Masa nurse tolak I masuk ward, sepanjang jalan tu Romeo & family I temankan :D Eh, cepat betul my mom sampai. Hehe..
Kat ward I dah lalok-lalok dah. Walaupun tak push, tapi serious badan jadi lemah memang rasa nak tidur sesangat. Tapi sempat la layan Romeo & my family dulu. Borak-borak sebab excited. Hihi! Then I mintak nurse bawak masuk my baby.
Masa melawat kat Hospital Putrajaya kalau tak silap 10pg - 1ptg and 4ptg - 7mlm. Tapi sepanjang 2 hari I kat sana, I mintak Romeo teman I selama yang boleh. Orang lain balik kul 7 mlm tapi Romeo stay sampai 9 - 10 mlm. Hehe.
First day lepas kena ceaser, serious apa pun tak boleh buat. Petang tu kesan ubat bius dah start hilang. Doktor bagi makan pain killer jer. Sakit sangat tu tidak lah, tapi nak bangun sendiri tu memang tak boleh la. Lemah longlai rasa. Memang lepas bersalin, lepas family I balik I terus tido. Sampai ke petang :D
Nurse suruh makan, I tak sentuh pun. Takde selera. Tido lagi best. Haha! Tapi pelik, malam tu I kemain lapar.. Bile lepas operate, tak lapar apa pun. Nurse paksa jugak minum air. Agaknya nak tengok jahitan dalam okey ke tak.. I minum sesedut dua je.
Petang tu, my BFF Linda Hashim & Janna Mansor datang visit. Masa tu pon I still ngantuk actually. Tapi I gagahkan bukak mata layan diorg ;) *Honestly, I sebenarnya tak berapa suka orang datang visit I kat hospital. Dari dulu lagi, kalau I sakit masuk hospital, I sebolehnya taknak bagi kawan-kawan dtg visit. I tak suka kawan-kawan tengok I dalam keadaan sakit & tak berdaya* Huhu sorry korang..
Tapi itu la, kata orang, kawan-kawan & family yang datang melawat nie mendoakan kesejahteraan & kesihatan kita =D Thank you to them, they cheer me up! Hehe.. tau-tau je la kalau dengan 2 orang nie, gelak tak ingat dunia :D Dulu masa I nak nikah, dua-dua buat surprise pulak datang. Kate tak dapat datang, but they turn up depan pintu bilik. Apa lagi, gamat la suasana :))
Start hari pertama lagi, nurse suruh I breastfeed baby. Tapi........ I tengok mana ada susu keluar. Susu pertama yang keluar tu kolostrum kan? Pekat kan? First day I tak berjaya :( Dah tekan-tekan pun tak keluar. Bila I letak baby kat breast, dia tak suck pun. Dia tidooooo je. Haish! I pun give up. Takpe lah.. baby ngantuk malas nak paksa. Haha!
Macam-macam cara I usaha untuk keluarkan susu. I tengok breast pun macam dah mula tegang. Tapi tak sakit. Cuma risau kalau kena bengkak susu, orang kata boleh demam. Aiyoo. I tekan-tekan, I urut-urut, I picit-picit.. susu tetap tak keluar. Macam susah gitu. Pelik. Hm, pehtu Romeo pun volunteer nak hisap. Huahuahua. Ok, censored >:) Dah tu.. nak harap baby I memang dia tak hisap la. Letak nipple kat mulut dia, dia diam jer. Chait!
Satu silap I, I tak bawak bottle pun gi hospital. Memang penggunaan botol susu dilarang, tapi kalau sorok-sorok, nurse bukan tau pong! Heh.. (Nie lepas orang ramai inform) Sebabnya bila dah pump, satu hal pulak mana I nak letak colostrum tu kan.. Terpaksa la I letak dalam cups. The next day I dah pesan siap-siap mintak Romeo bawakkan feeding bottles ;)
Nanti I cerita perihal berjaya atau tidak I direct feed baby ok! ;) Panjang kalau nak diceritakan dalam entry ni.
The next day (Monday) I wish I dapat balik. Unfortunately, they said kalau deliver secara normal memang stay kat hospital sehari je. Tapi if LSCS, kena stay DUA hari. Whaaaaat??!! (-______-) *Tarik muka.
It's not that hospital putrajaya nie tak best, it's just because rasa terseksa duduk lama-lama kat hospital. Gosh. Nak mengharungi malam hari without Romeo, being alone with my baby sangat lah menyedihkan. First time jadi mak, nervous gak. I selalu risau kot kot baby nangis memalam nanti.. acane?? Huhu~
Alhamdulillah.. nurse-nurse hospital putrajaya sangat baik & very helpful. All I need to do is just bell the ring, nanti mesti ada staff nurse datang :D FYI, nurse kat hospital putrajaya nie ramai. Sebab ada yang memang kakitangan, ada yang practical student from MasterSkills. Tapi diorang buat kerja cekap wei. Haritu Fea berak, I tak tau camne nak handle. Then I suruh practical student nie yang change the diaper :D Ehehe!
