Wednesday, August 29, 2012

Bersalin, Doktor & Hukum

Klik sini lah yer ;)

Sharing is caring.

Ha.. so ape lagi? Faham faham sendiri lah. Hiks!

Thursday, August 16, 2012

Perjalanan Jauh Tak Ku Rasa..

Hehe.

Last week, first time bawak Sophea balik Kelantan. In laws ada buat kenduri + majlis berbuka puasa. Lagipun raya tahun nie, Romeo setuju untuk sekali lagi beraya di Shah Alam (orang takde kampung memang camni!) Huhu..

Alasan tak balik Kelantan tahun ni : Ada anak kecik, perjalanan yang sangat lama tambah lagi bila jammed (*_*) Mak memang tak sanggup nak tempuh tu semua.

So nak bagi fair and square, minggu lepas kitorg balik la :) Alhamdulillah... Sepanjang perjalanan Sophea baik sangat! Tak meragam. Tak menangis. I duduk belakang dengan dia. Kitorang gerak lepas Subuh, elok la time tu Sophea tido. Hehe.


Mostly all way long dia tido. Bila bangun, main jap, susu, tengok luar.. agaknya dia tengok tak sampai-sampai lagi nie.. dia tido balik. Heh. First time balik Kelantan sampai cecah 8 JAM ok! Haaa.. itu bukan sebab jammed :P Tapi sebab kitorg banyak berhenti rehat :)

Bawak anak kecik biasalah.. I pon kebas bontot jadinya. Seat belakang tu, 2/3 je dah tilam si Sophea. Penuh ngan bantal dia. Kat bahagian kaki lak dengan bag dia, bag susu la, seat depan dia car seat la. Pergh! Balik dari Kelantan lagi la barang bertambah2! Memang I pon terus cakap kat Romeo "We need to restructure our financial.. We need a BIGGER car!"

Right now memang aimed SUV je senang. Harap-harap dimurahkan rezeki :)

Mesti ada yang tertanya-tanya "Dah tau anak kecik, jalan jauh kenapa tak naik flight jer?"

Memang itu plan asalnya. Tapi I rasa tak yakin nak bawak Sophea naik flight. Sebab I belum tau sangat perangai dia camne. Buatnya sepanjang penerbangan dia teriak.. kecut perut mak! ~_~ Sebab I selalu je berdepan dengan budak yang naik flight, bila nak take off tue melalak-lalak. Nie puncanya sebab telinga diorg berdesing/vacum. Dorang tak reti nak telan air liur lagi kan..

Tipsnya ialah bagi baby/budak susu masa nak take off :) Tapi I tetap tak confident! Hahaha.. Plus, barang Sophea punye la banyak. Kalau boleh semua I nak bawak! LULZ

Sepanjang berada di Kelantan, Sophea sangat behave! Betul la kata Iera, bila kat rumah Shah Alam, I terlalu bergantung dengan mak I. Tapi kat Kelantan, I handle Sophea sendiri :) Lega rasa. *Haa, boleh la balik Putrajaya lepas cuti raya nie.. Hihi! Tapi.... nursery pulak belum confirmkan lagi. Aiyok!

Kat Kelantan, I bawak Sophea keluar jalan-jalan siang. Pun lega sebab dia tak cranky. Jauh gak la berjalan, gi PCB beli keropok lekor, singgah KB Mall, pastu otw balik singgah Telipot jumpe member Romeo. Cuma slacknya, dah otw balik tu susu dia dah nak habis. Haa.. korang imagine la camne I struggle supaya taknak Sophea nangis sampai la ke rumah! Mana budget banyak benar dia minum susu. Hu! Masa tu I ada jugak try DF dia (mana la tau kot dia dah besar dah nak..) Sekali dia taknak langsung. Hish dak nie!

Masa jalan-jalan kat KB Mall tue, sampai je dia terus celik mata. Masa tu kitorang dah suspend jugak la takot dia xmo tido sebab bising kan. Tapi kitorang tolak je stroller tu, last-last dia lelap balik :)) Ada salesgirl main dengan dia pon dia wat bodo jer :P Mamai la tue..

Memandangkan I & Romeo amik cuti on Friday, so we plan to go back on Sunday, lepas berbuka. Tapi cancel bila masing-masing pon tak larat nak balik malam tu jugak. Sudahnya, MC la on Monday tu. *Iera if u read this, abaikan ok! :))

"Maju doh Klate lo nie.." Hahahaha! Amacam lulus tak kawe kecek Klate? :P Tulis boleh la.. suruh cakap memang tak lah.. Lidah keras :P Kitorang berbuka kat Restaurant Syam. Orang kelantan kate restaurant nie femes. Ha, Dr. Hannan & Dr. Shieda yang wat reservation. Kitorang datang as guest jer :) Pas makan, singgah Tutti Fruitti (TF). Yang kelakarnya, ade fews budak remaja masuk. Lama jugak la dorng baca steps etc..




