Sunday, August 7, 2011

Saya pengguna/pembeli yang bijak. Anda bagaimana?

Pergh... Tajuk entry tak boleh blah kan? Hahaha.. Okay la. Takde ape pun sebenarnya. Just aku nak share ngan korang, kita sebagai pengguna/pembeli, kita perlu bijak. Bijak membandingkan harga, bijak membaca harga/info apa yang tertera pada rak barangan.

Aku nie peminat kedai Watson. Siap ade membership card. Hihihi. Dulu aku peminat Guardian. Tapi selepas di compare dari semua segi, aku memilih Watson untuk membeli keperluan peribadi. Baru-baru nie, aku ke Watson di Mid Valley untuk membeli beberapa keperluan diri.

Aku nie jenis yang suka usya barang mana yang ade promotion, then dapat point ke, then fikir dulu sama ada barang tu perlu beli size besar atau kecil sahaja (ikut kegunaan). Kira kalau aku masuk Watson, lama jugak la aku bertenggek kat dalam tu. Hehehe..

So kejadian yg berlaku haritu, dimana antara barang yang aku beli ialah Rexona Spray Woman. Kat situ, dia tulis, Buy One, Free One. Aku bace semua info dia. Syarat, Promotion Valid ngan *While Stock Last. Ok. Bila separuh basket dah penuh, aku pon gi la kat kaunter. As usual, Watson staff akan smile and greet. Lepas dia scan2, dia pun beritahu harga tertera.

Aku pun sambil bayar tanya "Erm, bukan ke Rexona Spray tu cakap Buy One Free One?" Then staff tu macam "Oh, yeke?" Nada tak pasti pastu dok usya rak belakang dia mencari ape yg free gift tu. Pastu dia tanya member kaunter sebelah. Member tu jawap "Kak, yg Rexona nie Buy One Free One." Naseb baik mood aku okey. Maka aku pun reply la "Ye dik... saya buy one la nie.. saya tak buy four" dengan nada & senyum sinis. Heh. Pastu dia cam tak caye, so aku pun patah balik kat rak Rexona Spray tu aku tarik sticker promotion info tu.

Hah, takkan la aku tipu kan. Pastu dedua staff tu cam kalut2 dok tanya stock ade lg ke tak. And I said, "Eh, promotion valid till 31st August. Nie baru 4th August. Takkan stock habis kot" Lepas tu datang la supervisor dia. Ha, baru supervisor dia admit that Rexona Spray tu ade promotion. Pastu aku pun gi la amik lagi 1 botol Rexona Spray. Hihihi.. Kire cheap la kan.. 1 bottle price can get two! (^__^)

Masa aku ke kaunter bersama 2nd Rexona Spray, tup-tup Romeo dah tercegat kat kaunter. Hahaha! Mesti dia tengok ape kena la wife dia ke hulu ke hilir dalam Watson tu. Abis tu... staff kaunter dia bongek sangat! :P


Ha.. aku biasa pakai 2 nie. Best. You all should try ;) Dulu aku pakai Nivea, tapi aku find out yang Nivea kalau lebih dari 8 jam, mesti under arm dah start smelly. Huk huk. 

Korang pun lepas nie, kalau beli barang, baca betul-betul kalau ade additional info tau! ;)




3 comments:

cujern said...

i mmg particular bab2 mcm ni..biasanya scam mcm ni kat mydin mmg banyak la...lagi2 yg wholesale..kadang2 wholesale lagi mahal dr beli satu... i pernah la bergaduh kat sana sbb harga tertera tak sama ngan harga di scan.. salah org la kalau diorg nak tipu... org cerewet mcm ni biasanya untung...hihi

cujern said...

tp kan pada i guardian lagi murah kalau nak compare ngan watson...watson mahal nokkkkk....siyes...

pnut_finas said...

thanks ell for the info. Baru je lps p mborong rexona kat watson. Huhuhuhuhu