Friday, June 22, 2012

I am officially..

... an EP Mom!

Will blog about my breastfeeding journey & challenges later on.

Stay tuned! ;)


Wednesday, June 20, 2012

Baby's Tummy Size

Did You Know..


  • Your milk supply is made to match the size of your baby's stomach.


  • Right after birth, your baby's stomach is small- about the size of a cherry. You will make the right amount of colostrum to meet his/ her early growth needs.


  •  As your baby grows bigger and gains weight, your breast make more milk to keep up with his/her needs.


Baby's Tummy Size


1-2 Days : Size of a cherry

3 Days : Size of a walnut

4-6 Days : Size of an apricot

2nd-3rd week : Size of an egg
PS : So new mom, don't bother if your milk supply sikit, coz nanti akan banyak ikut demand baby ;) Jangan stress-stress, okey? (^_^) Chill!

Tuesday, June 19, 2012

Pengalaman Bersalin [Finale]

Masa nurse tolak I masuk ward, sepanjang jalan tu Romeo & family I temankan :D Eh, cepat betul my mom sampai. Hehe..

Kat ward I dah lalok-lalok dah. Walaupun tak push, tapi serious badan jadi lemah memang rasa nak tidur sesangat. Tapi sempat la layan Romeo & my family dulu. Borak-borak sebab excited. Hihi! Then I mintak nurse bawak masuk my baby.

Masa melawat kat Hospital Putrajaya kalau tak silap 10pg - 1ptg and 4ptg - 7mlm. Tapi sepanjang 2 hari I kat sana, I mintak Romeo teman I selama yang boleh. Orang lain balik kul 7 mlm tapi Romeo stay sampai 9 - 10 mlm. Hehe.

First day lepas kena ceaser, serious apa pun tak boleh buat. Petang tu kesan ubat bius dah start hilang. Doktor bagi makan pain killer jer. Sakit sangat tu tidak lah, tapi nak bangun sendiri tu memang tak boleh la. Lemah longlai rasa. Memang lepas bersalin, lepas family I balik I terus tido. Sampai ke petang :D

Nurse suruh makan, I tak sentuh pun. Takde selera. Tido lagi best. Haha! Tapi pelik, malam tu I kemain lapar.. Bile lepas operate, tak lapar apa pun. Nurse paksa jugak minum air. Agaknya nak tengok jahitan dalam okey ke tak.. I minum sesedut dua je.

Petang tu, my BFF Linda Hashim & Janna Mansor datang visit. Masa tu pon I still ngantuk actually. Tapi I gagahkan bukak mata layan diorg ;) *Honestly, I sebenarnya tak berapa suka orang datang visit I kat hospital. Dari dulu lagi, kalau I sakit masuk hospital, I sebolehnya taknak bagi kawan-kawan dtg visit. I tak suka kawan-kawan tengok I dalam keadaan sakit & tak berdaya* Huhu sorry korang..

Tapi itu la, kata orang, kawan-kawan & family yang datang melawat nie mendoakan kesejahteraan & kesihatan kita =D Thank you to them, they cheer me up! Hehe.. tau-tau je la kalau dengan 2 orang nie, gelak tak ingat dunia :D Dulu masa I nak nikah, dua-dua buat surprise pulak datang. Kate tak dapat datang, but they turn up depan pintu bilik. Apa lagi, gamat la suasana :))

Linda Hashim & Janna Mansor *heart*

Start hari pertama lagi, nurse suruh I breastfeed baby. Tapi........ I tengok mana ada susu keluar. Susu pertama yang keluar tu kolostrum kan? Pekat kan? First day I tak berjaya :( Dah tekan-tekan pun tak keluar. Bila I letak baby kat breast, dia tak suck pun. Dia tidooooo je. Haish! I pun give up. Takpe lah.. baby ngantuk malas nak paksa. Haha!

Macam-macam cara I usaha untuk keluarkan susu. I tengok breast pun macam dah mula tegang. Tapi tak sakit. Cuma risau kalau kena bengkak susu, orang kata boleh demam. Aiyoo. I tekan-tekan, I urut-urut, I picit-picit.. susu tetap tak keluar. Macam susah gitu. Pelik. Hm, pehtu Romeo pun volunteer nak hisap. Huahuahua. Ok, censored >:) Dah tu.. nak harap baby I memang dia tak hisap la. Letak nipple kat mulut dia, dia diam jer. Chait!

Tapi malam tu I pergi bilik penyusuan and I pinjam pam. Hospital Putrajaya pakai Medela Symphony. Dekat sejam jugak la I pump. Akhirnya, keluar la colostrum tue :D Hati gembira tak terkata, mak! Hihi..


Medela Symphony

Satu silap I, I tak bawak bottle pun gi hospital. Memang penggunaan botol susu dilarang, tapi kalau sorok-sorok, nurse bukan tau pong! Heh.. (Nie lepas orang ramai inform) Sebabnya bila dah pump, satu hal pulak mana I nak letak colostrum tu kan.. Terpaksa la I letak dalam cups. The next day I dah pesan siap-siap mintak Romeo bawakkan feeding bottles ;)

Nanti I cerita perihal berjaya atau tidak I direct feed baby ok! ;) Panjang kalau nak diceritakan dalam entry ni.

