Monday, October 22, 2012

10 Langkah Anak Ceria (0-12 bulan)


Sesibuk manapun anda dengan tugasan mencari rezeki, luangkan lebih banyak masa bersama bayi anda terutama ketika usianya empat hingga tujuh bulan. Menurut kajian, ketika peringkat usia itu, bayi sudah mengetahui namanya dan memahami kamu sedang bercakap dengannya. Interaksi secara lembut bagi membina hubungan dengan si kecil anda.

Di sini, saya sertakan sekali panduan mudah bagi meningkatkan kemesraan antara anda dan bayi.

1. Cakap dan ketawa bersama - Bercakaplah dengan bayi disulami dengan ketawa. Bayi merasa seronok bila melihat wajah ceria ibu bapanya.

2. Bergurau - Geletek badannya. Sentuhan ibu membuatkan si kecil gembira.

3. Panggilan manja - Panggil si kecil anda dengan panggilan manja seperti “sayang anak mama”. Lakukan sambil memegang tangan dan menatap wajahnya. Ulangi beberapa kali supaya si kecil tahu anda menyayanginya.

4. Pujian - Senyum dan puji bayi sambil dekatkan wajah kepadanya sehingga tangan anda menyentuh wajahnya.

5. Mimik muka lucu - Lakukan mimik lucu seperti bulatkan mata, mulut. Ini akan menarik perhatiannya.

6. Ciuman manja - Cium pada seluruh anggota badan sambil mengangkat badannya ke atas. Cium di bahagian perutnya. Pasti dia akan merasa teruja.

7. Goyangkan kepala - Goyang kepala ke kiri dan kanan dengan perlahan sambil menyentuh tangan dan kakinya. Pasti dia akan merasa tenang dengan sentuhan anda.

8. Ba ba cak! - Si kecil memang sukakan permainan sebegini. Tambahan pula apabila dilakukan oleh orang yang dikenalinya.

9. Berikan barang permainan - Pilih warna yang terang dan menarik. Ini akan menceriakan si kecil.

10. Menari bersama bayi - Pasangkan muzik yang agak rancak. Dukung bayi dan pegang tangannya dan mula menari. Pergerakan yang anda lakukan bersamanya pasti membuat si bayi gembira.

Selamat mencuba!

Hello! Miss Bunny (^_^)
**Paling suka buat kat Sophea no 10 !! Hahaha.. dah macam-macam tarian mommy dia nie buat.. naseb baik tak shuffle :P 

Wednesday, October 17, 2012

Nak tambah ilmu ? Jom

Korang follow blog nie :-


Banyak maklumat yang korang boleh dapat :)

Kalau ada pertanyaan, korang email je akak tu. Serious.

Sharing is caring~ (^_^)

Monday, October 15, 2012

Hari Poligami Sedunia? - HotFM

Haha! Memang sia-sia dia nie call tadi. Respond yang diterima kat fan page HotFM memang hentam dia lah :)) Ade yg cakap cetek ilmu agama, ade yg cakap DESPERATE, ade yg cakap tak sedar diri etc...

Yes, right. Dalam Islam, poligami dibenarkan. Tapi cik hani oi, hang tue lenkali b4 call pikiaq la dulu. Jangan ikutkan naaffsu je. Cakap sesedap rasa sampai buat semua orang terasa. Eh?! :)

Awak tu nak berkongsi hak orang, respect la sikit. Buat la cara baik. Anyway, dah 2 tahun dengan suami orang.. kalau pikir logik, why wait for his 1st wife signature? Kalau dah betol2 nak sangat, pi je kawen lari kat siam tu :P Nampak sangat awak tu cheap lady.. waiting for 2 years tapi apa pun tak dapat. Ouch! ;)

Sape-sape yang terlepas dengar, click sini Hari Poligami Hot FM

Dalam banyak-banyak orang comment, I like comment from Putera Ezz. Jom sama-sama baca :)


10 Sebab Dilarang Pilih Suami Orang 

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja! 

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang! 

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat! 

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain! 

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan! 

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!) 

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita ! 

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA! 

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... .khususnya wanita.