Then I nampak masing-masing amik froyo tu banyak gile kot. Bila ltk add on, lagi la melimpah ruah. Dipicitnya chocolate Hershey's tue banyak2 :)) Diknon, kalau dah semua benda awak campur, confirm tak sedap la jadinya.. silap haribulan lepas makan pening! Hihihi.. Dr. Hannan ckp "TF paling dpt byk keuntungan, TF kat Kelantan lah. Sebab 1st day bukak jer, semua orang Kelantan gi beli." So bila I tengok insiden remaja2 tue, baru lah I faham LULZ. Mana tak untung, selagi cup tu tak penuh, selagi tu dia isi! Letak kat mesin penimbang.. hamek kau! :))

On the way balik, singgah butik member Dr.Hannan & Dr.Shieda. Sempat la I rembat 2 pasang baju (untuk buat raya). Yeay! Hihi. Beli 1 batik chiffon, 1 lagi cotton beadings.





Korang nak tau tak, masa otw pergi Kelantan, I mabuk gile. Sampai je Petronas Bentong, I muntah-muntah. Orang cakap muntah yang tidak disengajakan tak batal puasa. Tapi sebab I dah tak larat & tak tahan, I buka jer. Tu pasal la kalau korang nak tau kenapa kitorang banyak berhenti rehat. Sebab I mabuk :)) Romeo cakap sebab I dah lama tak jalan jauh. Maybe la..

Sampai je kat Kelantan, I nampak ade KFC and Pizza Hut. Mintak la Romeo gi drive thru. Lapar kot! Sekali TUTUP daa.. (T_T) I masuk 7E beli bubur segera jer. Tanya cashier tu, memang fast food kat Kelantan nie tutup ke (kot la renovation kan...) Adik tu pon jawap "Bulan puasa memang tutup kak. Nanti kul 3ptg, baru bukak" Gulp. Dorang nak elakkan orang ramai ngelat puasa. Tapi, kahsian lah pada mereka-mereka yang tak boleh berpuasa (-_-)

Itu je la kisah 'balik kampung' Sophea buat masa ni :) 

Sebelum terlambat, I nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pembaca blog ni. Bukan apa, I cuti raya lama.. So blog pon cuti jugee. Hihi! 

Semoga selamat pergi & pulang ke kampung.

*Tak sabar nak beraya bersama Sophea. First time la katanya. Hiks!

Thursday, August 9, 2012

Bersedia atau tidak ?

Hari-hari I dok cerita kat Iera tentang dilemma yang I hadapi.

FYI, I masih lagi tinggal di rumah parents I kat Shah Alam. Reason? Terlalu banyak alasan (termasuk alasan yang di ada-adakan) menyebabkan I belum berpindah semula ke rumah I di Putrajaya selepas tamat tempoh berpantang. Sigh.

Antara dilema yang I hadapi :-

1) Siapa nak jaga Sophea waktu siang?
Dari pregnant lagi, my mom dah pesan - Cari pengasuh.. cari pengasuh.. Tapi waktu tu I tak endahkan sangat. Ye la. Terlalu awal kot. Nak hantar nursery kat Putrajaya nie, masa tu I ralat sikit. Dulu I stay kat Apartment P15, ade Taska Vonad sebelah. Tapi bila ramai kawan-kawan yang hantar anak ke taska tu asyik kena amik leave (due to closing nursery sebab penyakit merebak) So buat I rasa tak selamat. Apatah lagi baby yang baru berusia 2 months old (HeiTech's maternity leave only 2 months)

So sejak pregnancy I decide nak mintak my mom tolong jagakan Sophea. Maybe dia dah besar sikit baru I consider nursery :) Mak sendiri jaga lain kan.. Dia bagi sepenuh perhatian kat anak kita tu. (Eh, memang la, cucu sendiri kot!) Heee.. 

2) Siapa nak jaga Sophea waktu malam?
Ha.. korang imagine lah.. malam-malam my mom tido with me and Sophea. Romeo selang seli je kalau dia datang. Kalau malam Sophea akan berjaga untuk susu. I akan bangun sediakan susu, then pas kat my mom. My mom yang akan pegangkan botol, sampai Sophea habis minum susu :-s Then kalau Sophea terjaga malam, my mom yang akan main dengan dia sampai la dia penat and nak tido balik. 