The next day (Monday) I wish I dapat balik. Unfortunately, they said kalau deliver secara normal memang stay kat hospital sehari je. Tapi if LSCS, kena stay DUA hari. Whaaaaat??!! (-______-) *Tarik muka.

It's not that hospital putrajaya nie tak best, it's just because rasa terseksa duduk lama-lama kat hospital. Gosh. Nak mengharungi malam hari without Romeo, being alone with my baby sangat lah menyedihkan. First time jadi mak, nervous gak. I selalu risau kot kot baby nangis memalam nanti.. acane?? Huhu~

Alhamdulillah.. nurse-nurse hospital putrajaya sangat baik & very helpful. All I need to do is just bell the ring, nanti mesti ada staff nurse datang :D FYI, nurse kat hospital putrajaya nie ramai. Sebab ada yang memang kakitangan, ada yang practical student from MasterSkills. Tapi diorang buat kerja cekap wei. Haritu Fea berak, I tak tau camne nak handle. Then I suruh practical student nie yang change the diaper :D Ehehe!

Nurse baik, practical student pon baik & helpful, sisters laaaaaagi baik... Setiap pagi akan tanya keadaan kita, dengan nada yang lembut, senyuman yang manis (Chewah! Macam dapat payment lak I promote) CUMANYA.. ada few nurse-nurse seniors yang macam kureng sikit la. Garang pun ye jugak. Mak tak suke, hokey! :P

Ada sekali tu, nurse senior nie datang kat tempat I. Paksa I DF baby. Dia tonyoh-tonyohnye muke my baby kat my breast. Eee, kesian I tengok Fea. Nanges. Dah la dia kecik. Pastu nurse nie asik cakap "Kite kena ajar dia.. nanti dia demand botol jer.. blablabla" Kalau ikutkan I la, memang I nak maki jer nurse tu. Nak je I balas "Dah dia tak reti nak DF, tak payah la paksa-paksa" Tapi tu dalam hati je la.. Orang kata, ikut hati.. mati. Huhu.

So I take it in positive way. Malas nak stress-stress, kang tak keluar pulak susu. Nurse tu ajar macam mana buat mermet. Dia picit kaaaaauuu.. masya'Allah... Sakitnyeeeeeee!! Tapi I tahan je la.. Siapa la kita nie nak mengadu domba.. Huhu~ Kalau tak terima dengan hati yang terbuka, memang I pon tak tahu camne nak buat mermet.. Nie orang dah ajar, redha je la :) Sekurang-kurangnya, dapat elakkan I dari breast engorgement.

Akhirnya, tiba la hari yang dinanti-nantikan! Hari Selasa. Apabila terbitnya fajar (fuh ayat....), hati I dah berbunga riang "Yahooooooo!! Boleh balik hari nie (^_^)" Tak sabar-sabar..

Sekali subuh tu, datang la Paeds. Katanya nak amik darah Fea, nak check if she had jaundice. As a result, yes.. Fea had jaundice. Sedihnye rasa. Sebab takut Fea kena tahan wad. Kalau Fea kena tahan wad, means I have to stay with her. Stay kat hospital? Gosssshh!

Maka selepas Fea dimandikan, nurse pun letak Fea bawah lampu biru tu. Sedih tengok. Dah la kecik, halus. Hari pertama and kedua Fea memang takde jaundice. Kalau balik awal, sure tak kena tahan kan? Huhu! I pun berdoa, dengan harapan lepas treatment bawah cahaya nie, harap-harap Fea boleh balik. I tanya nurse bila boleh tahu result. Katanya before noon, before I boleh discharge.


Cian anak mommy :'(

Sementara Fea duduk bawah lampu, I pergi masuk wad depan bilik penyusuan sebab ada nurse bagi talk on BREASTFEEDING. Dapat dengar dalam 15-20 minit jer. Pastu dengar Fea menangis kuat. I pun cepat-cepat lari and tolak dia masuk bilik I. Takyah la duduk bawah lampu tue. I tengok pun rimas!

Dalam kesibukan orang datang melawat, then nurse masuk jumpe I and cakap "Ok, puan boleh discharge hari ni" Whaaaat? "How about my baby? Bacaan dia ok ke?" Nurse "Baby pun boleh balik.. Bacaan dia 163. Yang kena tahan wad kalau bacaan 200 dan ke atas" Alhamdulillah! Happy sangat-sangat! \(^_^)/ Cuma nurse mintak banyak-banyak bagi susu badan so that jaundice tu hilang cepat ;)

Sophea kena jaundice tak lama. Dalam 7 hari kalau tak silap. Ada nurse dari KK datang rumah then mintak bawak Sophea gi check bacaan, but I tak buat pun. Hehe. Romeo tak bagi. Katanya nanti kena suntik jarum besar, dia tak sampai hati tengok Sophea yang halus nie :')

Elok pulak masa I nak balik tue, my officemate visit for the second time. Hehe. Apalagi, I di escort la. Kemain kan.. Sorang tolak wheelchair, sorang pegang handbag, sorang pegang buah tangan :D

Maka, kami pun berangkat la pulang.. dan bermulalah sesi berpantang ;)

Good Bye!

Tamat.

