Thursday, May 10, 2012

Entri rojak.. Bukan pasal rojak buah atau rojak mamak :P

Malam semalam konon nak buat surprise farewell party untuk one of my team - Yaya. Kebetulan masa tu we both ada meeting kat JPJ, Cyber. Punya la pening kepala dok pikir camne nak kelentong dak nie.. Suh boyfriend dia berlakon ajak dating.. skali hampeh.. Boyfriend tak reti nak berlakon (-_-") Anyway, we celebrate her kat mana lagi kalau bukan RedBox IOI Mall, Puchong.

Ey, RB IOI Mall dah naik harga. Tension je. Normally per person (include dinner) diorg charge RM19++. Tapi diorang cakap dah start new price which they offer us tidbits. Alahai~ Dah nak dinner kul 7 sape lak nak tidbits tu. Tidbits np Rm12++ per bowl.. tapi ada discount half price. Still...!!! We don't want the tidbits laa! ;( Siap ada mininum bowl for tidbits ok! We all semalam 8 pax, so mininum tidbits dia kasi 6 bowls. Bayangkan 6 bowls x RM6++ so total untuk tidbits je dah RM36++. Hampehhh...

Tapi nak wat camne, masuk jugak la. Sebab kalau gi makan kat Seoul Gardens pun dah RM36+ per head kan :) But last night we went back early. Memandangkan fabuyong nie dah takleh la balik lewat malam. Takut kang tetibe datang contraction. Dah la I tak tahu camne contraction @ period pain tu rasa *sweating*

Sementara tunggu yang lain tiba, I sempat la singgah Elle Girls. Pusing-pusing, nak cari cotton long pants. There are 2 types of cotton long pants ye kawan-kawan :) Satu yang totally cotton, satu lagi cotton stretchable. I prefer yang stretchable sebab lebih lembut ;) Long pants kat Elle Girls cheaper than FOS. Kat Elle Girls, sehelai RM39. If you buy 2, RM59. Kalau FOS, sehelai RM39. If you buy 2, dapat less RM5 for second item.

Tapi semalam kebetulan nampak yang cotton stretchable ada offer, np RM49. After less, RM29! Huahuahua~ Mesti la tak mahu melepaskannya kan! There are 4 colors to choose from. Pink, Grey, Navy Blue and Turqoise. Unluckily, only pink have M size. The rest tinggal S and XS. Esok lusa nak pi cari kat Pyramid lah. Oh, for your record, ELLE Girls nie kire untuk remaja la :)) Kalau rasa badan tu kecik (macam I yang kuruih ni) boleh je beli seluar or baju kat situ. Waaaay, cheaper than ELLE. Hihi. 

Balik rumah, Romeo cakap "You beli seluar panjang banyak-banyak buat apa? You bukan pakai seluar panjang" Hurm..... Macam tau-tau je Romeo nih! But I cakap, lepas nie nak kena banyakkan long pants la sebabnya nanti nak confinement la.. pastu nanti orang datang melawat la.. kira sopan la sikit kan? ;) I memang takde long pants pon actually. Banyak pakai hot pants, sleep dress.. short.. Haa, imagine kalau ade guest datang (especially saudara mara Romeo).. Dah la alim ulama :P

I ade sepasang je pyjamas. Itu pun beli sebab balik Kelantan masa hari raya. Haha! Nak suruh I pakai kain batik memang tak lah.. Mau terlondeh plak kang.. Kat rumah sana, semua SIL I pakai kain batik. Kekadang je dorang pakai track bottom (-_-) Bak kata pepatah, "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum" So kita kena la ikut keadaan.. lagi-lagi kat tempat orang kan..

Lepas beli long pants, singgah Daiso. Haa.. dah jadi Daisoholic pulak I nie. Tapi semalam berjaya menahan nafsu. Memang aim beli socks je. My friend yang suggest beli socks kat Daiso. She said colorful, tebal, panjang and of course, cheaper RM5. Kan I ada cerita kat post ni, yang I beli stokin kat Giant RM0.99 sebab takot masa pantang tak pakai sangat.. Lepas my officemate balik dari berpantang, macam-macam dia pesan.. especially suruh pakai stokin tebal *_*

Thinking of my mom house will be fully air-conditioned, better la I beli yang tebal sikit. Stokin Giant tu memang nipis. Kalau pakai kat rumah kampung or berkipas 24H memang sesuai la :) Nak selamat, I beli 2 pairs. Betul la.. comel socks kat Daiso ni. Kalau you all berminat, cari kat area Winter. Haha! Jangan ada yang semangat beli sarung tangan & penutup telinga pulak ;p *Just kidding

I dah test, memang sangat selesa yet soooo fluffy! :)

Romeo dah sebok tanya nak duit banyak esok nak beli apa. Heh! Boleh tak I bagitau dia nak beli MamyPoko blablabla.. Size sekian sekian buat stock.. blablabla.. Dia boleh buat-buat tidur sambil bunyi "krroohh...krohhhh..." Eey, geram jerk! :P Baru cerita pasal diapers, belum cakap nak beli nursing bra & barang-barang baby yang lain.. (Tak list down sebab biar esok "mata" yang mencari, hati hanya mengikut) Muahaha!

Pagi ni kul 4++ terjaga. Lapar. Romeo belikan bubur McDonalds :) Sayang dia kat wife kan? Hihi. Yang paling tak boleh blah, siap update status BBM "Everything for you~ Blalaba " Ape dia merepek lagi tah.. Poyo je taw! :P Kang I mintak Ferrari baru taw ;)) Anyhoo, I memang sayang you lah!! *Apa la hadiah dia nak kasi I sempena 1st anniversary Ahad ni kan :P

PS : Today MC. Esok pulak AL. Gile kentang dah tak sabar nak cuti panjang + nak jumpe my bundle of joy nie. Mood bekerja dah ke laut oiii!!

3 comments:

Nadya Zahid said...

beb..i dah add u kat fb..xapprove pon :(
my anniversary 1st May aritu...bercite2 tinggi nak gi sane cni..tp at last hampehhhhhhh...dah malam baru kuar gi dinner je...xlarat nak berjalan beb...tu pon makan trus muntah kat toilet dlm victoria tu jugak..hbs steak yg ku makan..heeheheheeh

Juliet said...

Nadya Zahid
Hi Nad! Dah accept ;) Sorry.. Aritu view pakai BB pastu accept tp mcm ke laut je.. Haish!

Waa.. terus muntah? Ciannyee.. Urm I pn xde plan pape lg nie.. Hiks!

cujern said...

alamak, macam teruja je u citer pasal long pants kat elle girl tu..i mmg suka long pants camnie...tak reti pakai suar pendek or hot pants.. even tido pun mesti nak suar panjang... kampung sangat tau..hikhikhik