Me? Tido sepanjang masa. LOL. Itu pon I boleh cakap TAK CUKUP TIDUR. Ape punye mak lah huhu.. Tapi sumpah tak larat nak berjaga malam. Lagi-lagi dalam bulan puasa nie. Kalau nak bangun tidur tengah malam tu Masya'allah punya la liat! (*_*) 

3) Boleh ke I & Romeo survive berdua jaga Sophea bila kat rumah sendiri?
Ini I'm not sure :-/ Tapi I tengok orang lain tue boleh jer! Why can't us! Hmm... Maybe because I'm too much depending on my mom. Take things for granted. Sebab tu I tak rasa susah. Sebab tu kalau tidur pun tak rasa bersalah. Huhu.. Acaner tu?

Nanti kalau Romeo kena outstation berhari-hari, camne? My mom ada cakap if Romeo outstation, dia akan datang rumah I la. Hmm, what if Romeo kerja balik lambat? Boleh ke  handle Sophea sorang-sorang? Larat ke? Sekarang nie pon badan rasa penat.. Nanti lagi la penat sebab kena travel from Putrajaya - Subang - Putrajaya. Lemau tak lemau la.. Lalu LDP confirm jammed teruk (especially bila lalu Puchong). Lalu ELITE, kena la bayar tol lebih :-s

Ok ada 3 je dilema I rupanya. Hihi. Tapi bila terlalu memikirkannya, buat I rasa takot untuk pindah balik ke rumah sendiri. But I missed to be back at my own place. Sigh!

Last-last, I decide.. Lepas raya I nak balik rumah sendiri. I have to challenge myself. Takleh asyik nak bergantung je dengan my mom. Uwaa.. Kalau tak sampai bila I nak bersedia kan? Kan? Let us try dulu 1 week and see how :D Kalau Sophea ok, tak meragam boleh la terus je pindah. Else, I have to stay at Shah Alam until Sophea besar sikit ;)

Disebabkan itu, semalam seharian I google cari taska/pengasuh area Putrajaya. Tetibe dapat banyak pulak list kan?! Sebelum nie I google cuma dapat fews je (keywords salah la tu makcik!) Opss.. maybe :D

Tapi yang tak bestnya, bila I try call kementerian2 yang sediakan taska, they only give priority to staff yang kerja kat kementerian tu. Gaaarrgghhh! Kementerian Romeo nie bila nak ada taska? I think every ministry should have their own nursery, u know. Kementerian kesihatan malaysia tue ade 3 taska every level! See.. see! Boleh jer :(

I called almost 10 nursery, non pick up my phone. Busy sangat lettew jaga budak :P Ade tu siap contact number tak update.. sampai dah takde dalam talian. Haih. A friend of mine recommend, suruh I apply leave so that I boleh visit each taska yang I nak. Kat Putrajaya nie so many nursery, don't know mana yang ok.

Ada 1 taska nie dekat je dengan rumah I kat 14. Unluckily, dah full for babies (T_T) They only take 5 babies at a time. Stressnya! Dia cakap ramai pregnancy woman yang dah booked siap-siap. Ala, mana nak tau boleh booked cenggitu. Ha, tu la dulu mak suh cari lengah-lengahkan :P Serve me right!

Lepas frust tu, cari lagi area Cyber lak. Jumpe satu taska nie. Kat bangunan MAMPU. But dia suruh I datang dulu tengok tempat etc, kalau berminat boleh terus register. Done. At least dapat gak 1 taska :) Then google lagi, jumpa lagi but dia tak amik baby. Dia suh call cawangan kat P8 plak. I did call. She also said ada kekosongan :) So I ade 2 taska at the moment.

Ikutkan hati, taknak hantar nursery sebab Sophea kecik lagi. Ingat nak suruh je my mom jaga. Tapi, I nie larat ke nak bangun pagi-pagi bersiap.. travel dari Putrajaya - Shah Alam - Subang - Shah Alam - Putrajaya. Pastu balik dah malam.. nak jaga Sophea lagi. Hmm.. leceh jugak tue.

I cari taska berdekatan Putrajaya & Cyberjaya sebab senang Romeo boleh hantar & ambil :D Lagipun he did promise me, and dia yang volunteer nak buat semua tue. Yeay! :-*

Malam nie kami tiga beranak nak balik Kelantan. Harap-harap sepanjang perjalanan Sophea ok tak meragam :) Jauh tu nak berjalan. Plan asal nak naik flight, tapi I rasa leceh & susah pulak. Sebab takut kang Sophea nangis-nangis kuat ke ape ke arghh.. Takpe la naik kereta je laa.. Lagipun barang dia banyak. Hehe.

Insya'Allah lepas balik dari Kelantan, baru ada masa nak gi visit taska-taska tue :) If okey, lepas cuti raya dah boleh pack semua barang balik Putrajaya :D Doakan semuanya selamat, ok!

