi jauh. Suami kat Mersing, wife kat Subang and anak kat Perak. Oh before that, in case she reads my blog (well, who knows one day), I cuma nak jadikan cerita nie sebagai penguat semangat untuk mommies yang sama-sama atau yang bakal memasuki alam PJJ :) Please be prepared mental & physical :)

Pada mulanya, I pon rasa kesian, rasa sedih dengar. Semua duduk berasingan. Sampai I hampir cakap "Baik xyah kawin kalau mcm tu....." Tapi ini lah dugaan & cabaran yang harus ditempuhi. Allah merencanakan sesuatu untuk HambaNya.. pasti ada hikmah disebaliknya, kan? ;)

Opismet I nie, setiap minggu akan berulang alik ke Perak untuk jumpa anak and hantar EBM. Kuat semangat dia kan? Everyweek without failed! Knowing her who works as a developer, stayback etc, bukan senang tau. Cuma ok la fine she has time to rest sebab balik rumah boleh terus tido :) Ye la, cuma uruskan diri sendiri je kan.. Husband takde, anak takde. Tapi, dalam hati siapa yang tahu? :(

Husband dia work as a teacher. Dia cakap dah masuk kali ke lima, permohonan untuk tukar sekolah gagal. Pelbagai alasan dah diberi, tapi tetap tak diluluskan :( Nie la risiko bila suami kerja kerajaan, isteri kerja swasta. Memang susah kalau orang gomen nak tukar, kecuali ada kekosongan. 

So apa yang I boleh advice dia (ceh kau nak advice orang, kau tak pernah experience pon kann! hihi) I cakap, if kali ke 6 ni failed jugak permohonan tue, why not dia yang berhenti kerja. Yes. Memang sukar untuk buat pilihan. Afterall, no choice given kan? Salah seorang mesti berkorban. Haa.. ini la dinamakan pengorbanan :)

At least if she resigned, boleh la duduk sama dengan anak & suami kat Mersing :) Tapi tak salah, jadi housewife and buat business online atau freelance disamping membesarkan dan mendidik anak. Nanti ada rezeki husband dapat transfer, boleh apply kerja balik :) Memang susah nak cari kerja kat sana, tambahan pulak kawasan felda kan. Nak keluar pekan beli barang dapur pon dekat 2 jam perjalanan pergi. Balik pon 2 jam. Haa, tue belom kira minyak lagi. Kira kalau nak keluar, kena borong semua barang siap2 lah :) 

Bab nie I ade experienced sebab dulu kakak I pernah ditransferkan ke felda tenggaroh. Hujung dunia I tell you! Huhu. Memang sakit sikit la.. tapi well, life doesn't always sucks right? :) As I said, ada hikmah semua ketentuan Ilahi ni. Kita just redha dan berdoa kepadaNya, agar dipermudahkan segala urusan.

Baby dia pon baru 3 months old. See? Kecik lagi. Sedih tau tinggalkan baby dengan mak eventho kita tahu mak kita boleh jaga. Tapi kita pon mak jugak, sayu je hati tak dapat tengok perkembangan anak depan mata kita. Dia cakap, dulu dia selalu call mak dia tanya pasal anak. Menangis-nangis. Tapi mak dia cakap, cuba kurangkan call. So that takde la dia asyik bersedih & teringat anak.

Ish, mana boleh macam tu. Anak kita kandung 9 bulan, dah bonding dalam perut lagi. Hehe. Mesti la kita akan sentiasa ingat kat dia. Keluar jalan tengok orang lain dukung anak, hati mak mana yang tak sedih, ye tak?

I memang tabik spring pada mommies yang PJJ nie. Memang hati diorang nie cekal & tabah! :) Kalau I? Hmm, on the spot I resign kot ikut husband. Tak pikir ape dah :)) *Haa.. nampak sangat mengikut perasaan kannn! :P

Apapun, I doakan buat mommies yang berstatus PJJ nie semoga Allah permudahkan segala urusan u ols, dan memberkati segala apa yang u ols buat. Kita kerja pun kerana Allah kan. Hati kena ikhlas :)

Biar jauh dimata, dekat dihati. Hiks! ;)

Best jd baby. Tak perlu fikir byk perkara :)

3 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

urm, tapi kenapa dia perlu tinggalkan anak dekat mak dia ek? sebelum ni yana ada kenal sorang kakak PJJ, tinggal rumah sewa tapi anak tinggal dengan dia. 2orang. siang hantar nursery, macam biasa. mungkin dia ada sebab tersendiri. semoga dia tabah.

LynnDa @ PeNg said...

uit ell aku PJJ jugak ok.. haha so far xde masalah lagi.. cuma bile anak dah keluar nanti xtahu la macamana..
just doa segala nyer dipermudahkan.. yang penting hati kena tabah and sentiasa positif..
kalau asik pikir negatif memang payah nak PJJ.. :)

aindbest said...

juz nk share..sy pn PJJ ngn hubby gk..sy d subang..hubby d kelantan..da setahun++ kawin..still hubby x dpt transfer..dia tentera..so mmg laa wify x bole ikut..z akn sentiase tuka2 ke sane ke sini..

now sy tgh sarat..1st baby..due early nov nih..arap2 laa hubby sempat balik..1st ramadhan n 1st syawal ngn baby je..mmg kene bnyk saba..

lepas deliver kene letak baby kt parent..di melake..cz nursery kt sini x amik new born baby..so lepas ni kene berjauhan ngn baby plak..kdg2 tu rase mcm idup bujang..

sbb tu kene tabah n sabar.. =)