Thursday, September 27, 2012

Mothercare Sale

Tujuan asal nak menemankan Ann ke Mothercare. Tapi korang tau je la kan, masuk je Mothercare, nampak signboard 30% terus mata jadi cerah. Bulat mata masing-masing kan! :)

I yang memang tak plan nak belikan Fea baju pon turut terjebak. Shopping is virus you know :-s Dah pomis to myself "Jgn beli baju fea..jgn beli baju fea" Hmm.. janji tinggal janji. Memang baju fea tu banyak yang belum pakai, tapi tangan nie gatal jugak nak membeli. (Balik ni nak mintak claim dari Romeo ah) Hewhewhew..

Tak pasti lak tadi tue sale sempena apa. Anyway, thanks to Iera sebab dia split bills so I layak untuk dapat Parenting Privileges. Yey! \(^_^)/

Spend only RM300 from 1-30 September 2012
Haa... kire promotion lah ni. Normally kena spend RM800 kan? Kan? I pon ape lagi, memula ingat nak simpan resit hari ni, weekend nie spend another half then bley la apply card. Lucky me, Iera spend more so dia split bills :)

Tambah koleksi kad (^_^)
That's Ann & Iera. We all are happy mommies :))
Oh, mase berlegar-legar dalam store tu, I pon decide nak belikan Sophea teethers. Kekadang tengok dia macam gatal je gusi tue. Eh, anak aku nie nak tumbuh gigi ke ape? Cepat betol kot ya pon kheennn :))

Terlalu banyak pilihan. Last-last beli Tommee Tippee. Tak mahal, tak murah. Harap-harap berguna la bendalah nie hendaknya. Else, jadi semak je la aku nie dok menambah koleksi si anak :))

Pink lagi? (^_~)
PS : Semalam punye bag plastik Toys'R'Us masih dalam kereta, tak bawak keluar. Hari ni menambah lagi. Weekend nie baru bawak keluar kete, at least kalau Romeo tanya, I ade excuse "Oh, dah lama beli.. baru nak bawak keluar" Kih kih kih!

Victoria Secret : I'm in LOVE

Selasa lepas, my sister bbm suh fetch dia kat UM. Nak balik rumah, katanya hari rabu takde kelas. Eee, gatal tau. Baru je hantar hari Isnin, Selasa petang dah suh amik (-__-")

Alang-alang dah ke UM, ape lagi. Panjang la kaki kitorang. Menyinggah ke OU jap. Sebab nak masuk VS for the second time. Hihi!

Thank god, finally VS is now open in Malaysia! Even barang tak banyak mana, store pon tak besar mana, but still relief dengan adanya store nie kat OU. 

Selama ni, kalau nak beli body mist, asyik kena kirim kat Romeo je everytime dia fly. Kalau beli kat The Curve, dah naik harga. Tak patut betul. 

Since I'm so in love with PINK, can u imagine duduk dalam store VS tu semuanya pon pinkish! Gosh. Itu nak, ini nak. Rambang mata.

Body mist? Banyak gile pilihan. Sampai tak terbau. Bags? Pouch? Make up bags? Underwear? U name it! Hahaha.. ok jakun tauuuuu.. VS store paling dekat pon before nie Singapore. Itu pn nak kena convert2 duit Mesia ke SGD. Kat sini senang, terus tengok RM. 

Haritu beli set Bombshell and for my sis I bought her Tease. Now tengah aim nak beli bag dia. Boleh wat diaper bag Sophea (alasan mommy ko nie kan feaaaaa.... adeeee sajer!) Hewhewhew! Gi ngan daddy la senang nak pow >:) Wihihihihi!

PS : Sentap mak tau tengok video dia kat wall. Model semua stok leleh! Bila jejak kaki dlm store tu, berangan-angan la body mcm Adriana Lima. Voley? Bhahahaha!

PS 2: Lunch time nak gi Mothercare. Pantang Iera ajak.. aku okey ajer! :)) Anyhoo, nak update about my changing career path. Alhamdulillah, tadi dah settle interview with En Zul. Ada harapan! :) I know I can do this! Lagi kuat menyopping la aku pasni. Hewhewhew!

Chow Chin Chow! ;)


Wednesday, September 26, 2012

Toys'R'Us Members' Clearance Sale Review

Tepat jam 12pm, Iera whatsapp "beb dah.. b3 eh" (^_^)

Apa lagi? Cargas! Grab wristlet, terus turun lift. Muka mesti selamber ok! :) Iera drive, park kt Summit. Katanya takot terbeli banyak, senang nak terus simpan dalam boot. Eheh. Plus, lepas lunch dia nak gi Maybank kat Taipan.