Few gambar yang sempat di snap :-

Dr. Suria (BFF) & Dr. Anwar

Nana & Ida (Romeo's officemate)

Dr. Yeo & Fazli (Romeo's schoomate - SESMARIAN)

Kak Lili & Kak Sal (Romeo's colleagues)

Abah :) (Father in Law)

My colleagues from HeiTech (^_^)

Monday, June 18, 2012

Pengalaman Bersalin [Part 3]

Tepat jam 730 pagi, Romeo dah terpacul kat depan pintu LR. Masa tue nurses and doktor semua tengah kelam kabut. Sebab apa?.

Sebab suddenly heartbeat my baby jatuh. Mesin tu bunyi macam penggera ke ape tah. Doktor check wayar semua ok. Last-last, doktor pun decide I NEED TO BE CEASER.

Doktor terus maklumkan Romeo. She said baby's heartbeat getting low, plus air ketuban I makin kering. Doktor takut baby lemas. Doktor check baby takde pulak poo poo so doktor buat kesimpulan, takot tali pusat terbelit ke ape sebab tak nampak dalam.

Ok, ceaser. Masa I dengar tu, I dah mamai. Sebab before doktor decide ceaser, I mintak nurse ubat tahan sakit. Dalam mamai-mamai tue, ade la doktor datang explain kat I prosedur ceaser blablabla and all I need to do is sign the agreement. Masa tu tak fikir apa dah, dengan mamainya.. I pun sign. Janji baby keluar haritu jugak! =D 

Ahaaa... Ini la surprise yang Romeo cakap agaknya. Jadi kenyataan bila our pride and joy lahir on our first anniversary! Weehooo! Tambahan pulak, that day is Mother's Day. Sweet! ;)

While nurse & doktor siap-siapkan I untuk dibawa ke OT, Romeo pun busy dengar arahan doktor. Doktor pesan kat Romeo suh bawak baju baby and pampers then tunggu kat bilik menunggu sampai operation settle. Haha! Mase tu I nampak Romeo dengan sandang handbag I nye, dgn pegang kasut I nye.. So sweet! *Romeo mana pernah pegang handbag I. Lagipun I memang geli jer kalau kat shopping mall tengok lelaki pegang handbag gf/wife. Gile tak macho. Haha! But in my case different ok :P

Jam 830 am, I pun ditolak masuk ke OT. Sepanjang perjalanan ke OT, dalam hati I still berzikir. I selalu minta Allah permudahkan segala urusan especially sepanjang I mengandung + dah nak bersalin nie. Allah Maha Mendengar. Bila I mintak permudahkan, memang mudahlah.. I kena ceaser. Hihi! Takyah pening-pening kepala I nak fikir camne nak push.. bila nak push.. koyak berapa besar bhgn bawah.. *OMG, I think too much!!

Sampai ke OT, ramai MO & nurses. I pun tak kenal siapa MO siapa nurse sebab I asyik tutup mata jer nak tido.. Macam separa sedar gitu. Anaesthetic duduk kan I and suntik belakang. So that I kebas separuh badan :) Jantung masa tu dah dup dap dup dap.. sebab teringat kakak I cerita masa dia ceaser, rasa perut kena godek2. Haha! Tapi.... I tak rasa pape. I asik fikir "Cepat la doktor, saya nak jumpe baby saya nih" Hehe.. Tak sabar weh..

I dengar ade MO nie cakap "Pembedahan paling cepat, 40 minutes dah siap" And I was like "Eh, dah siap kee? Mane baby?" Haha! Alhamdulillah~ Jam 9.57 pagi my baby selamat dilahirkan :D

Fresh from oven captured by Romeo :)

Dari apa yang Romeo cerita, nurse bawak baby jumpe dia dulu. Sebab Romeo cakap masa dia nak azan/iqamat tu baby cam ade darah-darah sikit. Huhu~ Ape nie tak aci... patut jumpe mommy dulu ah. Haish! Mase MO tengah jahit perut I tue, ada nurse (kot!) bawak baby ke arah I. Dia tanya "Puan, nie anak puan.. baby boy @ baby girl?" Then I yang separa sedar pun jawap "Girl.." And staff tue bagi I kiss baby I. =D

Settle jahit, I tolak ke dalam 1 bilik sementara. Bilik nie untuk panaskan badan (if I'm not mistaken). Duduk la dalam setengah jam kat situ. Then baru dorg tolak I masuk ward :) Keluar je dari bilik tue, badan I terus menggigil-gigil. Sejuuuuuuuuuk! Dah selimut pun sejuk! Mak I cakap lepas bersalin memang badan rasa sejuk. Haish! (Err.. sejuk-sejuk tue pon I boleh lupe pakai stokin)

Ok, kisah di wad kite sambung next chapter k ;) 

PS : Dah macam novel pulak panjang betul kisah pengalaman bersalin kau nok! Hewhewhew ;))

To be continued...

Friday, June 15, 2012

Pengalaman Bersalin [Part 2]

Sepanjang perjalanan nak ke hospital, sempat lagi I dengan Romeo argue. I ajak dia terus gi DEMC. Romeo pulak suruh pergi Hospital Putrajaya. Katanya lebih dekat and cepat. Masa tu I dah tarik muka ;( Siap nangis okey. Haha! Drama betol.

