Sunday, April 1, 2012

Are You Ready ?

Rasa boring. Tetibe I bukak YouTube and tengok Cara Memandikan Bayi + Perawatan Tali Pusat. Tengok nurse buat cekap sungguh. Tak semena-mena air mata I mengalir. Tetibe sedih lak tengok baby tue nangis masa mandi. Sampai dah tak keluar suara (T_T)

Camne I nak mandikan baby nanti? Takotnye. Sian pulak tengok baby nangis bila kena mandikan. Bila tengok anak buah Arian mandi, dia macam suka jer. Happy. Siap menendang-nendang dalam bath tub tu. Ee, kalau la maknye terlepas (*_*) Tapi Arian dah 2-3 bulan. Mase dia newborn, I tak pernah tengok la dia mandi. Ke semua baby newborn menangis masa dimandikan ek?

I nie cepat gelabah lagi lagi kalau baby nangis.

Kagum gak tengok YouTube nurse nie buat kerja cekap. Hihi. Now dah tahu camne cara-cara nak bersihkan  bahagian tali pusat baby. Melalui pembacaan I, actually jaundis nie bermula dari pusat. Nak kena bersihkan bahagian tu elok elok. Nanti doktor/nurse akan bagi air putih tue untuk bersihkan bahagian tali pusat baby. Hm, ok noted.

Now I know, apa fungsi Top & Tail yang Mothercare jual. Hihi! Sebelum ni dok fikir la.. ape kebenda la Top & Tail nie. Rupanya untuk asingkan air bersih untuk bilas baby selepas kita sabunkan dia. Ok, fine.. I'm naive (-_-") Sebab my family takde sorang pun yang pakai Top & Tail nie. I tengok semua belasah je bilas baby dengan air yang sama dalam bath tub.

Tapi I rasa kalau mandikan baby macam nurse dalam YouTube nie buat pon cara jugak ek. Heh. Sabun baby siap2 pastu baru bawak masuk dalam bath tub. *Mane pulak la nak mencari sarung tangan yang macam nurse tu guna :P

I harap baby I suka mandi ;)) Sebab nanti nak ajar dia swimming macam Bella. Pastu boleh la beli pool yang macam Kak Hanun beli tu (Wah, future plan tak hengat nyah!) (^_^)

Ok la. You all layan la YouTube ni:-

2 comments:

LanaBusyBee said...

selalunya kan u, baby ni nangis sbb dia takut nk mandi, means masa ibunya mengandung dia, ibu dia malas mandi, mcm my kezen, mmg malas mandi, bila baby time mandi, menangis mcm sakit tuu, padahal nk mandi jer...

my sis lak, dia rajin mandi, so anak dia ok je bila mandi..mmg ibu kena rajin mandi ^^

Juliet said...

LanaBusyBee

Hahaha! Alamak... I mase awal2 pregnancy mmg malas mandi :P

Sehari sekali jer .. hihi! Tapi lepas tu dah ok dah sebab panasss.. so mesti nak mandi :D