Apakah? Haha.. Ok la.. sebenarnya nak bgtau, I dah 5 months pregnancy stage :) *poyo*
Perutku masih belum menampakkan kebulatannya. Tidak seperti opismetku Sarah yang kini comel with baby bump :) Uwaa.. sedih bila my niece cakap "Makde pregnant, tapi kurus. So macam orang kurus, tapi perut buncit. Sebab tak nampak perut makde macam pregnant" (T___T) sampai ati... sobs!
Nak buat camne, gen family semua perut kecik kecik. Huk huk~ A friend of mine yang EDD nak dekat2, now 16 weeks tapi dah nampak baby bump. Hurm.. sabo je lah! =)
Walaupun baby bump belum kelihatan, I started to worry about stretch marks. My SIL, asyik cakap stretch marks dia sangat teruk. My sis pun macam menakut-nakutkan I. Dia cakap macam ular la.. macam wayar berselirat la.. Argh! Jadi, nak mengelakkan dari perutku kelihatan huduh selepas bersalin, aku pun start pakai Palmer's Cocoa Butter nie.
Dah tweet tanya experienced friends, semua promote brand nie. Kat Guardian ade lagi satu, Pureen punye. Tapi disebabkan takde orang promote, so aku pun tak beli la. Heh. First time apply, cream nie rasa sejuuuk. But I dislike the smells. Macam bau koko tapi bau yang tak berapa nak sedap. Ah, sapu je. Doa-doa, jangan la ade stretch mark. Sikit-sikit, halus-halus, mungkin boleh diterima. Kalau tak, camne hot mommy nanti nak bawak baby gi mandi kat pool/beach. Takley la mommy pakai bikini (berangan kau!) Hihihi..
Memang, tak dinafikan pregnancy is the best moment for a woman. Saat-saat indah. Blablabla and so on. Tapi kan, terdetik la jugak dalam ati aku, susahnye pregnant nie. Nak pakai baju, serba tak kena. Tak slim dah kalau pakai dress, perut muncit. Pastu risau pasal stretch marks. Pastu, risau hidung kembang. Pastu, back pain. Pastu, risau cramp. Haih.
Banyak benor risaunye Temah ni. Ye la, bile bace blog mommy-to-be, website Babycenter, banyak betul yang cerita benda-benda camni. Maka, kerisauan pun datang lah... Huhu~
Aritu, follow PIL and husby gi SOGO. FIL beli baju sejuk sebab nak gi Morocco. Oh, ntah2 dah sampai :) Then lepas dia siap-siap beli, aku ajak la husby gi kat floor baby. Mase turun escalator, dia pi cakap kat MIL "Elina nak gi kat floor baby. Nak tengok barang baby" Skali MIL aku pun cakap "Awal lagi nak beli barang baby, tunggu 6 bulan. Nanti basi beli awal-awal"
Dalam hati aku, dah marah-marah kat husby aku. Pasaipa dia pi cakap kat mak dia aku nak gi floor baby. Orang-orang tua memang ah camtu (-___-) tak sporting langsung tau! Bila aku cerita kat mak aku, naseb baik mak aku bagi respond yang sangat ok. Mak aku cakap "Takpe la, beli sikit-sikit. Nanti takde la terasa sangat kalau beli last minute. Beli last minute, itu pun kalau larat" Aaaarghhh.. bencinye!! (T__T) orang nak usya barang baby je.. bukan nak terus beli. Sebab orang sangat jarang gi SOGO. Semua orang pun cakap SOGO murah. So alang-alang dah sampai, nak la gi cuci mata. Kecewa beb, kecewa.
Next week aku ade check up kat FPP Hospital Putrajaya. Memandangkan baby bump aku yang tersangat lah kecil, aku tak rasa doktor bleh tengok jantina dia. Unless he's a boy! Hihihi.. So now tengah pikir, nak tau jantina ke.. just nak let it be =)
Kalau nak suspens, aku kena la beli baju newborn white color. Nak selamat. Haha~ Aku notis, sekarang nie aku dah kurang marah-marah atau emo dengan husby. Kalau ada pun sebab bengang. Haha~ Aku selalu bengang kat dia kalau aku tak dapat apa yang aku nak. Macam aku nak makan fatty crab, dia tangguh2. Atau aku nak beli barang, dia cakap "Tunggu la..." Aku tau, that's my bad behavior. Tapi nak wat camne, dah jadi kebiasaan. Tak dapat je, aku muncung mulut. Tarik muka. Aku bukan jenis penyabar. Dan aku sangat suka mendesak =) Ok ok, I try to change. Azam tahun 2012 (kot!)
Insya'allah.

1 comment:
alamak pool ni bukan nak fulfill kehendak wifey..nanti baby mengidam air liur asik kuar jer.
Post a Comment