Orang lain tepek gambar anak, nak jugak la tempek. Sekali sekala kan? ;) Takleh selalu, takot terkena penyakit Ain (-__-")


Suka tengok dia tido.. tenang je rasa :)

Wednesday, August 8, 2012

Tuesday, August 7, 2012

Oh My Dior!

Alkisah, Jumaat lepas I tetibe teringin nak makan kat TGIF. 

Sebelum tu Romeo BBM tanya samada I nak join dia and his friend iftar kat Sushi tak. Terus I cakap "No, I want TGIF"

Hehe. Gediks disitu :)

Us
Then Romeo make a reservation. I thought it's only me, Romeo and Dr. Hannan. Rupa-rupanya ada lagi 5 orang join our iftar (~_~) 

Of course I'm shocked. Sebab this is unplanned. I dah la tak bawak handbag & bag make up. Lepas solat Asar, memang muka 'suci' habis. 

Sudahnya, I pon singgah la Thomas & Guys untuk cuci rambut & buat treatment (ckit). Pastu sempat lagi gaduh dalam BBM dengan Romeo (kononnya I taknak join sebab I selekeh.. tak bawak handbag, muke tak make up etc). 

Dalam ala-ala I merajuk tue, sempat lagi I BBM cakap "Belikan I lipstick Dior" Hahaha. Tah pape. Jin mana merasuk I entah~

Bila Romeo cakap okey, lepas siap blow rambut I pon bergegas ke Parkson cari kiosk Christian Dior. Memang dah lama berkenan nak beli lipstick Dior nie. Tapi tiap kali nak beli je mesti dalam kepala "Ala, baik beli MAC. Nanti boleh trade in kalau habis/dah xnak guna"

Tapi kali nie I nekad! Chewaah! :P I test dalam 2 color, then I decide beli Dior Extreme Lipstick code 536. 

Dior Extreme Lipstick in 536

Alang-alang dah ada kat kiosk Dior, I pon try la eyeliner skali. Sebenarnya nak pakai eyeliner dia je. Ngeh ngeh ngeh. Tapi bila dah apply, eh best la pulak... Smooth je bila apply :) Suddenly I pon cakap "Nak eyeliner sekali lah" It's waterproof anyway.. So takde la comot-comot.

Dior Eyeliner Crayon in Black

Ok, sudah sudah.. masa berbuka dah nak dekat. Amoi tu pon terus buat resit and hantar ke kaunter. Elok masa I nak ke kaunter, amoi tu spray I perfume Dior Addict (If I'm not mistaken). Sebab masa tu I'm in a hurry. Wangi beb!

Dior Addict

Naseb baik iman I kuat (sikit). So I pon terus melangkah ke kaunter (ecece..) Janji muka dah mekap, rambut dah set. Ok la kan.. terus la gi berbuka since Romeo and his friends dah tunggu kat TGIF tu.

Tapi kan, bila lama-lama hidu perfume nie jatuh hati la pulaaaaaak! Serious wangi. Baru je beli Gucci Guilty Intense haritu.. takkan nak beli perfume lagi (-_-") Nak pow Romeo lah.. Dia kan dpt bonus Khamis nie. Huehuehue~

So, review untuk hari nie lepas pakai lipstick & eyeliner Dior.. memang besh! Tak sia-sia beli :) Oh, Parkson tengah sale kan.. So spend RM100 on cosmetics and perfume get RM10 voucher. Ok la tu :') Lipstick dia sangatlah smooth bila apply.. and long lasting! 

Selama nie asyik pakai lipstick MAC je. Sekali sekala berubah angin~ Bila dah start beli make up nie, mula la mood nak ber-make up datang (^_^) Kalau tak, harem.. Dah ada anak nie, Allah bagi 24 jam pun rasa tak cukup. So pepagi, kalau dah tak sempat sangat nak make up ke ape.. Confirm I akan sanggul rambut, apply lipbalm, apply two way cake. Kalau sempat, apply eyeliner. No more mascara, no more eyeshadow, no more blusher (T_T)

Insya'allah Sophea dah besar sikit nanti harap-harap I dapat kembali seperti sediakala. Huhu.

Eh korang pun tau.. yang mommy-to-be, mommies and married woman.. jangan abaikan penampilan :) Make up light2 pon xpe.. oleskan sikit bedak dimuka biar berseri! (Wah, oles tuuuu...) Pastu sapu la lipbalm (kalau malas @ tak suka pakai lipstick). Biar bibir mungil gittew.. (Wah, mungil pulaaak...) Biasalah.. ayat-ayat dalam majalah melayu :P

Orang lelaki nie, kalau kita make up light2 bukan dia tahu.. to them macam kita nie natural beauty je ;) Apa-apa pun, depends pada suami korang gak. Kalau dah jenis suka tengok muka 'suci', then tak payah la spend duit beli make up ;) Dapat pahala kalau kita merias untuk suami! Wink wink~ *Jangan syok sendiri je taw..