"SEMOGA DILINDUNGI ALLAH SELALU"

Sifat sifat tercela


Monday, October 8, 2012

Setelah 5 bulan..

Kini Sophea & I kembali ke Putrajaya (^_^) Chewah kau... cite macam selama nie duduk kat Manchester City. Eh apesal Manchester plak nie? :P

Anyway, episod berpindah berlaku semalam. Banyak gile barang yang diangkut. Baru ku sedar, selama 5 bln menetap di Shah Alam, barang Sophea & I dah beranak pinak. Tapi barang Sophea la paling banyaaaaaaaaak! (-___-")

Masa mak & ayah nak balik, siap ciyom2 Fea, I plak yang sebak :'( Ye la, selama nie tahap kebergantungan I pada parents I sangat tinggi ok! Hehe. Bila Sophea terjaga malam, siapa yang layan? Mak. Bila Sophea bangun seawal jam 6 pagi siapa yang jaga? Ayah. Me? Layan tidur la konon alasan nanti kat office ngantuk tak cukup tidur, penat kerja blablabla (byk gile alasan kauuu!)

Sekarang? Semua sendirian berhad. Nak harap siapa lagi? Romeo? Dia dari last week outstation. Hari ni baru balik. Khamis till Sabtu fly gi KK plak. Toink! (*_*) Cite macam I sorang je ada anak kan? Hahaha! Ok ok.. korang korang korang semua memang supermommy. Tabik spring. Haip! \;-)

Pagi tadi start hantar Sophea ke babysitter. Dia bangun kol 6. Tukar pampers, bagi susu, main-main kejap. Kul 7 terus anta. Sebak gile masa nak balik tue. Tapi tahan jugak la airmata nie dari mengalir (T_T) Apsal entah.. kalau mak jaga, xde lak I nak sebak sebak bagai. Lagi balik lambat amik kesempatan ade lah. Huahua! :))

Tadi tengahari I text Kak Wan. Tanya khabar Sophea. Alhamdulillah Kak Wan kata Fea ok je (wat mase tu). Hihi! Bagus la. Boleh Sophea belajar berkawan. Kalau tak dia asyik kawan ngan nenek, atok, cunoi and mommy. Oh, dia pon dah popular kat Seksyen 11 tu. Eh eh takde la satu seksyen 11. Area rumah mak I je la :P Mane tak popular, morning walk everyday! Amboi.. tau-tau je balik dapat duit. Murah rezeki anak :)

Cepat betol masa berlalu. Pejam celik dah 5 bulan. November nie wedding Diana, Sophea dah 6 bulan. Best best. Dah boleh makan! (Tang nie paling tak sabaaaaar) Nanti kita main masak-masak ok! :) Biar suami isteri bekerja, kalau boleh I nak kasi Sophea homemade food. Fresh from home! :)

Tinggal lagi 2 bulan je dah nak abis 2012. 

May 2011 married. May 2012 give birth to Sophea. May 2013 ? Ehehe.. Tak.. tak.. Sophea tak expecting adik ye u ols ;) Thihiihi!

Chow chin chow!

Fea, pandang camera lah! :-/
PS : Sebenanrnya busy wat internal testing.. tapi curik-curik masa jap. Boring banyak error. Apa pun tak boleh! :P


Kisah Potato Salad :)

Gtalk Iera. Actually nak tanya dia pasal apa nama kentang yang lembut tu. Pastu teringat Dr.Halina ade tulis pasal baked potato dia (^_^) Aha, russet potato ye kawan-kawan.

Iera ingat I nak bagi Sophea makan dah :)) Belom lagi. Dak tecit tu minggu nie baru nak masuk 5 month. Dia lagi suka makan jari dia :P Tak cukup sebelah tangan, dia masuk both hands. Air liur toksah cakap laaa (-_-")

Ok, back to the topic (Suke nak melalut ke laut kan!)

Tetibe aritu dok blogwalking, and nampak gambar Potato Salad yang sangat yummylicious! *drooling Pastu terus kuar mentol atas kepala "Ha... buat potato salad okey jugak kan!" Team member kat MAMPU nie semua pon cam best je.. Kekadang memasing bawak something from home. Ah, rasa sangat syiok gitu.

