Saturday, February 11, 2012

Mood memasak kembali

Alhamdulillah, mood untuk memasak kini kembali :) Walaupun masakan tak sehebat Masterchef atau sehebat mak & mother in law, Romeo masih suka dan makan dengan selaranya! (Ye la, dah suami kau kan.. sape lagi nak puji masakan kau :P) Eheh!

Dah lama jugak sebenarnya I stop memasak. Semenjak pindah ke rumah baru di Precint 14. Hampir 2 bulan untuk mengemas rumah. Fuh. Nie pun ade la sikit-sikit yang unpack. Cuma benda penting and berguna jer yang dah siap kemas :)

Ok, back to the topic. Semangat nie hadir semula pun selepas my BFF Janna Mansor tweet advice I supaya memasak dari makan luar jer. Masa tu kan I kena Urine Infection. So dia cakap la, sometimes it's not just lack of water. It's because outside food. Terlebih ajinomoto ker.. makanan yg disediakan tak bersih ke. Betul gak. Memandangkan I tengah pregnant sekarang, kena la mengambil kira tahap kebersihan makanan kan? ;)

Sekarang nie, setiap kali balik kerja mesti singgah Pasar Precint 8. Suka sangat. Haha. Before nie ingatkan pasar tu hari minggu je.. rupa-rupanya setiap hari! Masa I tak tahu tu, I beli semua bahan kat Mydin Precint 15 atau Carrefour atau Cold Storage. Now tidak lagi! *wink*

Pasar tu pun not bad. Semua pun fresh. Nak apa, cakap jer. Semua ada! =D Sesiapa yang tinggal area Putrajaya (yang baru macam I nie) memang I suggest pergi beli kat Pasar Precint 8 tu je :)

Skill memasak I pun dah meningkat. Chewah! Selalu masak ambil masa sampai 2 jam. Slow kan? Mana taknya, tiap kali nak potong bawang, duk fikir nak potong bentuk camne untuk masakan tu. Dadu ke, hiris ke, nak blend ke :P 

Ingat macam nak buat Database Design ke? Hahaha~ Tapi now dah boleh agak la sama ada nak tumis tu nak blend or just hiris/dadu. 

PS : Bukan sahaja rajin memasak, mengemas rumah pun rajin! Sampai sakit pinggang nie ha... Hormon.. Hormon ;)

3 comments:

cujern said...

hahah bagus2... i pulak semakin malassssssss....dah sebulan ni masran je masak..hikhik..

kemas rumah pun malas jugak...berseopah je rumah i ni..hari tu basuh cadar pastu sampai skrg tak pasang cadar baru..tido la kami laki bini atas tilam bantal yang tak bercadar tu..hihi..

tak tau la kenapa malas sangat skrg ni..maybe sbb dpt laki rajin kot..tu yg i jadi malas... lgpun asik x sihat je...nak buat apa pun takde mood...

SiMply NaD'Honey said...

rajin mak buyong sorang ni hehe...gud2

Juliet said...

Cujen

Untungnye uuu! :D Memang macam tu.. Allah Maha Adil.. Sebab tu dia jodohkan kita dengan orang yang sesuai ;)

PS : Kalau malas2 nie selalunye org di awal kehamilan.. haaa.. jeng3x..

SiMply NaD'Honey

Nad, rasanya baby dalam perut nie kot yg rajin.. Mommy dia malas je selalu :P