Tapi I cepat-cepat maintainkan emosi I. Sebab I takot la, nanti kalau ada rasa amarah, takut susah nak bersalin :P Pergelutan antara hidup & mati nie.. Jangan main-main. Ecece..

I pun setuju pergi Hospital Putrajaya. Tiba di Hospital Putrajaya jam 1.30 pagi. Terus ke kaunter pendaftaran. Masa tengah bagi maklumat, nampak kat screen LCD tulis wad bersalin dah penuh. Kebanyakkan kes akan dihantar ke Hospital Serdang. Masa tu dalam hati dah bergembira. Yes, ada chance pergi DEMC.

Lepas 10 minit, nurse suruh masuk bilik pemeriksaan. Suruh salin baju pakai kain batik. Masa tu air ketuban toksah cakap. Dah macam air terjun Niagara :)) I siap cakap kat nurse "Sorry ye nurse, air ketuban nie dah bocor.." Nurse tu siap gelak cakap "Eh, xpe.. kitorang dah biasa.. jangan kata air ketuban, darah pon ade" Gulp.

Lepas nurse amik BP and tanya few questions, I diminta baring di atas katil. Nurse pun start pasang CTG. Nurse asyik tanya samada I rasa sakit atau tak. I cakap takde rasa sakit apa. Dia pelik sebab CTG menunjukkan contraction tapi I takde rasa sakit. Laa.. nak buat camne kalau dah tak sakit :P

Lama jugak I dalam bilik pemeriksaan. Datang sorang doktor, check bukaan. Katanya baru 1cm. Dalam hati I "Oh, lambat lagi.. mau tengahari esok nih.." Then the doctor keep asking I ada rasa contraction or not. And I said "NO" Pastu nurse and doctor pun discuss-discuss (menggunakan verb dorang yang I tak faham). To be shorten, akhirnya they decide untuk tahan I dalam wad. Sebab? Sebab air ketuban I dah pecah but I tak rasa contraction eventho CTG shows ada contraction. Hmmph...

Romeo pun masuk. Romeo ask me whether I nak teruskan kat Hospital Putrajaya or terus ke DEMC. Entah macam mana, I boleh jawap "Kat sini je lah.. Malas nak bersiap-siap ke sana pastu nak jalani balik pemeriksaan semua. Penat". FYI, that time dah jam 3.30 pagi. Lapar. Itu je yang ada dalam kepala I.

Nurse suruh I tukar pakaian. Memula suruh pakai baju pink. Lepas I pakai, ade nurse lain cakap "Eh silap. Bukan baju pink, pakai baju putih tu yer... Jangan ikat belakang" Ok fine. Main-main korang yea...

Rupa-rupanya, I tak jadi dimasukkan ke wad. Ada doktor lain suruh I terus masuk Labour Room. Hampeh betol. Baru bercadang nak suruh Romeo beli McD sebab dah lapar~ Huhu. Romeo dapat pelepasan untuk teman I dalam LR lepas dia sign agreement. Yeay! Hihi..

Duduk dalam LR tu boring gile. I berdua je dengan Romeo. I ajak Romeo borak, dia suruh I tido. Haha! Lagi hampeh. Romeo lak dah ngantuk-ngantuk tunggu. I plak dah cemas. Dalam kepala dok terbayang sakit nak bersalin.. dok terbayang sakit kena jahit.. dok terbayang macam mana nak push.. sambil tu mulut kumat kamit baca zikir nabi yunus.. Elok pulak pihak hospital lekat kat dinding depan mata.. So pandang doa tu je la :)

Sempat posing! :P

Doktor and nurse silih berganti masuk. Pasang macam-macam wayar kat I. Serabut rasa. Yang paling geram, bila ade sorang doktor nie (rasanya doktor pelatih), dia nak pasang drip tapi 2 tempat dia cucuk tak menjadi. Sampai bengkak urat I =( Kali ketiga dia panggil member dia, doktor lelaki buatkan. Ok pulak! Huh~

Masa kat LR, agak kecoh la sebab ramai sangat doktor and nurse yang entertain I. Hihi! Dengar jugak la dorang tu kejap sorang suruh suntik ape tah kat I. Sorg lagi cakap jangan dulu. Eh eh.. Ingat I nie bahan ujian kew? :P Tau la I tak sakit, tapi takyah la memain. I nak bersalin nie.. Bukannye nak ape. Haip!

Oh ya. Kan memula I ade cakap wad penuh kan.. Rezeki kami malam tu kebetulan ade wad kosong :) Syukur~ Takyah la pindah ke DEMC. Hiks!

Dari jam 3.30 pagi hingga jam 7 pagi, bukaan I cuma 4cm. Itu pun lepas ade sorang doktor nie buat V.E. Pergh...!!! V.E sakit nak mampos! Korang yang bernasib baik dapat Epidural ok la.. Huhu! Mase doktor buat V.E + dia bukak laluan, memang menitis la airmata I. Dalam hati dah beratus-ratus I ulang zikir (-_-") Actually nurse tu ade je offer ubat tahan sakit.. tapi dia offer masa I tak sakit. Mana la I tahu bila masa doktor nak buat V.E. Cit!!

