Thursday, May 30, 2013

Bubble tea punya cerita pulak da..

Ok. Rasanya semua sedia maklum dengan berita malam tadi. Mengenaik bubble tea yang mengandungi asid maleik yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Hu. Sekarang nie dah banyak jenama minuman bubble tea nie.. Chatime (yg paling fofular and my peberet), Comebuy, Gong Cha, Each A Cup, Cool Blog.. you name it.

So? Disebabkan tak tahu yang mana satu, buat masa ni terpaksa la stop minum. Kalau nak minum kene pilih grass jelly ke.. coconut jelly ke.. Hehe.. I pon dah jarang beli Milk Tea + Bubble. Kalau gi chatime, selalu order Strawberry Aulit with Coconut Jelly. Dapnyeee!!

Ok. Ni keratan akhbar online. Bace lewwww :- mStar Online

Tuesday, May 28, 2013

Attention People..!!! ^_^ (Attention seekers pi main jejauh)

Sape suka shopping baju baby?

Sape yang tengah pregnant and perlu buat persiapan untuk bayi yang akan lahir?

Ok. Korang & korang mai dekat mai rapat.

LOL~

Tak jual minyak pon. Hehe..

Cuma nak baqhang, kat Summit USJ ada sale. Ala, Summit. Biasa la. Hari-hari ade je sale dia kat ruang legar tu kan :P

Tadi lepas lunch lalu jap sebab member nak beli personal care. So sementara dia memilih-milih tu, I jenguk la sebelah. Baju Anakku sale sepasang RM10. Anakku tau! Bukan Fifi ke Tender Baby ke ape jenama tuh. Anakku nie takde la semahal Guess Baby but still mahal untuk baju baby kalau kat butik dia (Aik, bunyi macam cheapskate Ell sekarang?) Ehehehe..

Anakku ni jenama Malaysia kan? So support local beybeh!! ^_^

Bukan baju je. Ade mittens & bootees. Ade baby blankets. Ade mainan. Ade memacam lah. Mostly price pon dalam RM10 - RM20. Kat Guardian sale ade baby wipes (Paraben FREE!) Hewhewhew.. Bukan tu jer! Td ade nampak C.Micheal punya product. Semua ON SALE! Sape ada masalah kulit kepala or rambut gugur, pi beli cepat! :) 

Hmm.. I tak beli pape pon tadi. Tahan nafsu. Baru je order OshKosh & Carter's online. Pasni duduk diam-diam. Hu! Walaupun sebenarnya tadi almost beli baju tido tu sebab alasan baju tido basahan. Erk!

Ok, tu je nak share. 

Bye! :)

Monday, May 27, 2013

Kita rasa kita dah bagi yang terbaik... Tapi.. [Part 1]

Kat sini I shared sikit information yang I dapat sepanjang training I last week. Kalau rasa apa yang I cakap nie tak betul, I believed people nowdays lebih percaya Mr. Google dari mencari sendiri samada ianya fakta atau auta di library atau rujuk kepada yang pakar. Betul tak? Tapi most people skrg ni cari Mr/Mrs/Miss Pakar kat FB je. Post je any soklan kat status or group. Confirm ramai PAKAR-PAKAR ilmiah ni tolong jawapkan. Ekekeke.. *Perli nih.. perli! Haha..

Ye la.. orang zaman sekarang, sikit-sikit Google untuk cari maklumat. Itu tak salah. Yang menjadikan ianya salah bila maklumat yang kita perolehi tu kita terima bulat-bulat tanpa membuat rujukan terlebih dahulu. Macam apa yang I nak share kan nie laa. I dapat dari training. So I dapat dari Coach yang I percaya. Tapi, mungkin uols yang baca blog I nie.. "eh nak percaya ke dia ni tulis ah?" It's up to you :) I tak suruh percaya, but I mintak uols gunakan akal fikiran yang Allah bagi tu.. Sekali sekala kasi otak kita exercise bekerja cari ilmu ape salahnye dok? ;)

My Coach bgtau, 3 benda yang kita patut rid off dari our life :

1) Sodium Lauryl/Laureth Sulfate (SLS)
2) Propylene Glycol
3) Paraben

I tahu, sebenarnya ramai dah young moms out there yang tahu pasal 3 dangerous chemicals ni. Yang tak tahu tue mungkin dia tak diberi pendedahan. Berada di kawasan pedalaman. Atau mungkin tiada internet connection seperti kita yang berada di kawasan urban (eceh!).