PS : Alasan je nak alat mekap baru, barulah nak melawa.. kih kih kih (^^,)

Apa aktiviti minggu lepas?

Weekend yang sangat panjang. 

Seronok dapat spend time dengan debot (walaupun sebenarnya agak penat & tak cukup tido) huhu. At least dapat la tengok perkembangan dia (perkembangan refers to pipi dia.. makin kembung!) Hihi.

Sophea sekarang minum susu banyaaaaak. Bangun tido habis sebotol. Main sejam sebelum tido lagi sebotol. Kekadang tu sebelum mandi sebotol. Selepas mandi sebotol. Phew! Semoga Allah memurahkan rezekiku untuk terus bagi susu ibu kat debot. Amin~ (^_^)

Sejak berpuasa nie, pengeluaran susu pon mula merudum. Ee takotnya :-s Dalam takot takot tue, I takde pon amik inisiatif untuk minum banyak air masa sahur, makan kurma atau minum susu. Huhu. Sumpah tak larat nak bangun sahur. Bila sahur je I cuma akan bancuh air milo then kalau ada selera sikit, baru la makan apa yang di hidangkan. Tidur lagi best kot! Hehehe..

Weekend lepas, antara aktiviti yang I buat ialah mengemaskini baju-baju Sophea. Ingat tak box pink and yellow I beli mase pregnant dulu? Dah tak muat nak simpan baju-baju Sophea (T_T) I dah pesan kat Romeo belikan drawer or almari kat Ikea untuk Sophea. Banyak giler kot baju dia (Dah mak dia tu asal keluar je beli baju anak....) Ok, fine :-|

Semua baju-baju pemberian dari kawan-kawan & saudara mara I cuci. Barang dalam hamper semua I bukak and kemas. Amik kaaaau. Satu bag penuh baju Sophea pelbagai saiz. Tapi I notice, banyak size 0-3 months and 3-6 months. Yang 0-3 months tu dah memang tak boleh simpan-simpan lagi, dah memang kena pakai! Huhu~ Nasib baik la anak mommy tak besar dari usia dia.. kalau tak memang simpan je la baju-baju tue untuk adik nanti... Eh, adik??? :P

Talking about adik (klaka bunyinya...), yesterday I went to Hospital Umra to see gynae. Last month I ada buat paps smear. Kenapa I buat? Entah lah.. Mungkin sebab dah berkahwin, pastu bersalin.. tu yang nak buat paps smear. Nak check la okey ke tak cervix I nie kan (^_^) So semalam dapatkan result paps smear tu.

Alhamdulillah~ Gynae cakap semuanya okey :) Takde cancer, takde pendarahan, takde lebam etc. Then gynae tanya "So, have you decided what kind of family planning you are into?"

Tough question, I guess.

"I'm thinking of IUCD, but I'm not ready yet. As an altenative, I go for pills lah doctor. Is it safe?"

Gynae "Yes, of course it is safe. Have you talk to your husband?"

"Yes I did. But he declined when I told him that I want to take pills. He said just let it be natural way. Nvm, you just gimme the pills. Later I persuade him"

Gynae "Oh if that's the case, I can't give u the pills."

"Why?!?!?! (*_*)"

Gynae "Because u hefta to get permission from your husband first. This is not about yourself." Blablabla..

Sigh.

Ingatkan semudah itu leh dapat pil. Cis. Tapi balik hospital tu I talk to Romeo. I cakap semua yang Gynae bagitau. Gynae said what happen if I conceived early since I am ceaserian, what about our budget etc. Hm, finally I successfully persuade Romeo :) Lega.. Ye la, laki nie cakap senang la. Natural way. 'Outside' etc. Yang susahnye perempuan. Badan nie badan kita. Hehe. Nak kena rest, bagi pulih dulu, then baru plan for the 2nd pregnancy (Penat yang first nie pon tak habis lagi) Errk..

Romeo tak kasi I amik pil sebab officemate dia dah 2 kali gugur bila nak try conceived 2nd baby. Hmm, tapi gynae cakap it depends on our body. Kalau badan naik mok-mok, of course susah sikit nak conceived katenyer... It's ok! Let's be positive! Never try, never know ;)

Setahu I ade 2 jenis pil perancang nie. Kalau untuk breastfeed nama Norriday. Satu lagi Yasmine. 

Makcik and BFF I amik Yasmine. Katanya kulit jadi gebu. Wow! Sape taknak! Hihi. Dah tak yah cucuk vitamin C lah pasni :P Yasmine a bit pricey compared to Norriday. Breastfeed mom is not advisable amik pil nie. Hmm..

Ok lah. Tu je nak cerita. Tak menarik pon. Hehe.

Bye!

