Eh, macam tajuk lagu kak melah malam ABPBH pulak :P
Sebenarnya nak tujukan kat Romeo. Jam 420 ptg dia fly ke Jakarta. Elok I tengah surfing, timeline Twitter kata ade earthquake kat Acheh =( Risau pulak. Harap-harap Acheh takde pape.. Teringat peristiwa Tsunami yang mengorbankan banyak nyawa. Ada yang kata gelombang tsunami tu akan tiba di Penang dalam jam 9 pmand Port Dickson jam 2.10 am. Betul atau tidak, wallahu'alam. Harap-harap tak datang la gelombang tu...... Ya Allah, jauhikan la kami dari sebarang bencana yang tidak diingini (T_T)
Sempena hari pertabalan DYMM Agung, I tak keluar ke mana-mana pun. Bangun pagi, Romeo ajak breakfast kat Seri Teja Precint 9. Makan roti canai 2 keping, teh tarik ais and pow nasi kerabu Romeo. Hehe. Kuat betul selera makan I sejak masuk bulan ke 8 nie.. Baby nak membesar kot! =D
Lepas breakfast, singgah Poliklinik An-nur Precint Diplomatik (P14). Kenapa?
Alkisahnya, petang semalam I gi toilet nak buang air kecil. And I notice, ade small polkadot (dalam 2 titik halus) macam warna darah. Masa tu dah terfikir, ini ke tanda-tanda yang mak I cakapkan tu. Mak cakap, tanda-tanda nak bersalin bila keluar darah atau pecah air ketuban.
Pelik. I baru 33 weeks. Takkan la baby pre-mature.
Terus BBM Romeo and sms my mom. Romeo suruh gi jumpe doktor. Kakak ofis dia cakap, takut rahim dah terbuka. Cuak jap masa tu. Sebab I kan dah start sapu VCO Tanamera kat area perineum. Mak pulak reply sms kata "Gi jumpe doktor.. Jangan lasak-lasak" Eh, mane ade lasak. Setakat 'brisk walking' kat Alamanda tu kire tak lasak letew :P
Then bangun jam 6 pagi hari ni, lepas buang air.. ada la nampak sedikit (warna yang agak pudar) macam darah. But veeerry light. Ok cuak balik! Apekes ni? Takkan nak bersalin dah.. perut tak sakit apa. Baby bergerak aktif macam biasa. Dalam hati dah tercetus "Allah permudahkan proses aku nak bersalin ke? Tak sakit apa ni..." Hihihi... *perasan jap!
Sebab tu la.. lepas breakfast, Romeo hantar ke Poliklinik An-nur =) Cerita semua kat doctor, then doctor scan. Alhamdulillah.. semuanya okey. Heart beat baby laju macam biasa. Jumlah air ketuban cukup untuk baby (Rate normal mesti 12 - 30). Uri pun dalam kedudukan yang betul. Baby pulak asyik tertonggeng-tonggeng doctor cakap :))
Then doctor cakap, berat baby I now reach 2.0kg. Alhamdulillah. Last time my uncle predict, my baby weight mesti tak sampai 2.0kg. Sebab dia cakap perut I kecik. Eleh, Uncle Din salaaaaah :P Doctor cakap, by 36 weeks insya'allah baby can gain up to 2.5kg. Which that is the ideal weight for new born. Ok baby! 5 kilos to go... Let's eat.. eat and eat! (^_^) *Tapi xmo la reach 3.0kg, kang besar pulak episiotomy tear mommy (*_*)
Lately ni kalau baby's kicking, I mesti sakit and rasa senak kat rusuk kanan. So I pun suruh doctor scan, kaki baby ke yang kat rusuk kanan tu. Tahu apa doctor cakap? "Bukan kaki dia.. tu bontot dia" Huhu! Betul la kate doctor, my baby nie aktif sangat suka tido tertonggeng-tonggeng. Tu yang kalau dia bergerak je, confirm rusuk kanan I rasa senak takleh bernafas (-_-")
Tapi, lepas scan doctor suruh observe untuk 2-3 hari. Kalau still ade blood spot or anything yang mencurigakan, dia suruh datang balik untuk buat swapping. Minta-minta semuanya okey. Amin.
Dalam jam 2 petang, hantar Romeo ke KLIA. Good bye Romeo! Have a safe journey~ 2 orang kekasih hatimu setia menanti kepulanganmu! (^_^) He will be away for 4 days. Baaaanyaaaak I kirim. Hehe!
![]() |
| Bubbye! ;) |
Balik dari KLIA, I jemur baju. Makan jap. Pastu naik atas, surfing. Blogwalking jap. Usya baju-baju kat October Origin and PopLook(baru je beli dress) Fikir 2-3 kali nak beli ke tak. Pastu bukak One Baby World. There you go.....
Klik sana, klik sini.. Total damage RM269 (-_-") Eh, macam takde beza je I keluar rumah atau duduk rumah. Duit tetap habis! Dang. Tapi takpe, I beli benda yang memang berguna! Hihi~ Plan asal nak balik Shah Alam. So boleh la menyinggah ke kedai One Baby World kat Seksyen 13 tu. Last-last.. tak berganjak pun dari atas katil. Macam malas pulak nak berulang alik dari Shah Alam - Cyberjaya.
Tengok la esok lusa macam mana, agak-agak boring, balik la kot.
Ok lah. Tu je nak membebel for today. Dah nak masuk maghrib. Nak dinner ape malam ni? Sorang-sorang pulak tu. Memang call Dominos je la nampak gayanya.
Tata!

No comments:
Post a Comment