Me myself, dah tahu mengenai 3 chemicals nie sejak belajar chemistry (zaman matrikulasi). Tapi masa tu zaman muda.. mana fikir kesan & akibat jangka panjang. Belajar setakat nak lulus exam. Hehe.. Now, to tell you the truth, lepas je my Coach nie explain yadayada on there 3 chemicals, I balik rumah terus check all my personal care.

Oh-em-gee!!

Shampoo, feminine wash, face cleanser, cosmetics, baby bath, baby bottle cleanser, baby wipes etc you name it! All contains salah satu chemical yang I sebut diatas. Scary oh! Kenapa I kata scary?

Sebab, 3 dangerous chemicals inilah punca terjadinya KANSER. Yes, kanser as we know dari segi saintifiknya terjadi sebab sel-sel yang terlalu aktif pastu dia stop kat tempat yg akan terjadinya kanser (e.g. rahim, breast, otak) (kalau tak silap ar.. eh korg gugel kan please hehe). Tapi, kita jangan lupa, PUNCA-PUNCA kanser nie la yg membuatkan kita mendapat penyakit yang paling ditakuti.. eh x sedap.. yang paling digeruni. Sape tak gerun sila angkat tangan :P

Dulu-dulu, bila I dengar ada orang meninggal disebabkan kanser.. I selalu berpendapat "Oh, kanser nie penyakit orang kaya jer.." Hehe.. Kenape I cakap camtu? Sbb tengok je kos perubatan pesakit kanser. Mahal kan? Pastu plak pesakit kanser zaman dulu sikit sangat bilangannya. But now? Tak kira usia, tak kira jantina.. dah bermacam-macam jenis kanser dikenalpasti T_T 

Better late THAN NEVER. So uols balik and check. Is all your personal care contains these 3 chemicals? If yes, start get rid off it. Cari personal care yang takde 3 chemicals ni. Tak kisah la ada methyl paraben ke, propyl paraben je janji ade perkataan PARABEN tu, tolong la jangan gunakan. Kalau dah tak sayang nyawa.. Fine. Maybe some of you lps baca ni akan cakap "Alah, hidup mati ditangan Allah" Ye betol. Tapi kita sendiri yang tentukan. Kita pulak yang mempercepatkan proses kematian kita. Dah bersediakah kita? Huhu.

Take action. If not now, when? Jangan sampai dah jatuh sakit, baru nak bertindak, ok! :) Yang paling penting, ini untuk anak-anak kita. Do you all know SLS tu digunakan untuk apa? SLS nie senang je nak tahu. Bila you all guna, dia berbuih-buih! Meriah uols! Hahaha.. Sape suke mandi berbuih-buih, syampu rambut sampai jadi sarang tebuan.. ha.. ni la bahan yang terkandung ;)

Tak silap I, my Coach tell me yang SLS nie digunakan sebagai bahan pencuci lantai and mesin KILANG. Huuuu.. tragisnyee.. Korang imagine, kita dok mandi buih la.. syiok2 mandikan anak berbuih-buih.. kita nie bukan lantai/mesin KILANG. Sobs.. Mcm la berdaki sangat kan..

Ape kesan SLS nie? Kerengsaan pada kulit. Especially kat baby or yang menghidap ekzema. See.. jangan ambil mudah. Sian baby kita. Penat tuh 9 bulan kita mengandung, dari awal kehamilan kita jaga pemakanan sebab nak pastikan baby kita dapat yang THORBAIK, at last dia keluar kita mandikan dia dengan produk yang mengandungi SLS. Hah... slowly by slowly kitalah sebenarnya pembunuh.. Uwaa.. 