Friday, August 3, 2012

Baby Bjorn : Baby Carrier Original Spirit

Stylo Mylo

Tudiaaaa...

Janji melayu betoi! :P Dulu kata taknak beli carrier. Alasan "Gile tak cool pakai carrier. Nanti dah dress up cantik-cantik, tetibe dukung baby. Letak je dalam kan stroller senang."

Heh. Dulu lain, sekarang lain. Ok la, nak cakap sebenarnya I dah terrr-beli baby carrier. Haha. Motif beli pun I tak tau. Sebab I tak rasa I yang akan guna mende alah tu. Romeo? Lagi la.. Masa pregnant I pernah tunjuk dia, I cakap "B, nanti u nak tak dukung anak pakai carrier tue?" Romeo jawap "I taknak." Pergh.. sedas kena.

So, punca utama terr-belinya baby carrier nie sebab tengah wat kerja sambil tu bukak website-website baby yang I dah favouritekan kat Google Chrome nie (gatal tangan) :D Ha, alamatnya, bila terrr-bukak website LittleWhiz, terrr-nampaklah ada sale! *put ur hands up.. put ur hands up \(^_^)/

Bila mata nampak sale, hati rasa ingin membeli. Memang dasar! Hehe.. Bulan puasa nie sepatutnya kena kawal nafsu.. hmm apo nak dikato.. bila nafsu mengawal diri, ini lah jadinya :P

Check dalam website, only black and orange available. Murah ok! I siap call kedai tanya warna apa yang available/in-stock. Chinese girl tu cakap "Only left 1 green and 1 red" What laaah... (dalam hati nak pink! nak pink!) Bila check delivery zone & charges "Ish, 2-4 working days baru dapat. Lambat ngat~. Nie weekend panjang lak tue" Last-last I pon gtalk Iera..

"Wei, lunch time nie jom gi LittleWhiz"

Hahaha.. Iera plak dengar je I nak gi kedai baby, terus ON! Kebetulan dia nak cari cooler bag baru. Jam 1230pm kitorang turun gi pump dulu. Tepat kul 1pm, kitorang pun memulakan perjalanan ke LittleWhiz. Asalnya I dah siap-siap print map sebab takut la sesat ke ape. Bila dah kat Moms Room, baru teringat lupa nak bawak turun. So malas plak nak naik atas amik map. Apa-apa nanti, call je la kedai tu tanya direction :)

Chinese girl tu sangat friendly hokey! Bagi direction pon senang difahami :) Oh, sesiapa nak gi LittleWhiz tu senang jer. Pegi ikut NKVE arah Klang :) Exit tol Setia Alam, terus je sampai nampak Tesco on your left. Then cari signboard besar KFC and go to that area. Ada Starbucks board jugak. Sampai traffic light, on your right ada Hong Leong Bank. Masuk kanan dan terus lagi. Jumpe padang kecil, lepas padang ada restoren cina. Stop. LittleWhiz kat atas tu je :)

Dah alang-alang sampai kedai, banyak pulak la yang kitorang dok belek-belek. Hihi! Tapi I control gak nafsu. Nak raya nie dey! Asyik beli barang baby kang, budget lari~ Huhu. Lepas chinese girl nie ajar cara-cara nak pakai carrier, terus letak kat cashier. Masuk bilik lagi satu lak (cuci mata). Kebetulan berus botol Avent I dah bengkok, kan entry previously I plan nak beli First Year Deluxe Bottle Brush, tapi kat LittleWhiz tak jumpe. So I decide beli MAM punya. Extra soft and completely non-scratch. Me like it! Iera pon berkenan. So i bought apple green, Iera bought in blue color :) We are a happy mother. Haha!

MAM Silicone Soft Brush

My friend from Aussie recommend that better I buy Baby Bjorn: Baby Carrier Air. Sebab katanya yang Original nie material dia tebal sikit. Cuaca Malaysia kan panas.. Unless used in a shopping mall (ok la ade aircond). Tapinya, budget I plak tak mengizinkan. Huhu. Yang Air nie mahai sikit~ Takpe lah. Try dulu sebabnya belom tentu si debot tu nak duduk dalam lama-lama :P

Semalam I try letak debot, seems she's comfortable in it! Yupss.. Tapi my dad plak yang bok bek kate baby tak selesa la tak leh breathing la :P Ish. Sophea ok je tue.. Hihi! Iera cakap dia ade beli Moby Wrap and MacLaren Baby Carrier. Anak dia pakai 2 bulan je sebab lepas tue dia dah tak larat, baby makin berat. Haha! Ok la at least 2 months pon.. Let's see how long Sophea will use that! (^_^)

Baby Bjorn : Baby Carrier Original Spirit

Bought in red color!

