Thursday, December 22, 2011

Ok, now I can see it :)

Baby bump dah naik (sikit!). So last Monday, paksa Romeo gi beli new pants and leggings yang memang khas untuk preggers. I know my friend said "Mahal la maternity wear, ko xyah beli banyak2". Gulp! Aku pulak, mentang-mentang la Romeo's payday + bonus day, time tu la kite nak kecek! Tul tak? Hihi.. Takkan la dia tak kesian tengok wifey dia pakai pants yang dah sendat kat bahagian perut tu kan? =)

Before nie, aku cuma beli 2 pants size S. Pinggang dia xleh adjust2 punya. Now, dah beli yang terus boleh adjust until 9 months pregnancy =) Cadangnya nak ke Mid Valley isnin lepas, tapi tukar haluan so pegi Pyramid. Beli kat V-Mum je. Modernmum tak banyak yang catch my eyes. Huhu..

But then, dress-dress pregnancy kat V-Mum mcm tak brape nak comel sesangat la. Sebabnya, aku tak beli pun dress dia. Macam kembang gile kot. Memang la boleh pakai till 9 months but err... Now baru 4++ months, xkan nak pakai kembang-kembang.. malu la ai  :P

As for shirt and blouse, I still can wear size S. Tak perlu beli yang maternity wear lagi. Just kena beli yang kembang sikit kat bahagian bawah :)

Last Sunday, attend ASASIAN REUNION 2001/2002 Romeo kat UM. On the spot beli long dress kat ENVEE, MV. Terus salin baju. Haha~ Baju-baju kat ENVEE not bad ah. Of course, ade yang pricey, buat ada yang sale memang niceeee. First time I pakai long dress youuu~ Aw. Haha! Selama nie elak xmo pakai long dress, eventho it's a trend. Badan I kan keding. Macam tak berapa cantik pakai long dress ni. Huhu..

Nanti bley la beli dress-dress kat ENVEE in case nak attend wedding ke, majlis pape ke sebab pregnant nie macam susah sikit nak cari baju. The Pop Look nice jugak tapi selalu yang aku nak, yang tu la SOLD OUT. Hampa T__T

Baby stuff? Satu haram jadah tak beli lagi =) Dulu janji nak beli bila dapat gaji Disember, kan? Haha! Busy pindah rumah segala, banyak barang baru nak beli terus terbantut! Semalam gi Ikea pun sebab ade benda nak beli. Kalau ikutkan, kat Ikea tu semua aku nak beli baru. Romeo hanya mampu melihat sahaja :) Ala, rumah baru.. mesti la nak barang/perabot baru. Takkan nak pakai yang lama.. dah tak cantik :P

Romeo nie pun satu, dah tau beberapa bulan lagi nak kawen, dia boleh beli peti ais kecik je. Chait! Kot ya pun, beli la yang besar.. yang 2 doors pun okey (hahahahaha!). Then rumah dah double storey, aku mula la nak mintak Romeo beli LED TV baru untuk hall :)) Nie semua sebab terpengaruh dengan deco rumah Affai (Romeo's BFF). Sumpah cantik wey! Tapi... dia tu sah2 la businessman. Huk huk~ Dalam rumah dia, ade 3 kusi OGAWA tu. Aiyoo.. Kalau pow satu bley tak? :P

Aku plan nak tuka sofa, tuka meja makan. Sofa lama bley letak kat family area tingkat atas :) Meja makan lama tu tahu tak.. memang lama pon! Dari zaman Romeo bujang duduk kat Kinrara. Dah la 4 chairs only. Ey, mana muat kalau tetamu datang :P At least 6 chairs ok la kan. Lagipun ruang dining tu macam luas sangat. Letak meja makan lama tu banyak gile ruang :))

Pastu aku cakap kat Romeo, nak beli almari baju ngan almari make up baru (untuk aku) Hahaha! Sebab uma tu memang dah provide 1 wardrobe kat Master Bedroom. Tapi korang tau je la, baju Romeo dah penuh 1 wardrobe. Mak nak letak mana? T__T

Satu perkara yang buat aku sayang kat Romeo, dia selalu bagi apa aku nak :) Tapi, bila aku emo ke gaduh ke, mesti aku lupa benda-benda tu semua. Huhu.. Aku ni plak degil. Susah dengar cakap. Romeo selalu marah aku cakap aku nie DIVA. Uwaa.. Maafkanku hasben. Memalam, Romeo la yang jadi tukang urut badan aku sebelum tido. Hihi. Dia kena sapukan minyak panas kat belakang badan.

Ok, enuff topic pasal Romeo. Nie nak tanya, sape tahu mana nak cari bantal yang macam gambar nie? Nak sebijik macam nie. Haha! Yang aku nampak kat kedai pattern dia tak sama.. pendek sikit dari dlm gambar nie. Takkan nak order kt oversea (semata-mata?) *sigh*

JLO dlm The Back Up Plan. Tengok movie nie, lagi buat nak bantal nie *_*
Ada sesape tahu, katne nak bantal nie? Taknak yg boleh skali utk susukan baby tue..

2 comments:

cujern said...

post la gambar baju long dress tu... i pun suka long dress tp segan2 nak pakai sbb i kan pendek...nnt dah nampak macam ape je

Nadya Zahid said...

i ade bli bantal ni beb...i bli on9 je rm290 mase i bli tuh...n mmg sgt2 selesa untuk tidur...