Janganlah kita menzalimi diri and keluarga kita. Cari produk-produk lain yang bebas dari 3 chemicals ni. Pada yang dah terbaca entry I nie, kalau masih takde kesedaran, I tak tahu lah nak cakap apa. May Allah bless you. Well, good luck with that :)

Let's make a better future.. for our family! (^_^) *tetibe terhumming lagu Heal the world... make it a better place... for you and for me and the entire human race* walaupun tak berapa nak kena LOL

PS : Apa yang buruk datang dari I, apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T

PS 2 : Next entry I will share with you part 2 ;) Stay tuned. Hohoho!

Tuesday, May 21, 2013

Misi menaikkan berat badan

Macam mana majoriti yang mempunyai misi menurunkan berat badan, begitu juga kami golongan minoriti yang mempunyai misi untuk menaikkan berat badan.

Sama je.

I always get compliments on my body figure. Err.. Well, I don't take it as a compliment actually. Haha! Rasa terhina noks! It's like orang cakap depan muke mcm ni "Kau ni kurus la macam orang Somalia" Get it? 

Sigh.

Orang Somalia. Dorang tak makan, sebab tu kurus melidi. Yang I nie, dok Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan, apsal tak gemok? Make sense right?

Double sigh.

Sebenarnya I malas nak cerita pasal isu nak naikkan berat badan ni. Sebab kami golongan minoriti nie bila cakap "Oh, aku nak gemok lah.." Confirm member-member cakap "Hah? Buat pe nak gemok, eh kurus la cantik pakai baju apa pon lawa jer size pon senang cari yadayadayada....." Tak supportive tauuuu T_T

Sebab tu golongan minoriti nie kalau isu isu nak naikkan berat badan, tak bunyi sebising golongan majoriti yang "Eh, aku nak diet lah..".. "Aku target nak turunkan 20kg tahun ni" Seeee! Siap boleh jadikan azam tuuuu.. Huhuk!

So, what I do basically untuk gain weight? Eleh, basically do konon.. haha! Tapi tak berjaya-jaya jugak!! Pftt! :P

I eat a lot. A lot. Ya, I mean it. In the morning amik heavy breakfast. Dah kate breakfast like a king kan.. Hihi! Lunch pon heavy jugak.. Pastu hi tea.. ngap ngap kat meja.. dinner kalau masak of kos makan nasi. Else depends la ikut selera tekak ni ha..

Supplement? Eh, amik.. amik.. 2nd time I beli Herbalife. Pestaim dulu beli.. tapi salah cara makan kot. Bijak betol kan.. Hehe.. That was few years ago lah.

Ape lagi? Susu? Minom.. Especially Dutch Lady Full Cream.

Tapi tu la.. talking about food intake and everythings nie.. I takot kang makan.. makan.. badan camtu jugak ghopernye.. Last-last kolestrol yang naik. Aaaa... takot!!! *_*

So today, a good friend of mine ada share 1 blog nie. It's a good source untuk sesiapa yang nak naikkan berat badan ATAU turunkan berat badan. Lai..lai.. boleh baca sama-sama share ape salahnye kann :D


Jangan lupa kira keperluan kalori korang kat box sebelah kanan tu tau ;)

Jom, amalkan hidup sihat!!

Monday, May 20, 2013

Cravingness (Eh ade ke word ni?)

Ketagihan terhadap sushi tak dapat di bendung lagi T_T Kalau boleh seminggu sekali nak makan sushi. Tak kisah la Sushi King ke, Sakae Sushi ke, sushi2 kat Tokio Cafe ke.. Janji dpt makan sushi, salmon dan wasabi.

Sigh.