Naik lift, terus tekat tingkat 4. 

Hm, orang tak ramai pon. Lega. Amik shopping bag yang disediakan, memasing sandang ke bahu. Ok, misi dimulakan. Iera arah lain, I arah lain :P 

Hasil pemerhatian I, banyak mainan yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas. Untuk baby, kureng sikit la. 

Ada banyak brand. Playskool, Fisher & Price, Disney, Mattel, Hot Wheels, Hasbro etc. Ade baju sikit, bedding set sikit, buku2, cd, stroller, car seat and kasut from Stride Rike.

Kalau ikutkan kepala yang diluar tahap kewarasan (which tak fikir anak baru 4 month), memang dah sambar macam-macam dah tadi :))

Ok, let the pictures do the talking :P

Pn A (bkn nama sebenar) tgh belek2 scooter :)

50% come! come!

Pilih kak, pilih

Shower gel, shampoo pon dijual tau

Macam-macam ado ;)

Stroller & car seat

Cashier

Untuk Sophea (^_^)
Bedding set pon ado. Murah2 jer RM20, RM50

PS : I'm not good in capturing the picture. Asal boleh la kan.. Haha!

Terdapat Tujuh Faktor Kenapa Penyakit Hasad Dengki Menguasai Diri Manusia

I nak share something today. Lepas post kat Facebook, terasa nak share with bloggers pulak :) Kalau rajin, baca lah. Sama-sama muhasabah diri di hari Rabu (ecehh!) (^_^) *tapi kat FB link lain.. Saje banyakkan membaca.. pagi2 surf internet before start work. Minded mesti positif :)

Oleh: Ustaz Abu Basyer

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang  dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T  yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.

Terdapat tiga ciri  sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.

1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
  
Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor  yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

Antara lain :-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati.

Huraian faktor-faktor tersebuat adalah seperti berikut.

Pertama : Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pema’af.

Fiirman Allah s.w.t  yang bermaksud : “Jadilah pemaaf 
dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta 
jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A’raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ”Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Kedua : Merasa Diri Mulia
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

Ketiga : Takabbur
Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan diri untuk mengikut arahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

Allah S.W.T. berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : “Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi.” 
Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?
Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina.

Keempat : Ujub (bangga diri)
Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu :

a. Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.

b. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

c. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-

“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”

Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”

Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

Kelima : Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

Keenam : Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

Ketujuh : Busuk Hati
Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita buangkan sifat hasad dengki ini samaada di dalam hati  atau di dalam tindakan dan amalan kita. Sifat yang keji ini bukan saja mendapat kebencian manusia tetapi yang paling penting sifat ini di benci oleh Allah S.W.T. Hidup di dunia ini adalah sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi maka tinggalkanlah sifat hasad dengki ini kerana sesiapa yang menuruti sifat ini dia sedang mengikut hawa nafsunya dan mengikut bisikan syaiatan dan akan mendapat azab seksaan dihari akhirat nanti.
Nauzubillah :)

Tuesday, September 25, 2012

Toys'R'Us Members' Clearance Sale


Received this sms just now. OMG! Me and Iera was super excited, ok! Haha. Iera dah pernah gi last year and cerita her experienced. Ok sumpah tak sabar. Kalau boleh esok lepas breakfast nak terus gi, boleh gitu? Hahaha! Nak borong toys bebanyak untuk debot :)

PS : Thank God dorang buat time gaji dah masuk (^_^) 

Things I can't wait to buy for you Sophea!

JollyJoy Musical Map

6 in 1 Smart Trike (of course in RED!) hihi

Tripp Trapp from Stokke

Intax Playground Pool (I nampak ade kat Toy'r'us)

Legoland Malaysia :) 

Tak sabarnye. Lekas la membesar Sophea Khalisa :) I guess I will purchase the high chair first. Almaklumlah, lagi 2 months (Insya'allah) Sophea is ready for solid food! Nanti time mommy & daddy makan, Sophea boleh la duduk kat meja sama tanpa rasa diketepikan. Hewhewhew.

Smart Trike tue selalu time expo murah. Hm, guess I have to start saving from now on. Next baby expo is on November (^_^)

That swimming pool tue, nanti nak kena check muat tak nak letak kat luar rumah. Else kena cari yang kecik je la (Tp kalau kecik, camne mommy nak join?) Heh! :P

Last but not least, Mommy and Daddy will bring you to Legoland Malaysia! Insya'allah, bila dah siap sepenuhnya. Tunggu Fea dah pandai jalan, baru mommy bawak. Haha! Kalau boleh Mommy nak bawak fea gi USS, tapi Fea tecit lagi, lom faham betapa bestnya naik roller coaster :)) *How I wish I can repeat the moment with my girls masa gi Singapore.. bachelorette party before I tie the knot on march :)

Anyhoo, nak story sikit. Dah 2 kali Romeo cakap benda nie masa dalam kereta. His dialog "Anak kita sorang nie je la ling". Hmm, u get what he mean? Hehe..

