Khamis dah.
Lega rasa~. Esok Jumaat. Weekend is coming! Semalam budget nak EL. Terasa sangat kemalasan tu untuk menjejakkan kaki ke office. Konon plan nak ajak my sis teman gi jenjalan. Almaklumlah, gaji dah masuk kan :P At last I decide "Ah, masuk je la office" Itu pon dah kul 9am baru take shower :D
Bila fikir balik, baik I cuti on Friday or next Monday je. Dah alang-alang nak cuti panjang kan =D Nak beristirehat. Cey, konon jer. Walhal tak melekat kat rumah pon. Huhu~
Last Monday, I ada antenatal check up with KK. Alhamdulillah, semuanya ok :-) Nurse refer I kat doctor. Sebab I cerita few weeks back I ade brownish. Doctor scan, baby ok.. Jantung 136, kepala baby dah engage, uri pulak terletak ditempat yang sepatutnya. Lega. Shiok dapat jumpe baby walaupun dalam skrin je yang samar-samar tuh :)
Sekarang nie, appointment dengan KK I akan request petang (lepas lunch) sebab nak elakkan swarming of people in the morning. Kalau check up kat DEMC pulak, I akan request early in the morning :-)
On Tuesday, lepas waktu kerja I rasa booooring sangat. So I singgah Alamanda. Sebab masa I lipat baju baby, baru notice yang sleepsuit/long sleeves for new born ade 2-3 pasang jer! Masuk Parkson, gi area Pigeon (you-know-this-brand-I-aimed) rembat lagi 4 pasang :D Nasib baik this time ada lagi new design. Hewhewhew!
![]() |
| Pigeon, sepasang RM15.95. Murah kan? :D |
Cukup la 7 pasang long sleeves/sleepsuit newborn. Since doctor estimate my baby weight is around 2.5-2.8kg, so I kena la beli banyak sikit size newborn. Kang baby tecit, pakai baju size 3-6 month dah macam buah mangga dibalut newspaper :))
Singgah Mothercare, beli MAM pacifier and Duck Thermometer :) Thank god, MAM pacifier tu tinggal 1 je color pink. Hihihi! Itu pun I terpaksa punggah semua untuk cari pink color =D I read articles and experienced from mommies cakap MAM pacifier nie okey. Puting dia leper jer.. and it's orthodontic. Agak-agak baby cranky, sumbat je puting (salah satu strategi I..hahaha!) Duck Thermometer tu selain dia cute, salah satu sebabnya I bace baby list from hospital or website mostly advice sediakan thermometer. Beli je la.. Bukan mahal pun :P
On Wednesday, ingat nak cabut awal petang tu. Sebab dah terlalu bosan! Hewhew.. Tapi awal tak awal la.. Jam 5petang baru I chow chin chow :) Singgah Kanda Beauty kat Street Mall nak trim eyebrow. Dah tak terurus I tengok ~_~ Half an hour later, singgah salun baru dibuka kat Neo Cyber - The Salon.
Ada promotion untuk full head color, wash+cut+blow and hair spa! (^_^) Haruslah I pilih hair spa kan.. RM70 je. Salun nie pakai brand Loreal Professional.. Sebab tu I berani cuba :) Hair dresser ala2 Shah Jaszle ok! *wink* But he's a tall chinese guy. Ramah sgt! (Bukan lembut pondan tu). I add Hair Thinning treatment, only RM10. Ok, have to mark this salon :)
Then singgah Alamanda, beli dinner. Masuk Carrefour jap sebab nampak advertisement "Plastic Fair". Bought this 2 colorful storage box! Ingatkan price range RM39.90. Skali sampai kaunter, RM69.90 each. Heh! Sabo je la.. Baik I amik large size je.. Sama harga upenye :P Nasib baik comel :P Nanti nak deco, nak tampal sticker comel-comel. Err, nak beli sticker kat ne pon taktau.. Piramid ade kot! ;)
Macam nak beli lagi 2 color pulak; Baby blue and Green Apple ;)
Ok lah. Esok nak cuti. Nak bawak adik I gi salon, pastu nak gi OU beli popcorn, pastu nak gi cari hadiah untuk BFF - Lukisan Kaligrafi :)
Daa!


2 comments:
InsyaAllah berat baby kita sama la nnt bila time deliver..tecik ja..tp i x beli byk bj new born..so mcm kene beli jugak ni..sempat ke?? ade lg 2 minggu ja ni..kalau x terberanak awal la..huhuhu
Cheyan
Hihi.. Kan? Kalau u x larat ape lagi.. activity click click je la.. semua di hujung jari ;)
Post a Comment