*********************************************
'Cegah Tersedak Susu'
Penggunaan Botol Susu
- Penggunaan botol susu yang bersih dan selamat adalah penting kerana botol susu adalah salah satu punca penyebaran kuman disebabkan ianya amat sukar untuk dibersihkan dengan sempurna.
- Penggunaan botol susu hanya sesuai untuk pemberian cecair atau minuman seperti susu perahan ibu, susu formula, formula khas (rumusan khas) atau air kepada bayi (bayi berumur 6 bulan dan menyusu susu ibu sepenuhnya tidak perlu air kosong).
- Tekstur makanan pepejal seperti bijirin atau separa pepejal seperti makanan yang dipuri (makanan dikisar bersama sup/kuah) tidak sesuai diberikan dengan menggunakan botol susu.
- Sekiranya saiz lubang puting dibesarkan pula ia boleh menyebabkan bayi tercekik disebabkan pengaliran cecair atau susu yang cepat.
Langkah 1 - Bersihkan Botol Susu
![]() |
| Google.com |
- Kebersihan peralatan penyusuan adalah penting. Botol susu, puting susu dan penutup botol susu perlu dibersih dan disteril sebelum digunakan.
- Basuh semua peralatan yang digunakan dalam penyediaan minuman/susu menggunakan sabun dan air bersih.
- Bersihkan bahagian dalam dan luar botol serta puting menggunakan berus yang lembut dan bersesuaian.
Langkah 2 - Sterilkan Botol Susu
| Google.com |
- Letakkan botol susu dan peralatannya yang etlah dibersihkan ke dalam periuk berisi air.
- Pastikan bahawa botol susu dan peralatannya benar-benar tenggelam agar tiada gelembung udara yang terperangkap.
- Rebus dalam tempoh 5-10 minit. Pastikan air tidak kering.
![]() |
| Google.com |
Sterilisasi Komersial - Ikut arahan pengilang jika menggunakan alat sterilisasi stim, ketuhar gelombang mikro atau sterilisasi kimia.
Langkah 3 - Simpan Botol Susu dengan Betul
- Untuk mengelakkan botol susu dan peralatannya tercemar.
- Hanya keluarkan botol dari alat sterilisasi apabila diperlukan atau peralatan tersebut boleh disimpan di tempat yang bersih dan tertutup.
- Elak menggunakan peralatan menyusu yang telah rosak.
- Botol susu perlu diganti setiap 6 bulan sekiranya tiada calar.
- Botol susu perlu diganti serta merta sekiranya terdapat calar.
Puting perlu diganti apabila :-
- Puting menjadi keras.
- Bentuk puting telah berubah
- Saiz lubang puting adalah lebih besar daripada saiz asal.


No comments:
Post a Comment