It means, dia nak anak sorang je. My response? I just senyum and said "Cian fea nnt takde kawan..." Hahaha!

By the way, I takde terfikir pun nak anak lagi (dalam masa terdekat). Kalau sebelum nie, I ada cakap "Kan best anak setahun satu" or "Insya'allah nak gap kan anak dalam 2 years"

But now, I nak revised balik. Hihi! Now, I akan ready untuk second child, if Sophea is 3 or 4 years old. Serious, no kidding. Hmm, but that time, I dah 31 or 32 years old. Alamak, dah tua :-s

Errr.. tengok lah camne nanti. Semuanya bergantung kepada 'family planning' Hiks!

Bubbye!

PS : Sekarang nie, apa-apa yang I nak beli untuk Sophea, I akan cakap "Ala B, kan anak sorang.." Hihi! And it works great for me! (^_~)

Monday, September 24, 2012

Monday Blues ?

Nope.

Just nak share my first picture wearing BLUE color. Hihi! Dalam wardrobe, tak pernah ade baju color biru okey. Why?

Gambar last week :P

Let me tell you why. Because, bila ada baju yang I berkenan and pilihan color ada PINK, I akan pick pink color. If takde pink, but ada RED, I choose RED. If no pink no red, I choose WHITE.

So wardrobe pon penuh ngan color Pink, Pink, Pink, Red, Red, White. Haa gitu lah. Huhu! Color lain ada, tapi sehelai je la. Like, 1 piece of green, 1 piece of yellow, 1 piece of purple..

Ok, tu je nak merepek di pagi Isnin. Hewhewhew~

PS : Wish me luck! I'm thinking of changing my career path. Dah boring jadi Database Designer. I wanna change to something different, but still in Computer Science field. Oh, same company. Haha. Dah status permanent, takkan nak tukar company. Rugi oh! Unless Romeo dah shortlist kan nama I dalam SPA untuk F41. Then I'll think about it! (^_^) Wink!

Saturday, September 22, 2012

Baby Sophea Beautiful Day

Alhamdulillah~

Majlis berjalan dengan lancar sekali. Sophea behave sangat that day. Terima kasih kepada para tetamu yang hadir :) I'm so happy. Penat tu hilang bila dapat jumpa kawan-kawan and kaum kerabat yang datang.

Majlis bermula jam 10.15 pagi. Acara marhaban, berzanji & berendoi. Dalam sejam setengah setel. Hihi. My mom dah pesan kat gang berzanji dia, jangan berendoi lama sangat sebab jam 12 tengahari tetamu lain dah start datang untuk jamuan rumah terbuka ;)

Kerisauan I akhirnya hilang bila Sophea tak nangis langsung bila letak dalam buai tu. Phew~ Elok la pulak time tue dia dah start mamai-mamai nak tido :) Good girl!

Tapi 1 je spoil. Heh. I belikan Sophea baby tight (warna putih). Sebab I memang plan nak pakaikan dia romper (yg ada skirting). Tapi pagi tu masa kakak I siapkan dia, stokin/tight tue still longgar :( Macam selekeh plak. Last-last I pakaikan stokin biasa je. Seksi la pulak nampak kaki :P Bahagian atas kemain, siap pakai crop cardigan. Hahaha~ Lantaklah..

Btw, I memang adore gile dari dulu baju-baju gown baby yang macam kat Lovely Lace tu. Cantik! Tapi I tolak tepi pasal cantik. I utamakan keselesaan Sophea. Kalau boleh taknak bagi dia panas. Baby kalau panas sikit mula lah nak meragam kan? Jangan kata baby, aku nie kalau panas pon boleh jadi emo. Hahaha! :P

Baju Sophea tu pon beli last minute. 2 hari sebelum majlis. Tapi baju mommy & daddy dia, bulan puasa haritu dah beli! LOL. Mommy & daddy la paling semangat, kan? Kan? ;P 