Thursday, August 2, 2012

Are You COOL Enuff ? :)

Sejak dah bergelar mommy nie, bila gi ofis bertambah lagi 1 bag yang I nak kena angkut. Dulu cuma bawak laptop & handbag. Now..... COOLER BAG :)

Well, kate EP Mom kan. Hihi. Ke hulu ke hilir la I membawanya. Pagi petang siang malam, EP Mom kena pump susu *sweat

First day masuk office, gelabah packing bag. Masa tu dok fikir "Eh, camne nak bawak pump semua nie? Cooler bag lagi, handbag lagi, bag laptop lagi..." Last-last I decide, tak bawak handbag. I sumbat semua sekali dalam Medela City Style Breastpump Bag. Dalam tu la wallet, bag make up, pump & cooler bag. Then bawak bag laptop. Pergh.. Serabut seh! :-s

Korang tau je la City Style BP Bag tu besar mana kan.. dah macam bawak bag Longchamp plak. Tapi nie cuma terjadi first & second day I mula bekerja. Hehe. Lepas tu, nampak Iera bawak cooler bag yang sangat cool, beybeh! (^_^) I pon tanya beli mana. Jam-jam tu jugak I purchase! Hewhewhew..

Iera cakap last year dia beli sama dengan Is. Color je lain-lain. Haha! Nampak sangat officemate kitorang nie mudah dipengaruhi. Dulu Is la yang pengaruh I untuk beli Medela Freestyle. Before that Iera yang terpengaruh. Now cooler bag pun I terpengaruh :P

I purchase cooler bag nie kat EnjoyBreastfeed. Banyak choice! Haruslah I beli color hot pink kan (^_^) Budget hawt gittew. LOL! 

Cooler bag nie double layer. Bahagian atas I letak corong pump (masukkan dlm protection pouch). Bahagian bawah I letak breastpump, botol, hands free and nursing poncho. Untung la motor freestyle nie kecik je. I tak bawak ice packs pon sebab perjalanan balik ke rumah paling lama pon dalam half an hour :) So kalau I balik kol 5pm, I pergi Moms Room tue keluarkan susu kat bahagian chill and bawak balik terus masuk dalam peti ais :)

Last expo I beli ice packs Jingle Jungle (promo 3 packs) just in case nanti nak keluar berjalan senang :) Buat tambahan to my existing medela ice pack tu. 

Dah ada cooler bag nie, dah tak serabut :D Sebab semua barang untuk mengepam boleh sumbat dalam 1 bag. Maka, bermula lah hari-hariku membawa bag laptop (sandang), handbag & cooler bag. Cooler bag nie boleh pegang macam tote or boleh buat sling. Ikut keselesaan :)

I love the pop color of this cooler bag. Plus, it's trendy. Hihi! Saw 1 double layer cooler bag Jingle Jungle at the expo, but bila I compare, it slightly smaller than mine. Pilihan color pun terhad. (sebenarnya nak cakap color pink takde.. hehe!)

Lepas 2 weeks bawak 3 bag, tetibe I terasa beban lak. (Beban tu sebenarnya sekadar alasan untuk membeli). I pon cakap kat Romeo "B, leceh la bawak handbag gi office. Nanti nak gi lunch takkan nak bawak handbag. Makan kat Summit sebelah tu jer. Takkan nak pegang wallet. Tak cukup tangan. Wallet la, handphone sampai 2.. haa.. cane?"

Ahaks! So last week Romeo brings me to Pavilion beli wrislet baru. Yippee! What's more yippee, it's on him. Ngeh ngeh ngeh~ Kan senang :D Dalam wrislet leh letak 2 handphone and cash/cards. Selesai 1 lagi issue (^_~) 

PS : Lepas nie entah apa lagi alasan I guna untuk membeli kan.. Ladies & shopping is BFF! Muah.

Moms Room at Level 1, Menara HeiTech Village

Parcel sampai dalam masa 1 hari ! :D

Hot pink beybee~! Bought protection pouch too.

View dari atas
View dr depan

View dr belakang

Double layer boleh took off :)
Bag yang perlu dibawa ke pejabat..
No more handbag. Only wristlet! Double joy! ;)

Wednesday, August 1, 2012

Hello Augustus!

Pejam celik pejam celik, dah bulan Ogos :)

Tinggal lagi 4 bulan sebelum 2012 menutup tirai. Alhamdulillah, perjalanan kehidupan I setelah berkeluarga sepanjang 7 bulan dalam tahun 2012 nie dilalui dengan pelbagai cabaran, dugaan dan kebahagiaan (^_^)

Semua yang dirancang, berjalan dengan baik sekali.

