I'm entering 32 weeks today. Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, rasa sekejap sangat pregnancy ni. Tinggal lagi sebulan je untuk melahirkan my bundle of joy (Insya'allah) (^_^)
Ramai yang advice I supaya perbanyakkan makan telur (protein) so that I have energy masa nak deliver nanti. And just now, I read an article from BabyCenter about Pregnancy meal planners : trimester by trimester.
Let me share with you all, okie? ;-)
Balik kerja boleh la singgah Alamanda (Cold Storage) untuk beli meal yang di suggest \(^_^)/ Eh alaa.. tapi today carpool dengan Romeo sebab awal pagi tadi fetch Romeo at KLIA. Hmm, esok lah start :P Alang-alang gi Alamanda, boleh beli dumbbell skali.
Last month punya Mami Baby (if I'm not mistaken, ke Pa&Ma) ada article cakap that as a new mother, nak kena prepare mental & fizikal. Baby kan lahir lahir jer dah 2kg and above. And cepat membesar. So article tu advice supaya new mother buat latihan angkat berat (at least yang 3kg - 5kg). Persediaan untuk dukung baby katenye. Hihi.
5kg? Dah macam berat beras tuuu. Semalam dukung Arian dalam 6.2kg pon I dah penat. Huhu! Takleh jadi nie. Nak kena build muscle sikit. Hihi~ Selain dari tu, nak kena brisk walking. Do I need that? Ahah. Rasanya everyday, every weekend memang I buat brisk walking (tapi bukan kat tasik atau padang.. kat Shopping Mall) Hihi. Kire ok la kan?
Orang kata, banyakkan berjalan supaya mudah bersalin. Yes, have to agree. Sampaikan my mom pesan "Jangan terlalu banyak berjalan pulak, nanti SENANG bersalin baru tahu" Maksudnya, dikhuatiri baby tu senang je keluar walaupun belum due date *Facepalm* Sebab my officemate punya kakak, baby tak cukup bulan, 8 months and there goes the baby. Huhu. Berat baby boy dia 2.1kg jer. Tak masuk inkubator pon sebab berat baby > 2kilos.
Dia cerita kakak dia buat kerja berat. Kemas rumah, mop rumah, berjalan-jalan and so on. Alamak! Pasni I kena banyak berehat la. Dah takleh kemas rumah, mop every week. Pasni panggil cleaner (mcm dulu balik). Hu!
Banyak sebenarnya tips-tips supaya mudah bersalin. Apa apa pun, kita hanya mampu berdoa dan bertawakal semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan kita ;-) Hari hari minta maaf dengan husband & sentiasa ucapkan terima kasih. Ini antara status yang I post dalam Facebook.
“Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri kalian yang menjadi penghuni syurga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya & meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha.” (HR An-Nasai dlm Isyratun Nisa no. 257)"
Tatot! :-S Kekadang tu kan, I selalu berlawak dengan Romeo "B, you redha tak dengan I?" Romeo "Redha ape?" Me "Ala... you cakap jer la you redha dengan I tau.. Nanti kalau you tak redha dengan I, Allah pun tak redha dengan I. Kemurkaan bagiNya tau" Pastu I gelak. Romeo pon dah faham dah kekadang wifey dia nie mengong sikit :P *Gurau apa salahnya kan?
Rasullulah pun bergurau dengan isteri-isterinya. Tapi, jangan sampai gurauan itu menyakiti/mengaibkan suami.
Fatimah r.ha berkata: "Ya Rasulullah, semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengaja terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya.
Setelah itu, aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah. Aku sungguh menyesal atas keterlanjuran kataku itu lalu segera memohon maaf kepadanya.
"Hai kekasihku, kesayanganku, relakanlah akan kesalahanku" seraya aku mengelilinginya dan merayunya sebanyak 72 kali sehingga dia redha dan tertawa padaku.
Walaupun suamiku telah redha tetapi aku masih tetap merasa takut kepada Allah S.W.T."
Rasulullah S.A.W bersabda kepada Fatimah r.ha: "Wahai anakku, demi Zat yang telah mengutusku sebagai Nabi dengan agama yang haq, sesungguhnya sekiranya engkau mati sebelum Ali meredhaimu, aku tidak akan solat jenazahmu."
Amboi. Makin nak dekat tarikh bersalin, makin kuat keinsafan kan? Hahaha~ Takot beb.. takot! First trimester, langsung tak amik kisah pasal pregnancy. Second trimester, busy shopping baby stuff. Third trimester, kerisauan untuk melahirkan baby dengan selamat dah melanda. Agaggaa. Acane ni? Kelas antenatal belom pergi lagi.
Last month dah semangat I nak gi, tapi Romeo busy pulak kerja. Haip! This month insya'allah, kalau diberi kesihatan yang baik MESTI attend kelas antenatal ;) Sebagai persediaan mental & fizikal. Ahaks! Kat DEMC kelas antenatal cuma sebulan sekali. Itu pon towards end of months.
Until then, bubbye!
2 comments:
Semoga di permudahkan segalanya yer ell..i xdpt nk pos parcel u la harini, promise esok yer hihihi...
LanaBusyBee
Insya'allah.. thanks ruby! *hugs ;)
Post a Comment