Tu yang I rasa nak buat potato salad and bring to the office. Sharing is caring~! :) *Sejak I datang sini, breakfast, lunch, hi tea semua pon tersedia. Ohsem! Parking pon free. Double Awesomenesses! =P

I start buat potato salad nie opkos lepas habis tengok Adam Dan Hawa. Hihi! Ye, ini adalah rancangan harus tonton yer! :) Thank god I don't need to berebut dengan Sophea sebab dia tecit lagi.. Tak macam Iera. Haha. Beli iPad beb, cepat! :)

Ok la. Nie bahan-bahan yang I gunakan. Senang & murah je kos dia. U ols pon boleh cuba. Untuk yang anak dah boleh makan tu pon boleh cuba. Berkhasiat gittew! ;) Just takyah letak garam or serbuk perisa. Healthy food for healthy baby =D

Bahan-bahan:-
5-6 biji kentang russet (kentang malaysia pon boleh, tapi rebus lama sikit kasi empuk)
3-4 sudu mayonnaise (ikut la banyak mana kentang korang k)
Beberapa hirisan daun bawang @ bawang Holland
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar air
Sedikit serbuk pati ayam & perisa

Caranya :-
1) Potong kentang saiz dadu atau bentuk macam wedges (sederhana besar)
2) Rebus kentang (letak sikit garam) kemudian toskan.
3) Untuk dressing, campurkan mayonaise, jus lemon, air, serbuk pati ayam & perisa ke dalam 1 mangkuk dan gaulkan hingga sebati.
4) Gaul kentang ke dalam dressing dan taburkan hirisan daun bawang @ bawang Holland

Taaadaaaaaaa! Siap! :)

Kalau nak lebih umph, simpan dalam fridge for few hours. Selamat menjamu selera! (^_^)



Friday, October 5, 2012

It's all about her

You are apple of my eyes, sayang! :-*

Mulai minggu depan, tepat jam 6 je mommy balik ok! :) Sedih lak sejak pindah projek nie, travel Cyberjaya - Shah Alam selalu sampai rumah dah gelap. (Salah diri sendiri jugak, balik kerja ade je tempat aku stop. Shopping mall la, lepak minum ngan kawan la) GULP! ~_~

Hmm, sekali sekala je pon lepak minum ngan kawan-kawan :) Pasni dah tak boleh. Sophea dah duduk ngan babysitter. Takkan nak biar lelame kan? ;) Lagipon mak cakap, selalu kalau I balik lambat Sophea mesti tunggu-tunggu.

Memula tak caya. Tapi bila sendiri tengok, terus rasa bersalah :-s Tiap kali dia nampak je I masuk bilik, mesti dia senyum bebanyak pastu ajak borak. Lama gile kot! Borak-borak pastu dukung pastu pelok ciyom gomol.. ah semua lah! :)

10.30pm abis je Adam dan Hawa baru I buat hal I. Mandi. Basuh botol-botol Sophea. Sian dia. Mesti dia rindu kat mommy dia nie. Sigh.

PS : Kan best kalau office membenarkan staff dia bawak anak ke tempat kerja :) Bila la kerajaan nak keluarkan akta mcm tu.Hihi!

✔ Pencarian Pengasuh Tamat

Alhamdulillah. Tamat sudah misi pencarian pengasuh (babysitter). Fuh! 

Tak sangka, begitu susah nak mencari pengasuh atau taska yang ada kekosongan untuk bayi. Kalau untuk toddler (1 tahun dan ke atas) haa yang tu banyak tempat boleh terima (-__-") Ye la, JKM pon dah tetapkan, 1 orang pengasuh/penjaga di taska hanya boleh menjaga 4 orang bayi sahaja dalam satu masa.

Tapi I tak puas hati, kat Putrajaya nie dah tahu demand tinggi, sepatutnya perbanyakkanlah lagi taska. Especially kat kementerian-kementerian tue ha. Ini tak, ada kementerian tertentu sahaja yang ada taska. Huhu.