Memandangkan hari ni dah 12 Ramadhan, aci tak kalau nak cerita pasal persiapan hari raya? ;) Ke awal sangat? Hihi. Sebenarnya, persiapan hari raya baru 30% complete. 30% tue, semua persiapan raya Sophea jer. Huhu.

Mommy & daddy takde lagi baju raya tahun nie. Nak tempah dulu tapi sebab tengah pregnant, mana lah tahu ukuran kan? Terpaksa la beli ready made je tahun nie. Sejak Jovian keluarkan #jovianrtw, memang I ada aimed 2 design dia. Dah semangat nak beli. Tup-tup bila tengok post-post kat FB, berasak-asak orang nak dapatkan koleksi #jovianrtw nie kat butik First Lady. Mak aii, sampai macam tu sekali..

Semua orang tahu kan, #jovianrtw nie keluarkan design dia by batch. Jangan kata orang menunggu seawal pagi depan butik First Lady, yang tunggu depan pc, laptop untuk purchase through online (zalora.com.my) lagi la ramai kan. Sampai service Zalora pun jadi slow. Heh. 

Maka, niat hati pun tertimbus bila tengok ramai kawan-kawan kat FB post status tak sabar nak pakai koleksi #jovianrtw. Huhu. Kang kalau I pon beli, confirm pagi raya tue semua orang post gambar raya kan.. hehe.. dah jadi macam 1 family lak sama je semua. (Zaman kanak-kanak dulu trend tau 1 family pakai warna & corak yg sama). Hihi. Sekarang nie, trend pakai warna tema je. Tak semestinya mak & anak semua sedondon corak ;)

Itu baru dalam FB. Kalau tetibe I pergi open house, beraya rumah saudara mara, sahabat handai.. mau tak terserempak dengan design or warna yang sama? Hihi. Larikkkkkkk!

Last year merasa la I pakai design Salikin Sidek. So ingat tahun nie nak try designer lain. Tapi nampaknya, tak ramai designer yang keluarkan ready-to-wear collection nie. Satu hari tu I pergi SACC Mall nak beli few stuff untuk Sophea. Lalu la depan butik Salikin Sidek. Mata berpinar-pinar nampak baju kurung yang dipakaikan pada patung. Warna turqoise if I'm not mistaken. Minatnyeeee! Nak beli, masa tu awal sangat. Memandangkan minggu nie dah almost pertengahan Ramadhan, kira aci la beli baju raya kan.. Hehe..

Bukan apa, kalau beli lambat kang size pulak sold out. Kalau beli awal kang, orang cakap "Semangatnya nak raya, Ramadhan baru je mula" (-_-) Nak bagi fair, pertengahan Ramadhan la kita shopping ye ;) Kasik chance la mommy nak pakai baju designer this year.. sepasang pun jadi lah! (Tak sedar diri anak kecik nak melawo.. hewhewhew..) Tapi baju-baju kat Kompleks PKNS & Plaza Alam Sentral pon not bad tau! Selalu I beli situ je pun ;)

Untuk Sophea toksah cakap la. Mostly our friends hadiahkan dia baju size 3-6 months & 6 months. Sesuai sangat lah tu! Hehe.. Dia pon dah masuk 3 bulan setengah masa raya nanti (^_^) Cuma ada beberapa helai la yang I beli untuk dia. *well, baju baby comel-comel, takleh tahan ooo..Tambah lak Mothercare is on SALE.

Last week I place an order with my friend yang biasa purchase Gymboree online. Alhamdulillah.. semalam dah dapat pun parcelnya :D Kemain Sophea.. beraya sakan (Nak kutip duit raya) Hewhew~ Tahun nie Sophea tak balik raya Kelantan. Sebab raya nie I nak buat open house + majlis cukur rambut (ada org panggil cukur jambul.. tapi Sophea takde jambul yg nak dicukur.. hihi) kat Shah Alam. So family in law insya'allah turun Shah Alam :) Nanti majlis akikah (Raya Haji) baru balik Kelantan. Masa tu Sophea pon dah almost 6 months. Ok sikit, now kecik sangat.

Gymboree is having sale :)

10th August nie, we all akan balik Kelantan sempena family in law balik dari Umrah. Ada kenduri doa selamat & majlis berbuka :) Harap-harap Sophea ok la sepanjang perjalanan balik. Plan asal nak naik flight, tapi bila fikirkan semula ada few things, last-last Romeo decide balik by car je lah. I'm ok with it sebab boleh la I mengangkut banyak barang-barang Sophea nie :D Buaian beli je kat Kelantan, I cuma bawak electric motor cradle tue je ;)


Nie masa otw ke KLIA hantar family in laws (a week b4 puasa)
Nampaknya, takde la entry Wordless Wednesday. Dah jadi Words of Wednesday nie. LOL~

Have a great day, peeps!

PS : Tahniah Dr.Halina & Husband! (^_^)