Hormones prolly? I donch know. Heh. I nie asalnya bukan penggemar tegar pon. Semua nie makin menjadi jadi masa pregnant Sophea. Tapi dah banyak artikel cakap sushi is not good for pregnant mom, so I takde la makan selalu. Kalau makan pon tak amik yang raw. Asal dapat rasa sushi kat mulut ni pon dah puas hati. Hehe.. Err.. tapi sayangnya Sophea takde plak terkenan muke jepun ke hape LOL

Why I wrote this entry? Sbb dah beberapa hari I'm craving for SUSHI!!!!!!!!!!!!! And lunch tadi frust sbb member janji nak teman gi makan sushi.. tup tup gi makan nasi lemak. Argh! Baru je pagi tadi I makan nasi lemak dengan banyaknya.. Pastu lunch nak suh makan nasi lemak lagi? MEMANG TAK LAH diknon huhu..

Tapi nak hormatkan kawan, pi la ikut.. I makan mee goreng je.. Sebab tak kelaparan sangat. Last Sabtuday family day out, Romeo tanya nak dinner kat mana. That time shopping kat Pyramid. On the way to Pyramid, kepala I dah dok pikir nak sushi ke nak pizza hut (nak try yg baru tuuu) or nak Tony Roma's (uhh... terbayang onion loaf dia and ribs terus air liur meleleh).. or nak Bubba Gump (terbayang shrimp!! maigod!!)

Ni semua pon teringin! Last last pilih Bubba Gump. Siap beli air yg gelas dia berlampu-lampu tu konon untuk Sophea, tapi Mommy sebenarnya yang feeling-felling. Muehehe! :D Anyway, if korang order that drinks, masam gile tau.. 1 choice jer.. Strawberry Mango. But the glass tue ade 3 jenis utk korang pilih ;) Beli la beli la.. feeling sangat tau kalau minum bercahaya-cahaya ^_^

Ok, entry tak bermotif. I know. I know. Nak end la nie.. Sabar betul sape yang baca blog I nie kan :)) Harap-harap malam nie Romeo okey nak dinner sushi. Takde mood nak masak.. Huuuu! (Takde mood konoooooooonn.... walhal dah memang aimed nak dinner sushi..) Meow! ;D

Ok, bye!

Sophea lasak woo.. xmo duduk diam kat baby chair!.

Thursday, May 16, 2013

My life is no more upside down :)

Dah almost 2 weeks and a half I'm attached to my new group - Strategic Alliances (Corporate). Hari-hari dok membaca and memahamkan task yg bakal I hadapi. Reading? Buzz! Mengantuk dibuatnya zzZZzz..

Dulu masa attached with project based, I only fahamkan kerja sendiri. Database. Ok, that's it. Hal-hal lain tak amik port :P Now, I hefta fahamkan semua projek yang berkaitan dengan my Business Partner. I was assigned to handle IBM, Red Hat and Symantec. 

Nie pon masih dalam learning process lagi. My boss said I'm not ready to go out and meet the client (yet). Of course! Kang nak cakap pasal apa mana nak tahu.. Nak kena kenal dulu semua Disti-disti tue.. OMG OMG (catch a breaaaaaaaaaaaathhhh) ffuhhhh.. 

 Last week went to an event kat One World Hotel Damansara. Principal event by VMware. Konon I nak stay sampai habis kul 6 sebab last acara is lucky draw.. Well, mcm biasa lah.. I nie mane penah menang memane cabutan bertuah T_T Dapat Ipad Mini tue.. Sobs! Mencik! Takpe la.. ade rezeki nanti beli jer. Mmg nak kena beli satu lah, either Ipad Mini or Note 8.0. Takkan nak keluar jumpe client nanti nak mengangkut notebook segala kan? Not cool.. not cool. Eheh :P