Punya la selama nie I dok call taska sana sini kat Putrajaya tue, nak menanyakan ada kekosongan atau tak, finally Ahad lepas I jumpa seorang pengasuh berdekatan rumah I. Lega! :) Itu pon lepas I google. Macam-macam words I masukkan. Haha! Click sana sini, jumpa 1 link. Iklan bertarikh 8 October 2011. Tapi I cuba jugak contact. Alhamdullilah, Kak Wan terima! \(^_^)/ Happy sangat masa dapat tahu. Petang tu jugak I shoot ke Putrajaya untuk jumpa Kak Wan.

Harap sangat Kak Wan jaga Sophea sama macam dia jaga anak dia sendiri :) Btw, dia ada 3 orang anak perempuan. So rasanya I tak perlu risau sangat kot? (Errr, sebenarnya risau jugaaaaaaak) Takpelah, doa banyak-banyak agar Sophea behave and Kak Wan jaga dengan baik :) *Mesti bersangka baik, barulah hati tenang, hidup senang kan :)

Semangat dah jumpa pengasuh, banyak la baju-baju baru I beli untuk Sophea. Kenapa I beli baju baru? Sebab rumah Kak Wan takde aircond. Rasa panas sikit la. Nak bagi Sophea selesa, I pon beli baju lubang-lubang, romper, pastu banyakkan baju short sleeve as baju tido dia :) *Parkson Alamanda adalah tempat THORbaik untuk memborong! :D

At least balik rumah nanti malam tu boleh tukar pakai long sleeves je. Sophea tue kuat peluh tau. Sama mcm daddy dia jugak :P Imagine, kekadang tido dah pasang ekon, bantal dia boleh basah kena peluh (*_*) Konpius mak! Tapi I pikir positif je la.. selalu fikir camni "Maybe gangliosida dia nak bercantum" Haha! Pengaruh iklan ;p

Sekarang asal kuar nampak baju baby yang selesa especially yang lubang-lubang tue, mesti beli. Tak kisah la brand apa. Janji design berlainan. Baru-baru nie jumpe baju lubang-lubang tue kat Giant Seksyen 13. Design ala-ala dress with spentot. Hihi! Comel laks! :) Pon I tapaaaaau.

Pampers lak terpaksa beli yang pants punya. Sophea dah kuat menendang. Nak pakaikan yang tape punye la susah (-_-") Sticker name tue plan nak gi buat kat The Summit. Nak tampal kat barang-barang Sophea utk bawak ke rumah Kak Wan.

Pasni, dah tak leh balik lambat. Dah takleh melilau keluar lagi. Kalau nak keluar pon, kena amik Sophea pastu baru keluar. Agagaga! Saya mesti boleh! Hewhewhew..

PS : Tak sangka rupanya style taska kat Putrajaya nie jenis kena booking since pregnant lagi (*_*) Kalau la I tahu.. Start 6 month of pregnancy I dah booking! ;)

Thursday, October 4, 2012

Sophea Favourite Song



Satu malam I tukar2 channel while waiting for Adam Dan Hawa start. Rasanya Hitz Channel kot. Masa tu semua video clip lagu-lagu David Guetta. Promo dia nak datang Malaysia lettew ;)

Masa video clip nie ditayangkan, pergh.. Sophea duduk statik tak bergerak-gerak ok! Mata dia pon tengok je tv tu. Kalau boleh tembus, dah lama tembus :))

Then adik I cakap "Pergh.. layan david guetta tue" LOLZ.

Mesti sebab masa I pregnant dulu dok layan lagu nie memanjangkan! :P I dengan adik I siap wat dialog Sophea bermonolog "Hmm.. macam pernah dengar lagu nie dulu......" 

PJJ : Perkahwinan Jarak Jauh

Aaa.. nie bukan kisah I. Kisah opismet I selaku team member kat MAMPU :) (Didn't I tell you that I am a friendly person?) Haaaa... tak sampai seminggu I dah boleh kenal rapat :))

Mendengarkan kisah opismet I nie yang berstatus PJJ, rasa kesian & sedih sangat tau. Dah 3 tahun. Whaaaaat?!?! (*_*) Bukan dekat, tapi jauh. Suami kat Mersing, wife kat Subang and anak kat Perak. Oh before that, in case she reads my blog (well, who knows one day), I cuma nak jadikan cerita nie sebagai penguat semangat untuk mommies yang sama-sama atau yang bakal memasuki alam PJJ :) Please be prepared mental & physical :)