Lagi satu sakit bile dia pasang tiub air kencing. Mak aih! Kalau boleh sepak, rasa nak sepak terajang je! :)) Tapi apa boleh buat, tahan je la.. Kang kalau I merungut ke ape.. mesti nurse & doktor kat situ tak suke, mesti lepas tu layan I teruk. Alhamdulillah, layanan nurse & doktor SUPER DUPER BAIK! Sumpah tak tipu.. Syukur sangat~ Selama nie minded I dah di set layanan nurse hospital kerajaan semua tak best. Macam-macam yang I dengar. Tak sangka Allah permudahkan semua urusan I :)

Nurse asyik tanya jer "Puan rasa sakit tak? Puan nak ubat tahan sakit? Puan kalau sakit sedut nie yea... (sambil hand over I penyedut gas)" I tak sedut pon gas tu sebab dia ckp jgn terlebih sedut nanti pening. Err.. Nak selamat, tak yah sedut. Hihi. Ubat tahan sakit tu pulak, kul 730 pagi bila I dah start rasa sakit, baru I mintak.

Masuk waktu Subuh, I ask Romeo to go back home. At least take shower, bagi segar sikit since I think the process gonna be long. Romeo balik mandi segala. But before he's going back, I sempat mintak dia belikan breakfast. Ye la kalau tak makan, camne nak ade tenaga nanti nak push kan? :P Bila tanya nurse, nurse pulak jawap "Tak boleh makan yer... Dah nak bersalin" Sedihnyeeeeee! (T_T)


Oh ya, sempat la mintak maaf dengan Romeo. Itu pun tergelak-gelak lagi. Tah pape kan :P 

Guess what when Romeo come back at 7.30 am?

To be continued...

Thursday, June 14, 2012

Pengalaman Bersalin [Part 1]

Dah sebulan bersalin, baru nak tulis pengalaman. Haha! Orang lain tu amik masa 4-5 hari je dah start blogging :P Sorry la.. I takde masa. Nak rest sepenuhnya supaya cepat sembuh. Lagipun, dengan kehadiran orang baru.. excited woah! Dari mengadap laptop, baik mengadap muka baby I. Kan? ;)

As I mention in previous entry, I give birth 2 weeks earlier than my due date. See my last entry "Mom & Baby Expo, Mid Valley 2012 Review". It was written an hour after balik from expo 11th May 2012. Jalan sakan kemain. On Sabtuday 12th May 2012, celebrating my mom's birthday at Kelantan Delights, Subang Jaya. I'm having Nasi Tumpang. My mom cakap "Haa, sebab makan nasi tumpang tu yang bersalin awal tue.." Hahaha tah pape my mom nie. Just because nasi tumpang tu kan dia bentuk tajam kat hujung :P Eh, korang tahu tak camne bentuk nasi tumpang tue?

Ini la rupa nasi tumpang. Dibungkus tirus tajam :)

Tengok muke I bersungguh nak makan. First time ne ;p
Malam tu pulak, lepak tengok tv dengan Romeo. Bermesra-mesraan kat sofa. I ingat lagi dialog I dengan Romeo malam tue :-

Me : Baby, esok anniversary kita. You nak bagi I hadiah ape? *sambil muke sengih-sengih mintak penampo
Romeo : Adelah.. Tengok la esok..
Me : Hmmphh (-___________________-) Surprise lettew konon..

Pas tengok tv, nak naik atas tido I pon cakap kat Romeo "B, dukung la I.. tak larat naik tangga....." Ngade lebih kan? Hahahaha! Saje nak manja lebih..

Bila dah atas katil, puas I pusing kanan... pusing kiri. Mata takleh lelap. Romeo mase tu dah hampir masuk Lalaland dah. And I told him "B, I takleh tidooo......" Romeo reply "Dah kenape pulak tak boleh tido..."

I cuba lagi lelapkan mata. Masih tak berjaya. Dalam setengah jam jugak la I struggle. Suddenly, tepat jam 1 pagi.. I rasa macam ade sesuatu keluar kat 'bawah'. I pon cecepat gi toilet. Check pantyliner takde pape. Ok, tukar pantyliner baru and baring semula.

3 minit kemudian, rasa lagi macam ade benda keluar. Eh, ape bendanya nie? Darah ke? Lari gi toilet semula. Check pantyliner - clear. Hmm, pelik! Tukar lagi pantyliner baru and baring semula.

Elok I landingkan badan, tetibe terasa ada air mencurah-curah keluar. Eh, takkan kencing.. I pon lari masuk toilet. OMG! Rasanya air ketuban dah pecah. Sebab bila check pantyliner, basah kuyup. And masa tu, air ketuban dah mula keluar macam air terjun :)) Muahahaha!

Suspend. Terus jerit "Baby!!!! I rase air ketuban I dah pecahhhhh...!!" Romeo yang tengah shiok tido terus terbangun and jengah I dalam bilik air. Dia siap tanya "Betul ke nie? You sure tue air ketuban? Dah nak bersalin ke?"

Aih, dia tanya kite pulak (-___-") Mane la I tahu, dah nak bersalin ke belum. But my mom da pesan antara sign nak bersalin samada air ketuban pecah, darah keluar atau rasa contraction yang kuat. So I take it as YES!