Oh, actually nak cerita 1 benda. Rasa pelik sebab I'm married with 1 child. Kat my IG, ramai gile bebudak lelaki nak follow :)) Funny! Mesti ingat I belum kawen kan.. kan.. Dari mana dorang dpt my IG pon I don't know. I think sebab I rajin gak comment IG my single friends. LOL. Mesti korang menyesal kan bila I approved sekali dah kawen and ada anak. Bhahaha~! :))

Pastu kat event aritu, tengah queue for lunch, ada this one guy approached. The funny thing is dia cakap camni "Eh, I think we did met before.." Hek laa.. Haha. I just join the group hang nak kata just met? LOL. Pick up line abang tak cukup cantik la bang :)) Try harder. But I just act normal. Maklumlah, I pon kena make friends. Kalau tak macam mana orang nak kenal PAM baru HeiTech kan? Ahaks! ;)

Time balik pulak kat parking, tengah jalan ala-ala kucing suddenly ada beemers follow belakang. I tot nak bagi dia pass by dulu baru I cross. But then, I stop and he stopped his car in front of me. Eh eh ape ni.. nak samun ke? :-s Kes yg sama, they put some pick up lines blablabla.. "this is my card..." blablabla sampai kwn dia pon introduce themselves. Haha! Ok, ok, i got it. Anyway, unluckily I'm married and you guys memang handsome! Hahaha.. Nanti I passed your business card to my single friends, ok? ^_^ Both of them owned a law firm.

I guess more to come la.. Sometimes I x faham.. Is it my fault or memang lelaki ni jenis camni eh? At least why not asked "Are you single?" Hahahahaha! Well, at that moment memang la I akan jwp single kan.. sebab takde husband and Sophea with me :P Guys.. Hmm.. I believe Romeo also do this when I'm not around :P 

Yang bestnya keje baru nie, boleh balik awal! Hihihi.. Dulu kalau project based, bersengkang mata kena stayback. Dulu, jangan harap nak balik jam 5.30 ptg.. Kul 7 ptg tu kira just nice.. itu kalau tak kena stayback la.. Tapi now?? Ehem.. 5.30 ptg semua dah chow! Hihihi.. Tapi I maintain.. Paling awal I balik kul 6 ptg la.. Now dah tak rushing sebab Romeo is the one yang akan fetch Sophea dari rumah babysitter :) Happy me! 

So balik-balik je terus masuk dapur, prepare dinner. Prepare Sophea's food sekali untuk keesokkan harinya :) Itu hari kalau takde meeting with client. Kalau ada, macam last Friday, jumpa client at 12 pm. Sambil makan & discuss.. by 2.30 pm dah settle. My colleague cakap dia nak gi Subang Parade. Me? Apelagi. Me time la! Gi buat kuku.. gi beli barang dapur sikit.. Hewhewhew.. 

Ok lah. Ini je nak update current life. Nanti update pasal benda lain pulak ye ;)

Me time

Dinner

Marilah mari.. pergi mengundi LOL

I love her Stitch smile :D

Wednesday, May 15, 2013

Vaccine : What say you ?

Memandangkan Sophea dah berumur setahun pada 13 Mei 2013 (Isnin lepas), means dah start kena jumpa paed untuk next injection. Hmm.. Tapikan, lately I saw some of my friends yang post mengenai vaksin. Be it good or bad points. Entah lah. Susah jugak jadi mak-mak nie kan. U have to decide for your own child. Sama ada keputusan itu betul atau salah, kena tanggung.

Ni link untuk yang good side of vaccine :- Selamatkah Vaksin Untuk Bayi Kita?

Ni link untuk yang bad side of vaccine :- Bahaya suntikan vaksin dan imunisasi

I hope moms out there, please make a good choice.. untuk masa depan anak anda :)

Al-fatihah untuk Aqil Hamzah. I miss you day and night. Ena, you are such a great MOM. Allah hanya memberi ujian kepada hambaNya yang kuat untuk terima qada' dan qadar. I pray for your happiness always (hugs)


Gold Coast Morib (celebrate Sophea's birthday & our 2nd anniversary) 13 May 2013

Imma happy kid