Pada mulanya, I pon rasa kesian, rasa sedih dengar. Semua duduk berasingan. Sampai I hampir cakap "Baik xyah kawin kalau mcm tu....." Tapi ini lah dugaan & cabaran yang harus ditempuhi. Allah merencanakan sesuatu untuk HambaNya.. pasti ada hikmah disebaliknya, kan? ;)

Opismet I nie, setiap minggu akan berulang alik ke Perak untuk jumpa anak and hantar EBM. Kuat semangat dia kan? Everyweek without failed! Knowing her who works as a developer, stayback etc, bukan senang tau. Cuma ok la fine she has time to rest sebab balik rumah boleh terus tido :) Ye la, cuma uruskan diri sendiri je kan.. Husband takde, anak takde. Tapi, dalam hati siapa yang tahu? :(

Husband dia work as a teacher. Dia cakap dah masuk kali ke lima, permohonan untuk tukar sekolah gagal. Pelbagai alasan dah diberi, tapi tetap tak diluluskan :( Nie la risiko bila suami kerja kerajaan, isteri kerja swasta. Memang susah kalau orang gomen nak tukar, kecuali ada kekosongan. 

So apa yang I boleh advice dia (ceh kau nak advice orang, kau tak pernah experience pon kann! hihi) I cakap, if kali ke 6 ni failed jugak permohonan tue, why not dia yang berhenti kerja. Yes. Memang sukar untuk buat pilihan. Afterall, no choice given kan? Salah seorang mesti berkorban. Haa.. ini la dinamakan pengorbanan :)

At least if she resigned, boleh la duduk sama dengan anak & suami kat Mersing :) Tapi tak salah, jadi housewife and buat business online atau freelance disamping membesarkan dan mendidik anak. Nanti ada rezeki husband dapat transfer, boleh apply kerja balik :) Memang susah nak cari kerja kat sana, tambahan pulak kawasan felda kan. Nak keluar pekan beli barang dapur pon dekat 2 jam perjalanan pergi. Balik pon 2 jam. Haa, tue belom kira minyak lagi. Kira kalau nak keluar, kena borong semua barang siap2 lah :) 

Bab nie I ade experienced sebab dulu kakak I pernah ditransferkan ke felda tenggaroh. Hujung dunia I tell you! Huhu. Memang sakit sikit la.. tapi well, life doesn't always sucks right? :) As I said, ada hikmah semua ketentuan Ilahi ni. Kita just redha dan berdoa kepadaNya, agar dipermudahkan segala urusan.

Baby dia pon baru 3 months old. See? Kecik lagi. Sedih tau tinggalkan baby dengan mak eventho kita tahu mak kita boleh jaga. Tapi kita pon mak jugak, sayu je hati tak dapat tengok perkembangan anak depan mata kita. Dia cakap, dulu dia selalu call mak dia tanya pasal anak. Menangis-nangis. Tapi mak dia cakap, cuba kurangkan call. So that takde la dia asyik bersedih & teringat anak.

Ish, mana boleh macam tu. Anak kita kandung 9 bulan, dah bonding dalam perut lagi. Hehe. Mesti la kita akan sentiasa ingat kat dia. Keluar jalan tengok orang lain dukung anak, hati mak mana yang tak sedih, ye tak?

I memang tabik spring pada mommies yang PJJ nie. Memang hati diorang nie cekal & tabah! :) Kalau I? Hmm, on the spot I resign kot ikut husband. Tak pikir ape dah :)) *Haa.. nampak sangat mengikut perasaan kannn! :P

Apapun, I doakan buat mommies yang berstatus PJJ nie semoga Allah permudahkan segala urusan u ols, dan memberkati segala apa yang u ols buat. Kita kerja pun kerana Allah kan. Hati kena ikhlas :)

Biar jauh dimata, dekat dihati. Hiks! ;)

Best jd baby. Tak perlu fikir byk perkara :)

Wednesday, October 3, 2012

Ku Petik Dosa - Hati hati memilih pengasuh



Sejak berpindah ke projek baru di MAMPU, Cyberjaya dah agak lama I tak post apa-apa entry kan. Hehe. Well, proses menyesuaikan diri :)

Anyway, I start transfer here on Monday. I nie kan friendly. Easy to make friends :) Dalam masa 2 jam je, I dah kenal the whole project members. Haha! Topik pembuka bicara? Ofkos bila masing-masing cerita pasal anak & breastfeeding journey. Hihi! Kat sini semua muda-muda. Yang tua sikit cuma PM, kak Ani and SME, Sister a.k.a Kak Noormah. 

Ok I nak cite benda lain sebenarnya.

So bila dah ngam dengan diorang nie, mula la memasing bercerita pok pek pok pek. Sampai la si Finaz nie cakap "Korang ade tengok drama Ku Petik Dosa tak?" Masa tu I macam dengar tak dengar je perbualan tu sebab 'kusyuk' baca SRS and ISTQB Foundation Level Syllabus 2011 (Plan nak dapatkan certificate) Eceh! :P

Dengar je bebudak nie review pasal drama nie, terus meremang bulu roma I. Dah la tu dalam masa yang sama, I baru je dapat pengasuh untuk Sophea. Alhamdulillah, pengasuh tue duduk Presint 15 je :D Kira duduk area rumah lama I. Tak jauh la, P14 nak ke P15. Lalu roundabout cacat tue jer ;p

Memandangkan I da terlepas untuk menonton drama tu, maka I pon download. Semata-mata ok! Dorang cakap lakonan budak kecik nie menjadi sangat! But to me, sebagai kanak-kanak kecil, rasanya tak sesuai dia mainkan watak yang macam tu :( Kesian pulak rasa. Ye la, watak dirogol & didera oleh pengasuh yang diberi kepercayaan oleh ibubapa untuk menjaganya. 

Now status still downloading. Kalau korang nak tengok jugak, boleh download kat sini ok! :)

PS : Semalam baca post seorang mommy dalam KIM, sedih sangat bila dia post gambar bayi lelaki dia yang meninggal. Doktor kata mati mengejut sebab tersedak susu (T_T) Masa dok scroll2 comment orang bagi, mata I dah bergenang-genang tau. 

Memang tak sabar nak balik nak peluk Sophea. Umur pon sama je ngan Sophea =( Boleh tak, masa drive tu pon mata still bergenang :)) Mujur sampai je rumah, I nampak ayah I tengah dukung Sophea kat luar amik angin (^_^) Terus I amik dia gomol. Haish. 

Al-fatihah. 

SINOPSIS KU PETIK DOSA (TV3)
Aina dan Haris berkahwin pada usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh. Aina mengambil keputusan untuk kembali bekerja apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta.

Qaseh telah dihantar ke rumah jirannya, Kak Sal. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk bekerja siang dan malam. Suami Kak Sal, Khalid yang terlalu mengikut nafsunya telah menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa kemarahannya terhadap Khalid dan merahsiakan hal tersebut daripada Aina dan Haris.

Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam. Kebetulan Aina sedang mengandung anak kedua maka perubahan Qaseh dianggap merajuk dan merasakan dirinya tidak disayangi. Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga dia selalu demam dan akhirnya muntah darah dan pengsan. Aina mengejarkannya ke hospital dan terkejut apabila pihak hospital mengesahkan Qaseh didera dan dirogol.

"Manusia sanggup melakukan apa sahaja jika 'Ilmu' mula dipandang remeh dan jangan sekali-kali lupa tentang tujuan asal kita yang di amanahkan sesuatu oleh Yang Maha Esa.. Ingat wahai ibu dan ayah.."


UPDATE : Urm, actually korang jangan salah sangka tau. Yg mommy dlm KIM tu kalau tak silap, anak dia tersedak susu tu doktor cakap. Dia kata, last baby menyusu jam 12mlm (kot). Kemudian dia burp kan. Then baby tido. Sampai la dia dapat tau, baby dia dah tak bernyawa =( Semua nie dugaan Allah s.w.t. Tak semestinya bila baby kita dihantar ke nursery atau pengasuh, even kita dah jaga dengan baik tapi kalau dah ajal.. Allah lebih sayangkan kita kena redha. Harap akak tu tabah! :)