I pon cepat-cepat salin baju, pakai pad. Nasib baik ade free pad. Almaklumlah, 9 bulan tak period. Jimat duit takyah beli pad :)) Masa tengah bersiap tue, Romeo again ask me "Betul ke nak bersalin? Kalau gi hospital esok pagi je tak boleh ke?"

Eh, memain pulak laki aku ni. Haish. Dah la first timer, mana la I tahu nak bersalin ke or just false alarm. Huhu. And I told him "B, mana I tahu. Kite gi je hospital. Kalau betul, terus bersalin. Nie air ketuban nie dah pecah.. kalau tunggu esok, ntah-ntah dah kering. Nanti baby lemas camne?" Haa.. kasik suspend sikit ;p But it's true la kan.. Romeo tu je yang tak suspend. Ade ke nak tunggu pagi esok :P

Jam 1.15 pagi, kitorang keluar rumah menuju ke hospital (^_^)

To be continued...

Wednesday, June 13, 2012

Berpantang : Best atau Tak Best ?

I don't know you, but for me sumpah TAK BEST!

Sebab? Kena pantang makan. My gosh.. did you know how I struggle to gain weight? Sepanjang pregnancy nie, I only success gain 12kg's. Itu pun termasuk berat baby, air ketuban, air dalam badan etc.

Now, dah sebulan I berpantang. Dah kurus =( Hate it! 

I takdenye nak berpantang cara orang-orang lama. Hehe. I modenkan. Lantak la ade orang cakap "Pantang tak boleh makan ayam, tak boleh makan santan, tak boleh makan masakan bergoreng blablablabla" Keep on talking.. Haha!

One thing you should know, berpantang nie sebenarnya ikut badan masing-masing. Tak semestinya bila si polan cakap "Takleh makan ayam, nanti gatal" Itu badan dia yang gatal.. How do you know your badan also gatal bila makan ayam? Right? So try it before dengar kata orang. Tapi kalau seafood tue memang tak boleh la.. Kalau rasa nak sangat makan udang, sotong, silakan. Huahuahua.. 

Me? Tak berpantang teruk pon. Semua I makan. Alhamdulillah, badan I okey jer. I makan burger ayam, makan McDonalds, makan nasi lemak, makan lauk kari ayam/ikan/daging, makan ikan goreng, pizza hut etc. Yang penting, makan makanan berkhasiat sebab nak breastfeed baby :) My mom pulak masak sedap. Sampai lupa sebenarnya I dalam pantang :P

Orang dulu-dulu berpantang makan sup la, makan sayur bening la sebabnya diorang nak kuruskan badan salah satu reason la :) As for me.. no way la nak kuruskan badan. Kalau boleh nak maintainkan badan :) Bagus sebenarnya berpantang nie, sebab kesan dia masa hadapan. Tapi, kalau itu tak boleh ini tak boleh.. how you want to heal and be healthy quickly, kan? Kan? 

Lagi satu, nowadays Doctor pesan, jangan makan PATI IKAN HARUAN (especially untuk yang LSCS). Sebab? They said memang jahitan dalaman tu heal quickly, tapi nanti jahitan tu jadi buruk. Bercantum dengan perut la, usus la.. daging melekat antara satu sama lain. Diorang kasi perumpamaan macam nie :- Kalau korang gi airport, pastu nak wrap luggage. Lepas wrap luggage tu jadi kemas kan? Tapi, bila korang nak unwrap balik, senang ke susah? Nak senang, korang pun amik gunting terus zasss! Right?

Macam tu jugak doktor. Masalah bagi diorang bila nak bukak balik jahitan tu (sekiranya korang LSCS for the second time). Sebab tu kekadang kite tengok, ada orang yang Ceaser boleh sampai 4 anak. Ada orang cuma boleh 2-3 anak je. Lepas tu doktor advice jangan pregnant lagi. Sebab bila ceaser, diorang akan belah perut tu kat tempat yang sama. Kalau dah cantuman jahitan lama buruk, pastu nak bukak susah, pastu doktor jahit semula, kan dah jadi huduh. Huhu. Itu kata mereka la. So sebaik-baiknya, makan IKAN HARUAN FRESH. Beli kat pasar, masak la sup ke bakar ke ikut la ape favourite dish korang ;)

Macam I, memang tak lalu la nak makan ikan haruan. Mak I ade masak for first 2 weeks, lepas tu I dah tak nak makan. Takleh lalu tekak wei.. sebab dari kecik my mom tak pernah bagi makan.. macam daging kambing ah.. I memang takleh makan kambing.. bile masuk mulut terus muntah! As alternative, I consume jelly gamat :) Alhamdulillah, in 2 weeks jahitan luaran dah fully kering and dalaman dah tak sakit especially bila bangun dari perbaringan ;)

Lagi satu, doktor cakap, orang dulu-dulu pantang teruk sebab zaman dulu kala, bila melahirkan diorang kan bersalin kat rumah. Dulu-dulu mana ade steril semua perkakas yang digunakan. Sebab tu bila salah makan, mula la jahitan busuk la, bernanah la, berair la. Terus cakap punca ialah makanan. Tapi zaman sekarang dah maju, semua perkakasan dah di steril, kalau salah makan, agak-agak rasa sakit or gatal dah boleh makan ubat ;) Takyah pening-pening, ok?

