Rasanya, lain orang lain pengalaman. Betul tak? Tapi, dalam kelainan tu, tetap akan ada sedikit persamaan :) Err.. paham ke?
Lepas memperbanyakkan membaca majalah, artikel dan bertanya pada kawan-kawan yang berpengalaman tentang kehamilan disini ada 10 tanda-tanda awal kehamilan. Nie pun amik kat website alamhamil.com :)
![]() |
| First scan mase nak confirmkan pregnancy :D |
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda. -- Betul. Terjadi kat aku. Masa awal-awal tu, aku cepat betul lapar. Dah makan, lapar lagi. Bangun pagi, perut dah berbunyi2. Boleh dikatakan, setiap jam aku lapar. Fuh~2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu. -- Yang nie aku check, macam xde beza. Atau mungkin aku yang tak peka. Hihi!3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan merasa kerap untuk buang air. -- Betul. Baru je minum air, dah nak terkucil. Tapi sekarang dah tak lagi :)4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan. -- Betul. Aku kalau boleh, nak baring je. Taknak bangun pagi gi ofis. Selalu jgk la aku mc and cuti kerja :) Kalau husby ajak gi memane, open house ke, wedding ke, jamuan pape ke mesti aku mengelak. Tak larat sesangat. Kemalasan membuak-buak. Basuh baju pun dah jarang. Lipat kain? Dah 3 bulan tak lipat kain. Huk huk~5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan. -- Betul. Kalau husby sentuh, terus rasa nak marah. Heh. Tapi biasa la orang lelaki nie, kekadang dia tak paham (-__-") Penat aku explain. Hu~6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama. -- Hmm, pendarahan. Pernah gak. Tapi mase second month. Tp sikit jer. Jumpe doktor then doktor ckp byk jalan and kene byk rest. Huhu. Senak tu belom rase :D
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung. -- Yang nie, alhamdulillah aku tak alami :) Tak loya, tak muntah. Cuma aku jadi susah makan & memilih. Tambah lak perut asyik masuk angin and kembung (*_*)8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik. -- Oh, nie la kot yang selalu aku rasa. Rasa mcm nak demam-demam tu.9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan. -- Ini opkos la dey.. HihiDan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan......Tahniah! -- Aarr.. hihihi! Yang nie paling excited. Mase memule aku suspect aku pregnant, punye la aku beli kit mahal. Clear Blue Pregnancy test. Mahal kot. Satu RM25 ke tak ingat. Sekali test, -ve. Frust gile! Esoknye aku period (-__-") Terus rasa membazir. So this time bile betul-betul aku missed period, aku beli yang takde brand kat Watson. RM3.50 kot. Haha. And yes, ade double line :) *Sorry no picca. Geli pulak nak amik picca, tunjuk kat orang urine. Yek!*
Mase tu takde la teruja sangat sebab takot kit tu yang tipu (almaklumlah, mak beli kit murahan). So I texted my BFF; Dr.Suria. Dia advice suh gi hospital. So balik office petang tue aku ajak husby gi Az-Zahra, Bangi.
Az-Zahra nie, tak pernah tak ramai orang. Always pack. Penat tunggu turn *sweat* And when it comes to my turn, lepas explain kat doctor, doctor pun cakap "Okey, kita scan dulu tengok betul ke tak awak pregnant. Kalau tak nampak, kite buat UPT." Okey doktor.
Scan punye scan, masa tu dah berdebar jugak la (maybe sebab mengharap kot! heh) Pastu doktor cakap "Okey, awak pregnant. Confirm!" Terus aku toleh tengok screen "Mana doktor? Mana?" Hahaha.. Rakus.
So nampak la lil beans inside my womb. Doktor yang cakap besar kacang. Huhu~ Tapi, awal-awal pregnancy, aku takde pun excited nak bace-bace artikel kehamilan semua tu tau. Sekarang je baru start excited. Mungkin sebab aku cube menahan diri dari terlalu teruja sebab aku risau, 3 bulan pertama kan rahim belum kuat. So aku lebih banyak berhati-hati, kurang berjalan, elak naik/turun menggunakan tangga, tak pakai high heels.. And now.... Dah lepas peringkat tu semua. Yahoo!! \(^_^)/
Kawan-kawan aku cakap, 2nd trimester adalah saat paling indah dan menyeronokkan :) Yes, I guess. Ahaks! Right now aku sangat tak sabar nak jumpe baby Zara (my cousin's daughter), tak sabar nak tuggu my BFF Dr. Suria bersalin (sekarang she is 39w and 4d..omg, cptlahh) and my sis in law edd december :)
PS: Sekarang blog aku akan lebih berkisarkan tentang kehamilan :) I hope readers don't mind. Hiks!

