Wednesday, February 1, 2012

Majlis Berendoi , Aqiqah, Cukur Jambul Dan Tahnik

Korang tahu semua maksud di atas? Yang penting, ia adalah satu majlis yang diraikan apabila seseorang mendapat cahaya mata. Tapi lepas I dah buat beberapa kajian melalui bacaan dan refer pada Ulama, kebanyakkan mereka mengatakan hanya majlis aqiqah yang ada dalam Islam. Hmm, tapi zaman sekarang, dah jadi trend.. buat majlis aqiqah sekali dengan berendoi (dalam buaian), tahnik (meletakkan manisan seperti kurma pada mulut bayi) dan cukur jambul (memotong sedikit rambut bayi).

Alamak, cane nie? 

Ini antara artikel yang I baca :-

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena  menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga.

Berpandukan syariat Islam, istilah cukur jambul  sebenarnya  tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada masyarakat India yang beragama Hindu.


Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda,  “Tiap-tiap anak  itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia  ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)


Berdasarkan kepada hadis ini,  ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging  akikah tersebut diagihagihkan kepada golongan fakir miskin. 

Mengikut sunnah, apa yang dilakukan  oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut  mereka  berdua. Rambut  tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. 

Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik. 

Amalan tahnik ialah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Islam  menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga  botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.


Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak  mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.


Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini


Selain amalan-amalan di atas yang  bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut 
turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bungabungaan dan perhiasan lain.  


Upacara cukur rambut  tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut  sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.


Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.


Kebanyakan  amalan yang dijadikan  adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

*************************************************

I tengok sekarang dah ramai orang buat majlis aqiqah pada hari ketujuh kelahiran :) Insya'allah, jika dimurahkan rezeki I pun plan nak buat majlis aqiqah & tahnik pada hari ketujuh. Pastu baru nak announce nama baby. Hihi.. Dah plan siap2 nie.. Lahir je baby no picture post in FB or twitter or BBM :D Kan konon-konon nak ikot Ziana Zain, Tom Cruise.. Hahaha~

I ada la buat survey sikit-sikit untuk majlis nie. Mungkin, I akan buat di Shah Alam! Oh, rumah PIL kat Kelantan pun insya'allah buat :) This is their first cucu ♡ Sedikit gambar yang I ambil dari Facebook kawan-kawan ;)

Majlis Aqiqah & Berendoi my classmate - Alinn. Baby girl Nureen Aliana

Kenduri Aqiqah & Cukur Jambul my BFF Dr.Suria. Baby boy  Ahmad Aidil

Majlis Aqiqah my friend Izhar Moslim. Baby girl Delara Damia

Love their cradles ♥   

From Google.com

From Google.com

From Google.com

2 comments:

cujern said...

orang zaman sekarang ramai suka show off..tu pasal la ade majlis berendoi bagai.. padahal x wajib pun...tapi kalau de duit dah terlebih2...apa salahnya....

Nadya Zahid said...

tapi hari ke 7 tu mcm kite pon xfit lagi kot..heheeheheh :)
i pon pnah terpk cmtu...tapi kalau la kene czer..still mcm xleh nak jalan btol ape sume..heheehehe..cmne eh?