Saturday, September 22, 2012

Baby Sophea Beautiful Day

Alhamdulillah~

Majlis berjalan dengan lancar sekali. Sophea behave sangat that day. Terima kasih kepada para tetamu yang hadir :) I'm so happy. Penat tu hilang bila dapat jumpa kawan-kawan and kaum kerabat yang datang.

Majlis bermula jam 10.15 pagi. Acara marhaban, berzanji & berendoi. Dalam sejam setengah setel. Hihi. My mom dah pesan kat gang berzanji dia, jangan berendoi lama sangat sebab jam 12 tengahari tetamu lain dah start datang untuk jamuan rumah terbuka ;)

Kerisauan I akhirnya hilang bila Sophea tak nangis langsung bila letak dalam buai tu. Phew~ Elok la pulak time tue dia dah start mamai-mamai nak tido :) Good girl!

Tapi 1 je spoil. Heh. I belikan Sophea baby tight (warna putih). Sebab I memang plan nak pakaikan dia romper (yg ada skirting). Tapi pagi tu masa kakak I siapkan dia, stokin/tight tue still longgar :( Macam selekeh plak. Last-last I pakaikan stokin biasa je. Seksi la pulak nampak kaki :P Bahagian atas kemain, siap pakai crop cardigan. Hahaha~ Lantaklah..

Btw, I memang adore gile dari dulu baju-baju gown baby yang macam kat Lovely Lace tu. Cantik! Tapi I tolak tepi pasal cantik. I utamakan keselesaan Sophea. Kalau boleh taknak bagi dia panas. Baby kalau panas sikit mula lah nak meragam kan? Jangan kata baby, aku nie kalau panas pon boleh jadi emo. Hahaha! :P

Baju Sophea tu pon beli last minute. 2 hari sebelum majlis. Tapi baju mommy & daddy dia, bulan puasa haritu dah beli! LOL. Mommy & daddy la paling semangat, kan? Kan? ;P 

Buai berhias tu pon, plan asal memang nak. Tapi bila riki-riki harga dengan Baby n Me, even dah dapat diskaun, I still ralat lagi.. nak ke tak nak ke tak. Berkenan habis kat Enchanted Wonderland Cradle tu. Hari-hari I tengok gambar. Aduhai.. teringin gile tau! Tapi... I takot, kang dah sewa bagai, tetibe Sophea xmo duduk dalam tu. Ha.. sape nak jawap! Hahaha.. Duit dah melayang. Harga pon dah sama macam mini pelamin I mase bertunang. Naya jer ;p

Ha..cantik tak? :) Siapa berminat leh contact diorang ni k. Like je page tue ;)
Sambil dok memikirkan pasal buai berhias nie, I pon tweet. Tanya la kot ada kawan-kawan twitter I tahu mana tempat lagi murah kan? Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi pada kawan Universiti I. Urm, actually classmate I Zafir yang kenalkan lepas dia baca tweet I tue.

I pon terus cari Hidayah nie kat Facebook. Terus add as friend and send message. Hihi! Hasil dia pon not bad, sesuai la dengan harga yang ditawarkan. Lepas nego here and there, that's it. I made up my mind, sewa jer dengan Hidayah. Plus, bunga telur sebelum nie I tak terfikir pon, I order sekali dengan dia. Bunga telur teddy bear. Cute! :)

Tema? Opkos la pink. Dah kate favourite color kan? Lagi plak baby girl. Hahaha~ Takleh nak lari. Majlis I adakan kat surau area rumah I. Situ la tempat kitorang menikah :)

Ok la tak tau nak merapu apa lagi. Apa pun lega sangat bila majlis selesai. Now I dah start planning untuk 1st year birthday bash dia. Over kan? Hahaha! Planning awal la bagus, boleh tau budget berapa. Hehe. Kalau tak plan, kang duit habis entah kemana. Lagipun 1st birthday nie semangat sikit sebab nak combine sekali dengan birthday my mom and our anniversary. My mom 12th May, my anniversary & Sophea birthday is 13th May. Yippee!

Layan je la gambar sikit2 ni k! Nak gambar banyak, dalam facebook :)

Ini la buai berhias Sophea. Simple yet I love it! 
Ni pulak bunga telur teddy bear + little star. Saje combine 2 jenis yang berbeza :)
I'm wearing kaftan Gina, by Sugarscarf in Dusty Pink. Romeo wears baju melayu cotton & sampin by Salikin Sidek

Pengantin is wearing romper with crop cardigan + headband from Baby Guess
Sophea yang dah mamai

Baca doa :P
With Ziadora
With mommy to be Linda

Friends :)

My ex + officemates (JPJ Revamp)
Safiq Rahim tetamu last :P

Kumpulan marhaban
Ready nak masukkan Sophea :)

No comments: