Saturday, April 14, 2012

Panduan Pemberian Minuman/Susu Menggunakan Botol Bhgn 2

Langkah 4 - Teknik Yang Betul Ketika Menyusukan Bayi Dengan Botol Susu

Google.com
  • Bayi dirapatkan ke ibu/penjaga
  • Kepala bayi perlu lebih tinggi dari badannya
  • Jungkitkan botol agar bahagian puting penuh berisi susu
**************************
ELAK TERCEKIK SUSU!
**************************

Tidak boleh begini. Credit pic to KakyongIbu3a kerana memberi contoh :)

  • Jangan sesekali meninggalkan bayi menyusu bersendirian
  • Jangan menggunakan kain atau bantal untuk menyokong botol susu
  • Elakkan bayi terlena/tertidur sambil susu masih mengalir ke dalam mulut bayi
  • Selain berisiko tersedak susu, susu yang mengalir boleh menyebabkan kerosakan gigi
  • Elakkan memberi susu dalam keadaan bayi baring terlentang.
***********************
SELEPAS MENYUSU..
***********************
Posisi bayi mengiring selepas menyusu (Google.com)
  • Berikan air kosong kepada bayi yang berumur lebih daripada 6 bulan selepas penyusuan. Bayi yang berumur dibawah 6 bulan, pemberian air kosong adalah tidak diperlukan.
  • Lapkan mulut bayi untuk memastikan bayi sentiasa bersih dan selesa. Gigi susu mula tumbuh apabila bayi berumur 6 hingga 8 bulan. Gigi bayi perlu dibersihkan setiap kali selepas menyusu atau makan dengan tuala/kain yang bersih atau berus gigi kecil yang lembut.
  • Elakkan daripada membaringkan bayi selepas menyusu untuk mengelakkan muntah (dalam tempoh lebih kurang 30 minit)
  • Elakkan menggoncangkan bayi di dalam buaian/bouncer untuk mengelakkan muntah
  • Letakkan bayi dalam posisi mengiring supaya sekiranya bayi termuntah, susu boleh keluar dan tidak menyebabkan bayi tersedak. 

-> Bayi hendaklah sentiasa diawasi! Berikan bantuan kecemasan atau dapatkan bantuan segera dari klinik kesihatan/hospital terdekat melalui talian 999 untuk pertolongan cemas sekiranya bayi didapati :-
  • Sukar bernafas
  • Gelisah (restless)
  • Warna kulit pucat atau kebiruan
  • Kulit terasa sejuk
Langkah 5 - Sendawakan Bayi

Semasa bayi menghisap minuman/susu, ia sering menyedut udara dan menelannya bersama susu. Oleh itu, bayi perlulah disendawakan sekurang-kurangnya satu atau dua kali semasa menyusu.
  • Bayi baru lahir (<6 bulan) disarankan sendawa setiap 1/2 - 1oz (15-30ml) susu diberi.
  • Bayi yang berumur 6-12 bulan disarankan sendawa 2-3 kali pada setiap penyusuan.
Ini akan dapat mengelakkan bayi menjadi kembung dan muak atau muntah sebelum kenyang.

****************************************
POSISI UNTUK SENDAWAKAN BAYI
****************************************

Posisi Bahu, Posisi Tangan & Posisi Riba
Tanpa mengira posisi yang mana digunakan, gosok belakang bayi perlahan-lahan sehingga udara keluar (sendawa)

Ok, sekian sahaja maklumat yang I nak share (^_^) Nanti kalau Romeo bagi talk pasal Childcare, I post entry lain pulak okie? ;-)

No comments: