Friday, December 23, 2011

Shopping like there's no tomorrow

Aku dah lama tak shopping. Dah lama buang tabiat "membazir". Haha.. And aku pun dah terbiasa dengan keadaan aku sekarang, aku dah jarang beli kasut sebulan 3 pasang, baju seminggu 2-3 helai, make up sebulan 2 kali. 

Kenapa? Aku pun tak tahu. Mungkin bebanan untuk membayar semula kredit kad aku yang pernah aku mohon masa mula-mula bekerja. Biasa lah, fresh graduate kan. Pantang dah dapat gaji, pastu CIMB pulak offer buat kad, takkan aku nak tolak? :P Mase tu, kepala tak fikir apa. Sikit-sikit aku swipe. Shopping ikut nafsu. 

Sekarang, walaupun kepala otak aku nie masih tak berapa nak matang, tapi aku akan shopping barang keperluan je. Haha. Katakan tidak kepada kredit kad! =)

Back to the topic, sekian lama tabiat shopping like there's no tomorrow aku gone, semalam ntah aku kena rasuk apa.. aku kembali bershopping. Takde la sampai ribu-ribu. Abis dalam RM300 jugak la. Duit sekarang mengalir macam air. RM50 dah macam RM10. So korang bayangkan RM300, ape je yang aku dapat? Itu pun lepas dapat discount tau. Haish..

Yang pelik tu, time lunch tu pun sempat aku rembat. Sempat aku test baju segala. Haha. Dah lama tak beli baju, tambahan sekarang tengah preggy. Aku beli baju loose-loose tue. Buat pakai dengan leggings je. Dress ade la selai dua. Cadangnya, aku nak pegi usya baby stuff. Bajet nak beli la baju newborn. Aku nak cari yang warna putih je memandangkan aku belum tahu jantina dia :) Gila punya tak sabar, semalam jugak nak beli. Aku rasa betul aku kena rasuk. Sebenanrnya nak belikan hadiah untuk baby SIL yang selamat dilahirkan semalam.

Masuk Modernmum, takde yang minat. Masuk Anakku, mostly baju comel color pink. Masuk Mothercare, suit color putih tak banyak choice especially untuk newborn. Dang. So aku decide, watpe pening2.. tunggu je la bila dah tau jantina. Baru cari baju :)

Kesudahannya, aku gi shopping baju aku kat Espritt Outlet. Pastu balik Shah Alam, lepas visit SIL kat DEMC, singgah SACC Mall terrrbeli leggings kat Giordano. Hari ni aku pakai leggings ngan blouse ThePopLook. Hehe. Best jugak leggings nie. Boleh tambah lagi pasni beli color lain =D *Bab membazir memang NOMBOR 1!*

Dr Putrajaya bawak baju kurung, sampai Shah Alam, pakai legging sebab today Jumaat!


Minggu nie cuti panjang lagi. My BFF Linda Hashim is getting engaged. Dah plan baik punye dengan Janna Mansor, ingat nak gi sana stay kat resort. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Adik Jane masuk ICU. Now baru keluar. It's ok Jane. We understand your condition. Alhamdulillah, Muiz dah keluar ICU, we all are praying for his speedy recovery. Amin.

What about me? I wish I can attend the engagement ceremony. Unluckily, I just moved into a new house. Rumah dah macam kapal karam. Nak kena kemas segala. Plus, Romeo always ad-hoc pergi outstation. Hu! Sorry Peng! We try to make it on your big day, okey? (^__^) Jangan la kawen mase aku bersalin pulak. Kalau setakat dalam pantang, Insya'allah boleh (kot!) Cousin aku dalam pantang sebulan dari Kedah datang umah aku sempena wedding abang aku + cukur jambul anak dia :)

Today is Flyday. Jap gi nak usya wedges kat Guess. Kalau sale, nak beli. Opss!

Anyway, merry christmas & a happy new year to those who celebrate it! (^__^)

Thursday, December 22, 2011

Ok, now I can see it :)

Baby bump dah naik (sikit!). So last Monday, paksa Romeo gi beli new pants and leggings yang memang khas untuk preggers. I know my friend said "Mahal la maternity wear, ko xyah beli banyak2". Gulp! Aku pulak, mentang-mentang la Romeo's payday + bonus day, time tu la kite nak kecek! Tul tak? Hihi.. Takkan la dia tak kesian tengok wifey dia pakai pants yang dah sendat kat bahagian perut tu kan? =)

Before nie, aku cuma beli 2 pants size S. Pinggang dia xleh adjust2 punya. Now, dah beli yang terus boleh adjust until 9 months pregnancy =) Cadangnya nak ke Mid Valley isnin lepas, tapi tukar haluan so pegi Pyramid. Beli kat V-Mum je. Modernmum tak banyak yang catch my eyes. Huhu..

But then, dress-dress pregnancy kat V-Mum mcm tak brape nak comel sesangat la. Sebabnya, aku tak beli pun dress dia. Macam kembang gile kot. Memang la boleh pakai till 9 months but err... Now baru 4++ months, xkan nak pakai kembang-kembang.. malu la ai  :P

As for shirt and blouse, I still can wear size S. Tak perlu beli yang maternity wear lagi. Just kena beli yang kembang sikit kat bahagian bawah :)

Last Sunday, attend ASASIAN REUNION 2001/2002 Romeo kat UM. On the spot beli long dress kat ENVEE, MV. Terus salin baju. Haha~ Baju-baju kat ENVEE not bad ah. Of course, ade yang pricey, buat ada yang sale memang niceeee. First time I pakai long dress youuu~ Aw. Haha! Selama nie elak xmo pakai long dress, eventho it's a trend. Badan I kan keding. Macam tak berapa cantik pakai long dress ni. Huhu..

Nanti bley la beli dress-dress kat ENVEE in case nak attend wedding ke, majlis pape ke sebab pregnant nie macam susah sikit nak cari baju. The Pop Look nice jugak tapi selalu yang aku nak, yang tu la SOLD OUT. Hampa T__T

Baby stuff? Satu haram jadah tak beli lagi =) Dulu janji nak beli bila dapat gaji Disember, kan? Haha! Busy pindah rumah segala, banyak barang baru nak beli terus terbantut! Semalam gi Ikea pun sebab ade benda nak beli. Kalau ikutkan, kat Ikea tu semua aku nak beli baru. Romeo hanya mampu melihat sahaja :) Ala, rumah baru.. mesti la nak barang/perabot baru. Takkan nak pakai yang lama.. dah tak cantik :P

Romeo nie pun satu, dah tau beberapa bulan lagi nak kawen, dia boleh beli peti ais kecik je. Chait! Kot ya pun, beli la yang besar.. yang 2 doors pun okey (hahahahaha!). Then rumah dah double storey, aku mula la nak mintak Romeo beli LED TV baru untuk hall :)) Nie semua sebab terpengaruh dengan deco rumah Affai (Romeo's BFF). Sumpah cantik wey! Tapi... dia tu sah2 la businessman. Huk huk~ Dalam rumah dia, ade 3 kusi OGAWA tu. Aiyoo.. Kalau pow satu bley tak? :P

Aku plan nak tuka sofa, tuka meja makan. Sofa lama bley letak kat family area tingkat atas :) Meja makan lama tu tahu tak.. memang lama pon! Dari zaman Romeo bujang duduk kat Kinrara. Dah la 4 chairs only. Ey, mana muat kalau tetamu datang :P At least 6 chairs ok la kan. Lagipun ruang dining tu macam luas sangat. Letak meja makan lama tu banyak gile ruang :))

Pastu aku cakap kat Romeo, nak beli almari baju ngan almari make up baru (untuk aku) Hahaha! Sebab uma tu memang dah provide 1 wardrobe kat Master Bedroom. Tapi korang tau je la, baju Romeo dah penuh 1 wardrobe. Mak nak letak mana? T__T

Satu perkara yang buat aku sayang kat Romeo, dia selalu bagi apa aku nak :) Tapi, bila aku emo ke gaduh ke, mesti aku lupa benda-benda tu semua. Huhu.. Aku ni plak degil. Susah dengar cakap. Romeo selalu marah aku cakap aku nie DIVA. Uwaa.. Maafkanku hasben. Memalam, Romeo la yang jadi tukang urut badan aku sebelum tido. Hihi. Dia kena sapukan minyak panas kat belakang badan.

Ok, enuff topic pasal Romeo. Nie nak tanya, sape tahu mana nak cari bantal yang macam gambar nie? Nak sebijik macam nie. Haha! Yang aku nampak kat kedai pattern dia tak sama.. pendek sikit dari dlm gambar nie. Takkan nak order kt oversea (semata-mata?) *sigh*

JLO dlm The Back Up Plan. Tengok movie nie, lagi buat nak bantal nie *_*
Ada sesape tahu, katne nak bantal nie? Taknak yg boleh skali utk susukan baby tue..

Tuesday, December 13, 2011

I Am Number Five. Five?

Apakah? Haha.. Ok la.. sebenarnya nak bgtau, I dah 5 months pregnancy stage :) *poyo*

Perutku masih belum menampakkan kebulatannya. Tidak seperti opismetku Sarah yang kini comel with baby bump :) Uwaa.. sedih bila my niece cakap "Makde pregnant, tapi kurus. So macam orang kurus, tapi perut buncit. Sebab tak nampak perut makde macam pregnant" (T___T) sampai ati... sobs!

Nak buat camne, gen family semua perut kecik kecik. Huk huk~ A friend of mine yang EDD nak dekat2, now 16 weeks tapi dah nampak baby bump. Hurm.. sabo je lah! =)

Walaupun baby bump belum kelihatan, I started to worry about stretch marks. My SIL, asyik cakap stretch marks dia sangat teruk. My sis pun macam menakut-nakutkan I. Dia cakap macam ular la.. macam wayar berselirat la.. Argh! Jadi, nak mengelakkan dari perutku kelihatan huduh selepas bersalin, aku pun start pakai Palmer's Cocoa Butter nie.



Dah tweet tanya experienced friends, semua promote brand nie. Kat Guardian ade lagi satu, Pureen punye. Tapi disebabkan takde orang promote, so aku pun tak beli la. Heh. First time apply, cream nie rasa sejuuuk. But I dislike the smells. Macam bau koko tapi bau yang tak berapa nak sedap. Ah, sapu je. Doa-doa, jangan la ade stretch mark. Sikit-sikit, halus-halus, mungkin boleh diterima. Kalau tak, camne hot mommy nanti nak bawak baby gi mandi kat pool/beach. Takley la mommy pakai bikini (berangan kau!) Hihihi..

Memang, tak dinafikan pregnancy is the best moment for a woman. Saat-saat indah. Blablabla and so on. Tapi kan, terdetik la jugak dalam ati aku, susahnye pregnant nie. Nak pakai baju, serba tak kena. Tak slim dah kalau pakai dress, perut muncit. Pastu risau pasal stretch marks. Pastu, risau hidung kembang. Pastu, back pain. Pastu, risau cramp. Haih.

Banyak benor risaunye Temah ni. Ye la, bile bace blog mommy-to-be, website Babycenter, banyak betul yang cerita benda-benda camni. Maka, kerisauan pun datang lah... Huhu~

Aritu, follow PIL and husby gi SOGO. FIL beli baju sejuk sebab nak gi Morocco. Oh, ntah2 dah sampai :) Then lepas dia siap-siap beli, aku ajak la husby gi kat floor baby. Mase turun escalator, dia pi cakap kat MIL "Elina nak gi kat floor baby. Nak tengok barang baby" Skali MIL aku pun cakap "Awal lagi nak beli barang baby, tunggu 6 bulan. Nanti basi beli awal-awal"

Dalam hati aku, dah marah-marah kat husby aku. Pasaipa dia pi cakap kat mak dia aku nak gi floor baby. Orang-orang tua memang ah camtu (-___-) tak sporting langsung tau! Bila aku cerita kat mak aku, naseb baik mak aku bagi respond yang sangat ok. Mak aku cakap "Takpe la, beli sikit-sikit. Nanti takde la terasa sangat kalau beli last minute. Beli last minute, itu pun kalau larat" Aaaarghhh.. bencinye!! (T__T) orang nak usya barang baby je.. bukan nak terus beli. Sebab orang sangat jarang gi SOGO. Semua orang pun cakap SOGO murah. So alang-alang dah sampai, nak la gi cuci mata. Kecewa beb, kecewa.

Next week aku ade check up kat FPP Hospital Putrajaya. Memandangkan baby bump aku yang tersangat lah kecil, aku tak rasa doktor bleh tengok jantina dia. Unless he's a boy! Hihihi.. So now tengah pikir, nak tau jantina ke.. just nak let it be =)

Kalau nak suspens, aku kena la beli baju newborn white color. Nak selamat. Haha~ Aku notis, sekarang nie aku dah kurang marah-marah atau emo dengan husby. Kalau ada pun sebab bengang. Haha~ Aku selalu bengang kat dia kalau aku tak dapat apa yang aku nak. Macam aku nak makan fatty crab, dia tangguh2. Atau aku nak beli barang, dia cakap "Tunggu la..." Aku tau, that's my bad behavior. Tapi nak wat camne, dah jadi kebiasaan. Tak dapat je, aku muncung mulut. Tarik muka. Aku bukan jenis penyabar. Dan aku sangat suka mendesak =) Ok ok, I try to change. Azam tahun 2012 (kot!)

Insya'allah.

Monday, December 5, 2011

Full Paying Patient Scheme (FPPS)

Korang pernah dengar pasal FPP? Ha.. nie BFF aku Dr.Suria yg perkenalkan masa dia kat Hospital Selayang :) Referred to my title, FPP is Full Paying Patient at government hospital. Kiranya, boleh dapatkan servis yang sama seperti hospital swasta di hospital kerajaan. Thanks Suria for the info. Rasanya last year ke last 2 years dia perkenalkan kat aku :)

So baru sekejap tadi, aku call Hospital Putrajaya untuk buat appointment next check up aku. Ingat nak try buat kat sini. Tp akak yang tolong set kan appointment tu cakap, all four of the doctors semua dah start busy. Sehari, 30 patient dorang layan. Pergh. Tp aku gagah jugak cakap nak buat appointment kat situ. Haha~ Sebabnya, bulan Disember nie my doctor kat DEMC cuti. Next year January baru continue balik dengan Dr.Norleen.

Aku malas nak explain banyak pasal FPP nie. Korang boleh klik link nie and baca :) Not only utk gynae ok, macam-macam servis and specialist treatment korang boleh dapatkan kat Hospital Putrajaya nie untuk Full Paying Patient.

Kenapa aku pilih Hospital Putrajaya? Ofkos la sebab dekat. Hehe~ Nie second option aku kalau nak deliver nanti. Dari maklumat yang akak tu cakap, first check up RM110 (tak termasuk ubat), follow up RM60. Ok kot.. Rate untuk normal deliver sekarang RM2K++, C-Zer RM3K-RM5K++. Untuk deliver deposit RM3000. Ok kan?

3rd option aku Hospital Az-Zahra. Cousin aku baru deliver normal kat sana RM1300. Murah gile! Tapi aku ade jugak dengar orang cakap Az-Zahra tu tak elok la blablabla.. Adoi! Kalau aku nie kaya raya, memang aku gi Prince Court je! :) Untung lah staff Petronas.. sebab panel dengan Prince Court. Hu~

Nak water birth macam Dr.Halina, duit pun tarak. Haha~ Mana boleh membazir, kan nak anak setahun satu. LOL. Naseib naik HeiTech cover sikit *wink* Sebelum kawen lagi, mak aku dah pesan suh simpan duit. "Nanti nak beranak senang.. Kalau xde duit, beranak je kat hospital kerajaan". Ini lah antara dialog yang mak aku selalu ingatkan. Haish~

Marilah kita mula menyimpan ye kawan-kawan (^__^)


Hatiku Milikmu~

Heya Fellas! ;)

Ok, title entry kali nie I guna tajuk lagu yang tersangatlah popular skrg sebab drama kat tv tengah popular. Teka drama apa? Hihi. Ape lagi.. Cinta Elysa. Dok ulang-ulang je lagu nie kat playlist :P

First nak bgtau, I've already watch Ombak Rindu yang hangat diperkatakan di Facebook, di Twitter sampai trending terus Ombak Rindu & Aaron Aziz :) Congrats Aaron Aziz. 



Ok. Honestly, masa filem nie baru keluar, first thought aku "Ala.. tajuk cam gini.. kisah novel plak tu.. ape nak sedihnye.." Haha.. riak ok! Sebab aku bukanlah seorang yang suka membaca novel. Novel melayu totally a NO NO for me. Kalau dah penulis tu wanita, opkos la dia buat jalan cerita yang best-best je kan? Yang lelaki idaman setiap wanita la kiranya :P Sedangkan kat Malaysia nie, berapa percent sangat lah lelaki Melayu yang ade sifat gentleman :P

Sebelum aku gi tengok, bebudak opis semua siap perli "Jangan lupa bawak tisu banyak-banyak Ell." Aku dah mcm watdeh.. hihihi.. Hamek kau! Skali meleleh jugak la air mata aku nie bile tengok ade certain2 scene tue T_T Dah tak dpt dibendung. Nasib baik aku bawak shawl. Pastu cover baik punya, landing atas bahu husby. Hehehehe.. Takde la nampak sangat kan.. Husby plak beli online gsc seat paling belakang and tepi :) Ok la tu.

Pada aku, yang membuat aku bertambah touching tu sebenarnya bila dia mainkan soundtrack tu. Lirik lagu tue walaupun dia berulang2 (dlm beberapa scene) aku tetap touching.. Antara bait-bait lagu Ombak Rindu :-


tuhan tolong lembutkan hati dia..
untuk terima ku seadanya..
kerna ku x sanggup..
kerna ku x mampu..
hidup tanpa dia di sisi ku..

tuhan aku tahu banyak dosa ku..
hanya ingat kamu kala duka ku..

Fuh!! Dah la mmg byk dosa dengan suami. Dgr pulak lirik lagu tu berulang2 dlm movie. Mane tak meleleh air mata T__T Amik kau! Hihihi..

Ok enuff about Ombak Rindu. Jom kita story benda lain pulak :)

Oh ya! Last night dpt WhatsApp dari my MUA - Tiar Zainal. Dia invite pegi warehouse sale by MAC. Woohoo! Aku siap bwk BFF lagi 2 orang tue.. Hihi.. Siapa lg kalau bukan Zai & Mashe (^_^) Tak pernah gi warehouse sale by MAC nie, harap2 harga memang murah lah. Kalau stakat dpt 20%, baik aku beli kt kedai dia je pakai membership card ;)

Sabtuday lepas, my brother's wedding. Reception sebelah lelaki pulak =D Alhamdulillah, baju yang aku & adik aku tempah tu siap! Janji siap 30hb November, skali akak tu demam, balik kampung. Ah, sudah. Cane ni? Naseb baik kitorg push jgk.. so husband akak tu panggil tailor dia yang lain siapkan kain. Memandangkan kesuntukan masa, so aku tak sempat pun gi fitting ke ape. Terima je la nanti, boleh pakai ke tak. Adik aku yg gi amik. Dia ckp byk kali dia fitting sbb tailor tu mcm tak faham ape yg adik aku nak.

And finally, pagi Sabtu aku try baju tu. It fit me perfectly (^__^) Kurung moden. Tak sedor diri, dah nak masuk 4 bulan pakai kurung moden. Haha~ Naseb baik tang perut tu masih ada ruang bernafas :D Cuma part dada tu, memula sarung agak ketat la. *Almaklumlah, sejak pregnant nie breast mcm naik sikit* Huhu~

Rasanya sekejap je aku boleh pakai baju tu. Pasni kene tunggu sampai abis bersalin, baru boleh sarung semula. Hehe.. In the mean time, adik aku la dpt pakai. Cheit. Itu pn kalau dia berjaya turunkan sedikit berat badan dia . Hahaha~

Aku suka gak tempah baju kat akak ni. Kat Plaza Alam Sentral. Dulu aku tempah dress pari-pari warna silver tu. Last minute aku hantar, nasib baik dia nak terima. And aku sangat selesa dengan jahitan dia, ukuran dia :) Dress pari-pari tu, aku tempah cuma RM250. Yang kurung moden baru-baru nie cuma RM100 jer. Murah jugak la sebab aku bagi kain chiffon.

Kalau hantar kat butik Kas seksyen 7 tue quiet expensive. Dress pink menggunakan kain chiffon dia charge aku RM280. Baju bertunang aku kain chiffon, buat kurung moden kene charge RM350. Mungkin sebab penuh manik. Ok fine. Then baju nikah aku, kain dari Indonesia, lace. Aku buat kebaya. Dia charge RM350 jugak. Baju kurung moden adik aku (masa jadi pengapit) kain chiffon, aku berjaya dapatkan less.. at least dpt la RM300. Baju kebaya kain songket aku dia charge RM280 siap lining. Then kebaya pendek kain Indonesia dia charge RM250 without lining. Huhuhu.. Mahal.. Tapi puas ati la jahitan & ukuran dia amik. But still, mahal. Gulp!

Semua tu bukan suka-suka aku tempah kat KAS Butik. Sebab semua tu baju untuk event. Wedding abang aku last year, then wedding aku, wedding BFF aku, last skali wedding abang aku lg sorang, this year :) So dah habis dah wedding untuk 2 tahun nie :)

Setiap 6 bulan mak aku sambut menantu. Hihi. Pasni tinggal adik aku la penutup. Lagi berapa tahun? Kita tunggu je la yea.. First mak aku sambut menantu tahun 1995. 15 tahun kemudian, abang pertama aku kawen, December 2010. Then aku, Mei 2011. Penutup abang kedua aku, December 2011. Alhamdulillah~

Memandangkan entry aku kali nie caca merba, maka sampai sini je la aku menulis ek. Heh.

Take care.. Adios! :) Sebagai penutup, nie antara baju-baju yang aku perkatakan di atas :D

Wedding adik ipar perempuan di Kelantan (masa ni aku belom bertunang)
Wedding Lisa kat SACC Convention Centre. Baju disponsor. Lace 4 mtr, satin 4 mtr . Design by Hatta Dolmat.

My Engagement Day (^_^)

Wedding Fid Putra. Dress yg sgt fit. Buat sebab my BFF Dr. Suria's wedding at Dewan SUK, Shah Alam.

My solemnization day (^_^)

My pengapit (my youngest sister)

Wedding Izat. Tengok, betapa slimnya aku wlpn dah 15 weeks (^_^) But doctor said I gained 2.5kg. Whee!

Thursday, December 1, 2011

More reasons to get pregnant :)

Hello there!

Actually title and entry kali ni copy dr blog Dr. Halina. Just nak share with all the readers. Tak kisah la yang dah jadi mommy, mommy to be or mommy wannabe. Heh ;) Meh la bace blog Dr. Halina. Best.


KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Aku taktahu la datang dari mana, tetibe aku terasa macam nak mengandung lagi selepas first baby ni nanti :D Haha.. Padahal kakak aku dah warning, jarakkan umur anak sebab takot kurang perhatian. Hm, tapi dia kawen umur 21 boleh la nak jarak2. Aku nie tahun depan deliver dah 28thn. Gulp. So aku plan, before 30 aku nak ade 2 babies :D Plan je dulu hihi..

Dah tanya husby/Romeo. Dia cakap okey je. Memula aku shiok sendiri yg plan. Tak bgtau dia pun. Bukan apa, takot dia tak setuju. Ye la, kalau ade baby kan nanti nak pakai banyak duit sume. So semalam dalam kereta, lepas check up kat DEMC, saje la tanya =D And he gives a positive feedback. Hah! Dia ckp "Okey jer. Muda-muda nie xpe pregnant, I nak cari duit pun senang." Something like that lah! ;)

Ngee~ Insya'allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan, right? O:-) Bila bace blog2 preggers, tengok betapa excitednya dorang sampaikan belum 3 bulan dah start beli baju-baju baby. Wah!! Laju betul. As for me, dah lepas 3 bulan nie insya'allah dah boleh beli kot sikit-sikit.

Mungkin start bulan December. Eh, today la december :)) Ok, tunggu gaji lah. Sebab early december ni macam nak pakai banyak duit :) Wedding my brother, nak pindah rumah, ade 3 baby yang baru & bakal lahir =D So nak kene get ready beli hadiah sume :)

Lepas 3 bulan at least dah hilang segala kerisauan (miscarriage). Masa 1st trimester, 2 kali jer aku gi scan. First, for pregnancy confirmation. Second, masa ade blood spotting. Alhamdulillah, segalanya dilalui dengan selamat. Ade kawan-kawan yang dah siap suruh gi buat buku la, buat appointment dengan doctor lah.

But I guess better I wait until betul-betul dah lepas 3 months. Sekurang-kurangnya takde la kite mengharap sangat, takut la jadi pape kan? ;) Now aku dah start buat buku/appointment. My doctor is Dr. Norleen at DEMC, Shah Alam. She was recommended by my mother and friends. Untuk appointment dengan government buku pink tu.. ermm taktau bila nak gi. Nak kene call ke? Nak kene dtg terus ke klinik ke? Sume tu taktau. Husby baru amik GL dia. Huhu~ Tengok lah nanti. My sis in law langsung tak pergi check up kat government.

Okey lah. Sampai sini dulu mengomel ek. Boring lah. Boss xde tu best tp boring plak datang ofis. Hehehe.. Nak cuti lagi sebab excited my brother's wedding this Sabtuday! Wheeeee....