Like I said, lain orang lain cara berpantang. Ada yang berpantang kaw-kaw, memang ikut la kata orang-orang tua, zaman tok nenek moyang segala. It's up to you. It's your body :) As for me, makan selagi boleh. Makan sikit tak salah, jangan la makan macam awak tu orang bukan dalam pantang. He he he.. Orang cakap makan telur tak boleh, nanti bernanah. Telur tu kan sumber protein.. Protein nie nak build muscle. Makan sikit tak salah (kalau gatal stop). Kakak I mase berpantang (LSCS) husband dia pi goreng telur. Alhamdulillah, okey je takde pape. Elok baby tu usia 6 bulan, my sis pregnant lagi. Muakakaka. Padan muke :P mentang-mentang pregnancy sebelum tu ceaser, nak main pun best la tak sakit. Hahaha!

Macam I, my mom dah pesan awal-awal "Habis je nifas, jumpe doktor dulu. Plan kalau nak buat IUD. Jangan terus projek" Hahahahahahaha.. Amacam? Ganas tak? :P Sebelum nie kemain I cakap nak anak setahun satu kannnnnn? Dulu cakap sedap ah, sebab sepanjang pregnancy I takde langsung loya (morning/evening sickness). Bila dah berpantang, dengan pengurusan masa tak teratur, dengan penat jaga baby.. huhu.. Tunggu lagi 3 tahun la kot untuk next baby :P And I'm considering IUD sebagai perancang keluarga. Takmo la makan pil-pil nie.. I nie bukan konsisten. Kang lupa makan, lekat pulak.. naya jer. Heh!

Kata orang, orang dalam pantang takleh keluar rumah. Memang meroyan kalau duduk rumah jer kan.. Since I memodenkan tempoh berpantang I hehe.. I keluar rumah dah 2-4 kali. First keluar malam, ikut kakak I pergi bank sebab nak withdraw. Second, I keluar with my dad pergi Babyland sebab nak beli electronic motor cradle. Then 3rd and 4th time tue bawak Fea jumpa Paeds.

Sophea dah start cranky sikit malam hari. Dah takmo letak tidur.. nak kena dodoi-dodoi, nak kena berpangku. Siapa larat memalam buta sampai pagi kan? Eheh. So solution terbaik, pakai buai. Tapi tak sanggup nak manual enjut, tu yang berhabis jugak la beli motor cradle tue :P Sampai ke Babyland SS2 kitorang redah. Actually pasal buaian nie, memang I dah plan nak pakai pon. I know, pemakaian buaian tak elok (dalam buku baby yang hospital kasi ada cakap). Tapi, kita bukan nak enjut kuat-kuat sampai kepala dia bergegar. Sekadar nak dodoi kan dia.. Eh, baby suka tau berayun-ayun nie.. lagi lena dia tidur :)

Jangan kata buaian je tak elok untuk baby. Babycot pon tak elok kalau ikutkan. Read this. So, sebagai seorang mak, you know what you want the best for your son/daughter :) Both ade pro and cons. Yang penting, we as mommy akan always put an eyes on our little one, kan? ;)

PS : Orang lain berlawan-lawan turunkan berat badan masa berpantang. Aku sorang je ke yang sebok struggle nak maintainkan berat badan? *_* Dah la breastfeed, confirm turun berat badan. Sobs..

Tuesday, June 12, 2012

Rezeki Sophea :)

Alhamdulillah rezeki Sophea.. Mommy & Daddy tak payah beli benda yang dihajati sebab mostly dah dihadiahkan oleh kawan baik dan juga family members ;)

Remember my post "Yang masih di dalam queue"

Antara items pemberian orang-orang yang dikasihi untuk Sophea :-

ELC Blossom Farm 
Hadiah nie from my BFF; Pn Roslinda Hashim (^_^) Thank you aunty Linda! Siap hantar sampai ke rumah, okey! Suka sangat~
Bright Starts Pretty In Pink Play Gym
Yang nie pulak from Dr.Hannan & Dr.Shieda. Thank you, you alls! ;) Now got 2 play gym.. Hiks! 
Maclaren Rocker in Persian Red
Memandangkan Baby Bjorn too expensive for us, so I request Romeo to buy this one. I ask him to go to Sogo sebab my ex-boyfriend cakap sana ade jual (he bought in purple colour at Motherhood Expo, KLCC last year). Lepas dapat feedback yang sangat bagus from him, I persuade Romeo to buy it for Sophea. Hihi. I nak jam-jam tu jugak! Tak senonoh kan? Mommy la over~ Hihi. Kebetulan PIL datang KL sebab nak buat rayuan untuk adik Romeo futher study kat Jordan under MARA. 

Alang-alang ke KL, Romeo pun singgah SOGO with PIL. Surprisingly, MIL belikan Sophea rocker nih! (^_^) Jimat duit daddy. Hik hik~ (NP RM399, after less RM349). One thing yang I suke about this rocker, tak payah lapik tilam sebab dia guna material suede, cukup tebal and selesa untuk baby. Some more ade vibrator. Kelakar pulak.. macam kerusi urut Ogawa :P Sophea suka duduk dalam rocker.. letak jer terus lena :) Bagus anak mommy nih. Nak rock pakai kaki pun boleh sambil tengok tv. Hahaha~

Lain-lain hadiah macam hamper and baju paling banyak Sophea dapat =D Boleh buat pakai masa raya! Terima kasih pada yang sudi menghadiahkan Sophea.

