Bermula dengan rasa tidak selesa pada tekak. Tapi dah bergelen-gelen I minum air suam. Mak kata "Eleh, sebelum tu minum air milo sejuk bukan main.. mane tak sakit tekak tu" Huhu.. Hish mak nie..
Dari sakit tekak, membawa kepada batuk biasa. Today masuk ofis, rasa nak demam pula. Jap gi lepas lunch nak gi Klinik Mediveron lah. Pastu nak mc. Nak rest. Nie mesti sebab baby dalam perut rindu kat daddy dia nie :P Eheh.. Mommy rindu biasa-biasa jer :P
Hari ni Romeo balik. Yahoo! Tapi Jumaat nie dia fly pergi Sandakan pulak. Ala, lagi jauhhh! =( Bila dah masuk bulan terakhir 2nd trimester nie kan, I rasa I cepat sensitif lah. Kalau tengok cerita sedih, jadi sedih. Kalau Romeo balik lambat sebab kerja pun I sedih. Ish.. Pembawakan budak betul tau ;p
Tapikan, masa pregnant nie la masa yang paaaaaling best! Dapat perhatian sepenuhnya dari husby, dari family and kawan-kawan =D Opkos la dari husby paling best kan? Pukul 5 pagi pun sanggup belikan bubur McD sebab wifey lapar.. eh baby lapar =D
Baru-baru nie kan, Romeo selalu kena bagi talk kat agensi agensi yang berkenaan dengan pusat pengasuhan kanak-kanak. Hari tu dia ada meeting dekat JPM pun sebab kerajaan nak mula beri pengiktirafan pada pengasuh (mana-mana yang tidak ada sijil atau diploma/ijazah dalam pertauliahan pra-kanak-kanak).
Terkejut jugak I Romeo bagi talk about childcare. Thihi. I siap cakap "Untunglah I, pasni U lebih pandai jaga budak.. jangan pandai cakap jer" Hehehe.. Dia cakap nie semua gara-gara terlalu banyak kes bayi tersedak susu. Scary kan?
Mak I yang pernah kerja kat nursery belakang rumah cerita, kekadang pengasuh nie budak-budak muda. Diorang nak senang, diorang sumbat je botol susu tu kat baby pakai bantal. Then biarkan jer. MANA BOLEH!! Gila la diorang nih! Tak fikir ke.. orang dah bayar, kau buat la kerja tu elok-elok. Eee, geram betul bila dengar. Nie buat I makin risau kalau nak hantar anak I ke nursery. Naya je kalau dapat pengasuh yang takde perasaan! ;(
Hm, okey la mengomel sampai sini dulu. Takde mood tak sehat nie..

No comments:
Post a Comment