Buai berhias tu pon, plan asal memang nak. Tapi bila riki-riki harga dengan Baby n Me, even dah dapat diskaun, I still ralat lagi.. nak ke tak nak ke tak. Berkenan habis kat Enchanted Wonderland Cradle tu. Hari-hari I tengok gambar. Aduhai.. teringin gile tau! Tapi... I takot, kang dah sewa bagai, tetibe Sophea xmo duduk dalam tu. Ha.. sape nak jawap! Hahaha.. Duit dah melayang. Harga pon dah sama macam mini pelamin I mase bertunang. Naya jer ;p

Ha..cantik tak? :) Siapa berminat leh contact diorang ni k. Like je page tue ;)
Sambil dok memikirkan pasal buai berhias nie, I pon tweet. Tanya la kot ada kawan-kawan twitter I tahu mana tempat lagi murah kan? Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi pada kawan Universiti I. Urm, actually classmate I Zafir yang kenalkan lepas dia baca tweet I tue.

I pon terus cari Hidayah nie kat Facebook. Terus add as friend and send message. Hihi! Hasil dia pon not bad, sesuai la dengan harga yang ditawarkan. Lepas nego here and there, that's it. I made up my mind, sewa jer dengan Hidayah. Plus, bunga telur sebelum nie I tak terfikir pon, I order sekali dengan dia. Bunga telur teddy bear. Cute! :)

Tema? Opkos la pink. Dah kate favourite color kan? Lagi plak baby girl. Hahaha~ Takleh nak lari. Majlis I adakan kat surau area rumah I. Situ la tempat kitorang menikah :)

Ok la tak tau nak merapu apa lagi. Apa pun lega sangat bila majlis selesai. Now I dah start planning untuk 1st year birthday bash dia. Over kan? Hahaha! Planning awal la bagus, boleh tau budget berapa. Hehe. Kalau tak plan, kang duit habis entah kemana. Lagipun 1st birthday nie semangat sikit sebab nak combine sekali dengan birthday my mom and our anniversary. My mom 12th May, my anniversary & Sophea birthday is 13th May. Yippee!

Layan je la gambar sikit2 ni k! Nak gambar banyak, dalam facebook :)

Ini la buai berhias Sophea. Simple yet I love it! 
Ni pulak bunga telur teddy bear + little star. Saje combine 2 jenis yang berbeza :)
I'm wearing kaftan Gina, by Sugarscarf in Dusty Pink. Romeo wears baju melayu cotton & sampin by Salikin Sidek

Pengantin is wearing romper with crop cardigan + headband from Baby Guess
Sophea yang dah mamai

Baca doa :P
With Ziadora
With mommy to be Linda

Friends :)

My ex + officemates (JPJ Revamp)
Safiq Rahim tetamu last :P

Kumpulan marhaban
Ready nak masukkan Sophea :)

Friday, September 21, 2012

Milestone chart: One to six months

Lepas bace entry Cheyan on her worries, suddenly I remember that I've read an article in Baby Center regarding Baby Development. Hihi! Anyway, here's to share with all of you (in case you all hardly find back the article; for those who might have read it before). Afterall, sharing is caring! Muah!

PS : I selalu tengok column Advanced Skills. Pastu cepat-cepat encourage Sophea supaya she will be in the group of "few children can do". Hahaha! Me psycho mom :P


Last reviewed: October 2008

What to expect from your baby at this stage.
Mastered Skills (most children can do)
Emerging Skills (half of children can do)
Advanced Skills (a few children can do)
Child's Age : One month
• Responds to sound
• Follows objects
• Ooohs and ahhs
• Smiles
• Laughs
• Holds head at 45-degree angle
Child's Age : Two months
• Vocalises sounds - gurgling and cooing
• Follows objects
• Holds head up for short periods
• Holds head at 45-degree angle
• Movements become smoother
• Holds head steady
• Bears weight on legs
Child's Age : Three months
• Laughs
• Holds head steady
• Recognises your face and scent
• Squeals, gurgles, coos
• Recognises your voice
• Does mini-pushups
• Turns towards loud sounds
• Can bring hands together and may bat at toys
• Can roll over
Child's Age : Four months
• Holds head up steadily
• Can bear weight on legs
• Coos when you talk to him
• Can grasp a toy
• Reaches out for objects
• Can roll over
• Imitates speech sounds - baba, dada
• May cut first tooth
Child's Age : Five months
• Can roll over
• Amuses himself by playing with hands and feet
• Turns towards new sounds
• Recognises own name
• May sit momentarily without support
• Mouths objects
• Stranger anxiety may begin
• May be ready for solids
Child's Age : Six months
• Turns towards sounds and voices
• Imitates sounds, blows bubbles
• Rolls in both directions
• Reaches for objects and mouths them
• Sits without support
• May lunge forward or start crawling
• May jabber or combine syllables
• May drag object towards himself