Nurse baik, practical student pon baik & helpful, sisters laaaaaagi baik... Setiap pagi akan tanya keadaan kita, dengan nada yang lembut, senyuman yang manis (Chewah! Macam dapat payment lak I promote) CUMANYA.. ada few nurse-nurse seniors yang macam kureng sikit la. Garang pun ye jugak. Mak tak suke, hokey! :P
Ada sekali tu, nurse senior nie datang kat tempat I. Paksa I DF baby. Dia tonyoh-tonyohnye muke my baby kat my breast. Eee, kesian I tengok Fea. Nanges. Dah la dia kecik. Pastu nurse nie asik cakap "Kite kena ajar dia.. nanti dia demand botol jer.. blablabla" Kalau ikutkan I la, memang I nak maki jer nurse tu. Nak je I balas "Dah dia tak reti nak DF, tak payah la paksa-paksa" Tapi tu dalam hati je la.. Orang kata, ikut hati.. mati. Huhu.
So I take it in positive way. Malas nak stress-stress, kang tak keluar pulak susu. Nurse tu ajar macam mana buat mermet. Dia picit kaaaaauuu.. masya'Allah... Sakitnyeeeeeee!! Tapi I tahan je la.. Siapa la kita nie nak mengadu domba.. Huhu~ Kalau tak terima dengan hati yang terbuka, memang I pon tak tahu camne nak buat mermet.. Nie orang dah ajar, redha je la :) Sekurang-kurangnya, dapat elakkan I dari breast engorgement.
Akhirnya, tiba la hari yang dinanti-nantikan! Hari Selasa. Apabila terbitnya fajar (fuh ayat....), hati I dah berbunga riang "Yahooooooo!! Boleh balik hari nie (^_^)" Tak sabar-sabar..
Sekali subuh tu, datang la Paeds. Katanya nak amik darah Fea, nak check if she had jaundice. As a result, yes.. Fea had jaundice. Sedihnye rasa. Sebab takut Fea kena tahan wad. Kalau Fea kena tahan wad, means I have to stay with her. Stay kat hospital? Gosssshh!
Maka selepas Fea dimandikan, nurse pun letak Fea bawah lampu biru tu. Sedih tengok. Dah la kecik, halus. Hari pertama and kedua Fea memang takde jaundice. Kalau balik awal, sure tak kena tahan kan? Huhu! I pun berdoa, dengan harapan lepas treatment bawah cahaya nie, harap-harap Fea boleh balik. I tanya nurse bila boleh tahu result. Katanya before noon, before I boleh discharge.
![]() |
| Cian anak mommy :'( |
Sementara Fea duduk bawah lampu, I pergi masuk wad depan bilik penyusuan sebab ada nurse bagi talk on BREASTFEEDING. Dapat dengar dalam 15-20 minit jer. Pastu dengar Fea menangis kuat. I pun cepat-cepat lari and tolak dia masuk bilik I. Takyah la duduk bawah lampu tue. I tengok pun rimas!
Dalam kesibukan orang datang melawat, then nurse masuk jumpe I and cakap "Ok, puan boleh discharge hari ni" Whaaaat? "How about my baby? Bacaan dia ok ke?" Nurse "Baby pun boleh balik.. Bacaan dia 163. Yang kena tahan wad kalau bacaan 200 dan ke atas" Alhamdulillah! Happy sangat-sangat! \(^_^)/ Cuma nurse mintak banyak-banyak bagi susu badan so that jaundice tu hilang cepat ;)
Sophea kena jaundice tak lama. Dalam 7 hari kalau tak silap. Ada nurse dari KK datang rumah then mintak bawak Sophea gi check bacaan, but I tak buat pun. Hehe. Romeo tak bagi. Katanya nanti kena suntik jarum besar, dia tak sampai hati tengok Sophea yang halus nie :')
Elok pulak masa I nak balik tue, my officemate visit for the second time. Hehe. Apalagi, I di escort la. Kemain kan.. Sorang tolak wheelchair, sorang pegang handbag, sorang pegang buah tangan :D
Maka, kami pun berangkat la pulang.. dan bermulalah sesi berpantang ;)
![]() |
| Good Bye! |
Tamat.
Few gambar yang sempat di snap :-
![]() |
| Dr. Suria (BFF) & Dr. Anwar |
![]() |
| Nana & Ida (Romeo's officemate) |
![]() |
| Dr. Yeo & Fazli (Romeo's schoomate - SESMARIAN) |
![]() |
| Kak Lili & Kak Sal (Romeo's colleagues) |
![]() |
| Abah :) (Father in Law) |
![]() |
| My colleagues from HeiTech (^_^) |










3 comments:
Ramainya orang datang visit, mesti x sunyi kan?? Tapi jenuh la nak layan ye dak? X pe la, visiotor datang membawa rahmat..malaikat pun suke..
Sian Fea, duduk bawah lampu..tak pe, yang penting kuning ilang..banyak2 hospital gomen, hospital putrajaya antara yang bagus layanan dia..kira puas hati jugak la..
ramainya angkat fea.... alo alo suka lah dia tu...hehe
nasib baik kejap je dia kuning... risau kan baby kena tinggal.mesti rinduuuuuuu sgt
samelah ell..ena pas czer mmg lalok2..pastu org ramai dtg melawat..layan dlm keadaan lalok. Tak tahan lepas diorang balik i gi marah hubby sebab dia balik lambat sangat.Dia pun blur..bila masa ntah dia balik. Lalok tahap max dah..hahaha
uuu..u dah boleh pakai seluar masa discharge,I pas sebulan baru ley..huahua
Post a Comment