PS : Gambar semua source Google.com. Malas nak snap sebab nanti nak kena transfer bagai.. Huhu.

Monday, June 11, 2012

Rindunye!

Rindu nak blogging. Entah kenape, malas betul nak on laptop. Huhu! Selalu BW thru galaxy tab jer. Nak blogging guna tab lagi la malas sebab takde keypad :P

Anyway, pejam celik pejam celik.. Baby Fea dah nak sebulan :) Happy! Nanti nak kena bawak pi klinik untuk suntikan Hepatitis B (Dos 2). Memula plan nak bawak gi DEMC jer, tapi haritu ada anak kawan my mom datang rumah, suggest I buat suntikan kat Pusat Bersalin UMRA Seksyen 13. She said tak ramai orang and price pon tak mahal. Okey, akan dipertimbangkan :D Sebab my SIL amik suntikan untuk anak dia kat DEMC, memang la lama. Berjam-jam dah macam gi klinik kesihatan pulak (-__-) My brother dpt panel DEMC shiok la.. Bayaran mahal pun ape de hal kan~ Huhu..

I nak cerita sikit semenjak I ada baby nie. Haritu, suhu badan Fea agak panas, I check dalam 37 darjah Celsius. Risau? Harus la. I'm a paranoid mother. Huhu! Terus I bawak Fea gi jumpe Paeds kat UMRA tu. Check here and there, the Paeds said baby is okey! Suhu badan tinggi sikit sebab cuaca and Paeds advice jangan bedung sangat. Some more, Paeds kate sebab suntikan BCG yang Fea dapat masa lahir dah start effective. Fuh lega! Cuaca kat Shah Alam nie, memang la panas terik ya amat! Macam kemarau. Alhamdulillah baru-baru nie hujan turun. Sejuk sikit rasa. Even fully air conditioned, haba terik kat luar tu tetap terasa. 

And then, few days later I'm getting paranoid (again!) Sebab apa? Sebab bila Fea tido (especially at night) I akan dengar macam ade hingus/bendalir/mukus kat dalam hidung dia. OMG! Mase tu I terfikir, Fea kena flu ke? Risau gilee. Hari-hari I BBM Romeo nak ajak dia gi jumpe Paeds sekali lagi. And we did bring Fea to UMRA again.

Paeds check semua (termasuk jaundice if any), lega bila Paeds kate it's normal for a baby macam ada bunyi hingus sebab hidung berair. And baby kan hidung kecik, saluran pernafasan pun sempit, so bila bernafas ada la bunyi macam tu. Paeds cakap dalam sebulan dua nanti hilang bila saluran hidung dia makin membesar. Heh, jangan hidung besar sudah la. Mommy & daddy hidung kecik je tau.. takmo hidung setongkol bawang :))

Sejak ada Fea, I still tak dapat bahagikan masa sangat. I know Fea akan menyusu every 2-3 hours, tapi Fea nie kan... time dia tidur siang, bila I nak rest or baring-baring, time tu la dia macam terjaga. Aiseh! Tak kasi Mommy rest ke sayang? Sobs.. 

2 minggu pertama kelahiran dia, I jaga siang dan malam. Masuk je 3rd weeks, bila malam start kul 10-11, I akan hantar Fea masuk nursery. Ehehe.. Nursery mana? Dengan my mom :D So mommy and daddy can have a sweet dreams (hahaha!) Takde la sweet sangat.. sekarang nie, jam 2 pagi and 4 pagi je mata I automatic terbuka and tersedar. Sebab itu waktu Fea menyusu. So nak kena prepare susu and hantar ke bilik my mom.

Kenapa bila malam I start bagi Fea kat my mom? Sebab Fea dah start berjaga malam. Pening kepala I. Waktu favourite dia akan berjaga is from 4 am - 8 am. Kalau tido pon, tido-tido ayam jer. Dan waktu itu lah waktu paling kritikal mata I nie macam ade gam UHU. Huk huk~ 

Betul kata kawan-kawan I sebelum nie "Hargailah waktu tidur sebelum ada anak. Tidur lah selena-lenanya" Huwaa.. no longer for me and Romeo nak tidur lena yee! :-s I pon takde la nak harap sangat Romeo jaga Fea. Sebab I tahu Romeo penat kerja. Balik malam. Travel Shah Alam - Putrajaya - Shah Alam. Outstation lagi. Memang hectic lah. Biarlah Romeo bekerja cari duit untuk mommy and Fea.. And I will take care of Fea :D

I don't know about your baby, but what I know, Fea kan KUAT KENTUT. Hahaha.. Bunyi kentut pulak stok macam orang dewasa. Poooooot! Huhu.. Awal-awal dulu pulak kuat poo-poo. Sehari 6-7 kali poo-poo. I ade bace, and my mom pon cakap, baby yang breastfeed memang kuat berak. Hahaha.. It's a normal things :)

Ok la. Nanti I update lagi entry. Nie Fea dah start bunyi-bunyi. Nak susu lettew :P

Bye! ;)